28 Nov 2011

Jihad!!!!!


Dipetik daripada kitab "Menilai Manhaj Jamaah Tabligh Terhadap Jihad (Dengan Makna Qital)

1) Berkata Ad-Da'iyah Asy-Syeikh Muhammad Ilyas Al-Kandahlawi rah.a, pembangun/pengasaa Jamaah Tabligh,
"Jihad itu mempunyai 5 syarat, di antara syarat-syaratnya ialah al-Imam dan al-Nizam".

2) Perbincangan dengan Ad-Da'iyah Asy-Syaikh Al-Muhaddith Muhammad In'amul-Hassan Al-Kandahlawi:
Saya : Kami mendengar bahwa Syeikh Ilyas pernah mengatakan di dalam ucapan-ucapannya bahawajihad mempunyai beberapa syarat, di antaranya ialah Imam, apakah pendapat tuan mengenai perkara ini?
Syeikh I.H : Jihad mempunyai beberapa syarat, daripada syarat-syaratnya ialah Iman, dan Imam itu ialah Khalifah.
Saya : Apakah dalilnya?
Syeikh I.H : Perbuatan Khulafa' Ar-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, uthman dan Ali dan juga perbuatan salaf- soleh.

3) Perbincangan dengan Asy-Syaikh Al-Mufti Zainal Abidin Al-'uzma
Saya : Apakah pendapat tuan tentang Jihad?
Syeikh Z.A : Jihad ialah fardhu, tetapi selepas latihan dan tarbiah.
Saya : Kami mendengar bahawa Syeikh Ilyas mengatakan bahawa antara syarat-syarat Jihad ialah al-Imam.
Syeikh Z.A : Itu adalah betul.
Saya : Apakah dalil terhadap perkara itu?
Sheikh Z.A : Perbuatan para sahabat yang mulia dan juga perbuatan salaf-soleh.
Saya : Sebahagian ulamak telah mengambil dalil daripada hadis Huzaifah tentang disyaratkan Imam untuk Jihad. (saya menyebut hadis-hadis tersebut)
Syeikh Z.A : Pengambilan dalil tersebut adalah munasabah.
Saya : Di mana tuan mengambil wajah dalil daripada hadis tersebut?
Syeikh Z.A : Daripada bahagian akhir hadis itu, iaitu (fa'tazil)
Saya : Kami harap tuan dapat menerangkan kepada kami sebahagian syarat-sayarat Jihad.
Syeikh Z.A : Tarbiah, Imam, Maqam
Saya : Apakah maksud Maqam?
Syeikh Z.A : Daulah
Saya : Apakah dalil tentang disyaratkan Daulah?
Syeikh Z.A : Perbuatan Rasulullah s.a.w. Bagaimana boleh wujud Imam tanpa daulah?

