9 Nov 2011

Berkorban!!

Assalamualaikum..

Hari ni terasa nak update blog la pula disebabkan ada 1 majlis dekat GMi tadi. Majlis tersebut setiap hari rabu ada. Aku rasa bagus setiap hari masjid dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu, iman, & dakwah. Sebab majlis-majlis ni semua mendatangkan rahmat.

Ok, sekarang kita terus straight to the point. Saudara yang bercakap dalam majlis tu bercakap tentang korban & pengorbanan dan yang seangkatan dengannya. Kisah Nabi Ibrahim as dan juga anaknya Nabi Ismail as juga turut diceritakan. Aku tak dapat nak ceritakan semua yang aku dengar sebabnya ingatan aku tak kuat. Jadi aku cuma bagi komen dekat hujung-hujung ceramah saudara tu.

Saudara tu cakap, lebih kurang macam ni. "Kita sebagai umat islam, cuba kita muhasabah 4 perkara kat diri kita ni. 1st, apa pengorbanan kita untuk islam? 2nd, berapa wang ringgit kita digunakan untuk islam? 3rd, berapa banyak peluh kita yang kita dah keluarkan untuk islam? 4th, ada tak di antara kita yang fikir macam mana nak selamatkan umat islam? pertahankan islam?". Itulah di antara ayat-ayat terakhir yang dia cakap yang sempat aku ingatkan.

Bila dia cakap macam tu, aku pun terus terfikir, dan sebenarnya aku teringin nak tanya orang tu macam mana caranya untuk semua permasalahan yang dia utarakan tu. Tapi disebabkan aku tak sempat untuk bertanya kerana aku ada mesyuarat untuk jour GMi yang akan diadakan pada 14/11/2011 ni. Jadi aku pun terpaksa melupakan niat aku tu. Bukannya aku tak tahu setiap apa yang dia utarakan tu. Tetapi aku dan semua jemaah-jemaah tabligh dah buat apa yang dia cakapkan tu.

Yang 1st, orang-orang tabligh yang selalu dok kena kutuk ni dah korbankan masa, diri & harta meraka untuk ajak orang yang jauh dari agama dekat pada agama. Dah korbankan masa untuk bersama keluarga dan cuti-cuti panjang demi untuk agama. Dah korbankan diri mereka dengan melawan hawa nafsu untuk bersenang lenang di dunia ni. Dah korbankan harta mereka ribu-ribu ringgit untuk keluar dijalan Allah yang jauhnya berbatu-batu walaupun orang tu tidak sekaya mana. Adakah kami tak buat apa yang saudara tu katakan? Dan In Sya Allah akan sentiasa berkorban sehingga anak cucu meraka menyambung usaha tabligh ni.

Yang 2nd, orang-orang tabligh yang selalu dok kena kutuk ni dah habiskan wang ringgit mereka untuk agama. Baik orang tu kaya mahu pun miskin! Sanggup tahan nafsu untuk beli handphone canggih-cangih, gadget canggih-canggih demi untuk agama. Untuk membelanjakan harta mereka di jalan Allah. Adakah kami tak buat apa yang saudara tu katakan? Dan In Sya Allah akan sentiasa berkorban sehingga anak cucu mereka menyambung usaha tabligh ni.

Yang 3rd, orang-orang tabligh yang selalu dok kena kutuk ni dah bermandi peluh keluar ke sana sini, ke hulu ke hilir, negara ke negara, negeri ke negeri, bandar ke bandar, pekan ke pekan, mukim ke mukin, kampung ke kampung, rumah ke rumah, pintu ke pintu, hati ke hati. Semuanya mereka buat untuk sukakan Allah, dan berapa banyak peluh yang telah mereka keluarkan untuk agama? Dan berapa banyak langkah kaki mereka gunakan untuk agama? Bukan sahaja peluh yang mereka keluarkan, bahkan dengan air mata sekali mereka keluarkan untuk agama. Adakah kami tak buat apa yang saudara tu katakan? Dan In Sya Allah akan sentiasa berkorban sehingga anak cucu mereka menyambung usaha tabligh ni.

