24 Apr 2012

Kenapa dah tak nampak sekarang??

Assalamualaikum...
Perbualan ni antara aku dengan kawan yang satu batch dengan aku kat tempat aku belajar ni..Aku selalu tashkil (ajak) dia untuk keluar 1 hari setengah dengan aku..Tapi disebabkan dia tak ada tolab, maka dia menolak dengan baik..Aku selalu tashkil dia semasa aku di semester 2,3,4..Masa tu dia ada buat usaha lain selain dari usaha yang aku buat ni..Jadi, kat bawah ni aku kongsikan dengan kau orang perbualan aku dengan dia..Satu perkara yang kau orang kena faham, perbualan ni dah lama..Jadi ada perubahan, pengurangan ayat dan juga kata-kata..

Aku assume kawan aku tu sebagai PU iaitu Pemuda U***h..Dan aku PSH iaitu Pemuda Serban Hitam..Macam biasalah, aku ni obses sangat dengan serban hitam..Kalau kau orang nampak ada orang pakai jubah putih dan serban hitam berlegar-legar di area bangi ni..Itu aku lah tu..Haha..Mesti kau orang tak dapat cari punya sebab ramai yang pakai serban hitam..Haha..:p..Ok, perbualan aku dengan dia singkat je, berikut adalah perbualan kami..

PSH : Assalamualaikum PU..

PU : Waalaikumsalam wbt..

PSH : Apa khabar? Iman apa khabar?

PU : Alhamdulillah sihat, iman In Sya Allah di usahakan..

PSH : Alhamdulillah, baguslah..Macam mana belajar?

PU : Setakat ni alhamdulillah ok..

PSH : Macam ni PU, aku straight to the point je lah eh..Minggu ni kita ada keluar 1 hari setengah..Student GMi lepas tu ada orang awam 2 ke 3 orang macam tu..Kita keluar kat area bangi ni juga..Macam mana? Kau sedia tak?

PU : Erm, maaflah aku tak sedialah sebab minggu ni aku balik sebab Emak aku sorang je kat rumah..Adik-adik aku balik kolej dia orang dah..

PSH : Owh, macam tu ke..Macam tu tak apalah, lain kali mungkin boleh..In Sya Allah?

PU : In Sya Allah..

PSH : [Terdiam sekejap cari idea nak jadikan modal borak]..

PSH : Eh, aku biasa tengok kau dengan budak A-Level tu..Bagus juga kau ada buat program-program agama..Apa je biasa kau orang buat? [Walaupun aku dah tahu apa yang dia orang buat, aku tanya lagi juga sebab nanti tak ada modal nak borak]..

PU : Oh, Ha*** tu ke? Kita orang ada muzakarah sikit..Buat halaqah perbincangan apa semua pasal isu-isu semasa dan baca tafsir quran..Lebih kurang macam tu lah..

PSH : Owh, menarik..Baguslah, dah lama ke kau aktif?

PU : Tak adalah lama, barulah juga..Aku ikut masa aku kat GMi ni lah..

PSH : Owh, bagus juga..Sambil belajar engineering, ada jaga amal..Boleh la aku belajar-belajar dengan kau..:)..

PU : Eh, apa pula..Aku ni pun banyak tak betul..

PSH : Hehe, aku pun lebih kurang macam tu..Boleh jadi lagi teruk dari tu..Doakan aku je lah..:)..

Ok, perbualan yang pertama ni semasa aku di awal-awal buat usaha dan semasa aku semester berapa aku pun tak ingat..Hehe..Orang yang bernama Ha*** tu adalah kawan dia, budak tu student A-Level, preparation untuk ke German..Alhamdulillah Ha*** tu terpilih untuk pergi ke German..Sekarang dia dah ada kat German lebih kurang setahun..Yang sedihnya, bila Ha*** tu dah pergi ke German, aku dah tak nampak lagi si PU tadi di masjid..Semasa si Ha*** tu ada lagi, si PU tu pun ada juga..Rajin turun solat berjemaah hatta subuh memang aku selalu nampak..Boleh kata setiap hari lah..Bila ada yang aku tak nampak tu biasanya aku sangka baik mungkin dia balik rumah dia solat jemaah kat penempatan dia..Itu je lah rutin aku..

Dan, bila si Ha*** tu dah fly..Memang jarang dah aku nampak dia walaupun pada hari-hari yang ada kelas..Aku selalu terserempak dengan dia kat Departmen IE..Senyum je yang mampu aku bagi bila terserempak dengan dia..Lebih kurang seminggu selepas Ha*** fly ke German sehinggalah sekarang terlalu jarang aku nampak kawan aku tu..Dah boleh jadi macam cerita Nujum Pak Belalang tu, yang P Ramlee dok cakap '4 Kadang-kadang'..Lebih kurang macam tu lah..Baru-baru ni dalam bulan 3 hari tu aku terserempak dengan dia kat koperasi..Jadi aku tegurlah dia, berikut adalah perbualan kami..

