29 Jun 2011

Soalan yang biasa ditanya pada karkun..

Nama A : Tabligh ni bukan tak betul ke?

Karkun : Kalau tak betul, kenapa saya ni solat berjemaah?kenapa amalan saya yg fardhu sama dgn amalan tuan?

Nama A : Apa yg kamu semua dapat dengan keluar2 ni?

Karkun : Dapat belajar macam2, dapat perbaiki iman, dapat amalkan sunnah Nabi saw dlm tempoh keluar, kalau tak keluar bilanya nak dapat amal sunnah semaksima mungkin..Hari2 lain pun sibuk dgn hal2 dunia..

Nama A : Mana ada nas atau dalil yg kata keluar 3hari,40hari dan 4bulan ni semua..

Karkun : Erm, ada tak nas atau dalil kata kita kena sekolah rendah 6tahun, sekolah menengah 5tahun, diploma 3tahun, degree 3@4tahun dll? Tak ada kan? Tuan boleh ke buat dakwah seumur hidup? sedangkan kehidupan manusia sekarang ni lebih kpd perkara dunia? Kita keluar 3hari,40hari dan 4bulan tu semua sbg satu kaedah utk dibawa dan diamalkan dlm kehidupan kita seharian yg lain, yg mana kita sekarang terlalu sibuk dgn perkara dunia..Tu dibuat kaedah dan utk menyediakan masa,harta dan diri dlm sebulan,setahun dan seumur hidup utk agama..

Nama A : Orang2 tabligh ni ilmu bukannya cukup, kadang2 tu tak ada.. Mana boleh buat dakwah.. Bukan 
                kena cukupkan ilmu dulu ke?

Karkun : Saidina Abu Bakar r.a masa mula2 masuk islam dulu telah bertanya kpd Nabi SAW..'Sekarang aku telah memeluk islam, apa yg perlu aku buat?' Nabi SAW pun cakap, 'kamu buat apa yg aku buat'..Apa yg Nabi SAW buat masa tu adalah dakwah..Dan Nabi SAW menyuruh Saidina Abu Bakar r.a buat dakwah yg mana ketika itu Saidina Abu Bakar r.a sendiri tak tahu apa2 tentang islam..Tapi bukanlah nak cakap ilmu tu tak penting, ilmu masih lagi kena belajar..Dan sebenarnya usaha atas ilmu dan usaha atas agama adalah satu perkara yg berbeza..Tetapi ilmu dan agama tidak boleh dipisahkan..Andai kata la kan, nak kena cukup ilmu, macam tu tak ada lah orang nak buat dakwah sebab sekarang ni manusia sibuk dgn ilmu dunia..Bukan dgn ilmu akhirat..Kalau macam tu ustaz2 dan ulama2 je la yg boleh buat dakwah..Macam mana dgn orang biasa yg macam kita ni? Sedangkan dgn dakwah saja kita dapat betulkan iman kita ni..

Nama A : Kamu semua sibuk nak dakwah orang, tapi anak bini dan keluarga kamu pun masih tak betul lagi..Boleh pula macam tu kan?

Karkun : Kalau nak ikut falsafah tuan tu jawabnya Nabi Nuh a.s tak buat dakwah la sebab anak dan isterinya juga tidak beriman pd Allah..Dan, Abu Jahal, bapa saudara Nabi SAW yg terang2 menolak islam..Kalau nak ikut falsafah tuan tu, jawabnya islam tu tidak tersebar sampai ke sini..

Nama A : Kenapa tak buat dakwah kat internet ke, ikut mana2 persatuan ke, buat artikel ke, kenapa perlu nak susah2?

Karkun : Saya akan berdakwah guna cara yg tuan syorkan sekiranya Nabi SAW pernah buat semua yg tuan syorkan tu..Tuan, internet, laptop dan segala macam tu semua Allah bg kat Nabi SAW pd masa tu..Allah boleh bg kat semua umat pd masa tu..Bukan Allah tak boleh buat semua tu..Allah lagi bijaksana..Tapi kenapa Allah tak bagi semua tu pada semua para Anbiya..Sebabnya, agama ni perlu mujahadah tuan..Allah suka tgk hamba2nya bertebaran ke seluruh alam sebarkan islam dan berkata2 akan kebesaran Allah..Tuan, bila kita mujahadah, In Sya Allah, Allah akan beri kita faham dlm agama..Tuan, Allah rela tgk kekasih2nya diseksa, dibunuh utk agama..Tapi, Allah tak rela tgk agama ni hancur..Itu sebab ramai Nabi2 dan Rasul2 telah sanggup korbankan diri mereka utk agama..Tapi hari ni kita tuan, berapa byk masa,harta dan diri kita habiskan utk agama?.. ='( ..

