Berkenaan perhimpunan Bersih 2.0 yg tengah sibuk diperkatakan..Aku tak ambil tahu pun pasal perhimpunan tu..Jadi, bila dah sibuk diperkatakan, aku pun jadi nak tahu..Aku tanya kat ayah aku yg sememangnya orang kuat BN..Tapi aku ni tak merujuk dan tak memihak pada mana2 parti politik sebabnya aku tak minat dgn politik yg dibawa kat malaysia ni..Ayah aku cakap perhimpunan Bersih 2.0 tu sebagai demonstrasi utk pengiraan undi supaya tak ada unsur2 rasuah, berat sebelah dan lain2..Dan lepas tu, ada la juga ayah aku luahkan ketidaksetujuan dia..Biasalah orang kuat politik..:)..
Satu hari tu, ada seorang kawan perempuan aku minta pendapat kat aku tentang perhimpunan Bersih 2.0 ni..Aku pun cakap lah..Saya boleh bg pendapat tapi nak bagi tahu awal2, saya bagi pendapat ni bukan atas dasar saya memihak pd mana2 parti..Tapi saya bagi pendapat atas dasar pemikiran agama saya dan juga rasional saya..Sebenarnya utk apa buat perhimpunan2 ni semua? Demonstrasi ni semua sedangkan masa zaman Nabi saw tak ada pun perkara tu semua..Kenapa perlu ikut cara macam tu? Dan kenapa jalan dan cara yang macam tu perlu diwujudkan? Tak ada cara lain ke? Bila kita buat macam tu, kita telah tunjukkan yang kita ni bukan umat Islam yg sebenarnya..Islam tak pernah ajar tu semua..Dan lagi satu, bila buat perhimpunan macam tu, sudah tentunya akan bercampur lelaki dan juga perempuan..Sedangkan tempat perempuan itu lebih baik adalah di rumah..Tetapi utk apa turut serta dalam demonstrasi tersebut hanya semata2 utk memperjuangkan benda yang memang kita sendiri tak tahu akan jadi seperti apa..Bila demonstrasi tidak ingat akan perkara2 lagha..Yang mana terang2 akan ada pergaulan tidak sepatutnya..Adakah itu cara yang terbaik dan cara yang Islam tunjukkan pd kita? Kita tak malu ke dgn orang2 kafir? Kita buat demonstrasi ni semua kita sedar tak yang kita sebenarnya telah ikut kaum kafir?
Kita ni negara Islam..Kita isytiharkan yang Malaysia ni negara Islam..Tapi kenyataannya, cara dan juga amalan kita tak macam orang Islam..Secara tak langsung kita tak sedar yang kita telah memalukan agama kita sendiri dan juga telah menaburkan fitnah kpd orang2 yang bukan Islam yang mula hendak berjinak dengan agama Islam..Apa pandangan mereka bila lihat negara Islam sekarang ni penuh dgn demonstrasi dan juga pemasalahan politik..Saya tak hairan andai kata Malaysia ni akan jadi seperti mana negara2 Islam yang lain seperti Libya..Saya tak hairan, sebabnya tengoklah keadaan negara kita ni macam mana??
Lagi satu, pemerintahan kita pun, kita ikut cara pemerintahan orang kafir iaitu demokrasi..Sedangkan cara politik Nabi saw adalah dengan Musyawarah..Sistem Syura..Dan pemilihan pemimpin pula bukan dipilih oleh rakyat..Tetapi dipilih didalam Musyawarah oleh orang2 yg memang layak membuat keputusan dan mendahulukan perkara agama ketika utk memilih agama..Itu cara pemilihan dan pemerintahan Islam..Tapi kita tak amalkan sebab kita telah kalah dengan orang kafir..Kita telah dibiarkan diri kita menjadi hamba mereka hanya kerana sekeping kertas yang telah dimeterai sehingga menggadaikan maruah agama kita sendiri..Kita perhatikan hari ni ramai yang ingin mempelawa diri meraka sendiri utk menjadi pemimpin..Sedangkan masa zaman Sahabat r.a, mereka akan menolak tawaran2 utk menjadi pemimpin kerana mereka faham akan tanggungjawab memimpin itu sangat berat dan akan dipersoalkan di akhirat kelak..Tapi berlainan dgn umat sekarang..
