4 Nov 2011

Perang!!!

Assalamualaikum...

Baru-baru ni, rakan seusaha aku ada ikram satu majlis tajuknya tayangan multimedia.. Tempatnya kat surau GMi, majlis tu anjuran daripada budak-budak Usrah GMi.. Aku tak turut serta sebab aku duduk luar, tak duduk asrama, jadi aku minta la karkuzari sedikit tentang majlis tu.. Lebih kurang macam ni percakapan dia.. Dia pun cakap, "tayangan tu berkenaan pasal peperangan kat iraq, palestin, afghanistan dan sebagainya lah.. bagus juga dapat tengok tayangan tu walaupun adab masjid tu telah di abaikan.. Sebabnya, kita dapat info serba sedikit daripada mereka.. Tapi bukan kita tak ambil peduli semua tu, kita semua ambil peduli akan masalah yang menimpa pada negara-negara islam yang lain.. Kalau kita tak ambil tahu, kita tak akan buat usaha agama ni.. Biasanya, ada orang pertikaikan kita (tabligh) ni asyik buat dakwah keluar sana sini tapi tak ambil hirau pun keadaan umat islam sekarang.. Masalahnya kita bukan tak ambil hirau, sebab kita hirau la kita keluar sana sini untuk kuatkan umat islam terlebih dahulu.. Hari ni kita sendiri nampak yang umat islam sendiri pun makin jauh pada agama, jadi lebih baik kita dekatkan orang-orang islam yang jauh dari agama dekat dengan agama dan kita kuatkan kekuatan asas kita iaitu iman, ilmu, & dakwah.. Supaya kita akan ada kekuatan untuk menentang mereka semua.. Ni, kekuatan asas pun kita tak ada nak terus pergi serang macam tu je, memang sayur la jadinya.."

Itulah apa yang dia katakan, aku pun terus Allahu akbar.. Sohih tu tuan.. Jadi kita sama-sama fikirkan.. Betul atau tidak apa yang rakan seusaha aku katakan tu..

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment