6 Mar 2012

Copy Paste.....

Aku ambil entri ni kat blog ni Hafiz Kilau..

Tabligh selekeh? tabligh tak buat nahi mungkar? Tabligh tinggal anak bini? tabligh tak cukup ilmu mau dakwah?

  • Tabligh tinggal anak bini?
  • Tabligh selekeh?
  • Tabligh tak buat nahi mungkar?
  • Bidaah keluar 3 hari 40 hari 4 bulan?
  • Kenapa pilih india kenapa tak ke Makkah?
  • Tabligh tak cukup Ilmu mau dakwah org?
Sudah lali di telinga kami mendengar ungkapan begini, kalau yg mls nak jawab tu ckp InsyaAllah keluar 3 hari baru faham. Kalau yg tawadduk mcm Maulana Hamid dan Maulana Saad usah harap mau jawab. Berdebat jauh sekali. Siap berdoa lg pd Allah Ya Allah berikanlah si polan ini hidayah dgn tangisan yg betul2 pula tu walhal si polan baru je maki org tabligh. Punya tggi akhlak mereka. Kalau aku, mmg aku pancung terus. Al-Maklumlah Iman lemah. Bkn apa dulu samseng. Sekarang org panggil samseng tabligh. Dulu di Uitm, org Ikhwan dok ckp kat depan surau mcm2, tggu masa je aku nk bangun bg flying kick kat muka dia tp nasib baik rakan seusaha tenangkan aku. MasyaAllah Allah bg ujian SABAR pd aku. Punya Mujahadah mau tahan. Dulu rakan seusaha pakat takut pegi bilik pengerusi surau, tp aku mmg pegi jgk. Ketuk tetap ketuk. Silapnya niat aku yg tak baik, niat aku mau pancung. Mmg smpi skarag kwn tu x dapat hidayah asbab akhlak buruk aku. MasyaAllah menyesal pun ada.. skarg mari aku jawab satu persatu. Tak puas hati kita jumpa. tak payah nk komen2 buruk. Lg satu tak payah mintak aku dalil2. Pegi cari sendiri. Gila nk letak dgn sanad2 suma. InsyaAllah.

Tabligh Tinggal anak bini?

Kita putar balik kisah sahabat yg lampau, Asbab kerja dakwah ini, guru kpd Imam Malik sendiri tinggalkan anak Isteri selama 27 tahun. 27 tahun kemudian beliau pulang ke kampung halaman. Apabila beliau melewati suatu kawasan, beliau singgah di suatu tempat melihat satu org beri ceramah power. Rupanya ulamak besar yg bayan or ceramah. Ondaway nk blk rumah mereka bertembung sesama sendiri di rumah masing2. MasyaAllah rupanya anak beranak. Ibunya memperkenalkan kpd si ulamak ini bapanya. Ada Keluar di mulut para sahabat dan Tabiin ckp tinggal anak bini berdosa besar? Abu Bakar As Siddiq tinggalkan anak2 perempuannya lalu berhijrah ke Madinah bersama2 nabi. Abu Bakar bawa semua 5000 dirham. Anaknya perempuannya sehelai ditinggalkan sepinggang saja. Ada mufti-mufti nak bantah ckp berdosa tak sara anak? mereka semua ni yaken rezeki Allah sudah tetapkan. Kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita blk. hari ni Yaken kita rosak. Rezeki sudah tetap, Ikhtiar Allah beri utk kita tentukan samada rezeki itu haram atau halal saja. Hari ini asbab iman lemah dimesyuaratkan tinggalkan isteri dan anak duit yg mencukupi, peti ais yg penuh. Kalau tidak syura tak bg keluar khuruj. Itu pun bnyk mulut nk compain tabligh seksa anak bini. Nak je aku sumbat mulut depa dgn tanah.

Tabligh selekeh?

Mari kita lihat, adakah Umar Al-Khatab selekeh?. Bajunya cuma sehelai saja. Itupun ada 13 tampalan yg dijahit. Ada org bising dok kata " hg ni Umar awat selekeh bebenor? Islam ni perlu kemas" Mu p ckp depan Umar mcm tu aku nk tgk. Aku rasa mmg tak ada kepala lepas tu pasal kena pancung. Dlm satu takaza perang, nabi berkata ada sapa2 mau korban?. Abu Bakar pegi ke rumah ambil segala hartanya termasuk paku yg melekat di dinding dan kayu api di rumahnya. Umar pula korban separuh hartanya saja selebihnya utk keluarga. Nabi tanya Abu Bakar apa kmu tinggalkan utk keluargamu? Cukuplah hanya Allah dan Rasul. MasyaAllah ada nabi dok bising kat dia ckp "hg ni Abu Bakar, kena sara bini dulu.. hg nk bg bini hg mkn pasir ke? mana ada tuan2. Smpikan baju Abu Bakar sendiri  diwakafkan. Beliau pakai guni berbutangkan duri. Smpi Allah taala suruh nabi kirim salam kpd Abu Bakar. MasyaAllah. Ni nk tanya hampa selekeh ke Abu Bakar pakai guni tu?

Tabligh tak buat nahi Mungkar?

Ni satu lg solan yg tak patut ditanya. Aku mau tanya hampa blk. Apa nahi Mungkar paling besar di Dunia? semua tau Syirik kan. Sekarang org Islam dah tak sembah berhala. Tp Tuhan mereka dlm poket iaitu duit. Buktinya mereka anggap duit tu lebih besar dr Allah taala. Duit beli segala2nya. Yaken dgn duit beri rezeki yaken dgn duit beri manfaat. Itu adalah syirik Khafi. Kami pegi rumah ke rumah ckp Shekh, Allah yg beri rezeki bkn duit, Allah yg beri manfaat bkn duit, Allah beri kenyang bkn makanan, Allah bg hilang dahaga bkn minuman. Perkataan ini bkn nahi Mungkar paling besar ke? apabila kita ckp lg dan lagi tentang kebesaran Allah maka Iman akan bertambah, yg mendengar pun dpt manfaat. Itu bkn nahi mungkar ke? Sekarang apa pula dosa ketiga atau keempat paling besar? tinggal solat kan? semua tahu. Kami pegi ketuk pintu semua org ajak mereka solat berjamaah di Masjid, itu bkn nahi mungkar ke? jgn anggap kita pergi cari aib org rakam video Anwar Ibrahim itu nahi mungkar, jgn anggap kita pegi rumah org cegah maksiat itu nahi mungkar bahkan itu cari aib org. Pernah Abdul Rahman bin Auf bersama Umar meronda sekitar Madinah, lalu ternmpk satu org sahabat melalui tingkap sedang teguk arak. Abdul Rahman Auf toleh kpd Umar, Umar berkata adakah ini melihat aib saudara sendiri seperti kata Rasulullah? lalu mereka pun berlu pergi. Hari ni kita suka2 terjah umah org mau cegah maksiat la konon. Selain cara nabi tak ada kejayaan.

Bidaah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Mana dalil?

Itu kata mereka. Dalil dimintaknya. Aku nak cerita. Majority sahabat yg tinggal di Madinah keluar berdakwah selama 6 hingga 7 bulan dlm setahun. Paling2 minimum mereka keluar 4 bulan setiap tahun. Dlm 4 hingga 5 bulan di Madinah itulah mereka cr keperluan hidup. Mereka keluar bergilir2 ke jln Allah. Mampu ke kita nk keluar 7 bulan tiap2 tahun? tak mampunye kita nk ikut sbb iman lemah. Sbb itulah ulamak bg kita satu tertib ringkas utk belajar2 buat dakwah. 3 hari setiap bulan, 40 setiap tahun. Sikit je masa kita di jalan Allah kalau nk dibandingkan dgn sahabat. Lgpun bnyk dlm Quran Allah ada sebut perkataan 3 hari, 40 hari, sebagai cth "Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah selama 4 bulan". Drpd kita keluar khuruj tak ada tertib, maka ulamak pun ambil ayat2 Quran 3 hari, 40 hari sbg tertib paling mudah keluar di jalan Allah. Tak salahnya. Sekarang kalau hampa mau dalil lg, aku nk mintak hampa bg satu dalil dlm Quran tertib 13 rukun dlm solat? ada tak? mana ada. Tertib 13 rukun sah solat semua tertib yg disusun Imam Syafie. Sama la tertib keluar Khuruj pun.

Kenapa pilih India utk belajar agama bkn Makkah?

Makkah ketika zaman nabi dan zaman sekarang sgt lain. Dahulu Makkah dan Madinah ni pusat dakwah yg paling besar di dunia. Apabila setiap org Islam bergerak kerana agama, maka agama hidup. Peluk Islam sahaja kerja pertama mereka akan buat adalah dakwah maka Iman mantap. Hari ini Makkah jadi pusat Ibadat saja bkn pusat dakwah maka agama mati di Makkah. Apabila agama mati maka Makkah jd pusat shopping dan perlancongan semata2. Berlainan di Nizammuddin, India dan sekitar eropah. Dakwah rumah ke rumah hidup. Setiap org bergerak buat dakwah maka agama hidup. Berpusu-pusu org eropah masuk Islam. Di India merupakan pusat Utama kegiatan dakwah. Semua jamaah berkumpul situ utk belajar tertib sebenar dakwah melalui ulamak2 besar seperti Maulana Saad, Maulana Ibrahim, Maulana Syaukad dan Kwn Nik Aziz sendiri Maulana Mustaqim.Tuan guru Nik Aziz sendiri belajar di India berguru dgn Ulamak Tabligh hampa mau kata sesat lg? Jika di Makkah, kita setakat boleh buat Ibadah saja kerana jika ada org yg beri ceramah sekalipun Pak Arab akan tangkap. Sbb itulah kami melawat India yg mana semua ulamak besar2 kami ada di situ dan tunjuk ajar kami utk memperkemaskan lg tertib dakwah yg sedia ada. Sbb itulah INDIA bkn MAKKAH. Suatu nanti org Arab akan bangkit buat kerja DAKWAH cara Muhammad kembali. Ketika itu baru pusat Dakwah kembali ke Makkah dan Madinah. Ini pasti berlaku InsyaAllah


Tabligh tak cukup ilmu mau dakwah org?