4) Perbincangan dengan Syeikh Nazrul Rahman
Saya : Saya telah bertanya kepada Syeikh In'amul Hasan tentang Jihad dan beliau mengatakan bahawa antara syarat-syaratnya ialah Imam. Maka apakah pendapat tuan mengenai perkara ini?
Syeikh N.R : Betul, tidak dapat mestilah wujudnya Imam untuk Jihad.
Saya : Apakah dalil tentang perkara itu?
Syeikh N.R : Amalan para safus-soleh
Saya : Setengah daripada ulamak berdalillkan hadis Huzaifah... ketika Nabi s.a.w menyuruhnya I'tizal(mengasingkan diri) ketiadaan Imam.
Syeikh N.R : Pendalilan itu adalah jelas.
Saya : Bagaimana boleh diwujudkan Imam?
Syeikh N.R : Melalui jalan Ahlul-Hal wal-Aqdi, yang mana mereka itu adalah para ulamak, bukan sebarang ulamak tetapi meraka yang benar-benar mendalam ilmunya, maka mereka ini berkumpul danmenentukan khalifah bagi kaum muslimin dan adalah memadai dengan pendapat majoriti daripadaAhlul-Hal wal-Aqdi itu.
Saya : Apakah dalil tentang perkara ini?
Syeikh N.R : Ketika hampir wafat, Saiyidina Umar telah menentukan enam orang daripada Sahabat r.a untuk dipilih daripada kalangan mereka seseorang sebagai khalifah, beliau telah berkata, "Sesiapa yang telah disepakati oleh kamu, maka dialah Imam. Sekiranya pendapat kamu tidak sekata, makalihatlah yang teramai (majoriti) di antara kamu."
Saya : Adakah ini sahih (benar) daripada Saiyidina Umar?
Syeikh N.R : Ini adalah hadis sahih.
Saya : Ada yang mengatakan bahawa kamu (Jamaah Tabligh) telah menegah manusia pergi berjihad di Afghanistan, adakah ini benar?
Syeikh N.R : Ini adalah satu kesilapan, kerana ramai daripada 'ahbab' (saudara-saudara kami) yang telah keluar ke jalan Allah telah datang kepada kami dan telah bermesyuarat dengan kami untuk pergi ke Afghanistan untuk Jihad.
Saya : Sebentar tadi tuan telah mengatakan bahawa Jihad mestilah mempunyai Imam.
Syeikh N.R : Jihad di Afghanistan adalah fardhu.
Saya : Bolehkah menjadi fardhu walaupun tanpa Imam?
Syeikh N.R : Ini disebabkan Jihad itu ada dua bahagian. Jihad untuk menolak serangan musuh apabila para kuffar menceroboh negara Islam. Maka di sana fuqahak yang mengatakan menjadi kewajipan atas semua orang untuk menolak musuh itu, hinggakan hamba berjihad tanpa perlu izin tuannya; di sini Jihad tersebut tidak disyaratkan adanya Imam. Adapun jihad untuk mengembangkan Islam danmendakwahkan para kuffar supaya memeluk Islam tidak dapat tidak perlu kepada Imam.

5) Perbincangan dengan Syeikh Ahmad Al-Anshori
Saya : Apakah syarat Jihad pada pandangan tuan?
Syeikh A.A : Syarat-syarat Jihad ialah (i) Iman (ii) Dakwah Iman (iii) Imam, setelah itu barulah berlakunya Jihad fi sabilillah.
Saya : Adakah bagi Jamaah (Jamaah Tabligh) ini akan berjihad setelah sampai had-had tertentu?Bagaimanakah Jamaah ini akan mengetahui bahawa mereka telah bersedia untuk Jihad?
Syeikh A.A : Mula-mula mestilah membina (taqwim) Jamaah yang mempunyai kekuatan dan mereka lebih mengetahui kekuatan mereka dan mereka menentukan had kekuatan itu, sebagaimana yang telahdilakukan oleh Rasulullah di Badar, ketikamana baginda bermesyuarat dengan para Sahabat untukmemerangi kuffar.
Saya : Adakah kamu mewajibkan adanya seorang Amir untuk mengetuai kaum muslimin untu Jihad?
Syeikh  A.A : Ya, bagaiman boleh berlakunya Jihad tanpa Amir, sedangkan Allah berfirman                                            ( ٳنﺎﻟﻠﻪﻗﺪبعثﻟﻜﻢﻃﺎﻟﻮتﻣﻠﻜﺄ )
Saya : Bagaimankah kita dapat mewujudkannya?
Syeikh A.A : Mestilah pertama sekali membina Jamaah, kemudian diwujudkan Imam, seterusnya barulah diadakan Jihad fi Sabilillah.
Saya : Apakah pandangan tuan tentang Jihad di Afghanistan?
Syeikh A.A : Mereka mempertahankan tanah air dan mempertahankan tanah air adalah wajib.