Yang 4th, orang-orang tabligh yang selalu dok kena kutuk ni setiap hari fikir dan risau akan umat islam hari ni yang mana makin jauh pada agama. Dan mereka setiap hari fikir macam mana nak ajak mereka kepada Allah supaya mereka dapat mempertahankan iman mereka dan kemudian dapat mempertahankan islam. Tidak guna sibuk mempertahankan islam jika iman yang sedia ada pada umat islam tidak pertahankan sedangkan rata-rata kita sendiri sedia maklum yang umat hari sangat-sangat jauh pada agama. Setiap hari kami fikir, kami luangkan masa setiap hari untuk fikir risau akan umat hari ni dan kemudian kami usahakan dengan berjumpa dengan mereka dan mengajak mereka kepada Allah. Adakah kami tak buat apa yang saudara tu katakan? Dan In Sya Allah akan sentiasa berkorban sehingga anak cucu mereka menyambung usaha tabligh ni.

Aku pun berfikir, adakah kami tak buat semua yang saudara tu katakan dalam ceramah dia? Dan adakah dia buat apa yang dia cakapkan? Apakah tindakan dia? Adakah hanya cukup sekadar memberi ceramah macam tu dan selepas tu tiada apa-apa tindakan susulan? Tadi saudara tu boleh bagi ceramah macam tu, untuk masa sekarang pendengar akan rasa bersemangat. Tapi bagaimana dengan esok? Pastinya pendengar semua akan lupa apa yang dikatakan oleh saudara tersebut. Masih juga solat subuh akan kurang seperti sedia kala. Adakah hanya sekadar cukup berkata? bercakap? berceramah? Dan cukup ke dengan sibuk mengatakan untuk mempertahankan islam sedangkan iman umat islam sendiri telah jauh dari islam? Bagaimana umat islam nak mempertahankan islam sedangkan iman meraka rapuh????

Mungkin ada di antara pembaca akan mengatakan yang aku ni taksub dengan tabligh ni. Aku akan katakan, tidak! Aku tidak taksub dengan tabligh tapi aku taksub dengan usaha atas iman! Dan ingatlah pada mereka yang dok mengutuk tabligh, aku bukanlah seorang yang baik sebelum membuat usaha tabligh. Dan aku tak pernah di ajak untuk dekat dengan Allah, puas dulu aku mencari bermacam-macam persatuan untuk aku dekatkan diri dengan agama. Tapi tak ada satu pun yang bagi feedback kat aku, dan cuba kamu semua teka, bagaimana sekarang aku boleh dipilih dan berada dekat dengan Allah, alhamdulillah.

Aku boleh jadi macam tu semua asbab daripada orang-orang tabligh ni!! Yang datang jumpa aku setiap hari cakap kebesaran Allah dan mengajak aku ni yang jauh dari Allah & masjid dekat pada Allah & masjid. Dan sampai sekarang, aku berfikir, mana alim-alim, ilmuan-ilmuan, ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang sepatutnya buat usaha ni?? Ke mana mereka??????? Bukan ke mereka dikatakan pengganti Nabi?? Bukan ke Nabi saw ada sebut pasal mereka ni siapa??

Itu yang aku fikir sampai sekarang, dan sekarang ni orang dok sibuk cari kesalahan dan keburukkan usaha tabligh ni. Bukan saja orang-orang biasa yang dok mengata dan cakap yang bukan-bukan pasal usaha ni bahkan ustaz dan orang alim pun sama saja. Astagfirullahal azim. Tolong la jawab kepada mereka yang tidak suka dengan usaha tabligh ni. Dan sangat banyak persoalan yang bermain dekat kepala aku ni yang aku nak tanya pada kamu semua. Banyak sangat.. :(..

Hem, aku tahu aku punya post kali ni berbunyi sedikit keras. Sebenarnya bukanlah aku marah, cuma aku tegas akan perkara ni semua. Sesiapa yang nak menegur aku silakan, tapi pastikan kamu tegur dengan hikmah. Kerana aku pun manusia biasa yang sedang belajar menerima setiap teguran yang diberi. Dan peringatan bersama, janganlah dipandang buruk apa yang aku cuba sampaikan, tetapi sebaliknya kita sama-sama fikir dan bertindak untuk mempertahankan iman umat islam dan secara tak langsung agama islam pastinya akan dapat dipertahankan.

Maaf kalau ada tersalah taip, tersalah cakap dan bagi mereka yang terasa, maafkan saya..


No comments:

Post a Comment