Sahabat pernah berkata, kami belajar iman dahulu baru kami belajar Al-Quran. Belajar Iman dgn kerja dakwah. Abu bakar, hari pertama peluk Islam keesokan harinya sudah bawa 10 org lain utk peluk Islam termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Zubair Al Awwam dan lain2. Apakah tinggi sgt ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam? Nabi juga pernah berkata "smpikan dariku walaupun satu ayat"? Dakwah ni syarat dia ada kalimah saja. Susah sgt ke mau ckp kebesaran Allah pd manusia? sgt mudah. Dakwah sgt Mudah tak perlu ilmu tggi. Tabligh yes perlu ilmu dan berguru. Kalau kita mengaji kitab, guru ajar di hadapan tentang hukum hakam. Itu tabligh bkn dakwah. Tabligh mesti dilakukan oleh Ustaz, alim dan Ulamak. Tp Dakwah cara Muhammad kerja Seluruh Ummat. Wajib buat utk tingkatkan Iman. Bg yg masih beranggapan dakwah perlu kpd ilmu lg, Sekarang hampa tunjuk kat aku kitab hampa, hampa ckp tebal mana kitab yg hampa sudah pelajari yg membolehkan kita buat dakwah?

Ingatlah dakwah hanya sanya cara Muhammad s.a.w. rumah ke rumah, pintu ke pintu hati ke hati. InsyaAllah. FB dan blog cuma penerangan dan hiburan saja. Bkn dakwah saya InsyaAllah

26 Feb 2012

Bila dalam hati Allah letakkan kecintaan dalam agama..

Assalamualaikum..
Perkara yang aku nak cerita ni baru saja jadi tadi semasa sedang bermesyuarat akan perkara agama..Amir pun bertanyakan karkuzari kepada ahli-ahli mesyuarat..Dan bila sampai pada giliran salah seorang sahabat aku yang akan pergi ke German untuk sambung belajar di sana..Dia telah beri sedikit kata-kata sehinggakan dia menitiskan air mata..Apa yang dia pesan supaya kita buat usaha agama betul-betul, sehingga maut datang kita masih lagi buat usaha..Umat sekarang sangat jauh dengan agama..Dan banyak lagi yang dia cakap sehinggakan tangisan dia jelas kedengaran dikalangan ahli mesyuarat..Suasana terus dalam keadaan sayu..Aku perhatikan setiap ahli mesyuarat yang mana hampir kesemuanya akan mengalirkan air mata..Dan apa yang dia cakap buat aku terus sebak serta merta..Tapi, disebabkan kelemahan dan ego yang ada pada aku, aku menahan air mata aku dari mengalir bersama-sama dengan dia..Sedangkan air mata yang keluar menangis kerana kerisauan agamanya mampu memadamkan api neraka..Dan pada saat aku menaip entri ni, barulah aku menitiskan air mata sepuas-puasnya..

Aku menangiskan kerana 2 perkara..Pertamanya, aku risau dengan usaha agama di tempat belajar aku sekarang yang bakal aku tinggalkan dalam beberapa bulan lagi sama ada akan terus hidup atau mati begitu sahaja kerana tiada lagi yang akan buat usaha di mana tempat aku telah diberi hidayah oleh Allah..Aku rela diri ini dicerai beraikan daripada agama yang mulia ni dicerai beraikan dari hati umat Nabi saw..Dan yang keduanya kerana perpisahan rakan-rakan usaha aku yang akan pergi ke German dalam masa terdekat..Kami tak pernah kenal sejak kecil, kami bukanlah kawan baik dari sekolah mengenah..Perkenalan kami terlalu singkat iaitu hanya dalam 2 tahun..Tapi jalinan yang terbentuk kerana usaha agama yang kami lakukan..Kami sangat-sangat rapat seperti kami ni kawan yang dah lama sangat kenal..

Kerisauan dan sebak serta risaunya hati aku dengan usaha di GMi ni makin bertambah bila rakan aku meluahkan kerisauan dia..Sungguh aku terasa sakitnya dada aku disebabkan kerisauan dan tangisan yang aku limpahkan ni..Dan aku tak rasa apa yang aku luahkan ni dapat di gambarkan dengan baik atau pun tidak..Kerana tak ada perkataan yang mampu menggambarkan kerisauan, tangisan, kesedihan yang aku dan rakan-rakan aku yang lain rasa..Bukan setakat di tempat belajar aku saja malahan di tempat lain pun sama..Tapi apa yang aku nak khususkan sekarang hanyalah di tempat belajar aku yang sekarang ni..

Aku sering berkata pada diri aku sendiri, aku lebih rela nyawa aku menjadi taruhan daripada aku disingkarkan dari usaha agama yang mulia ni..Ya Allah, jujur..Memang tak tahu aku nak gambarkan macam mana..Mungkin bagi mereka yang membaca entri kali seperti agak emosi..Tapi, fikirkan balik, bukan emosi yang aku nak kan kamu semua lihat..Tapi kerisauan, kesedihan, tangisan yang kami alami demi untuk selamatkan umat hari ni dan juga supaya kami dan seluruh umat diberi hidayah oleh Allah..Sekiranya aku dapat diberi satu doa yang makbul oleh Allah..Aku akan minta supaya Allah besarkan badan aku sebesar-besarnya sehingga menutupi keseluruhan pintu-pintu api neraka..Supaya dengan itu, tak kan ada orang yang akan masuk ke dalam neraka.. T_T ..

Walaupun aku tak pernah jumpa dan tak dapat nak jumpa semua orang..Tapi hati aku terlalu sayang dan risaukan akan saudara aku yang lain..Bila aku dipilih buat usaha agama ni, baru aku faham serba sedikit dan aku dapat rasa kesusahan dan kerisauan yang ada pada Nabi saw akan umatnya..Aku berharap air mata ni bukan setakat mengalir pada waktu ni saja..

Moga-moga Allah mengampuni kita akan dosa yang kita buat setiap saat..Moga-moga kita menyesal sangat-sangat kerana telah tinggalkan usaha dakwah cara Nabi Muhammad SAW..Aku rela melihat semua umat islam menangis melihat kaum keluarga mereka dibunuh, tapi aku tak sanggup lihat air mata Nabi saw mengalir kerana umatnya meninggalkan usaha dakwah cara Nabi saw..

T_T

23 Feb 2012

Sembang-sembang di pertengahan bulan........

Assalamualaikum..
Di suatu hari yang indah, siangnya bercahayakan redup-redup awan dan malamnya bersinar disinari cahaya bulan..Di waktu dan keadaan di pertengahan bulan yang mana rata-rata manusia kekurangan duit..Bertemulah 2 insan meluahkan apa yang terbuku di hati dek kerana 'pertengahan bulan'..Mereka pun berbual-bual..Aku andaikan Pemuda Resah a.k.a PR dan juga Pemuda Serban Hitam a.k.a PSH..Berikut adalah perbualan mereka..

PR : Assalamualaikum PSH..Weh! Ko buat apa?

PSH : Waalaikumsalam..Tak ada buat apa, dok tengok perangai orang kat FB ni..Yang munafik ada, jahil ada, jahil murokab ada, berlagak jadi Ustaz ada, pura-pura ada, niat terpesong ada..Boleh kata semua ada la..

PR : Owh, aku tak ganggu ko kan? Aku sebenarnya nak minta tolong ni..Ko boleh tolong aku tak?

PSH : tak ganggu pun der..Ha? minta tolong apa? In Sya Allah, kalau boleh tolong, aku tolong..Tapi sebelum tu, ko dah solat hajat minta tolong kat Allah ke belum?

PR : errr, haha..tak..ah ko ni, nak pancung je..hehe..boleh ke tak tolong?

PSH : Pancung ko cakap? Aku cakap perkara yang benar..Aku ingatkan ko perkara yang benar ko cakap aku pancung? Haih ko ni..Erm, In Sya Allah, cakaplah..Ko nak aku tolong apa?

PR : Hehe, gurau je..Erm, macam ni, sekarang ni kan tengah bulan..Aku nak pinjam duit kat ko dulu boleh tak? Aku satu hari ni tak makan lagi ni..Duit belanja untuk bulan ni dah habis, banyak pinjam duit je la sekarang ni..Boleh tak?

PSH : Alamak hai, kalau tolong yang tu..Minta maaf la, aku pun tak dapat nak tolong sangat..Aku duit pun memang tak ada..Yang ada kat cimb bank aku tu pun RM11.50..Yang ada kat aku sekarang ni duit syiling ni ha..Kat tabung haji aku ada la, tapi aku tak boleh nak keluarkan..Tu untuk aku guna bila aku nak keluar 4 bulan nanti..Lagi pun guna buku kalau nak keluarkan, memang lambat la lepas tu aku kelas setiap hari..So, memang aku kurang masa dan malas nak pergi keluarkan..

PR : La yeke?? Erm, macam tu tak apalah..Ko cakap ko pun tak ada duit tapi aku tengok ko rilek je apasal?

PSH : Haha, ko nak tahu ke? Tapi bila aku cakap, ko jangan cakap aku pancung ko lak..

PR : Yela..Yela..Cakaplah..

PSH : Macam ni der..Aku rilek sebab aku yakin yang bagi rezeki Allah..Bukan duit..Tu pasal aku rilek, nak buat apa aku resah kalau tak ada duit? Bukan ada kesan buruk pun kat aku..Tak macam ko, ko sendiri pun dah silap..Sepatutnya ko minta tolong kat Allah dulu, solat hajat minta Allah bantu ko..Ni baru tak ada duit sikit, baru tak makan sehari dah bising..Dah resah..Tu sebab ko yakin dengan duit tu yang bagi ko makan, bagi ko rezeki..Tu silapnya ko, tu yang ko resah macam ni..Tu tandanya iman yakin ko tak betul..Bukanlah maksud aku nak cakap iman aku ni sentiasa betul..Ko jangan fikir macam tu lak..

