24 Sept 2011

Aiskrim rm2.00

Lama dah tak update blog ni..Alang-alang dah nak update ni, tukar sekali la template dan sewaktu dengannya..
Update blog ni pun sebab nak cerita apa yang jadi kat aku semalam kat masjid bandar sunway..Biasanya lepas solat jumaat kat luar masjid tu ada orang jual aiskrim, kena lak masa tu aku nak merasa aiskrim yang orang tu jual..Aku pun order, bang! Aiskrim roti 1..Ok dik, siap..Lebih kurang macam tu la dia punya dialog..Dah siap tu brother tu pun cakap 2 hinggit dik..Ok bang, nah rm50..Amboi dik!! Ko biar betul, abg tak ada duit tukar..2 hinggit je dik..aku pun apa lagi, alahai bang..Tak ada lah, saya ada rm50 sekeping ni je ha..Macam mana ni bang?Aiskrim dah kat tangan ni..Brother aiskrim tu pun cakap, esok2 pun boleh dik..Alahai bang, tak boleh la macam tu..Masa kejadian tu ada seorang brother ni pun perhatikan je dari tadi..Dengan aku pun dok terpinga-pinga mana nak cari duit tukar dengan aiskrim kat tangan..Dalam keadaan yang macam tu, ada seorang brother ni cakap, tak apa lah..saya tolong bayarkan..aku pun macam terkejut la..dia ni betul ke, dalam hati aku la kan aku cakap macam tu..lepas tu aku pun tanya, betul ke ni tuan?..dia pun dok balas, ye betul..aku dengan penuh lega dan alhamdulillah..terima kasih ye tuan..aku pun terus tanya nama dia siapa..dia pun jawab Firdaus..Time tu juga aku doakan hidayat untuk tuan Firdaus tu..Tapi dalam hati la..lepas tu aku pun salam dia kenalkan nama aku semua..lepas tu aku pun beredar sambil fikir,kenapa Allah aturkan kejadian macam ni kat aku..

Tengah duduk kat motor sambil makan aiskrim yang tuan Firdaus tu belanja tadi aku pun fikir..Kenapa ya jadi macam ni..Aku pun dok fikir, pagi jumaat tu macam biasa sebelum kerja aku buat solat sunat dhuha..Dan masa solat jumaat tu, masa tengah dengar khutbah tu aku pun terfikir teringin nak cuba aiskrim yang ada jual kat luar masjid tu..Jadi aku pun niat la nak beli lepas solat jumaat tu..Tapi tahu-tahu rupanya rezeki aku, orang belanja..Pula tu orang yang tak kenal pula tu..Dan dengan berani aku pun buat kesimpulan, ni berkat solat dhuha yang aku buat pagi jumaat tu..Walaupun cuma aiiskrim percuma sekali pun..Yang buatkan perkara tu jadi menarik bukanlah sebab dapat aiskrim free..Tapi disebabkan kesediaan tuan Firdaus tu untuk membantu aku..

Asbab tu semua aku dapat kenal dia..Dan aku harap sangat dapat jumpa dia lagi untuk aku ikram dia pula..:)..

Simple je entri kali ni..Aku tak tahu nak taip apa sebenarnya..:p..hahaha..

2 comments:

  1. assalamualaikum wbt..

    Allah bagi aiskrim kat tuan.. :D

    syukur2...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wbt..ye sohih..stiap prkre tu Allah yg beri..dn kali ni Allah beri dgn asbab mnsie..

    ReplyDelete