7 Jan 2013

Status demi status...


Assalamualaikum..

Berikut adalah status-status aku di Facebook atau gelaran yang aku bagi Fitnah Belaka..Yang pasti bukan semua status aku letak..Hanya seberapa..



7 January 2013
Aku dimaklumkan akan datang bala di Malaysia..Dan ramai di antara kawan-kawan yang mencaci maki AJL..Jadi, aku punya fikir..

"Kalau benarlah apa yang nak jadi ni..Kalau dah Allah tentukan jadi, kita nak mengelak macam mana pun takkan jadi apa..Ada AJL ke, ada IM ke, ada UP ke, apa saja lah rancangan mengarut-ngarut..Tu semua takkan dapat selesaikan apa-apa bala yang nak datang..Asbab yang boleh selamatkan kita dari bala ialah amal agama..Bukan IM, AJL, UP, Ombak Rindu, Adam & Hawa, KCB, AAC, dan lain-lain..Tapi dengan perantara amal yang sahih.."


6 January 2013
Kau orang layan AJL = Acara Jahanam Lebih..Aku layan FB = Fitnah Belaka..Macam tak ada beza..
Lembik gila iman..:'(..Aku dah tahu ni, tapi tak tutup pun FB ni..Ya Allah..


4 January 2013
Jangan buat gila la muslimah-muslimah celup nak laki atau suami kau orang jadi imam kau orang dekat rumah..Lelaki solatnya kat MASJID..Bukan dalam rumah, baik suruh suami kau orang tu pakai telekung kalau nak solat dekat rumah..Nak jadi makmun suami kau orang, pergi MASJID sekali..Tapi lagi baik kalau wanita solat dekat rumah..-_-


4 January 2013
Tidak ada satu pun dalam dirinya seperti yang dikhabarkan..Hanyalah kepalsuan dan kemunafikan yang terserlah..Moga yang bertanya difahamkan..


4 Januray 2013
Aku nak seorang teman hidup yang bila mana aku bercerita perihal Sahabat r.anhum pasti aku akan menangis dan 'dia' pun turut menangis..Sebagai peneman aku menangis..Dan bukanlah menangis kerana aku menangis, tapi menangis kerana kisah pengorbanan Sahabat r.anhum..


4 January 2013
Tinggi, handsome, sejuk hati tengok lelaki menghidupkan sunnah dan tahu ilmu yang dipelajari, kelakar, macam kanak-kanak riang, memegang amanah, bijak tapi merendah diri, lembut dengan wanita, patut dah kahwin, lapar tapi tak tunjuk.. :'(


4 January 2013
Allah..Sakit tu ujian..Sihat tu ujian..Perasaan pun ujian..Tahun depan 25..Target nak sunnah..


4 January 2013
Aku tak suka mengalirkan air mata untuk perkara dunia mahupun yang tiada kaitan dengan agama..


4 January 2013
Gelap dan kelamnya dahulu tiada cahaya..
Berenang dan menyelam dalam lautan dosa..
Kerana rindu kepada yang bergelar manusia..
Menghalang dari mengenal yang Maha Esa..

Telah datang cahaya memberi hidayah..
Telah datang kesantunan ibadah..
Telah di ajar akan susah payah..
Terhasillah iman yakin tiada salah..
Itulah hasil dari mujahadah..

Kerana jahilnya jasad seakan haiwan..
Berlagak pandai seakan darjat ilmuan..
Lalu keangkuhan datang menikam badan..
Datanglah peneman bernama syaitan..

Datangnya hidayah menghilangkan yang jahil..
Merasa bodoh dan hadirnya menyesal..
Kerana kejahilan menegakkan yang batil..

Hadirnya dalam kelam tiada perkenalan..
Hanya bualan dan percakapan..
Datangnya hidayah mendatangkan perasaan..
Mulalah bibit perasaan dan perkenalan..
Tiada pertemuan, hanya cerita yang disampaikan..
Tiada gambaran, hanya dengar dengan pengkhabaran..
Sungguh kerinduan yang mendalam menikam perasaan..