PR : Ye, aku faham..tapi PSH, kita kena usaha juga..Kalau tak usaha mana nak dapat tu semua..

PSH : Betul cakap ko, kita kena usaha..Ko tahu tak Nabi saw ajar kita selesaikan masalah dengan AMAL bukan dengan MAL..Saidina Ali r.anhu kat rumahnya tak ada gandum..Ko tahu tak usaha yang macam mana Saidina Ali r.anhu buat? Saidina Ali r.anhu pergi solat hajat sampai 6 rakaat minta tolong kat Allah..Balik rumah pengisar gandum berputar dengan sendiri..Ada lagi sahabat lain yang rumahnya tak ada garam, tu pun ulang alik ke masjid solat hajat minta tolong kat Allah..Kita hari ni kalau kat rumah tak ada garam, terus start motor pergi ke kedai beli garam..

Sahabat-sahabat dulu tak ada nak terus niat pergi ke kedai beli garam..Tapi niat minta tolong kat Allah..terus buat solat hajat..Kita hari ni, macam ko lah..Tak ada duit sikit dah mengeluh..Tu sebabnya ko tak yakin dengan janji-janji Allah..Ko tak ada ihtisab dalam beramal..Sahabat-sahabat tu imannya dah tepu..kalau diletakkan syurga dan neraka dihadapan mereka, pasti tidak akan meningkat dan menurun iman mereka..Tu pun mereka minta pada Allah, kita ni iman yang setiap hari turun tak nak contohi sahabat-sahabat Nabi saw..Mereka yakin dengan janji-janji Allah..Kita ummat akhir zaman ni yang tak yakin dengan janji-janji Allah dan juga sunnah Nabi saw..Nabi saw ajar sahabat-sahabat dan ummatnya supaya usahakan dengan AMAL dulu..Selepas tu baru cari ASBAB..Tapi, ko silap..Ko cari ASBAB dulu, nanti dah dapat lupa Allah..Tak bersyukur, lupa nak bersyukur..Macam mana Allah nak tambahkan rezeki ko..

Allah dah cakap, kalau amalkan surah al waqiah..Kita takkan papa..Buat dhuha, Allah mudahkan rezeki kita..Amalkan yasin pagi hari, Allah mudahkan urusan kita..Macam-macam lagi janji Allah dalam Quran dan juga hadis Nabi saw..Tu hari ni kita kena usaha atas iman kita..Kita kena betulkan iman yakin kita..Supaya iman yakin kita terbentuk..Usaha atas iman bukan dengan solat je PR..Kalau ko nak cakap dengan solat, mengaji dan lain-lain tu..Dulu aku sebelum buat usaha agama ni jaga je semua tu, tapi sama ja..Aku tak rasa peningkatan..Aku rasa macam ada something wrong dengan ibadah aku..

So then, aku keluar ikut jemaah tabligh yang dulu kita sama-sama kutuk tu..Tapi bezanya aku dipilih buat usaha ni, tapi ko tak..Sebab ko tak ada tolab..Tak ada keinginan..Tu iman yakin ko macam sekarang ni..Kurang betul..Bila aku ajak keluar macam-macam alasan ko bagi..

Yang ko cakap tadi kita kena usaha tu kan..Sepatutnya ko kena cakap macam ni, "MEMANG AKU KERJA, AKU BELAJAR, TAPI YANG BAGI REZEKI ALLAH"..bukan cakap macam ni "MEMANGLAH ALLAH BAGI REZEKI TAPI KITA KENA USAHA JUGA"..Ko tau tak cakap macam tu sebenarnya dah terpesong..Sepatutnya kena cakap macam mana mula-mula yang aku cakap tu..

PR : Macam tu ke weh?? Habis tu kira salah la apa yang aku cakap tadi tu?

PSH : Salah la, mula-mula dah besarkan Allah lepas tu mengetepikan Allah pula..Mana betul macam tu..

PR : Owh, habis kira maksud ko ni..Aku tak yah la nak kerja apa semua tu..Tak yah belajar apa semua la..??

PSH : Tak, bukan macam tu..Kan aku cakap tadi..Kita kena selesaikan setiap masalah kita dengan perantara SOLAT atau pun AMAL kita..Bukan dengan perantara USAHA yang kita buat..Kalau kita yakin dengan USAHA kita tu, kita dapat makan dan minum..Maka kita telah menimbulkan syirik kecil dalam hati kita..Kita yakin selain dari Allah..

PR : Hemm, habis tu ko nak aku buat macam mana???

PSH : Macam ni, aku bukanlah nak suruh ko berhenti belajar apa semua..Aku pun belajar juga macam ko..Allah suruh kita kerja, Allah suruh kita makan, minum, belajar dan lain-lain tu..Sebab tu semua perintah Allah..Tapi apa yang Allah tak suruh ialah kita yakin dengan minum kita hilang dahaga..Dengan belajar dan kerja kita dapat rezeki..Tu yang Allah tak nak ada dalam hati kita..Kita usahakan juga semua tu, tapi jangan yakin dengan USAHA yang kita buat tu kita dapat macam-macam..Sedangkan semuanya kan datang dari Allah, ko pun tahu tu semua..Apa yang aku nak ko buat, lepas ni kalau ada apa-apa masalah solat hajat..Minta tolong kat Allah dulu, walaupun ko nak betulkan tali kasut ko sendiri..Minta bantuan kat Allah..Paling kurang pun doa kalau tak boleh nak solat hajat..Pastu amalkan dhuha, surah-surah yang aku cakap tadi..Dan banyak lagi la..Kalau ko nak tahu lagi semua tu, aku tak boleh nak cerita dalam masa terhad macam ni..Lagi pun dah malam..Minggu ni kita keluar sehari setengah..Ha, masa macam tu aku boleh je nak cerita macam-macam kat ko..Bukan dari aku je, dari orang lain pun boleh..Macam mana? Sedia tak??

PR : Hem, boleh kot..Asyik bagi alasan je macam ko cakap tadi kan..Aku cuba la..Tapi aku tak ada duit, macam mana nak keluar??

PSH : Adeh!! Ko ni..Baru je aku cakap tadi..Minta la bantuan Allah..Lagi 1, pasal duit ko jangan fikirlah..Yang keluarkan kita bukan sebab kita ada duit..Ada duit ke tak ada duit ke, kena keluar juga..Sebab untuk faham agama ni kena ada mujahadah..Setakat belajar ilmu agama je belum tentu lagi faham agama..Sahabat-sahabat Nabi saw pun bermujahadah untuk faham agama..Macam mana kisah Abu Bakar r.anhu yang aku cerita kat ko sebelum ni..

Tapi ko jangan fikir ilmu agama ni tak perlu belajar..Kena belajar juga..Tapi mujahadah kena ada juga..Sebab sahabat-sahabat Nabi saw bermujahadah atas iman..Baru mereka ada kekuatan iman, dan perintah-perintah Allah yang turun semua sahabat-sahabat boleh ikut tanpa perlu mempertikaikannya..Sebab iman meraka mantap..Kita hari ni belajar ilmu agama berlambak-lambak..Tapi sayang, hanya sedikit je yang kita amalkan..Terus terang aku cakap, memang rugi..Dan kita ni jauh beza macam sahabat..Sahabat dulu dengar je stiap perintah Allah yang baru turun..Mereka terus amal dan sampaikan..Kita hari ni, fikir dulu lepas tu sampaikan lepas tu baru nak amal..Nampak tak terbalik??So, sedia eh minggu ni?Hehe, macam tu la kawan aku..Soal duit ko tak yah fikir..Buat rilek je..

PR : Erm, ok der..Boleh-boleh..Tapi ko kena ada sekali la..Kalau tak aku seganlah nanti..

PSH : Hehe, yela der..Aku ada sekali la..Kang macam musang masuk kampung ko ni..Hahaha..:p..Ko mana boleh kalau tak berkepit dengan aku..Hahahaha..

PR : Siot ko..Hahaha..

PSH : Ko tak makan lagi kan? Nah ambil la duit syiling aku ni..Aku ada dalam RM6-7..Pergi beli makan sana..Nanti masuk angin perut ko..:D..

PR : Eh!! Habis ko nak survive apa nanti sampai hujung bulan ni?

PSH : Tak yah risau lah..Allah ada, dah pergi la beli dulu..Leh makan sama-sama..Esok kita puasa..Boleh save duit baki makan tu untuk beli roti untuk buka esok..

PR :.........................................................

(..Tang yang akhir tu aku tak dapat nak cerita sebab kawan aku sempat keluarkan air mata dan terus berlalu pergi beli makanan..Aku tak tahu kenapa dia menangis..Hehe..Kuasa Allah nak lembutkan hati sesiapa yang dia nak..)

Dalam perbualan ni ada sedikit pengurangan dan pengubahsuaian kata dan yang seangkatan dengannya disebabkan ada yang terlupa apa yang dibualkan..Semoga kita sama-sama dapat iktibar dan juga taufik serta hidayah dari Allah untuk kita amal dan sampaikan bersama..


Serban Hitam, ihsan google imej..

12 Feb 2012

Serban hitam nusrah Serban putih..

Assalamualaikum..
Semalam iaitu sabtu bertarikh 11/02/2012 merangkap malam markas..Tepat pukul 6 pagi aku sampai ke Hentian Kajang pick up Bakal Maulana daripada South Africa dan juga dari Sudan..Dari South Africa seorang, dari Sudan 2 orang, salah seorang dari mereka tu adalah orang Sudan yang datang ziarah ke Malaysia..Kat sini aku bercakap tentang kawan-kawan aku yang belajar agama..Bukan saja belajar agama, tapi amalkan agama..Kata-kata seorang, orang yang belajar agama belum tentu ada agama..Yang dimaksudkan ni, mereka yang belajar agama tapi tidak amalkan agama yang mereka belajar..Wallahu a'lam..