PSH : Assalamualaikum PU..Sihat?

PU : Waalaikumsalam wbt..Alhamdulillah sihat..

PSH : Amboi, lama dah tak nampak kau..Rindu kot..[lama tak nampak kat situ aku maksudkan lama tak nampak kat masjid]..

PU : Aku sibuk la sekarang ni dengan FYP..Tu kadang kita jarang jumpa..

PSH : Betul juga kan..Aku pun buat FYP juga, sibuk kita sama juga kan..:p..

PU : [Hanya mampu tersenyum]..

PSH : Eh, lama dah tak nampak kat masjid..Aku ada buat salah kat kau ke? Mana lah tahu aku ni penyebab kau tak dapat hadirkan diri kat masjid 5 waktu sekarang..Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf..

PU : Eh, tak lah..Tak ada kena mengena pun..Sekarang ni sibuk lepas tu ada problem sikit apa semua..

PSH : Owh, kau ada masalah apa? Cer cerita, mana tahu..Asbab kau cerita aku boleh tolong mana yang mampu..

PU : Tak pelah PSH..Terima kasih..Problem kecik je..:)..

PSH : Erm, kalau macam tu tak pelah..Cuma aku nak pesan sikit..[Sambil peluk bahu dia]..Janganlah bila orang tu ada baru kau nak ada kat masjid..Bila orang tu dah tak ada kat sini, susah aku nak nampak kau kat masjid..Bagus kalau kau dapat istiqomah macam dulu..Bukan setakat aku je suke, yang lagi penting..Allah suka..Fikir-fikirlah apa yang aku cakap ni eh..Maaf kalau aku salah cakap..

PU : [Sambil senyum] In Sya Allah..terima kasih eh PSH..

PSH : :)..Assalamualaikum [Aku pun beredar]..

Itulah perbualannya..Alhamdulillah, selepas dari tu aku dah mula nampak dia kat masjid walaupun tak selalu sekurang-kurangnya dia ada datang dari tak datang langsung..Sekarang ni, aku nak usahakan supaya dia dapat keluar 4 bulan dengan aku bulan 7 ni..Moga-moga Allah pilih dia dan aku untuk bersama-sama menginfakkan masa, harta, diri dan nyawa untuk agama walaupun hanya untuk 4 bulan..

Moralnya kat sini, mungkin nampak macam aku memburuk-burukkan dia..Tapi bukan itu yang aku maksudkan dalam entri aku kali ni..Tapi apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, setiap amal yang kita buat kita kena pastikan niat kita sebetul-betulnya..Bukanlah kerana seseorang tu ada baru kita nak buat..Kalau tak ada orang tak buat..Bukan itu yang di ajar..Kelemahan kita hari ni tak dapat nak jaga solat berjemaah sebab kelemahan iman kita..Tak guna kalau selalu muzakarah, buat halaqah dan lain-lain tapi kalau tak ada mujahadah dalam usaha atas iman..Memang kita takkan rasa kemanisan dan mujahadah tu..Tu kita boleh bersikap acuh tak acuh je dalam segala bentuk amal ijtima'ie..

Satu orang yang belajar ilmu agama, tapi kalau dia tak ada kekuatan iman..Ilmu yang dia belajar pun takkan dapat dia amalkan..Sebab untuk amal ilmu yang kita ada pun kena ada kekuatan iman untuk amal ilmu tersebut..Ni sebagai contoh yang lagi mudah aku bagi..Solat iman meningkat, tapi sejauh mana? Sedangkan solat kita pun kita lalai..Aku berani cakap, tak ada manusia yang dapat solat dengan betul-betul khusyuk seperti mana sahabat yang bila mana solat je seolah-olah nampak Allah..Nampak syurga dan neraka..Kita tak ada tu semua..Maulana Hamid sendiri cakap, saya khusyuk memang tak dapat lagi..Tapi, saya dapat rasa kemanisan solat..Tu orang alim tu, sedangkan kita ni orang awam..Jangan cakap khusyuk, kemanisan solat pun tak dapat rasa..

Jadi, untuk kita dapatkan tu semua dengan mujahadah seperti mana yang sahabat-sahabat korbankan..Dengan mujahadah kita dapat rasa perit getir pahit manis pengorbanan untuk agama..Jadi, kita akan rasa rugi untuk sia-siakan pengorbanan yang kita usahakan..Seperti mana orang yang belajar diploma, degree, master dan phd..Lepas habis belajar tak nak kerja...Ada ke orang nak sia-siakan pengorbanan dia belajar selama bertahun-tahun lamanya tu? Macam tu juga dengan pengorbanan untuk agama..