31 December 2012
Berbondong-bondong ummat menuju kepada keseronokan..
Hanya untuk memuaskan nafsu kebinatangan..
Katanya, hanya ingin melihat keajaiban.. 
Tapi sayang, keagungan dan keajaiban yang terhidang tidak dipandang..
Hanya keajaiban setahun sekali yang terbang-terbang yang dibanggakan..
Keagungan dan keajaiban sejak azali tidak kelihatan..
Bukan untuk menafikan, tapi itulah kebenaran..
Kerana iman yakin yang langsung tidak diusahakan.
Maka ummat menjadi teman syaitan yang menuju kepada kebinasaan.. 
Didunia, merekalah teman dan rakan..
Tapi disana, mereka buat-buat tak kenal dan tak pandang..
Paling teruk, dinafikan segala perbuatan..
Habislah ummat, meringkuk dalam neraka jahanam bersama syaitan..
Mari ummat, mari rakan, mari teman, mari seluruh ummat akhir zaman..
Selamatkan diri dari api yang bernyala-nyalaan..
Nyalaannya menyala selama beribu riban zaman..
Meringkuk dalamnya tidak akan tertahan..
Jangan kerana keseronokan yang dihidangkan..
Anda menjadi salah seorang banduan yang tidak akan dilepaskan..


30 December 2012
In Sya Allah..Sebelum bulan 2, aku akan jual pedang samurai atau lebih dikenali sebagai katana..Sesiapa yang berminat boleh hubungi aku..Nantikan..


26 December 2012
1 saat di Syurga takkan dapat menandingi hidup selama-lamanya di dunia..


26 December 2012
Syeikh Afefuddin Al Gailani Al Baghdadi tadi cakap..Kita nak bertaubat pun kena ada ilmu..Ilmu ni umpama otak..Ibadah umpama jasad..

Jangan suka-suka nak cakap, selagi tak ada ilmu tak boleh la nak taubat..Ada maksud dia..Nak tau, tanya..Bukan tafsir ikut akal sendiri..


26 December 2012
Syeikh Afefuddin Al Gailani Al Baghdadi tadi cakap..Abu Bakar r.anhu mukmin..Umar r.anhu mukmin..Uthman r.anhu mukmin..Ali r.anhu mukmin..Saya pun mukmin..Anda semua pun mukmin..Tapi kita dan mereka sama ke mukminnya?

Aku sangat-sangat tersentak apabila dengar Syeikh cakap macam tu..Dada jadi sebak..Terus menggeleng kepala aku sambil tunduk malu..Sungguh dalam apa yang dia cakapkan..


26 December 2012
Syeikh Afefuddin Al Gailani Al Baghdadi dalam kuliahnya tadi beritahu..Kalau kita nak dapat atau mudah bangun tahajud pada malam hari..Pada waktu siangnya kita jangan buat apa-apa dosa..Aku telah mendengar kalam itu secara langsung didalam kuliahnya di Masjid Yayasan Al Jenderami..


26 December 2012
Kawan aku ada syorkan seorang ulama tasawuf dekat area KL ni..Tapi aku kena jumpa Maulana Hamid dulu untuk tahu nama ulama tu..Yang bestnya, sebelum ni aku jumpa Maulana, asyik terlupa je nak tanya tentang perkara ni..Aku kenal seorang ulama tasawuf dekat kelantan..Tapi terlalu jauh untuk aku pergi talaqqi dengan beliau..Aku difahamkan orangnya sangat-sangat bagus..Tapi aku tak bagus..Bagi syor..

26 December 2012
Masuk tahun baru..Aku azam nak bermusafir merata tempat..Lokasi pertama, Johor..


26 December 2012
PAKEJ UMRAH 2013 :

FEBRUARI : (4-15/2/2013)
4-15 FEBRUARI (12h 10mlm). RM 6480. (HANYA TINGGAL 6 SEAT KOSONG)

APRIL : (1-12/4/2013)
1-12 APRIL (12h 10mlm). RM 6480. (40 SEAT KOSONG)

HOTEL HANYA 80 METER DARI MASJIDIL HARAM.
PESAWAT : MAS (TANPA TRANSIT - KLIA - MADINAH).
DARI JOHOR-KLIA & KLIA-JOHOR : BAS DISEDIAKAN (RM100).

*KURSUS UMRAH PERCUMA PADA AHAD 9PG 30/12/2012
*TEMPAT : SURAU ALHIDAYAH JALAN JATI BANDAR PUTRA KULAI
*Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya terlebih dahulu..0132528380..


25 December 2012
Minggu depan mesyuarat halaqah..Ada perkara peribadi yang nak dibawa mesyuarat dan perkara agama yang nak dibawa ke mesyuarat..Setelah hampir 2 bulan aku balik dari 4 bulan, sekarang aku merasa usaha tahap orang awam..Sebelum ni cuma tahap pelajar saja..Memang senang nak keluar, jadi asbab Allah mudahkan..Bila dah jadi orang awam ni..Macam-macam dugaan..Lemahnya iman..