Jadi semalam selepas solat Subuh, aku ikram Bakal-Bakal Maulana tu mandi kat hostel aku apa semua..Selepas tu kami bertolak ke Koleh Universiti Islam Selangor (KUIS) amik ijazat sanad Syamail Muhammadiyah imam Tirmizi rah..Majlis bermula pkul 8 lebih macam tu, pengerusinya Ustaz Don, mesti kau orang semua kenalkan..Tapi yang bagi ijazat tu bukan Ustaz Don, Ustaz Don masih tidak layak beri ijazat..Yang beri ijazat ialah Syeikh Maulana Hamid..Dari Masjid Jamek Sri Petaling..Majlis habis dalam pukul 12 lebih macam tu..Aku dapat salam Maulana Hamid..Sebelum ni tak pernah kot..:D..

Jadi, Bakal-Bakal Maulana yang saya bawa tu pun ambil ijazat sanad juga..Kebanyakkan mereka yang ambil ijazat sanad tu budak-budak Madrasah Sri Petaling juga..Dan aku berpeluang juga jumpa kawan-kawan Fb aku walaupun Fb aku dah di delete buat selama-lamanya..Semua josh kawan-kawan Fb aku..:D..Aku cerita sikit kenapa kena ambil ijazat sanad ni..Macam ni, tujuan untuk ambil ijazat sanad ni supaya setiap hadis yang aku sampaikan pada kau orang yang dari Imam Tirmizi punya kitab adalah dikira sohih..Sebab aku dengar hadis tu terus dari Maulana, dan Maulana dengar hadis tu sendiri dari Guru dia, dan Guru Maulana tadi tu dengar hadis tu dari Guru kepada Guru Maulana tadi tu..Dan macam tu lah seterusnya sehinggalah sanadnya sampai kepada Imam Tarmizi..Kita ambil ijazat sanad ni seumpama kita dengar hadis tu sendiri dari Nabi saw sebab hadis disampaikan melalui lisan kemudian baru dibukukan..Sebabnya lagi setiap sanad yang dengar hadis tersebut telah dengar sendiri dari Guru-Guru mereka dan akhirnya sampai ke Imam Tirmizi dan Iman Tirmizi telah dengar hadis tu dari Guru-Guru beliau yang telah dengar sendiri dari Sahabat-Sahabat dan Sahabat-Sahabat sendiri telah dengar dari Nabi saw..

Jadi, sesiapa yang tidak ada ijazat sanad, amik hadis dari kitab Tirmizi lepas tu dia sampaikan kat orang, kita boleh pertikaikan orang yang sampaikan hadis tu walaupun hadis tu sohih..Bukan pertikaikan hadis tu, tapi pertikaikan orang yang sampaikan hadis tu..Sebab dia ambil hadis dari kitab, kitab tu tak dengar hadis dari Sahabat-Sahabat..Masa aku ambil ijazat sanad tu pun banyak yang Maulana tegur, ada yang salah dari segi kekurangan ayat, salah baris dan lain-lain dalam kitab Syamail Tirmizi tu..Kesilapan bukan sengaja dilakukan, kadang tu berlaku kesilapan semasa pencetakan, tu sebab digalakkan dengar hadis dengan ada ijazat sanad..Selain tu, ambil terus hadis dari mana-mana kitab pun bahaya juga sebenarnya, sebab orang kafir boleh ubah hadis,walaupun sikit saja yang dia orang ubah..Lepas tu dia orang boleh je nak letakkan riwayatnya dari Bukhori, Muslim atau sesiapa saja yang dia orang nak..Jadi, kalau orang sampaikan hadis melalui buku atau mana-mana kitab yang dia ambil tanpa ada ijazat sanad, penyampai tu boleh dipertikaikan..Tapi kalau kita tak ada ilmu pasal tu jangan suka-suka je nak pertikaikan..Aku tak boleh nak cerita banyak, nak tahu kena belajar..Tak semua yang aku dengar dari Bakal Maulana tu boleh aku letak kat sini..Karang berkilo-kilometer panjang entri aku..Kau orang pun bosan nak baca nanti..

Jadi, selepas kita orang ambil ijazat sanad..Aku terus drive ke Sri Petaling hantar Bakal Maulana yang belajar kat Sudan tu ke Sri Petaling dulu..Lepas tu, aku dengan Bakal Maulana South Africa berjemaah safar balik ke Bangi untuk uruskan hal-hal yang tergendala dan untuk uruskan hal-hal aku yang aku ketepikan demi nak ikram orang alim..Aku cakap bukan nak tunjuk yang aku ni bagus, aku cakap macam ni nak kau orang pun kena utamakan orang alim..Muliakan mereka, bantu mereka bila mereka bersafar ke tempat kita sebab bila mana orang Ansar dan Muhajirin ni bersatu saling bantu membantu maka hidayah akan tersebar seperti mana kaum Ansar di Madinah menyambut dan membantu kaum Muhajirin yang bersafar ke Madinah semasa peristiwa hijrah..

Selepas selesai semua perkara kami patah balik ke Masjid Jamek Sri Petaling untuk jumpa rakan-rakan Fb yang lain yang mana mereka janji untuk jumpa Bakal Maulana yang belajar kat South Africa tu..Tapi selepas Isya' kami tunggu..Hanya seorang je yang dapat jumpa tu pun saya dah lupa apa nama orang tu sebab dapat jumpa kejap je..Lepas tu kami bergegas ke Bangi semula atas urusan lain..So, dalam tempoh tu, aku banyak disuap dengan pelbagai ilmu-ilmu..Sehingga dah kenyang pun jadi lapar balik..Tapi sayangnya aku tak dapat nak kongsi apa ilmu yang aku dapat sebabnya aku tak tahu nak cerita dalam bentuk penulisan ni macam mana..Kalau jumpa minta aku cakap, In Sya Allah boleh..

Dan tadi, sebelum aku nak balik ke Bangi..Bakal Maulana cerita kat kau pasal 1 ayat Quran lepas tu dia bagi dalil dalam bentuk hadis kenapa kita kena buat dakwah dan dalam dakwah tu apa yang kena buat..Aku tak tahu la apa yang aku cakap ni kena ke tak ayatnya..Tapi, apa yang aku faham tak dapat nak di ekspreskan dalam bentuk penulisan, sebab ni kelemahan aku..Kalau perkara-perkara besar macam ilmu agama ni, aku tak pandai nak taip-taip..Tapi kalau cerita pengalaman aku, In Sya Allah boleh macam yang aku tengah buat sekarang ni..Senang cerita memang banyaklah ilmu yang aku dapat, paling best pagi tadi la..Dia olah sifat 20..Dia olah rukun Islam dan rukun Iman..Dia olah sifat 20 tu pun dah ambil masa yang sangat lama, tu pun dia cerita tak habis sebab aku nak cepat nak pulangkan kereta..Aku pun azam nak pergi Kedah bulan 3 ni untuk keluar sekali dengan Bakal Maulana tu, jadi boleh aku belajar lagi apa yang patut..

Sepanjang aku dengan dia orang, kami memang pakai full sunnah je..Pergi shopping complex selamba badak je pakai full sunnah..Masa kat shopping complex tu la Bakal Maulana dari South Africa tu bagi tahu apa yang dimaksudkan dengan hadis Nabi saw berkenaan 100 pahala mati syahid bagi mereka yang amal sunnah di zaman fasad ni..Hehe, dan aku seorang je yang berserban hitam..Bakal Maulana dari South Africa tu pakai serban Putih..Macam tu juga dengan Bakal Maulana dari Sudan tu..

Kesimpulannya, sepanjang aku bersama dengan orang-orang alim ni..Aku rasa selamat dan rasa manusia paling jahil yang membuatkan aku lagi nak tahu semua ilmu yang dia tahu..Tapi sayang, Allah tak izinkan kami berkasih sayang dengan lebih lama..In Sya Allah bulan 3, moga-moga Allah pilih aku untuk bersama-sama dengan mereka selama 3 hari..Masa tu aku akan cuba habiskan masa aku dengan belajar dari dia orang..Aku harap yang membaca entri aku kali ni, sesama la kita nusrah orang-orang alim dan muliakan mereka..In Sya Allah kita akan dapat sesuatu dari mereka..Tapi janganlah niat kita nak nusrah mereka semua nak kan balasan..Apa yang aku maksudkan tu kita dapat ilmu..Kita tanya kat dia tentang perkara-perkara yang kita musykil..Macam aku, aku tanya sikit je..Tapi Bakal Maulana olah setelitinya sehingga Allah beri kefahaman serba sedikit kat aku..Bukan Bakal Maulana bagi faham, tapi Allah yang bagi kefahaman melalui Bakal Maulana tu..Wallahu a'lam..

Ha, sebelum terlupa aku selisih dengan bekas penyanyi dangdut lelaki yang dulu terkenal berduet dengan Amelina di Masjid Jamek Sri Petaling..Alhamdulillah, rupanya-rupanya dia buat usaha dakwah yang orang dok gelar Tabligh ni..Yang bagusnya, dia tak macam artis-artis lain yang dah belajar agama lepas tu kembali pada dunia artis tu tapi dgn bawa imej islam..Tapi berbeza dengan bekas penyanyi ni..Dia tawajuh dan tawaduk betul-betul tak nak kembali jadi popular walaupun disebabkan agama..Aku akan cerita serba sedikit pasal ni kat post aku yang akan datang..

Segala yang baik dari Allah, yang tidak baik pun datang dari Allah tapi disebabkan kelemahan diri saya sendiri..Wallahu a'lam..:D..

Ni sijil ijazat sanad yang aku terima..:D..

10 Feb 2012

Dulu tak rasa macam tu, sekarang rasa macam tu pula..