Alasan mereka adalah utk mempertahankan ketuanan Melayu..Tidak salah utk mempertahankan ketuanan Melayu tu, tapi yang menjadi masalah ialah terlalu mempertahankan ketuanan Melayu sehingga melupakan ketuanan Islam tu sendiri..Sehinggakan sanggup menggadai agama semata2 utk mempertahankan kaum..Kalau kita perhatikan sejarah islam sekali pun, berbilang kaum pada zaman Nabi dan juga para Sahabat r.a..Jika kita pertahankan agama terlebih dahulu, maka perkara2 seperti hak2 orang Melayu tu semua pastinya akan terbela..Umpamakan agama ni seperti cawan yang besar..Dan hak2 orang Melayu ni seperti cawan yang kecil..Ok, kalau kita dahulukan cawan yang besar, maka cawan yang kecil pastinya senang utk dimasukkan ke dalam cawan yang lebih besar iaitu agama..Tapi kalau kita cuba utk letak cawan yang besar ke dalam cawan yang kecil, adakah boleh perkara tu terjadi? Pastinya tidak boleh..Macam tu jg dgn situasi yang jadi di Malaysia ni..Mereka sibuk mempertahankan cawan yang kecil dan membelakangkan cawan yang besar..Sebab itu jadinya semua perkara ni..Bila kita utamakan cawan yang besar, maka senang tk utk kita masukkan cawan yang kecil tadi? Sudah pastinya senang..Bukan ke begitu??..
Kalau kita perhatikan negara2 yang bukan Islam yang dalam negara tu sendiri ada orang Islam..Kita perhatikan macam mana India..Bukan negara Islam..Tapi Islam berkembang di India sebab mereka mengutamakan agama..Begitu juga kalau kita perhatikan di Perancis, German, US, UK, dll..Negara2 tersebut bukanlah negara Islam tetapi kenapa Islam boleh berkembang di negara2 tersebut..Ini kerana mereka mendahulukan agama lebih dari perkara2 yang tak sepatutnya..Sepatutnya kita pun macam tu..Tapi hari ni, di Malaysia umumnya, agama telah diketepikan..Dan politik di utamakan..
Kata2 Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang didunia"..Dan kata2 aku pula, "Aku lebih rela hilang Melayu, Negara daripada aku ketepikan dan hilang agama sebagai orang Islam.."..
Bila kita utamakan agama dihadapan pastinya Allah swt akan bantu kita..Tapi hari ni bantuan Allah pun kita tak dapat sebabnya kita telah ketepikan Allah swt..Kita telah ketepikan agama kita semata2 utk memenuhkan perkara dunia dalam hidup kita..Kita sibuk dgn dunia, dan kita lalai pd agama..
Hari ni kalau kita perhatikan, orang suka pada agama..Alhamdulillah, syukur..Tapi mereka telah ditipu oleh syaitan..Kita kena sentiasa fikir..Dalam perkara agama sekalipun syaitan mampu utk menipu kita..Disebabkan kurangnya fikir macam tu, maka jadilah semua perkara2 tersebut..Yang mana syaitan amat suka..
Kalau kita nak tengok kejayaan umat Islam hari ni, senang je..Kita bangun sama2 buat usaha dakwah..Yang mana hanya dengan dakwah dapat ubah semua perkara..Bukan dgn demonstrasi, bantahan, tunjuk perasaan..Bukan itu caranya..Bila kita utamakan perkara agama dahulu, pastinya Allah akan bantu kita..Kita sama2 mujahadah dalam agama..Kita luangkan masa, harta dan diri kita utk perkara agama..Yang mana orang kafir gerun tengok kita berpakaian betul2 sunnah..Kita buat dakwah ikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi saw..Baru kita boleh kejayaan yang kita nak kan..
*Niat bukanlah utk memperlekehkan bangsa Melayu atau apa2 yang berkaitan..Niat dihati cuma mahu wujudkan fikir agama dan mengutamakan agama supaya dipraktikkan dalam hidup terlebih dahulu dan kemudian pada negara..Maaf pada mereka2 yang terasa..Lebih2 lagi ahli2 politik..