25 December 2012
Sesiapa yang ingin menunaikan ibadah umrah..boleh menghubungi saya ditalian 0132528380..

PAKEJ UMRAH 2013 :

FEBRUARI :
4-15 (12h 10mlm). RM 6480 (Satu kepala). 
HOTEL HANYA 80 METER DARI MASJIDIL HARAM.
PESAWAT : MAS (TANPA TRANSIT - KLIA - MADINAH).


24 December 2012
Jangan kita anggap orang yang berpegang tangan kat luar tu dia orang belum kahwin..sepatutnya kena bersangka baik yang mereka dah berkahwin..selagi kita tak tahu jangan suka suki nak buat andaian sendiri..kalau nak tau dia orang yang pegang-pegang tangan tu dah kahwin ke belum senang je..datang kat dia orang dan tanya..itu lagi baik dari kau orang sangka buruk lepas tu fitnah orang lepas tu mengumpat lps tu buka aib.


23 December 2012
Dan yang terbaiknya, aku difitnah oleh betina jalang mana entah sampai kawan aku pun telefon aku direct..Memang kurang ajar, aku jumpa betina jalang tu memang nahas la..Aku tak kira kau betina ke, kau jantan ke, kau pondan ke..Memang aku tabur kau cukup-cukup..Memang kurang ajar..Lepas tu kau boleh cakap, macam ni ke tabligh..Pergh, lagi kurang ajar..Aih, kau tak tahu apa-apa..Dan-dan kau je bubuh fitnah kat aku..Memang minta mati awal betul la betina jalang macam ni..


23 December 2012
lhamdulillah majlis pertunangan adik aku dah selesai..Tapi yang tak bestnya, aku demam lak..Semua Makcik-Makcik dan Pakcik-Pakcik tanya soalan kat aku, kau bila lagi? Adik kau yang langkah bendul dulu ni.. -_- ..


22 December 2012
Cara aku, bukan lari dari masalah..Tapi macam mana nak selesaikan masalah..Jadi perkara yang aku selalu lihat pada seseorang ialah macam mana mereka selesaikan setiap masalah yang ada dalam diri mereka..Bagi aku, mereka yang lari dari masalah..Masih banyak perkara yang dia kena belajar dalam hidup ni..Dan aku melihat orang yang mampu bertahan dan menyelesaikan masalah adalah orang yang bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan yang akan datang..Setiap masalah yang cuba diselesaikan pasti akan keruh serba sedikit dan pulih..Tapi, berbanding dengan orang yang lari dari masalah..Ianya sentiasa keruh dan takkan pulih..Aku mencari yang cuba untuk selesaikan bukan yang cuba untuk lari..'Seandainya kamu semua faham, tp...'


22 December 2012
Mana aku nak cari kitab Syarah Fathul Qarib al Mujib Ala Tahdhib Targhib wa Tarhib ni..Karangan As Sayyid Alwi bin Abbas Al Maliky..Ditahqiq dan takliq oleh As Sayyid Muhammad Al Maliky Al Hasani..


20 December 2012
Sangat susah dan payah kalau berkomunikasi dengan orang yang berlagak faham apa yang kita sampaikan.. -_-..Daripada aku layan orang macam ni, baik aku asah pedang aku ni ha..Dah 2 hari 2 malam aku dok mengasah, tapi tak tajam-tajam..Ya Allah, Engkau yang bagi tajam dan Engkau yang bagi tumpul..


20 December 2012

Jawatan kosong diperlukan..

Kriteria yang di perlukan :-

- Wanita sahaja.
- Berumur 15 - 24 tahun sahaja.
- Seorang Hafizah dan juga Alimah.
- Kuat amal agama.
- Cenderung kepada segala bentuk sunnah dan juga segala perkara agama.
- Menyokong usaha agama dan turut serta.
- Berpurdah.
- Tidak memakai pakaian yang cerah-cerah apabila keluar rumah.
- Bersedia untuk hidup dalam keadaan tiada TV, Internet, Laptop dan hanya mengikut keperluan.
- Menghormati orang tua.
- And of course, cantik juga satu keperluan.
- Dah tu je, kang banyak-banyak letak orang fikir lain pula.

Sila hantarkan resuma anda kepada saya..:D..