Assalamualaikum..
Dulu sebelum aku buat usaha agama, satu sunnah pun aku tak amal..Kalau ada pun yang aku amal, aku tak tahu yang aku amal tu sunnah..Tapi boleh dikatakan hampir 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, boleh dikira berapa kali aku amalkan sunnah..Bila aku dah buat usaha agama ni, nak tinggal sunnah pun aku dah fikir banyak kali..Kalau aku tinggal juga, pasti dan pasti lepas tu aku akan sedih..Memang setiap hari akan ada sedih sebab tinggalkan sunnah pun..Pergi kelas je dah pakai baju orang kafir..

Dulu aku selalu juga pergi ceramah,Ustaz-ustaz pun ada ceramah pentingnya sunnah..Lagi-lagi masa hari kelahiran Nabi Muhammad saw..Bukan ke main pulun lagi ceramah sana sini dibuat menceritakan bahawa pentingnya sunnah..Tapi sayang, yang bagi ceramah pasal sunnah pun tak amalkan sunnah..Pakai juga baju melayu..Apatah lagi yang mendengar, hanya masuk dan bersemangat semasa mendengar ceramah tu je la..Tapi, selepas dari ceramah tu, seluruh manusia yang datang pada majlis tu pasti akan melupakan apa yang di dengarnya..Sebab apa, yang bagi ceramah pun tak ada bagi tindakan susulan supaya orang lain dapat amal sunnah..Hanya tahu bercakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, dan cakap serta cakap..Amal langsung tarak..Tapi apa yang aku cuba nak bagitahu ni bukanlah nak mengkondem sesiapa..Cuma nak cakap apa aku rasa kalau tak dapat amal sunnah sehari dalam hidup aku..

Dulu, sikit pun tak ada rasa sedih dan teringin nak amalkan sunnah..Kalau ada pun hangat-hangat tahi ayam..Tapi, alhamdulillah bila aku dipilih untuk buat usaha agama ni..Apa yang aku tak rasa dulu aku dah mula rasa..Aku berharap sangat supaya Allah tak tarik balik semangat dan perasaan yang aku rasa bila berkaitan pasal sunnah..

Dulu, masa mula-mula nak dekat dengan agama..Macam-macam persatuan la aku cari, aku rasa aku dah cerita pasal ni semua kat entri aku masa awal-awal aku buka blog ni..Tapi aku nak cerita juga..Bila aku dah jumpa macam-macam persatuan, contohnya ABIM, ISMA, USRAH, YADIM, KARISMA..Bila aku dah hubungi orang-orang dalam persatuan tu semua, ada setengahnya kena isi borang..Dan lepas aku isi borang, langsung tak ada tindakan susulan dari persatuan tersebut..Hanya bagi email kat aku cakap tahniah, anda telah menjadi ahli dalam organisasi kami..Tu je yang dia cakap..-_-'..Tapi, ada 1 usaha agama ni..Yang aku langsung tak ada isi borang dan langsung tak terfikir untuk bersama-sama dengan mereka ialah Jemaah Tabligh..

Dulu, Jemaah Tabligh ni kalau aku nampak, pasti aku dah cabut lari dulu..Tapi, atas kehebatan Allah swt..Aku telah dihantar masuk ke GMi rupa-rupanya Allah swt nak beri aku usaha agama..Dan dengan usaha agama yang orang dok panggil tabligh ni la aku mula kenal sunnah, mula amal sunnah, mula rasa cinta pada sunnah..Berkenaan persatuan-persatuan yang aku cakapkan di awal tadi tu..Kadang-kadang je aku akan dapat lihat ahli-ahli mereka berpakaian sunnah..Tu pun segelintir, alhamdulillah ada yang amal..Tapi, macam mana dengan yang lain?? Dan dengan jemaah tabligh ni la aku belajar macam-macam perkara..Dulu aku rasa aku dah cukup baik dalam hal agama..Sebab masa sekolah menengah dulu, kawan-kawan selalu bertanya kat aku kalau ulangkaji subjek agama..Dalam hal solat pula, aku memang tak tinggal tapi aku solat berseorangan..Tapi, bila aku dah buat usaha ni, baru aku tahu..Rupa-rupanya aku la yang paling teruk sekali walaupun sekarang aku dapat jaga solat berjemaah, tu pun masih rasa aku yang paling teruk..Sebab dengan usaha agama ni la aku belajar macam-macam sifat dari orang-orang terdahulu dari aku..

Dulu tak rasa pentingnya sunnah, sekarang aku letak sunnah tu paling atas dari segala perkara..Walaupun emak aku larang aku pakai celak, aku tetap juga pakai sebab aku lebih sayangkan Nabi saw lebih dari ibu bapa, keluarga dan juga diri aku..Walaupun aku sentiasa dalam keadaan berdosa dan dalam keadaan tak setiap masa amal sunnah..Tapi aku akan cuba untuk sebaik-baik mungkin amal sunnah setakat mana yang aku mampu amalkan..Dan, apa yang aku nak ceritakan kat kau orang semua betapa pentingnya sunnah ni..Sebab, kita ni orang islam..Kita ada identiti kita sendiri, dan hanya dengan cara Nabi saw sahaja akan bawa kejayaan..Cara Majusi, Nasrani, Yahudi tak akan ada kejayaan..Kita hari ni sibuk nak makan pakai sudu dan garpu sedangkan makan guna tangan tu lebih baik dari sudu dan garpu..Tapi ramai hari ni ditipu, tertipu dan rela ditipu..Aku bercakap macam ni nak kau orang semua wujud satu fikir..Supaya dengan fikir tu kita dapat usahakan apa yang patut diusahakan..Dan hidupkan sunnah bukanlah dengan hanya kita seorang sahaja yang hidupkan sebabnya bila kita mati nanti pasti sunnah tu akan mati juga sebab hanya kita seorang sahaja yang hidupkan..Jadi, untuk pastikan sunnah tu sentiasa hidup dan sebati dalam diri umat islam sekarang ni, kita kena dakwahkan pentingnya amalkan sunnah pada diri kita dan juga orang lain..

Dulu aku tak tahu hadis ni, tapi sekarang aku dah tahu..Nabi saw bersabda mafhumny, barangsiapa yang menghidupkan sunnahku dizaman fasha' dan munkar 100 pahala mati syahid untuknya..Zaman sahabat dulu, dia orang nak dapat 1 pahala mati syahid, dia orang kena berperang..Tapi kita hari ni umat akhir zaman hanya perlu hidupkan sunnah dah dapat 100 pahala mati syahid..Jadi, penting tuan-tuan semua..Kita kena hidup dan amalkan sunnah sebab dengan sunnah ada kejayaan..Dengan sunnah sahabat-sahabat telah menang peperangan..Jadi, untuk kita usahakan atas perkara sunnah ni tuan-tuan..Tak ada cara lain dengan bermujahadah..Kalau setakat duduk kat rumah tunggu kuliah-kuliah agama baru nak amalkan sunnah..Kita dalam kerugian tuan-tuan..Sekurang-kurangnya kita dapat luangkan masa 3 hari di jalan Allah, pasti dan pasti selama 3 hari berturut-turut tu, kehidupan kita pasti akan diseliputi dengan sunnah..Kalau kita tak cuba untuk keluar di jalan Allah, kita hanya akan amalkan sunnah pada waktu-waktu tertentu saja..Kita keluar belajar-belajar untuk hidup dan amalkan sunnah adalah untuk kita latih diri kita dapat amal dan hidupkan sunnah tu sewaktu kita tak keluar di jalan Allah..Supaya dapat kita usahakan setiap masa kita ada sunnah..Bila dah keluar bukanlah bermakna lepas tu tak perlu keluar lagi..Kena juga keluar lagi untuk kita usahakan atas orang lain juga..Supaya sunnah tu tidak MATI, dan kita juga takkan rugi sebab kalau kita suruh orang lain amal sunnah dan orang tu amal, maka pahala yang sama kita akan dapat seperti mana orang tu amal tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang tu..Jadi, tak ada kerugian tuan-tuan semua..Kita kat dalam rahim ibu bukan untuk hidup kekal dalam rahim ibu, tapi untuk kita hidup kat dunia..Kita hidup kat dunia bukan untuk dunia..Tapi untuk akhirat..
Wallahu a'lam... :D..

Ada tak kesedihan dalam hati kau orang bila tak amalkan sunnah?

6 Feb 2012

Oh KTM, aku sebak..

Assalamualaikum wbt..
Lena dibuai dengan kata-kata bertulis dari lembaran Al-Iman..Di tengah kelenaan, benak fikiranku ditumbuhi buah fikir kerisauan..Di hadapanku berdiri sekujur tubuh berkulit hitam, kemuliaan dahinya diwarnai dengan keindahan warna-warna pelangi..Begitu juga ditepi dan belakangku..

Buah fikir kerisauanku semakin ranum..Hatiku melihat dengan keadaan yang mendidih kerisauan sehingga menzahirkan air berlimpahan tanpa henti..Dimanakah kembalinya si tubuh berkulit hitam dan yang lainnya..Bakal mewarnai segenap isi belanga yang kepanasan..Sempatkan si tubuh berkulit hitam dan yang lainnya merasai nikmat kekal untuk tubuh ini dan si tubuh berkulit hitam dan yang lainnya bergurau senda di belanga dingin..

Limpahan air yang mendidih ku empangkan pada seketul daging agar tidak kelihatan..Adakalanya ianya melimpahkan jua setitis, setitis, setitis..Secebis kain buruk di hamparkan maka hilanglah ia sementara..Ku terkedu dan terkedu..


Seandainya Allah mengizinkan, ingin ku besarkan tubuhku sebesar-besarnya sehingga menutup keseluruhan pintu-pintu neraka agar tiada seorang pun yang akan ke neraka..Walaupun mereka kafir, tapi ku sayangkan mereka..Walaupun mereka ku benci, tapi ku sayangkan mereka..Ku inginkan mereka bersama-sama umat Nabi Muhammad saw yang tulen..

