23 Jun 2012

23 tahun hidup penuh dosa...

Assalamualaikum wbt..


Entah kenapa tetiba hari ni aku terasa nak update blog..Mungkin disebabkan terbaca satu blog ni berkenaan seorang ibu..Tapi, apa kaitan tajuk entri ni dengan blog yang pasal ibu tu..Sememangnya tak ada apa-apa kaitan pun..Entah kenapa, blog tu buat aku teringat akan segala dosa dan kesalahan yang pernah aku buat dulu..Jadi, apa yang aku nak ceritakan kali ni bukanlah keburukkan aku atau pun kesalahan aku yang sebelum ni..Tapi, entri aku kali ni adalah lebih kepada nak minta maaf...

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa tak pergi minta  maaf secara langsung je dengan orang yang kita buat salah tu..Sebenarnya, usaha ke arah tu pun telah aku buat..Dan sekarang usaha aku yang sebegini rupa pula..Sebabnya, seandainya Allah takdirkan aku mati semasa tempoh khuruj aku ke India, Pakistan, dan Bangladesh..Blog ni masih lagi akan ada, dan sesiapa yang kenal aku dan aku pernah buat salah pada sesiapa..Entri aku yang kali ni pengganti diri aku untuk aku minta maaf pada orang-orang yang aku pernah buat salah pada mereka yang aku tak sempat nak jumpa atau malu nak jumpa atau pun berhubung dengan mereka..
Kita semua maklum, setiap manusia akhir zaman tak pernah lekang dari buat dosa..Sama ada sedar mahu pun tak..Macam tu juga dengan aku ni..Jadi, entri aku kali ni, aku khususkan pada orang-orang tertentu yang mana, bila orang tu baca maka dia faham, aku minta maaf pada dia..Moga-moga aku di ampunkan..

Kepada kawan-kawan sekolah aku dari aku sekolah rendah hinggalah ke sekolah menangah dan hinggalah aku belajar di IKM dan seterusnya di GMi..Kepada mereka yang aku pernah marah-marah, maki hamun, mengumpat, terngumpat, terambil barang, bersikap sombong dengan kau orang, sangka buruk dengan kau orang, terfitnah, tersalah cakap, gurau kasar, tak membantu kau orang, tak buat tugasan berkumpulan dengan baik, menuduh yang bukan-bukan dan yang sewaktu dengannya..Aku dengan rendah hati dan penuh rasa menyesal serta serba salah memohon maaf dekat kau orang semua..Moga-moga dengan kebaikkan yang ada pada kau orang..Kau orang dapat memaafkan aku dengan sebaiknya..Dan maaf juga sebab telah menyakitkan hati seseorang..Mungkin benar semua kesalahan tu bermula daripada aku sendiri..Tak ada daya untuk aku cuba dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikannya..Sehinggalah keputusan membawa diri dan larikan diri dari masalah tersebut terhasil..Yang akhirnya memakan diri sendiri..Moga-moga dengan kebaikkan yang ada pada diri tersebut dapatlah dimaafkan si pendosa ni..si jahil ni..si munafik ni..Aku akui, tidak ada yang salah melainkan aku seorang yang bersalah dalam setiap perkara..Terima kasih..

Dan, perkara terakhir adalah proses untuk aku memaafkan diri aku sendiri yang mana aku sendiri tak dapat nak maafkan diri aku kerana kesilapan yang lalu..Dosa-dosa yang telah aku buat..Aku sedia maklum bahawasanya Allah itu maha pengampun..Tapi diri ku yang hina ni, terlalu munafik sehinggakan aku malu untuk memaafkan diri aku sendiri..Moga-moga, dosa yang bertimbun-timbun ada pada aku ni dimaafkan hingga mampu menyelamatkan aku dari segala bentuk azab Allah yang pedih, perit, sakit, siksa, dan menakutkan..Moga-moga aku terselamat dari api hitam yang tidak padam...Moga-moga aku diselamatkan dan ditempatkan di kawasan yang lapang dan tenang..

"Jangan diukur buruk yang di zahirkan..Kadang ia hanya sekadar tampalan..Jangan pula diukur baik yang di zahirkan..kadang ia hanya sekadar penipuan..Jangan di lihat apa yang di lihat..Tapi lihatlah apa yang tidak di lihat..Di zahirkan diri ini bukan untuk sangkaan..Cuma sekadar keinsafan.."

"Tidak ku katakan yang cerah itu bintang..Tidak ku katakan yang kelam itu bulan.."

Ihsan google imej

3 comments:

  1. Anonymous25/7/12 11:47

    alhamdulillah..:)..sy pun mohon maaf atas salah silap sy pd awk..

    ReplyDelete
  2. Thank You and that i have a nifty supply: House Renovation What To Do First remodeling companies near me

    ReplyDelete