6) Perbincangan dengan Asy-Syaikh Al-Hamdawi
Saya : Kenapakah kamu (Jamaah Tabligh) tidak menyeru kepada jihad dengan makna peperanganataupun setidak-tidaknya menolong mujahidin Afghanistan?
Syeikh H : Usaha menolong mujahidin Afghanistan adalah tanggugjawab semua, dan ramai daripada saudara- saudara kami di Maghribi yang bersama kami dalam usaha Tabligh telah menyumbangkan harta kepada mujahidin Afghanistan, juga terdapat individu-individu dari Jamaah yang telah pergi dansyahid di sana. Pada hakikatnya yang jelas bhawa jihad (berperang) secara syar'ie untuk meninggikan kalimah Allah belum diisytiharkan sehinggalah sekarang ini.
Saya : Kami dengar, Imam adalah syarat untuk Jihad. Adakah ini benar?
Syeikh H : Ya, malah para Salaf telah mensyaratkan perkara itu untuk Jihad.
Saya : Berilah contoh mereka yang mengatakan demikian daripada kalangan para Salaf.
Syeikh H : Imam Ahmad dan ramai lagi daripada Ulamak Salaf, tetapi saya tidak dapat memberikan kesemua nama-nama mereka dan juga menyebutkan sumber rujukan kerana perkara ini adalah apa yang telah saya mentelaahnya beberapa tahun yang lalu.

7) Perbincangan dengan Syeikh Ghulam
Saya : Adakah disyaratkan Imam untuk Jihad?
Syeikh G : Ya, disyaratkan Imam untuk Jihad
Saya : Apakah wasilah untuk mewujudkannya?
Syeikh G : Masyaikh dan pemimpin kita telah mengatakan bahawa tarbiah adalah sangat penting untukwujudnya Imam dan sekarang kita sedang mentarbiah umat sehingga mereka mencapai hakikat iman, selanjutnya barulah wujudnya Imam, tetapi saya mempunyai pandangan yang tersendiri iaitumemadailah sekarang ini untuk kita berbai'ah dengan mana-mana pemerintah daripada pemerintah-pemerintah atas agama Allah, maka dialah Imam kita dan kita menyeru kaum muslimin untuk membai'ahnya, dan sesiapa yang mengingkarinya kita perangi mereka, walau bagaimanapun ini adalah pendapat peribadi saya, tetapi yang tahqiq (dinyatakan benar) ialah pendapat yang pertama tadi.
Saya : Ulamak telah membezakan, bahawa jihad untuk menghadapi negara kuffar memerlukan Imam,manakala jihad mempertahankan tanahair tidak memerlukan Imam. Apa pendapat tuan?
Syeikh G : Ya, begitulah yang dikatakan oleh para fuqahak.
Saya : Bagaimana pula tentang jihad di Afghanistan?
Syeikh G : Wajib.
Saya : Adakah kita boleh mengatakan jihad di Palestin tidak fardhu melainkan setelah wujudnya Imam,kerana para kuffar telah tinggal di sana dan telah menjadi negara kafir, maka adakah dimestikan Imam untuk jihad?
Syeikh G : Tidak, bahkan sebagaimana jihad itu fardhu di Afghanistan maka begitulah juga di Palestin kerana asal tanah Palestin adalah Islam tetapi telah dicerobohi oleh kuffar. Maka hukumnya adalah sama seperti hukum di Afghanistan tidak ada perbezaan di antara keduanya.

Perbincangan dengan Syeikh Nasaruddin Al-Alban
Saya : Adakah sabdaan Rasulullah s.a.w menunjukkan disyaratkan Imam untuk sahnya Jihad?
Syeikh N.A : Ya, begitulah
Saya : Dari sudut manakah diambil pendalilannya?


(Perbincangan bersama Syeikh Nasaruddin dalam kitab ni saya tidak dapat sertakan kerana saya perasan yang bahagian ini tidak sempurna cetakkannya, jadi saya hanya letakkan sehingga yang boleh saja. Kalau ada yang nak tahu, In Sya Allah boleh dapatkan kitab tersebut.)

-Ditaip tanpa mengurangkan dan menambahkan sedikit pun penggunaan perkataan-

No comments:

Post a Comment