9 Jul 2011

Mutiara berbalut yang tercemar..

Setiap manusia selalunya mengimpikan "mutiara" yang cantik lg indah..Dan pastinya utk menjaga "mutiara" tersebut tanpa ada cacat cela..Pastinya akan dipilih yang berbalut cantik dan kemas, kerana pastinya "mutiara" yang dijaga dengan baik dan rapi, dibungkus dgn cantik dan kemas adalah "mutiara" yang betul2 cantik..Untuk memperoleh "mutiara" yang sebegitu rupa pastinya memerlukan pengorbanan yang sangat banyak..Menggunakan keringat sepenuhnya..Membahayakan diri 'dilautan yang dalam'..Sehingga begitu sekali pengorbanan yang dilakukan demi untuk mendapatkan sebutir "mutiara" yang diingini..

Itulah perumpaan yang sering diberi pada muslimah..Setiap lelaki inginkan muslimah yang paling baik untuk dijadikan teman hidupnya..Sehinggakan, untuk mendapatkannya, perlukan pengorbanan untuk memperbaiki diri, iman dan juga amal..Supaya keinginan hatinya yang menginginkan muslimah solehah tercapai..Dan dengan iman dan amal yang ada pada dirinya membolehkan ia menjaga "mutiara" tersebut dengan sebaik-baiknya..Begitu juga pada muslimah yang menginginkan muslimin yang terbaik untuk dirinya..

Alhamdulillah, muslimah yang ada hari ini kebanyakkannya suka pada perkara-perkara agama..Sehinggakan mereka menjaga diri mereka dengan sebaik-baiknya..Mereka memenuhi diri mereka dengan hijab-hijab supaya tidak dilihat oleh mana-mana lelaki yang pastinya belum tentu akan menjadi milik mereka..Mereka menjaga diri mereka dikehidupan yang sebenar, iaitu perjalanan hidup yang realiti..Sehinggakan amat jarang mata-mata liar yang memerhatikan mereka..

Tetapi hari ni, muslimah tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu oleh syaitan-syaitan..Mereka telah terpedaya dengan dunia maya..Yang mana muslimah telah menzahirkan diri mereka di alam maya..Alhamdulillah, mereka masih lagi bertutup(niqabi)..Tetapi mereka telah membenarkan mata-mata liar memerhatikan mereka dengan secara terusan..Mereka membiarkan diri mereka dimakan oleh puji-pujian dan dombaan..Sering menjadi persoalan di benak fikiran ni adalah..Adakah sama niat mereka di alam realiti dengan alam maya(siber)??

Diperhatikan, mereka berada diluar rumah dengan berkeadaan bertutup rapi..Dengan niat untuk mengelakkan diri mereka dari diperhatikan oleh mata-mata liar yang tidak dapat menjaga diri serta mata mereka..Tetapi apabila di alam maya, dengan penuh keyakinan mereka menzahirkan gambar-gambar mereka yang bertutup rapi itu untuk santapan mata-mata liar..Untuk apa dizahirkan jika niat asal di alam realiti adalah untuk menjaga diri..Tetapi bila sampai di alam maya mereka seolah-olah lupa akan niat asal mereka di alam realiti..Mereka rela diri mereka dizahirkan di alam maya, ditatapi dan diperhatikan sepanjang masa..Walaupun mereka masih lagi bertutup..Adakah mereka sedar mereka telah ditipu?? Ditipu oleh musuh yang nyata..Adakah mereka sedar??

- Menjadi persoalan saya apabila wanita-wanita yang berniqab apabila mereka zahir di FB,MySpace,Tagged,Hi5,Twitter dan lain-lain..Di kehidupan realiti mereka, mereka adalah satu golongan yang mana mereka menjaga diri mereka dari di perhatikan oleh orang yang tidak sepatutnya, itu sebab mereka berpakaian dengan cara yang paling baik..Tetapi, apabila di alam maya mereka telah menzahirkan diri mereka secara terang terangan..Walaupun mereka masih lagi bertutup..Seolah-olah, bagi mereka tiada mata-mata liar yang memerhatikan mereka..

Mungkin para Niqabi akan mengatakan diri mereka sebagai sumber inspirasi untuk muslimah yang lain..Niat seperti itu bagus dan tak ada salahnya..Tetapi, kenapa mereka tak memikirkan cara yang lebih baik? Contohnya meletakkan pic profile gambar yang lain dan hanya menerima kawan-kawan yang seangkatan dengannya..Jadi, dengan cara macam tu tiadalah mata-mata liar yang memerhatikan mereka..Tiadalah pujian dan dombaan yang merosakkan hati si pemuji dan juga diri yang dipuji..

Mungkin juga mereka akan katakan, tidak mahu hipokrit dengan meletakkan gambar orang lain atau pun gambar yang bukan diri mereka..Percakapan mereka ini terjawab dengan soalan..Persoalannya, mereka tidak kisah pula untuk hipokrit bila mereka tidak meletakkan nama sebenar mereka..Adakah sama dengan apa yang mereka katakan?

Mungkin juga mereka akan katakan, hanya gambar-gambar yang sesuai sahaja diletakkan..Gambar-gambar yang terlebih tidak diletakkan..Mereka tidak terfikir ke, apabila mereka keluar..Mereka akan pakai pakaian yang betul-betul sesuai..Untuk elakkan dari mata-mata yang tidak patut..Begitu juga di alam maya..Alam maya ni umpama alam realiti bagi muslimah berniqab..Kerana diluar mereka menjaga diri..Begitu juga sepatutnya di alam maya..Mereka masih juga kena menjaga diri..

Dan banyak lagi sebenarnya, yang tak mampu untuk dizahirkan melalui penulisan..Dan, tujuan post ni bukan nak menjatuhkan para niqabi..Tetapi sebagai perkongsian fikir bersama...Tidak salah untuk kamu bersosial @ berdakwah di alam maya..Tetapi kadang tu kamu tidak sedar, kamu telah ditipu oleh syaitan dan juga nafsu-nafsu..Kena ingat, dalam perkara agama sekalipun syaitan mampu untuk menipu kita..Boleh untuk kamu gunakan semua tu, cuma kamu semua kena pastikan cara yang paling tepat dan betul..

Kamu semua adalah muslimah yang terlindung..Pastikan yang terlindung itu tak tercemar..Pastikan sebaik mungkin dan mana yang mampu..Dan sentiasa fikir dahulu sebelum buat apa-apa..Kerana anda semua selalu diperhatikan..Kamu semua tidak salah, tapi cara kamu saja yang kurang betul..Kerana syaitan dah tipu kamu..Dan kelebihan muslimah yang berniqab ni..Bila di akhirat nanti, jika muslimah tersebut terdetik saja dihati ingin lihat Allah, maka Allah akan datang kepadanya..Jadi, jagalah diri kamu semua sebagaimana kamu cuba untuk menjadi yang terbaik..-

..Teruskan keperibadian tersebut..

2 comments:

  1. Moga diri sentiasa ditemani hidayah untuk menjadi mutiara paling berharga.

    ^_^

    ReplyDelete