3 Jul 2011

Macam mana boleh join tabligh?


Aku join usaha tabligh ni sebab aku tertarik dgn cara mereka..Dan cari mereka betul, bersusah payah utk agama..Jumpa orang tak kira tempat dan status orang tu..Sama yg macam Nabi saw buat..Cuma bezanya buat pd orang Islam..Ada juga buat pd orang kafir..Tapi bukan kerap..Aku pernah juga utk join usaha2 agama yg lain macam usrah,isma,abim,karisma, dll..Tapi semuanya tak datang kpd aku, maksud aku tak datang ke rumah aku utk cakap tentang kebesaran Allah..Tapi, aku yg susah payah nak kena jumpa dia orang semua..Kalau kita perhatikan pun Islam tu tersebar sebab Nabi saw pergi pd umatnya dan sebarkan tentang kebesaran Allah..Kalau Nabi saw cuma duduk saja atau nak tunggu buat program2 yg tertentu dan iklan kat kertas saja dan tak pergi jumpa orang, maka takkan tersebar Islam ni..Jadi, kalau kita nak orang dekat dgn agama, kita kena jumpa orang tu..Cakap tentang iman kalau orang tu, orang islam..Dan cakap tentang Islam kalau orang tu, orang kafir..Itu yg sepatutny, ni kalau nak tunggu orang yg datang pd agama..Maka takkan jadi la perkara tu..Sebabnya mudah, cuba tgk umat Islam sekarang macam mana? Mereka makin jauh dr agama sebab tak ada orang yg nak jumpa dia orang ingatkan tentang pentingnya iman..Itu sebab aku join tabligh..



Niat aku join tabligh bukanlah sebab aku nak betulkan orang..Tapi sebab aku nak betulkan iman aku dulu..Sambil tu ingatkan orang2 lain..Aku ni pun bukanlah satu orang yg suka pd tabligh pd asalnya..Tapi, atas izin Allah..Aku telah dipilih utk buat usaha ni..Aku bersyukur sangat..Macam2 yg aku belajar bila buat usaha ni..Yang mana dulu aku tak terfikir pentingnya usaha atas iman..Pentingnya sunnah2 Nabi saw..Dan banyak lagi..Kalau nak cerita kat blog ni, silap2 boleh jadi drama..Banyak episod jadinya..Diringkaskan macam tu la..



Masa buat usaha tabligh ni, mula2 tu aku tak rasa berapa yakin sebenarnya sebab ramai yg cakap, tabligh ni sesat dan tak betul..Jadi, aku telah diberi ilham oleh Allah utk istikharah..Aku pun buat istikharah..Aku telah diberi 2 mimpi berlainan waktu..Mimpi yg pertama masa aku keluar kali yg ke2 kalau tak silap aku..Aku telah mimpikan karkun(orang tabligh) kat tempat aku tinggal..Dan aku siap tanya kat orang tu, macam mana kita nak bangkitkan usaha kat tempat kita ni?..Itulah soalan yg aku tnya, masih ingat sampai sekarang..Dan mimpi yg ke2 aku dapat masa aku keluar di seksyen 7 bandar baru bangi..Dalam mimpi tu, aku bermimpi dalam mimpi..Aku mimpi surau yg aku tgh iktikaf tu, telah di datangi oleh segerombolan orang yg berpakaian serba putih sehingga surau tu menjadi sangat2 bercahaya..Lepas tu aku tersedar, jam tunjuk pukul 3 pagi lebih..Aku pun terus bangun buat solat..



Itulah mimpi yg aku dapat..Dan selepas mimpi tu aku jadi lebih yakin dgn usaha tabligh ni..Dan alhamdulillah aku masih lg diberi peluang utk usahakan perkara2 iman..Dan aku telah diberi tahu, yang tabligh ni bukan persatuan..Tak perlu utk register2 utk buat usaha ni..Dan kalau diperhatikan, usaha tabligh ni bukan hanya ada di Malaysia je..Seluruh dunia ada tabligh..Kat Israel pun ada markas tabligh utk sebarkan Islam dan Iman..Pergi la mana2, pasti akan jumpa orang2 tabligh ni..Baru2 ni kawan aku yg pergi sambung belajar di UK dan German..Bagitahu aku, yang ramai orang2 tabligh buat usaha kat sini..Tu baru yg disitu..Belum lagi kat tempat lain..



Jadi, aku pun fikir..Utk usaha atas iman dan agama ni tak memerlukan kita masuk persatuan..Kalau kita masuk persatuan sekali pun persatuan tu pasti terbatas didalam satu negara tu je..Kalau pergi ke negara lain pun, persatuan yg kita usahakan tu tak dapat kita nak usahakan dinegara lain..Tapi usaha tabligh ni, dengan bantuan Allah, seluruh negara ada orang2 tabligh..Yang mana, orang2 tabligh di Malaysia ni sentiasa disalah tafsir..Sepatutnya, sebelum nak menafsir sesuatu perkara tu..Kena lah ada dalam situasi tabligh tu..Baru kita tahu sama ada tabligh ni betul atau tak..

Itulah serba sedikit kisah macam mana aku boleh ikut tabligh ni..Bukanlah kerana aku nak berlagak pandai dan nak tunjuk alim apa semua..Tapi, kerana aku tahu dan rasa pentingnya usaha atas iman..Dan pentingnya utk ajak saudara2 aku yg lain dekat pd Allah..Maka, aku telah susahkan diri aku, masa aku, dan harta aku semata2 utk jumpa saudara2 aku yg lain..Utk ajak mereka dekat dgn Allah..

1 comment:

  1. sy ni join ngo..ikram..isma..soalan sy boleh x sy join dua2 usaha ni..ngo islam n tabligh..sy suka kedua dua usaha ni

    ReplyDelete