Nama A : Tabligh ni bukan tak betul ke?
Karkun : Kalau tak betul, kenapa saya ni solat berjemaah?kenapa amalan saya yg fardhu sama dgn amalan tuan?
Nama A : Apa yg kamu semua dapat dengan keluar2 ni?
Karkun : Dapat belajar macam2, dapat perbaiki iman, dapat amalkan sunnah Nabi saw dlm tempoh keluar, kalau tak keluar bilanya nak dapat amal sunnah semaksima mungkin..Hari2 lain pun sibuk dgn hal2 dunia..
Nama A : Mana ada nas atau dalil yg kata keluar 3hari,40hari dan 4bulan ni semua..
Karkun : Erm, ada tak nas atau dalil kata kita kena sekolah rendah 6tahun, sekolah menengah 5tahun, diploma 3tahun, degree 3@4tahun dll? Tak ada kan? Tuan boleh ke buat dakwah seumur hidup? sedangkan kehidupan manusia sekarang ni lebih kpd perkara dunia? Kita keluar 3hari,40hari dan 4bulan tu semua sbg satu kaedah utk dibawa dan diamalkan dlm kehidupan kita seharian yg lain, yg mana kita sekarang terlalu sibuk dgn perkara dunia..Tu dibuat kaedah dan utk menyediakan masa,harta dan diri dlm sebulan,setahun dan seumur hidup utk agama..
Nama A : Orang2 tabligh ni ilmu bukannya cukup, kadang2 tu tak ada.. Mana boleh buat dakwah.. Bukan
kena cukupkan ilmu dulu ke?
Karkun : Saidina Abu Bakar r.a masa mula2 masuk islam dulu telah bertanya kpd Nabi SAW..'Sekarang aku telah memeluk islam, apa yg perlu aku buat?' Nabi SAW pun cakap, 'kamu buat apa yg aku buat'..Apa yg Nabi SAW buat masa tu adalah dakwah..Dan Nabi SAW menyuruh Saidina Abu Bakar r.a buat dakwah yg mana ketika itu Saidina Abu Bakar r.a sendiri tak tahu apa2 tentang islam..Tapi bukanlah nak cakap ilmu tu tak penting, ilmu masih lagi kena belajar..Dan sebenarnya usaha atas ilmu dan usaha atas agama adalah satu perkara yg berbeza..Tetapi ilmu dan agama tidak boleh dipisahkan..Andai kata la kan, nak kena cukup ilmu, macam tu tak ada lah orang nak buat dakwah sebab sekarang ni manusia sibuk dgn ilmu dunia..Bukan dgn ilmu akhirat..Kalau macam tu ustaz2 dan ulama2 je la yg boleh buat dakwah..Macam mana dgn orang biasa yg macam kita ni? Sedangkan dgn dakwah saja kita dapat betulkan iman kita ni..
Nama A : Kamu semua sibuk nak dakwah orang, tapi anak bini dan keluarga kamu pun masih tak betul lagi..Boleh pula macam tu kan?
Karkun : Kalau nak ikut falsafah tuan tu jawabnya Nabi Nuh a.s tak buat dakwah la sebab anak dan isterinya juga tidak beriman pd Allah..Dan, Abu Jahal, bapa saudara Nabi SAW yg terang2 menolak islam..Kalau nak ikut falsafah tuan tu, jawabnya islam tu tidak tersebar sampai ke sini..
Nama A : Kenapa tak buat dakwah kat internet ke, ikut mana2 persatuan ke, buat artikel ke, kenapa perlu nak susah2?
Karkun : Saya akan berdakwah guna cara yg tuan syorkan sekiranya Nabi SAW pernah buat semua yg tuan syorkan tu..Tuan, internet, laptop dan segala macam tu semua Allah bg kat Nabi SAW pd masa tu..Allah boleh bg kat semua umat pd masa tu..Bukan Allah tak boleh buat semua tu..Allah lagi bijaksana..Tapi kenapa Allah tak bagi semua tu pada semua para Anbiya..Sebabnya, agama ni perlu mujahadah tuan..Allah suka tgk hamba2nya bertebaran ke seluruh alam sebarkan islam dan berkata2 akan kebesaran Allah..Tuan, bila kita mujahadah, In Sya Allah, Allah akan beri kita faham dlm agama..Tuan, Allah rela tgk kekasih2nya diseksa, dibunuh utk agama..Tapi, Allah tak rela tgk agama ni hancur..Itu sebab ramai Nabi2 dan Rasul2 telah sanggup korbankan diri mereka utk agama..Tapi hari ni kita tuan, berapa byk masa,harta dan diri kita habiskan utk agama?.. ='( ..