Nama A : Kenapa ulama India yg jadi ikutan kamu semua? Kenapa tak Yusuf Al-Qardhawi ke, Tok Guru Nik Aziz ke, Ustaz Azhar Idrus ke, dll?

Karkun : Tuan, kan Nabi SAW pernah cakap, kita jgn tengok orang yg bercakap..Tapi dengarkan apa yg hendak disampaikan..Lagi pun tuan, saya berani jamin ulama2 yg kami semua ikut tu tak pernah jebakkan diri mereka pd perkara2 lagha seperti internet,tv,radio dan pelbagai lagi bentuk hiburan..Dan ulama tu tak popular kerana agama yg ulama tu ada..Itu lebih baik kan? Tapi tuan, itu tak bermakna kami semua ketepikan ustaz2 dan ulama2 yg ada sekarang..Kami menerima dan mendengar setiap ilmu dan nasihat drpd mereka..Dan tuan, Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah dengar bayan(ceramah@penerangan) dan dia sendiri telah cakap, janggutnya telah dibasahi dgn hadis..Itu ulama yg cakap tu tuan, bukan org biasa macam kita ni..

Nama A : Kamu semua tak kesian ke dengan isteri dan anak2 kamu semua? Kamu tinggalkan dia dlm jangka masa yg lama..

Karkun : Tuan, tuan tak kesian ke dgn isteri dan anak2 tuan bila tuan keluar outstation berbulan2? belajar bertahun2? Tuan tak rasa kasihan sebab tuan pergi utk urusan kerja dan belajar tapi pasti tuan akan rasa rindu yg amat sangat..Macam tu jg dgn kami ni semua, kami rindu dgn isteri dan anak2 kami..Tapi kami tak rasa kasihan sebab kami keluar kerana Allah dan utk agama..Dan tuan, isteri2 dan anak2 kami yg menggalakkan kamu keluar..Itulah yg menjadikan kami lagi bersemangat utk keluar..Dan tuan, bila kami nak keluar lama2, kami akan sediakan nafkah terlebih dahulu sebelum kami keluar..Kami akan pastikan nafkah tu lebih dari tempoh yg kami akan keluar..Itulah tertib yg telah ditetapkn..Semuanya utk elakkan fitnah..Jadi, tuan rasa patut ke sy rasa kasihan?

Nama A : Kenapa buat dakwah kat orang islam? Kenapa tak buat kat orang kafir?

Karkun : Tuan, dakwah ni ada 2..Dakwah tentang islam dan dakwah tentang iman..Bila kita jumpa orang bukan islam barulah kita dakwah tentang islam..Dan bila kita jumpa orang islam kita akan dakwah tentang iman..Tuan, kalau tuan perhatikan zaman sekarang ni..Macam mana keadaan umat islam hari ni? Adakah macam zaman sahabat2? Zaman para tabi'in2? Jadi pentingnya dakwah atas iman..Dan tuan, satu orang yg mengajak orang lain yg jauh pd Allah dekat pd Allah, lebih baik drpd mengislamkan 10 orang, orang kafir..Tapi, dakwah pd orang kafir masih lagi kena buat..

Nama A : Dalam buku fadhail amal ada hadis dhaif..Kamu semua tak tahu ke?

Karkun : Tuan, kami tahu semua tu tuan..Tapi tuan tahu tak kenapa ulama tu letak hadis dhaif tu? sekadar utk menyokong setiap penerangan..Dan tuan, hadis2 dhaif ni lebih kuat berbanding kata2 ulama..Dan tuan, pengarang buku tu adalah seorang muhadisin..Penghafal beribu2 hadis, takkan la seorang penghafal hadis dan jg muhadisin tak tahu tentang soal hadis dhaif tu semua..Mestilah dia lebih tau berbanding kita ni..Yg ilmu sememangnya cetek..Dan seorang pakar hadis UKM pun telah kata, memang dlm kitab tu ada hadis dhaif, tapi amalan yg ada dlm hadis dhaif tu semuanya sohih..Tuan ada apa2 soalan lagi?..

Nama A : Buat masa sekarang tiada..

Karkun : Kalau macam tu saya minta diri dulu..Terima kasih tuan..Assalamualaikum..:)..

Nama A : Waalaikumsalam wbt..sama2..

[perbualan yg pernah diborakkan satu masa dulu antara sy dan dgn ramai orang yg byk bertya akan tabligh..dn selalunya soalan yg sama ditanya..dn jwpn sy kebiasaannya sama seperti mana diatas..maaf jika ada salah silap dlm post ini..sila tegur jika ada yg salah..]..

28 Jun 2011

Kau tabligh sekarang?

Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Tiga hari setiap hujung minggu
Dua minggu setiap hujung bulan
Empat puluh hari tanpa jemu

Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok

Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni Jannah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah DIA
Kaudaki DIA
Kauredah DIA
Kautakik DIA;
Satu persatu cabaran, dengan tabah kautawan.

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersembahyang
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?

Orang yg menolak perkataan yang benar..

Presint 11, Putrajaya..
Alhamdulillah cukup nisab aku keluar 3 hari tu.. Hari pertama dan hari kedua tu tak ada apa sangat..Semua program jalan macam biasa..Tapi hari ketiga lain sikit..Hari ketiga aku diputuskan utk jd makmum keluar buat gash(ziarah)..Seperti biasa, mutakalim(jurubicara) dan rahaba(penunjuk jalan) akan jalan kat depan, aku makmum biasa dengan amir jemaah akan jalan paling belakang..4 orang saja diputuskan utk buat gash masa tu..Jadi cukuplah 4 orang, aku,rahaba,mutakalim dan amir jemaah..Dapat pergi banyak rumah, tapi bukan semua berbuka sebab hari tu hari ahad, mungkin ramai yg balik kampung, tak pun pergi jalan2..Jadi, ada lah beberapa rumah yg dpt berjumpa dengan tuan rumah..Tapi bila sampai kat satu rumah ni, keluar seorang budak..Dari rupa fizikal budak dah akil baligh..Jadi, rahaba pun perkenalkan jemaah..Dialognya lebih kurang macam ni..

Rahaba : Assalamualaikum..Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar(dlm hati)..Assalamualaikum..tak sempat nk zikir..keluar budak tu..

Hamba Allah A : Waalaikumsalam..ye ada apa?

Rahaba : Ayah ada tak?

Hamba Allah A : Tak ada la bang, ada apa ni?

Rahaba : Dik, kami dtg dr surau..Buat ziarah..Ni ada jemaah dr bandar baru bangi..Jadi, abg ni nak ckp sikit..

Tak sempat Mutakalim nak ckp..Datang satu orang lelaki dan berkata..

Hamba Allah B : Apa semua ni? tak apa lah..tak nak..kami tak nak..

Mutakalim : Kejap je bang..

Hamba Allah B : Tak apa, kami tak nak dengar.. Tak apa lah eh..

Mutakalim : Macam mana ni amir sab?

Amir Jemaah : Tak apa, sabar..Iklan je pd org tu..

Rahaba : Erm, kalau macam tu tak apa lah..Kami iklan saja, dekat surau nanti ada majlis fikir atas iman dan amal lepas maghrib..Jemput datang, lepas isya' kita ada buat makan2 sikit..In Sya Allah..

Amir Jemaah : Kita tangguh dulu, dah nak masuk waktu maghrib..

Moral of the story ;
Nampak tak apa yg berlaku zaman sekarang..Sehinggakan kita nak cakap tentang kebesaran Allah pun orang dah tak nak dengar..Sebab apa ni semua berlaku?Sebab dari kecil kita telah dididik dengan cara yg tidak berapa betul..Tapi, masalah ni semua jd bukan sebab kerana dididikkan saja..Punca sebenarnya adalah kerosakan iman..Bila iman tak betul, maka macam2 perkara yg akan terjadi..Bukan nak kata iman orang yg buat usaha agama ni semuanya betul..Sebab merasakan iman ni lemah lah kita keluar dijalan Allah, perbaiki iman, islah diri, belajar2 cakap tentang kebesaran Allah yg mana sekarang ni kita dah tak cakap tentang kebesaran Allah..

Apa yg kita cakap selalunya hal-hal duniawi..Pergi kerja pun kita cakap pasal kerja..Pergi kelas pun kita cakap pasal homework..Sampaikan pergi masjid dan surau pun kita masih lagi bercakap hal dunia..Hari ni kita selalu cakap dunia dan akhirat perlu seimbang..Tapi kita fikir tak, betul ke apa yang selalu kita cakapkan tu?

Cuba kita buat kira-kira sikit..Dalam sehari kita ada 24 jam..Kita kerja biasanya 8 jam..Ada baki 16 jam..Tolak tidur 7 jam..Ada baki 9 jam..Tolak rehat dan riadah kita dalam 5 jam..Ada baki 4 jam..Tolak waktu solat kita yg fardhu dalam 1 jam..Lepak kedai kopi,shopping complex,warung, dll 3 jam..Ok, kita jumlahkan semua..Dalam sehari perkara dunia yg kita lakukan selama 23 jam..Dan untuk perkara akhir cuma 1 jam..Apakah apa yg kita cakap tu sama dgn apa yg kita buat?