20 December 2012


Umat islam sering memilih perkara yang membebankan mereka..Sedangkan Islam datang untuk mudahkan mereka..Tapi mereka jauh daripada Islam dan mengagungkan adat mereka..Seolah-olah adat itu lagi mulia daripada Islam..Sebagai contoh perkahwinan..Aku tengok perkahwinan adat Melayu terlalu menyusahkan dan membebankan..Tapi itulah yang menjadi pilihan Niqabi-Niqabi 'zaman moden'..Dan juga pilihan 'keyboard-keyboard worriors'..

Sayangnya, kamu semua sangka yang kamu faham akan agama bila mana kamu sudah berniqab dan juga menjadi keyboard worrior..Itulah kesilapan kamu semua yang paling besar..

Syaitan lagi pandai menipu umat manusia berkaitan agama berbanding maksiat-maksiat..

Kamu semua baca, tapi kamu semua belum tentu faham..

Ulama kata, Orang yang dengar/baca akan lupa..Orang yang cakap/baca akan ingat..Orang yang ingat akan amal..Orang yang amal akan faham..Orang yang faham akan ikhlas..Orang yang ikhlas akan makbul..Orang yang makbul akan masuk syurga..

Kamu semua baca, tapi kamu semua belum tentu faham..



18 December 2012
Aku nak kau orang amalkan sesuatu..Cuba selama sebulan..Aku nak kau orang baca Al Quran sehari 3 juzuk..Kalau berterusan baca 3 juzuk selama 10 hari, kita akan khatam Al Quran sekali..Sebab Al Quran ada 30 juzuk..3 juzuk kali 10 hari akan dapat 30 juzuk..Jadi akan dapat khatam Al Quran dalam masa 10 hari..Dan dalam sebulan ada 30 hari, sekiranya di amalkan selama sebulan, kau orang akan dapat khatam 3 kali dalam masa sebulan..1 juzuk ambil masa dalam 20 minit sekiranya dibaca dengan biasa..Untuk 3 juzuk, masa yang di ambil lebih kurang dalam 1 jam lebih..Mudah bukan..Jadi aku nak kau orang cuba amal..

Ingat formulanya 3 juzuk kali 10 hari sama dengan 30 juzuk..:D..

6 comments:

  1. Pelawaan kpd karkun yang nak tinggal di kawasan KL..ada rumah town house 3 bilik utk disewa. Sbb ada karkun ni famili dah nak pindah jadi ada kekosongan pd hujung bulan jan 2013 nie. Kawasan segambut...tmn segambut sppk. Sewa dlm 600 hg 700. berminat Email kat saya rozainis@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Pelawaan kpd karkun yang nak tinggal di kawasan KL..ada rumah town house 3 bilik utk disewa. Sbb ada karkun ni famili dah nak pindah jadi ada kekosongan pd hujung bulan jan 2013 nie. Kawasan segambut...tmn segambut sppk. Sewa dlm 600 hg 700. berminat Email kat saya rozainis@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous1/5/13 04:07

    apa fb tuan? nak add.

    ReplyDelete
  4. Anonymous7/11/13 16:40

    assalamualaikum, saya nak tanya, saya seorang perempuan, 20thun, yg dtg dari kluarga yg biasa, yg bkn dr fmily menekankan agama, yg dah byk lari dari landasan. sy bkn dr skolah agama, atau pnah blajar arab etc. saya cuma nak cari jalan kluar, nak habiskn masa sy cari ilmu agama. sy jumpa blog ni dr google masa tgh search psl maulana hamid sbb ada comment2 psl dia dr status fb ibnu batoota. sy ni terlalu jahil, sy byk sgt tak tau apa2. sy nk org bmbing, ada tak kenal mana2 prmpuan yg blh mngajar dari basic, apa yg patut sy tahu and amik tahu dulu utk ubah satu per satu. klau blh yg sy blh contact mlalui msg/email sbb sy malu n xbsedia nk face to face jmpa ssiapa. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syor sy..pergi dulu ke taklim mingguan..selepas tu minta nasihat dengan wanita2 yg ada dalam majlis tersebut..mereka org2 lama dan ada pengalaman dalam usaha..boleh minta nasihat dgn mereka apa yg perlu dibuat..untuk pergi ke taklim mingguan..boleh refer pada jemaah tabligh yg ada di masjid/surau tempat kamu tinggal..boleh bertanyakan pada mereka..

      Delete