24 Jul 2011

Jour GMi

Alhamdulillah, jour(perhimpunan) GMi selamat sudah berlangsung..Dalam masa yang sama, ada juga perhimpunan yang lain pada tarikh tersebut..Iaitu perhimpunan MAS vs CHELSEA..Bagi mereka yang dapat menghadirkan diri mereka pada majlis ilmu dan mengetepikan nafsu untuk melihat perlawanan bola sebenarnya adalah satu kejayaan bagi diri sendiri kerana berjaya menekan nafsu..

Target jour kali ni seramai 400 orang..Tapi target yang diberi tak dapat diusahakan seramai tu kerana ramai juga yang beralih ke perhimpunan MAS vs CHELSEA..Tujuan jour ni diadakan untuk kita kumpulkan seluruh pelajar islam yang ada di GMi untuk diberi penerangan pentingnya usaha atas iman..Dan juga untuk membentuk jemaah keluar jalan Allah..

Alhamdulillah dapat jumpa kawan-kawan seusaha yang lain, yang dah lama tak jumpa sejak praktikal ni..Salah satu teguran yang saya dapat.."Kau makin berisi sekarang ni..Hati senang ke hati susah yang buat jadi berisi ni?"..Hehe..Gelak je la yang dapat dibalas..Macam biasa, setiap kali jour rakan-rakan seusaha dari UNIKL MFI & UKM pun akan turut sama ada..Orang-orang awam Bangi yang berusaha menyediakan taam untuk student..

Bayan yang diberi pun alhamdulillah..Intipatinya pun cukup..Pembayan daripada UNISEL..Orang Kuala Selangor dan berkaum jawa..Saya sempat la juga berborak dalam bahasa jawa dengan pembayan..Malahan makan bersama dalam satu talam..Tapi yang tak sempatnya untuk bertanya nama dia..:)..Mana taknya, asyik berborak dalam bahasa jawa..:)..

Habis jour kebiasaannya karkun GMi akan khidmat bersihkan surau..Tapi, saya tak dapat turut serta sebab kena beransur diri terlebih dahulu..Alhamdulillah, saya diberitahu jemaah dibentuk untuk keluar di Putrajaya untuk 1 hari setengah..Dan kejayaan jour ni bukanlah seramai mana orang yang dapat kita kumpulkan..Tetapi kejayaan jour ni adalah sebanyak mana jemaah dapat dibentuk..

-selepas jour, hati lega dapat jumpa kawan-kawan seusaha yang sebenarnya rindu dengan dia orang-
>_<

2 comments:

  1. salam singgah jap... wishing u a happy n blessing Ramadhan, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..selamat menyambut ramadhan..maaf lambat reply..:)..raya nnt jemput dtg umah..:)..

    ReplyDelete