Kita semua dapat fikirkan..Macam mana iman kita tak rosak sebab dalam hati kita penuh dengan perkara2 dunia..Sehinggakan kita solat pun kita fikir perkara2 dunia..Bukanlah nak ketepikan dunia, cuma sepatutnya ambil dunia tu tapi jgn masukkan dalam hati kita..Tapi umat hari ni, perkara dunia telah masuk dalam hati secara bulat2..Sebab tu bila kita minta masa 5-10 minit saja untuk membicarakan tentang kebesaran Allah, kita tak dapat nak beri masa dan tak nak dengar sebab hati kita penuh dengan dunia..Tidak ada kerisauan tentang akhirat..

Kita selalu doa "robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wakina azabannar"..Tapi perlakuan kita sehari jauh pd agama..Apa yg kita cakap tak sama dengan apa yg kita buat..Itu sebab jemaah dibentuk..Untuk luangkan masa untuk agama..Bukan lama, dalam sebulan cuma 3 hari saja kita keluar dijalan Allah..Belajar cakap tentang kebesaran Allah, kisah2 Nabi, kisah2 sahabat, hal2 akhirat, hadis2 Nabi..Hari ni manusia mampu utk luangkan masa utk belajar sehingga bertahun2..Tapi utk luangkan masa 3 hari saja utk usaha atas iman pun tak dapat nak bahagikan masa..

Sepatutnya manusia hari ni perlu banyakkan istigfar..Sekadar menerangkan..
Wallahu alam..

27 Jun 2011

Aku Seorang Tabligh


Orang Tabligh,
Ntah sape la yang bagi nama,
Sedangkan kita semua-kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
Tak kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yang kita nih, tak kan nak goyang kaki saje-saje?

Orang Tabligh,
Lari!! Lari!! Orang Tabligh datang,
Yang tadi ramai,sekelip mata je dah hilang,
Yang tadi segar-bugar dah tido terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang-pukang,
Heh, betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata takde duit, nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain plak datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni stakat cakap je memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, berbondong-bondong org datang.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la ke kutu,
Sume nak ditemu,
Nak di-ajak kepada Allah yang satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawa periuk belanga,
Dipandang orang stakat sebelah mata,
Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kadang-kadang pedih juge telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yang banyak salah, yang banyak dosa,
Takpe-takpe, Allah kan ada,
Yang Maha Mengetahui, yang mana intan, yang mana kaca.

Orang Tabligh,
Kadang-kadang buat silap, adat la manusia,
Memangg tengah nak belajar tiru-tiru sahabat(r.a.) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser. Sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana-mana,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, pelbagai perangai,
Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah, isk3... Keluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ada banyak lagi,
Kadang-kadang tu kena gak perli,
"Kita sekaranng kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah-sunnah nih!"
Jangan la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yang rugi?
Bukan ke diri sendiri?

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, memang nak dok rumah, bergurau dengan bini,
Or ajak anak main lari-lari,
Or layan PS2 sampai ke pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela. Hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi(persiapan), bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam-malam doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang skarang ingat hidayat bleh senang-senang dapat,
Tak perlu susah-susah, tak perlu keringat,
Dan tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yang jadik ikutan??"
Mmmm... kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yang bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yang Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jangan bimbang still sendiri punye pegangan,
So tak jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yang dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yang si isteri mati-mati tak nak suami dia pergi,
Berderai-derai air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abang nak pegi jugak, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Heh, orang laki memang lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg, tak jadi pergi,
Yang tadi josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes-kes camni memang banyak terjadi,
Boleh tengok dengan mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia(contoh: kursus naik pangkat),
"No problem punyo!!!. Anytime kami ready!!!"
Si isteri lambai pemergian suami dengan wajah berseri-seri,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yang tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat-pakat reti,
Bab akhirat, masing-masing buat tak kisah, tak amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah terer,
Tak jugak nak kafirkan sape-sape,
Atau sibuk-sibuk pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yang sempurna,
Dengan korbankan sendiri punya diri, duit dan masa,
Nak selamatkan manusia ke-semuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha, masukkan kita dalam syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia... Naik kapal terbang,
Pakai selipar jepun sahaja,
Ikhlas, no sponsor, no subsidy,
Passport penuh cop many countries,
Ade yang kerja tukang kebun sahaja,
Nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru,
Sama seperti balik dari fardhu haji,
Sayangkan bini tinggal-tinggalkan,
Sayangkan anak, rotan digantungkan. Sunnah nabi,
Bukan untuk mendera, speed limit sahaja,
Kenapa sibuk dakwah orang, keluarga, anak isteri belum betul lagi,
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut. Kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadinye,
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut,
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
Tak buat dakwahlah Nabi, tak sampailah Islam ke Malaysia ni...