Umat Nabi Muhammad saw yang tiada kalimah..:(..

:(, Speechless..

30 Jan 2012

Pemandu Berserban Hitam...

Assalamualaikum...

Aku taip entri ni waktu pagi jadi aku ucapkan selamat pagi..Aku nak kongsi serba sedikit pengalaman aku semasa aku dalam perjalanan ke Pahang atas maksud agama selama 15 hari..Kami di bentuk dalam 1 jemaah tapi telah diputuskan 1 kereta 1 jemaah..Kira 1 jemaah tu pecah kepada 2 jemaah semasa nak ke Pahang tu..1 jemaah kereta Kancil Merah dan 1 jemaah lagi kereta Saga FL Kelabu..Kami bersafar secara berjemaah, kereta Kancil Merah jadi rahaba (penunjuk jalan) sebab pemandu tu merangkap amir sab untuk kereta Kancil Merah adalah orang Pahang..Dan aku pula amir sab bagi kerata Saga FL Kelabu dan juga merangkap Pemandu Berserban Hitam..Kami bertolak selepas asar dalam pukul 6 petang macam tu, sepatutnya pukul 5 petang tu dah bertolak..Ketentuan Allah, maka Allah tentukan kami semua bertolak pukul 6 petang..
Ini bukan Kancil mahupun Saga FL..:p..
Apa yang aku nak ceritakan ialah semasa perjalanan kami nak ke Pahang tu..Ditakdirkan Allah kami telah solat jamaq qasar maghrib dan isya' di hentian Genting Sempah..Bila dah sampai kami pun terus bergerak ke surau di hentian tersebut untuk jamaq qasar..Macam biasa, kami berjalan pun berpasangan seperti ghast (ziarah)..Dan masa tu lah satu babak yang paling menarik yang mana 'mata-mata' yang tidak biasa dengan perkara-perkara sunnah tertumpu pada kami..Mereka nampak pelik orang pakai jubah, serban, kopiah, selendang, kurta, celak, seluar senteng, kain pelikat diluar waktu solat..Mereka tidak akan nampak pelik kalau orang berpakaian macam tu ketika waktu solat sebab pada mereka, mereka telah setkan mind mereka bahawasanya hanya dalam perkara ibadah saja perlakuan sunnah boleh diterapkan..Selain dari ibadah mereka akan pandang dan nampak pelik..Sedangkan mereka sendiri orang islam dan sepatutnya berpakaian macam mana Nabi saw pakai..Tapi bukan semua yang berfikiran macam tu, yang segelintir daripada mereka pada tempat tu dan memandang kami dengan keadaan yang sangat-sangat pelik..-_-'..
Mata ke mata, hati ke hati..:p..
Selepas solat jamaq qasar tu semua, kita orang pun pergi makan..Sekali lagi babak yang sama juga jadi macam yang aku ceritakan kat atas tadi..So, masa tengah makan tadi..Ada seorang dari jemaah cerita kat kita orang, lebih kurang macam ni..Masa kita orang lepas solat jamaq qasar tu, ada 2 orang ni yang duduk kat bangku luar sebelah tempat ambil wudhu kat bahagian lelaki tu berborak dengan kawan dia..Ditakdirkan Allah, kawan aku tu duduk bersebelahan mereka..Yang bagusnya, kawan aku masa tu berpakaian biasa macam mana orang Melayu selalu pakai, baju melayu, kopiah dan juga kain pelikat je..Jadi orang yang dok berborak tu tak tahu yang kawan aku ni tabligh..Kawan aku cerita, budak 2 orang yang duduk sebelah dia tu tadi terdengar apa yang 2 orang tu bualkan, dia pun ceritalah yang lelaki A tu tanya kat lelaki B, apasal orang-orang tu semua? (dia merujuk kepada jemaah kami)..So, yang lelaki B tu tadi pun cakaplah..Ni geng-geng tabligh la ni..Pastu lelaki A ni tadi dok geleng kepala..Lebih kurang macam tu la..So aku punya fikir, apa maksud lelaki A tu gelengkan kepala dia??? Sampai sekarang menjadi persoalan..Apa yang aku nak cakapkan, tabligh ni bukannya 1 persatuan/geng atau pun tertumpu pada orang-orang tertentu saja..Kami yang buat usaha ni pun tak tahu siapa yang dok gelar usaha yang kami buat ni nama tabligh sedangkan masa usaha ni mula-mula dibangunkan memang tak ada nama sebab usaha dakwah ni usaha Nabi saw dan juga para sahabat..Kita ni ummat Nabi saw, jadi kerja ummat Nabi saw tak lain tak bukan buat dakwah..Bukan hanya pada orang-orang tertentu saja yang boleh buat dakwah seperti mana orang Melayu kita dok salah faham hari ni.. -_-'

Ok, so habis dah cerita pasal kat hentian genting sempah tu..Sekarang nak cerita sewaktu dalam perjalanan tu..Ditakdirkan Allah, perjalanan kami waktu tu dalam keadaan hujan..Jadi pergerakan kami agak perlahan disebabkan dengan keadaan jalan yang licin, gelap, kenderaan besar banyak dan lain-lain..Bukanlah kami yakin dengan bawa kereta dengan hati-hati tu petanda kami akan selamat sebaliknya tu pun perintah Allah juga supaya kita ni sentiasa berhati-hati dalam apa keadaan sekali pun..Jadi, dalam kereta tu hidup amalan dakwah juga..Amir sab kereta Saga FL Kelabu josh sangat..Haha..:p..Bila dah dalam keadaan hujan tu, aku pun dok suruh semua jemaah dalam kereta aku baca doa turun hujan iaitu "Allahumma Soyyiban Nafi'a" ..Sesiapa yang baca doa turun hujan maka setiap titisan hujan tu akan diberi pahala pada mereka yang membaca doa turun hujan..Jadi rugi sesiapa yang tak baca doa turun hujan..So, aku pun suruh semua baca..Jadi setiap jemaah yang baca doa turun hujan tu aku pun dapat sekali pahala mereka tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka sebab aku mengajak mereka buat perkara amar makruf..Hehe..:p..Ini lah yang dikatakan perniagaan yang menguntungkan..Yang dalam Quran ada dinyatakan, tapi disebabkan kelemahan iman aku, aku tak ingat ayat Quran tu macam mana..

Ha, dipendekkan cerita..Aku bawak kereta macam biasalah..Ditakdirkan Allah, aku mengantuk setelah lama drive dari Selangor sampailah ke Pahang..Masa tu belum sampai ke route yang diputuskan lagi..Kat highway lagi masa tu..Ada kejadian yang mana, aku dah tak boleh tahan sangat mata tu..Aku pun dok baca surah yang aku hafal..Dengan izin Allah, aku mengantuk juga..Aku buka ayat al Quran kat telefon aku, pun mengantuk juga..Aku tengok jemaah yang kat tempat duduk belakang dah tidur, tinggal aku dengan 2nd driver..Ditakdirkan Allah, aku tertidur juga masa bawak kereta..Sebelum aku tertidur tu, aku ada dekat lorong yang paling kiri dan aku sempat tengok side mirror..Tengok side mirror, kereta banyak kat belakang aku..Selepas beberapa minit aku tengok side mirror tu, aku ditakdirkan Allah tertidur..Masa aku tertidur tu, 2nd driver aku tak sedar yang aku tertidur masa bawak kereta tu..Dan bila aku terjaga, aku dah ada kat lorong paling kanan iaitu lorong yang guna untuk pecut atau memotong tu..Bila aku tengok side mirror, semua kereta yang kat belakang aku tu dah tak ada..Berbeza dengan sebelum aku tertidur..Bila aku sedar tu semua, aku telefon kereta Kancil Merah untuk berhenti untuk aku tukar pemandu..Bila dah tukar pemandu tu, aku pun berfikir..Tetiba rasa sebak, Allah masih lagi pelihara aku yang banyak buat dosa dengan jemaah yang ada dalam kereta aku tu yang tak buat dosa..Aku toleh belakang dan tengok driver, aku terfikir, Allah pelihara kami sebab dalam jemaah kami mungkin ada yang betul-betul jaga amal..Maka Allah nak selamatkan orang tu, jadi kami yang ada sekali bersama dengan orang yang macam tu kami pun Allah pelihara..Aku yakin nusrah Allah bersama orang-orang yang membantu agama Allah, tapi aku tak yakin dengan amalan aku, dengan dosa aku, dengan akhlak aku yang macam ni dengan keadaan sentiasa dalam keadaan berdosa, jahil dan juga munafik tegar aku akan dapat nusrah Allah..Bukanlah aku nak bersangka buruk dengan Allah, sesiapa yang Allah bagi faham dalam usaha agama ni pasti akan faham apa yang aku maksudkan..Aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana apa yang aku rasa dan apa yang aku faham ni pada orang yang baca entri aku ni..Moga Allah beri kau orang semua kefahaman sama macam mana yang aku faham..Dan perkara ni aku ceritakan pada 2nd driver keesokkan harinya, dan 2nd driver aku ni pun cerita yang dia pun sama juga macam aku..Dia tertidur, lepas tu tersedar dah ada kat lorong paling kanan..Masa jadi macam ni kt 2nd driver, aku ditakdirkan Allah dah tertidur..Situasi dan keadaannya sama, cuma dia lain sikitlah..Lepas dia dah tersedar macam tu, dia tak kejutkan aku untuk tukar giliran..Tapi dia teruskan bawak, dia cakap dia baca 3 kul lepas tu dia sapu kat mata dia..Alhamdulillah lepas tu dia tak mengantuk..Wallahu a'lam..