Nama A : Kenapa ulama India yg jadi ikutan kamu semua? Kenapa tak Yusuf Al-Qardhawi ke, Tok Guru Nik Aziz ke, Ustaz Azhar Idrus ke, dll?
Karkun : Tuan, kan Nabi SAW pernah cakap, kita jgn tengok orang yg bercakap..Tapi dengarkan apa yg hendak disampaikan..Lagi pun tuan, saya berani jamin ulama2 yg kami semua ikut tu tak pernah jebakkan diri mereka pd perkara2 lagha seperti internet,tv,radio dan pelbagai lagi bentuk hiburan..Dan ulama tu tak popular kerana agama yg ulama tu ada..Itu lebih baik kan? Tapi tuan, itu tak bermakna kami semua ketepikan ustaz2 dan ulama2 yg ada sekarang..Kami menerima dan mendengar setiap ilmu dan nasihat drpd mereka..Dan tuan, Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah dengar bayan(ceramah@penerangan) dan dia sendiri telah cakap, janggutnya telah dibasahi dgn hadis..Itu ulama yg cakap tu tuan, bukan org biasa macam kita ni..
Nama A : Kamu semua tak kesian ke dengan isteri dan anak2 kamu semua? Kamu tinggalkan dia dlm jangka masa yg lama..
Karkun : Tuan, tuan tak kesian ke dgn isteri dan anak2 tuan bila tuan keluar outstation berbulan2? belajar bertahun2? Tuan tak rasa kasihan sebab tuan pergi utk urusan kerja dan belajar tapi pasti tuan akan rasa rindu yg amat sangat..Macam tu jg dgn kami ni semua, kami rindu dgn isteri dan anak2 kami..Tapi kami tak rasa kasihan sebab kami keluar kerana Allah dan utk agama..Dan tuan, isteri2 dan anak2 kami yg menggalakkan kamu keluar..Itulah yg menjadikan kami lagi bersemangat utk keluar..Dan tuan, bila kami nak keluar lama2, kami akan sediakan nafkah terlebih dahulu sebelum kami keluar..Kami akan pastikan nafkah tu lebih dari tempoh yg kami akan keluar..Itulah tertib yg telah ditetapkn..Semuanya utk elakkan fitnah..Jadi, tuan rasa patut ke sy rasa kasihan?
Nama A : Kenapa buat dakwah kat orang islam? Kenapa tak buat kat orang kafir?
Karkun : Tuan, dakwah ni ada 2..Dakwah tentang islam dan dakwah tentang iman..Bila kita jumpa orang bukan islam barulah kita dakwah tentang islam..Dan bila kita jumpa orang islam kita akan dakwah tentang iman..Tuan, kalau tuan perhatikan zaman sekarang ni..Macam mana keadaan umat islam hari ni? Adakah macam zaman sahabat2? Zaman para tabi'in2? Jadi pentingnya dakwah atas iman..Dan tuan, satu orang yg mengajak orang lain yg jauh pd Allah dekat pd Allah, lebih baik drpd mengislamkan 10 orang, orang kafir..Tapi, dakwah pd orang kafir masih lagi kena buat..
Nama A : Dalam buku fadhail amal ada hadis dhaif..Kamu semua tak tahu ke?
Karkun : Tuan, kami tahu semua tu tuan..Tapi tuan tahu tak kenapa ulama tu letak hadis dhaif tu? sekadar utk menyokong setiap penerangan..Dan tuan, hadis2 dhaif ni lebih kuat berbanding kata2 ulama..Dan tuan, pengarang buku tu adalah seorang muhadisin..Penghafal beribu2 hadis, takkan la seorang penghafal hadis dan jg muhadisin tak tahu tentang soal hadis dhaif tu semua..Mestilah dia lebih tau berbanding kita ni..Yg ilmu sememangnya cetek..Dan seorang pakar hadis UKM pun telah kata, memang dlm kitab tu ada hadis dhaif, tapi amalan yg ada dlm hadis dhaif tu semuanya sohih..Tuan ada apa2 soalan lagi?..
Nama A : Buat masa sekarang tiada..
Karkun : Kalau macam tu saya minta diri dulu..Terima kasih tuan..Assalamualaikum..:)..
Nama A : Waalaikumsalam wbt..sama2..
[perbualan yg pernah diborakkan satu masa dulu antara sy dan dgn ramai orang yg byk bertya akan tabligh..dn selalunya soalan yg sama ditanya..dn jwpn sy kebiasaannya sama seperti mana diatas..maaf jika ada salah silap dlm post ini..sila tegur jika ada yg salah..]..
memang betul.. slalu terkena soalan mcam ni.. huhu, mlas nk berdebat, snyum je dgn org mcam ni
ReplyDelete