Wallahu a'lam..Aku ni pun macam orang lain juga, ada kalanya tertinggal solat jemaah disebabkan kelemahan iman aku sendiri..Dan lepas tu penyesalannya memang tak dapat nak diceritakan bila aku tertinggal solat berjemaah ni..Apa yang aku cerita ni supaya kita sama-sama ada fikir untuk diri kita dan juga orang lain..Kalau agama ni hanya dengan senang lenang, sahabat-sahabat takkan buat dakwah dengan tinggalkan anak bini mereka..Tapi, agama ni sebenarnya mujahadah..Dengan mujahadah kita dapat rasa kemanisan iman..
Ihsan google imej

23 Apr 2012

Sedar tak kau orang semua?

Assalamualaikum...
Kau orang semua sedar tak, manusia hari ni cipta sesuatu perkara sebab nak tunjuk kelemahan  sendiri..Sebagai contoh :-

Manusia ciptakan selipar dan kasut sebab manusia ni tak boleh berjalan dengan kaki ayam..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan kereta sebab manusia ni tak boleh berjalan jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta rumah sebab manusia ni tak boleh hidup dalam pelbagai keadaan cuaca..LEMAHNYA..
Manusia cipta telefon sebab manusia ni tak mampu untuk cakap apabila jarak terlalu jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta pembesar suara sebab manusia tak mampu nak cakap kuat-kuat..LEMAHNYA..
Manusia cipta bom tapi tak boleh nak lindungi diri dari bom tersebut..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan binocular sebab manusia ni tak mampu nak lihat jauh-jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta tangki oksigen sebab manusia ni tak boleh menyelam lama-lama..LEMAHNYA..
Manusia cipta kapal terbang sebab manusia ni tak boleh terbang..LEMAHNYA..

Berbeza dengan ALlah swt..Sebagai contoh :-

Allah ciptakan langit tanpa tiang sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan bulan dan bintang tanpa tali sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan siang dan malam sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan syurga dan neraka sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan sungai dan laut sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan matahari dan planet, hebatnya Allah pelihara kejadianNya..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan lelaki dan perempuan sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan manusia sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan malaikat sebab nak tunjukkan kekeuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..

Percaya tak kau orang semua, bila mana kau orang cakap perkara-perkara di atas..Maka iman kau orang semua meningkat sebab kau orang telah berkata, perkataan yang benar..Walaupun ayat-ayat tu senang sehinggakan budak tadika pun boleh cakap, tapi Allah suka sangat dengan percakapan tersebut..Tapi disebabkan kita ni leka, lalai, alpa, lupa, tak sedar diri, berlagak, sombong, bongkak, kerek, poyo, tinggi diri, bangga, riya' dan ego..Maka kita langsung tak dapat nak luangkan masa 5 minit untuk cakap kebesaran Allah..Tapi, bila bercakap soal dunia..24 jam tanpa henti kita mampu untuk bercakap..Astagfirullahal azim..

Kita hari ni cakap nak seimbang dunia akhirat, tapi sedar tak kau orang..Orang yang cakap macam tu sebenarnya adalah munafik tegar sebab apa..Dalam sehari ada 24 jam..8 jam kita guna untuk kerja dan belajar..7 jam kita guna untuk tidur..4 jam kita guna untuk riadah..2 jam buang sia-sia macam tu saja atau guna untuk hobi..2 jam ibadah..Cuba kira, dalam sehari kita banyak buat perkara dunia ke perkara akhirat?

Itu ke yang kita cakap seimbang dunia akhirat?? Percaya tak kau orang kalau aku cakap, dalam kehidupan kita tak ada istilah seimbang dunia akhirat..Tetapi sebaliknya kehidupan kita kat dunia ni hanya untuk akhirat..Dan bila mana aku berkata begitu bukanlah bermaksud aku mengatakan kita tolak dunia..Kita ambil dunia, tapi sekadar keperluan..Rasa susah dan senang sama je..Ada duit tak ada duit sama je..Tak risau..Tapi bila mana tertinggal solat berjemaah, tinggal sunnah, tak baca Quran, kita mula rasa resah dan sangat-sangat bersalah..Itu baru betul..

Umpamakan satu orang bayi yang dalam perut ibu, dia mengatakan tangan dan kaki dia tu menyusahkan dia sebab susah nak bergolek-golek dalam perut ibunya..Sebab apa, sebab kegunaan kaki dan tangannya tu bukan dalam perut ibunya..Dan, apabila dia dah keluar..Baru dia tahu apa kegunaan tangan dan kakinya tu..Macam tu juga bila bayi yang dah lahir tadi tu, dia dah tahu kegunaan tangan dan kaki dia..Tapi dia gunakan untuk dunia saja..Maka, dia dalam kerugian sebab apa? Sebab kegunaannya tu semua bukanlah semata-mata untuk dunia, sebaliknya untuk akhirat yang kekal abadi..Yang orang dalam FB biasa dok cakap abadan abada tu..-_-'..Alhamdulillah aku tak ada FB..