Erm, macam tu lah ceritanya..Tujuan aku cerita bukan aku nak menunjukkan aku hebat..Jauh sekali dan tak pernah terlintas macam tu pun..In Sya Allah..Aku ni manusia biasa yang sentiasa dalam kejahilan dan juga sentiasa buat dosa..Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah aku nak kita sama-sama fikir akan diri kita dan juga orang lain..Dan juga kekuasaan serta bantuan Allah..1 dalam usaha agama yang aku buat ni, kita hari ni buat usaha agama jangan niat nak dapatkan nusrah Allah..Tapi kita kena niat macam mana supaya setiap manusia ni dapat masuk syurga Allah..Kalau kita asyik fikir nak dapatkan nusrah Allah tapi manusia terbiar dan jauh dari agama, maka sia-sia juga kita punya usaha..Jadi, In Sya Allah hari ni kita kena betulkan niat kita..Wallahu a'lam..Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu pun datang dari Allah juga tapi disebabkan kelemahan diri saya..
Iman penting tapi lagi penting untuk kita usaha atas iman..

8 Jan 2012

Penyelamat Umat Akhir Zaman..

Entri ni aku ambil dari blog sahabat aku, ni link dia Bakal Maulana Ibnu Batoota


Umat semakin hari semakin rosak dan tiada lagi ubatnya melainkan kita menjaga iman dan amal kita sendiri dengan baik agar tidak diperangkap hinggalah muncul penyelamat umat terakhir dari keturunan baginda saw dan Nabi Isa a.s….

Siapakah dia?
Imam Mahdi dikatakan lahir di Madinah.Di situlah beliau mula-mula dilihat dan dikesan oleh manusia tapi tiada manusia di bumi ini mengetahui dia itu al-mahdi termasuk dirinya sendiri.Nama beliau ialah Muhammad bin Abdullah dan ibunya bernama Aminah sama seperti junjungan kita.Raut wajahnya seakan-akan wajah mulia suci murni baginda teragung nabi Muhammad saw dan juga akhlaknya.Bahkan beliau sendiri adalah dari keturunan ahlul bait yakni keturunan rasulullah dari jalan ibu kita Saidatina Fatimah r.ha dan Saidina Ali r.a.Beliau mempunyai bentuk badan seperti rasulullah juga seolah-olah dia itu adalah ‘Muhammad kedua’ seperti yang digelar para yahudi khususnya ahli freemason dan zionist.

‘Al-Mahdi’ itu hanyalah gelaran yang diberi Nabi kita kepada beliau dari perkataan ‘hidayah’ yakni petunjuk dan imam mahdi adalah ‘imam yang memberi petunjuk kepada umat akhir zaman’,oleh kerana itu barangsiapa dikalangan kita yang mengaku sebagai imam Mahdi,maka itu adalah satu kebodohan dan tanda yang jelas bahawa dia bukanlah imam mahdi kerana imam Mahdi tidak pernah tahu bahawa dia itu Imam Mahdi dan juga setelah diangkat sebagai khalifah juga beliau menggunakan nama beliau sendiri iaitu Khalifah Muhammad,bukannya imam Mahdi.’Imam Mahdi’ hanyalah gelaran dan istilah yang diguna pakai oleh Nabi kita untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang misteri.

Tanda-tanda kedatangan Imam Agung
Sebelum tibanya zaman Imam Mahdi.Ketika itu Allah menurunkan beberapa tanda besar sebagai isyarat bahawa Imam Mahdi sudah berada bersama-sama mereka. Ada tanda itu memang sangat besar sehingga tidak pernah berlaku peristiwa tersebut sebelum ini, sejak diciptakan-Nya langit dan bumi.

Salah satu tanda itu ialah pada malam pertama Ramadan, berlaku gerhana bulan dan pada pertengahan Ramadan, berlaku pula gerhana matahari. Disebutkan pula bahawa sebelum Imam Mahdi muncul, akan berlaku dua kali gerhana bulan dalam bulan Ramadan.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan Imam Mahdi akan segera keluar ialah naik tanduk di langit yang kelihatan seperti beberapa batang gigi. Dikatakan pula bahawa tanduk ini adalah tanduk Iblis, yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia, agar mereka segera bertaubat. Akan muncul juga komet besar yang berekor dengan cahaya yang cerah, melintasi ruang angkasa bumi, yang dapat dilihat dengan jelas di sebelah Timur.

Selain itu, api besar akan dapat dilihat di sebelah timur. Mungkin kerana kebakaran hutan yang besar(seperti yang berlaku di Indonesia), yang berlaku di kawasan berkenaan. Mungkin juga kerana rusuhan besar-besaran(seperti di Thailand,Pakistan,Kazakhstan dan mungkin juga bakal berlaku di Malaysia kerana orang Malaysia memang gila rusuhan) yang menyebabkan kebakaran besar berlaku di mana-mana di salah satu kawasan di timur ini atau mungkin juga kerana serangan bom secara besar-besaran di kawasan timur ini(seperti di Pakistan,India,Afghanistan), yang menyebabkan berlakunya kemunculan api besar itu. Api ini akan dapat dilihat demikian selama tiga atau tujuh hari.

Selain itu, akan dapat pula dilihat langit yang menjadi gelap gelita, atau dikatakan kelam, kerana cahaya matahari dihalang oleh awan tebal yang meliputi seluruh dunia sehingga seluruh dunia bergelap kerananya.
Tanda lain adalah munculnya langit yang memancarkan warna merah, yang merahnya itu adalah merah yang berlainan sekali daripada cahaya merah yang biasa dilihat setiap hari. Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini, dan ucapannya itu dapat difahami oleh semua manusia. Tanda lain ialah sebuah kampung di Khuristan, sebuah wilayah di Syam(Syam pada zaman nabi merujuk kepada kawasan besar gabungan beberapa negara pada zaman ini iaitu Palestin,Lubnan,Syria,Jordan) akan tenggelam ke dalam bumi akibat gempa bumi dan rekahan yang luas.

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami oleh setiap orang menurut bahasa masing-masing, yag datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

Lelaki dari Timur dan Banu Tamim
Tanda yang paling besar daripada semua tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya Pemuda Bani Tamim di Timur, yang menjadi pemimpin di dunia sebelah Timur.Kebanyakan ulama Deobandi yang saya ketemu dan bertanyakan hal ini,mereka memberikan ramalan(ramalan sahaja dan tidak semestinya sahih) dan isyarat kepada ku bahawa pemuda tamim yang dikatakan itu ialah dari Khandahlawi yang memimpin dunia timur pada hari ini,iaitu merujuk kepada jemaah tabligh yang dimulakan oleh Syeikh Maulana Ilyas al-Khandahlawi di India(India itu sendiri kawasan timur)yang mana jemaah itu mengusai dunia utama timur iaitu India,Pakistan dan Bangladesh yang mahsyur digelar sebagai IPB.Hal ini kerana,Maulana Ilyas rah. adalah seorang lelaki yang mana nasab keturunannya sampai kepada Saidina Abu Bakar r.a dan Abu Bakar merupakan salah seorang dari banu Tamim.Bersama beliau ialah anak saudaranya Syaikhul Hadis Qutbul Aqtab Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah yang terkenal dengan kitabnya Fadhilat Amal yang menjadi bacaan ahli tabligh.Mereka ini sangat-sangat menjaga nasab keturunan mereka dan cuma menikahi saudara dekat mereka sahaja untuk mengekalkan keaslian keturunan ‘banu tamim’ tersebut.

Berkenaan Maulana Zakariyya,beliau mendapat gelaran Qutbul Aqtab(ketua para wali Qutub) dan itu akan dijelaskan pada post yang lain untuk mengelakkan post yang terlampau panjang hingga membosankan para pembaca.

Jemaah Tabligh dan Abu Bakar
Selepas kematian Maulana Ilyas,tempat beliau digantikan anak beliau iaitu Maulana Yusuf rah yang terkenal dengan kitab agungnya iaitu ‘Hayatus Sahabah’ yang mendapat pujian ulama sedunia.Selepas itu tempat beliau digantikan pula oleh Maulana In’amul Hassan rah yang bukan anak kepada Maulana Yusuf tapi dari keluarga tamim yang sama kerana tidak mahu dianggap jemaah tabligh mengamalkan sistem monarki(takhta keturunan seperti yang diamalkan Raja-raja kita) dalam pemilihan pemimpin jemaah tabligh sedunia.Selepas kematian beliau,tidak ada lagi yang layak untuk menduduki tempat ketua tersebut dan jemaah dipimpin bersama oleh beberapa ketua yang dipanggil ‘amir faisalah’ dan salah seorangnya ialah Maulana Saad Khandahlawi cicit kepada Maulana Ilyas rah.

Dan ustazku pernah berkata bahawa Saidina Abu Bakar adalah seorang lelaki yang telah memberikan segalanya untuk agama(kisah yang mahsyur ketika beliau infakkan semuanya di jalan Allah dan bila ditanya apa yang ditinggalkan untuk anak isteri maka beliau menjawab ‘Allah dan Rasul’)dan sebahagian ulama menyatakan bahawa ‘berikan semua dan yang tinggal cuma Allah dan Rasul’ ialah beliau telah berikan segala-galanya untuk berkhidmat agama Allah,harta,diri,masa,anak-anak,isteri dan KETURUNANNYA atas asbab inilah Allah telah muliakan keturunan beliau hinggakan seluruh keluarganya masuk Islam,ibu bapanya dan keturunannya pula bangkit sebagai pemimpin dan pengasas kepada jemaah tabligh.Bayangkan betapa banyaknya pahala beliau dan buku amalannya yang tak pernah tertutup.