Akhir sekali, kita hidup kat dunia bukan untuk dunia..Tapi untuk akhirat..Dunia ni Allah hanya anggap bangkai saja..Sekiranya dunia ni terlalu bernilai bagi Allah, percayalah..Nikmat sebesar kepak lalat sekali pun Allah takkan bagi kat orang kafir..Tapi hari ni, orang kafir dan orang islam 99% dapat nikmat yang sama..Yang membezakan cuma 1 nikmat je iaitu nikmat iman dan islam..Tapi, satu orang muslim belum tentu lagi seorang yang mukmin..Tapi, satu orang yang mukmin sudah pasti dia muslim..WALLAHU A'LAM..

17 Apr 2012

Ciri-ciri lagi???


Assalamualaikum..ramai sungguh yang tanya kat aku, ko nak masthurat(wanita) yang macam mana? Penat kot dengan soalan ni..Aku tak memilih der, tapi kalau aku dibagi pilihan untuk memilih..Aku akan pilih yang tersembunyi sebab maksud masthurat tu yang tersembunyi..Jadi, takkan la aku nak pilih masthurat yang dah tak tersembunyi..Asyik dok sibuk tayang diri kat FB dan lain-lain laman sesawang..Walaupun berpurdah..Tu je jawapan aku, andai aku dicalonkan dengan masthurat..Perkara-perkara yang aku tanya sebelum bersetuju adalah seperti berikut :-

1) Kamu ada FB?
2) Kamu boleh ditinggalkan 4 bulan setiap tahun, 40 hari setiap tahun, 10 hari setiap bulan, 1 hari setiap minggu, 2-8 jam sehari?
3) Kamu boleh hidup dalam keadaan serba kekurangan?
4) Kamu boleh hidup tanpa TV, Radio, Internet, Komputer, Telefon?
5) Kamu boleh nikah dengan saya ikut cara sunnah?
6) Kamu boleh ke tak keluar rumah melainkan dengan mahram, hatta nak keluar rumah sidai kain pun tak boleh?
7) Kamu boleh bangun setiap malam kejutkan saya tahajud?
8) Kamu boleh hidup dengan cara sunnah setiap masa?
9) Kamu boleh menjaga keaiban, maruah, kehormatan diri sendiri, suami, dan juga keluarga?
10) Kamu sanggup kalau semua anak kita yang lelaki belajar di madrasah dan yang perempuan belajar agama di rumah?

Ha, itu antara soalan-soalannya..Kalau nak ikutkan banyak lagi, tu malas nak senaraikan..Itu pun kalau aku ni diberi peluang untuk memilih sebegitu rupa..Tapi yang pasti, ada soalan-soalan wajib yang aku akan tanya..Masthurat ni senang tapi susah..:D..Kalau ada yang nak bengkeng aku, ikut suka kau orang..Kalau faham alhamdulillah..Kalau tak faham dan tak suka jangan suka-suka nak buat cerita dan andaian sendiri sebab aku akan dapat pahala kau orang secara free..:)..

Aku tujukan entri aku kali ni pada orang yang selalu sangat tanya kat aku macam tu..Hehe..Jangan marah my friends..:p..

15 Apr 2012

Preparation...

Assalamualaikum..lama dah tak upadate ni..Sekarang boleh kata sibuk juga la dengan Final Project dan juga persiapan untuk keluar 4 bulan, bulan 7 ni..Tafakut baru-baru ni masih kena cukupkan keperluan..Doa-doa untuk saya semoga Allah pilih..Kena banyakkan jaga amal je sekarang ni..Nabi saw ajar umat dia selesaikan masalah dengan AMAL..Jadi, sama-sama kita belajar..Aku nak update pasal ni je..:D..Nanti kalau aku senyap lama semacam je, tu tandanya aku tengah keluar 4 bulan la tu..Kalau aku tak upadate apa-apa langsung dalam masa setahun tu tandanya aku dah syahid la tu..Moga-moga aku dimatikan ketika aku berada di jalan Allah dan juga semasa aku solat..Paling kurang pun aku dapat ucap kalimah La Ilaha Illallah..:D..Amin..Doakan untuk aku pembaca-pembaca sekalian..Kalau ada yang nak infak harta untuk support aku keluar jalan Allah pun boleh..:D...Lagi aku alu-alukan, dan lagi baik kalau orang yang infakkan harta tu dapat kuar sekali 4 bulan..:D..Hehehe...