Dan sepertimana ketika zaman Rasulullah beliau adalah sahabat paling rapat dengan baginda,seperti itu jualah Allah jadikan keturunan itu bersama-sama dalam memartabatkan agama Allah.Lihat sendiri bagaimana Imam Mahdi itu dari keturunan Rasulullah dan pembantu utama Imam Mahdi adalah dari keturunan Abu Bakar.Apakah ini kebetulan?Anda fikirlah sendiri,aku cuma menyampaikan apa yang ku tahu sahaja.
Hingga kini,jemaah dakwah paling besar dalam dunia itu dipimpin oleh lelaki-lelaki dari keturunan Abu Bakar r.a yang merupakan dari Bani Tamim.Oleh sebab itu para ulama khususnya ulama Deobandi(Darul uloom Deoband) menisbatkan “lelaki dari timur” itu merujuk kepada pemimpin jemaah ini yang membawa tentera-tenteranya,perkara itu kita serahkan pada Allah dan ku cuma mampu menyatakan Wallahu’alam..ini cuma ramalan semata-mata berdasarkan hadis……

Berbalik kepada lelaki Banu tamim tadi. Beliau lalu mempersiapkan segala kelengkapan untuk pemerintahan Imam Mahdi, iaitu pusat pemerintahannya di Timur itu. Kemudian beliau meluaskan empayar kekuasaan Islamnya ke wilayah-wilayah yang berhampiran dan memakai gelaran Amir Min Umarak. Selepas itu beliau meluaskan lagi empayar Islam dengan menggabungkan seluruh wilayah Khurasan ke dalam pemerintahannya. Pada masa ini beliau menggabungkan kekuatan tenteranya dengan tentera daripada Al-Haris Harras dan ditambah lagi dengan kekuatan daripada Al-Hasyimi.

Bagaimana Khalifah terbentuk
Setelah itu beliau meluaskan seluruh wilayah Islamnya itu sehingga ke seluruh Tanah Arab dan Turki, dan selepas itu menyerahkan kekuasaannya yang amat luas itu kepada Imam Mahdi yang muncul di Makkah.Dan sepertimana yang diketahui,jemaah tabligh yang dipimpin ‘lelaki dari timur’ ini boleh dilihat dengan jelas sedang mengusai bumi,jemaah tabligh boleh dijumpai dimana-mana sahaja di seluruh dunia,bahkan di negara yang kita tidak pernah dengar namanya.Tapi perkara ini tidak pernah diketahui oleh orang-orang awam yang tidak terlibat dengan kerja tabligh kerana otak mereka tertutup dengan pemikiran sempit orang disekeliling mereka yang mencemuh jemaah dakwah terbesar dalam dunia ini tambahan lagi mereka tidak pernah keluar dari tempurung dan melihat dunia oleh kerana itu mereka berfikiran ‘orang-orang tabligh cuma minoriti dan wujud di sini sahaja’ sedangkan ahlinya sedang menutupi bumi.

Inilah dakwaan orang berfikiran sempit yang mencemuh tabligh kerana mereka beranggapan tabligh menolak siasah(politik)sedangkan yang ditolak para jemaah ialah politik cara Yahudi dan Nasrani(seperti sistem Demokrasi,Komunis dan lain-lain yang bukan dari Nabi)sedangkan mereka sedang menyediakan tempat untuk pemerintahan Khalifah terakhir oleh kerana itu mereka mengorbankan wang mereka,masa mereka dan tinggalkan anak bini mereka di rumah semata-mata kerana ‘misi global’ ini.

Sedangkan ahli-ahli politik berfikiran sempit,usia usaha mereka hampir sama dengan usia usaha tabligh tapi tiada yang mereka dapat melainkan perpecahan umat,negeri yang mereka dapat cuma kecil yang akhirnya di rampas semula para penyanjung taghut.Tapi mereka masih menganggap perjuangan merekalah paling benar dan merekalah yang bakal menaikkan khalifah???Penuh keraguan disitu…..persoalan itu ku tinggalkan bagi orang berakal untuk berfikir….

Oleh Imam Mahdi, wilayah kekuasaannya itu dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Timur, Semenanjung Tanah Arab, Afrika dan Eropah dengan setiap satunya diperintah oleh seorang wakilnya. Imam Mahdi sendiri, buat beberapa tahun, memerintah di sebelah Tanah Arab sana.

Bagaimana beliau dibai’at sebagai Khalifah
Sejurus sebelum peristiwa pembaiatannya, suatu pertempuran sengit akan berlaku di Ahjaruz Zait, antara pasukan tentera as-Sufyani dengan penduduk Madinah, yang menyebabkan penduduk Madinah menderita teruk dan kota Madinah hancur rata. Pasukan as-Sufyani ini meneruskan perjalanan ke Makkah untuk menyerang dan memusnahkan kota suci itu, tetapi mereka terbenam ke dalam tanah di al-Baidak. Ketika itulah Imam Mahdi dibaiat oleh para jemaah haji dan oleh sekumpulan orang-orang besar Allah yakni para Wali Allah yang kebanyakan adalah dari ahli Tareqat-tareqat yang dihukumi golongan Wahabi/Salafi sebagai sesat dan kafir sedangkan mereka lah orang utama yang bakal bai’at dengan Imam Mahdi…persoalan itu juga ku serahkan pada orang berakal untuk berfikir…….

Imam Mahdi dan Jema’ah Tareqat
Tanpa disengajakan, tujuh orang pemimpin utama manusia, setiap seorangnya diikuti oleh tiga ratus pengikut tiba di Makkah secara serentak. Aku pernah bertanya guru-guruku berkenaan 7 manusia itu,ada yang beri pelbagai ramalan,ada yang menyebut nama 7 orang itu kepadaku yang ku masih hafal hingga kini.Tapi yang menarik perhatianku ialah ramalan yang mendekati kebenaran ialah 7 orang itu ialah para pemimpin jemaah tareqat utama dalam dunia ini kerana selepas jemaah tabligh,jemaah tareqat lah yang paling mendekati kehidupan rasulullah dari segi makrifat,hakikat,amalan,pembersihan hati,keikhlasan,akhlak dan juga sanad tareqat mereka bersambung hingga rasulullah.

Tapi aku bercakap tentang jemaah tareqat yang TIDAK SESAT SAHAJA.Banyak jemaah tareqat yang putus sanadnya dan ramai juga yang dipimpin oleh gurunya yang tersesat disesatkan oleh syaitan seperti yang pernah berlaku di Malaysia yakni jemaah Arqam.Sesungguhnya jalan tareqat ini sangat susah dan sangat teliti kerjanya dan ramai syaitan dihantar untuk menyesatkan para sufi(pengamal tareqat) kerana ahli sufi sangat ditakuti syaitan.

Sepertimana kisah sufi besar yang sangat mahsyur dimana dia ditipu syaitan yang menjelma sebagai abid(ahli ibadat) yang beribadat 3 hari 3 malam berturut-turut tanpa makan dan minum.

Aku kira semua orang pun tahu kisah ni iaitu akhirnya sufi besar ini mati sebagai orang kafir selepas tunduk pada syaitan sebagai tanda sujud.

Jadi syeikhku berkata,untuk mengetahui sesebuah tareqat itu sahih atau tidak,yang pertama perlu diperiksa sanadnya apakah sampai rasulullah atau tidak dan keduanya lihat pada kecintaan kepada rasulullah dalam diri pemimpin tareqat itu beserta pengikutnya.Jikalau solat berjemaah pun tidak ikut serta,maka jelas tareqat itu ditipu syaitan kerana nabi mulia kita tidak pernah tinggalkan solat berjemaah walaupun sakit teruk hingga terpaksa dipapah.

Maksud dan gol sesebuah tareqat itu ialah mencapai cinta Allah,menjadi kekasih Allah,jadi jalan apakah yang lebih baik untuk mencapai Allah selain jalan yang ditunjukkan rasulullah kepada kita?Jadi jika sesebuah tareqat itu tidak mengikuti sunnah,tidak solat berjemaah,berakhlak busuk,memandang rendah pada orang lain dan lain-lain kebusukan hati,tidak beramal dengan amalan sunnah seperti bacaan yasin lepas subuh,bacaan surah mulk dan sajadah selepas maghrib dan lain-lain,maka itulah tanda tareqat itu sanadnya putus dan sesat dari jalan rasulullah,tapi bukan KAFIR.

Sesat itu ada dua makna,yang pertama sesat kecil yakni sesat kerana ditipu syaitan dan dirasakan indah amalan-amalan yang kita buat sedangkan amalan itu tidak memberi apa-apa faedah,sama seperti orang yang mengutamakan dunia dari akhirat,melambat-lambatkan solat dan lain-lain,mereka ini sesat dari hidayah(petunjuk).Sedangkan sesat yang besar ialah berkenaan akidah(keyakinan seseorang) yang membawa kepada murtad dan kekafiran seperti sembah kubur,menghina para sahabat rasulullah,menghina sunnah nabi,sembah kepada selain Allah dan lain-lain.

Kembali kepada persoalan 7 orang tadi,guruku berkata 7 pemimpin tareqat yang sahih akan berkumpul bersama pengikut-pengikut mereka untuk membaiat Imam Mahdi yang mereka tunggu selama ini.Hampir semua tareqat yang saya ketemu ahli-ahli mereka sentiasa membicarakan tentang kedatangan Imam terakhir ini dan menambah pelbagai amalan-amalan untuk melayakkan diri menjadi pengikut Imam Mahdi.

Jadi antara tareqat yang mungkin wujud untuk baiat Imam Mahdi pada waktu itu ialah pemimpin 4 tareqat terbesar dunia iaitu yang pertama,Tareqat Chisty(sanadnya mahsyur melalui Saidina Ali r.a) yakni tareqat terbesar dalam dunia diikuti kedua terbesar dunia iaitu Tareqat Naqshabandi(sanadnya mahsyur sampai kepada Saidina Abu Bakar r.a),seterusnya Tareqat Qadiriah(sanadnya mahsyur sampai kepada Saidina Usman r.a) dan Tareqat Sahawardi (sanadnya mahsyur sampai kepada Saidina Umar r.a),selepas itu mungkin diikuti tareqat-tareqat lain dalam dunia seperti tareqat Syazeliah,Tijani dan lain-lain.Wallahu’alam….Allah sahaja yang maha mengetahui,ini cuma ramalan guruku semata-mata dan guruku bukannya Nabi untuk mewajibkan beriman kepada ramalan ini.

Mencari Imam Mahdi
7 orang pemimpin itu,pabila mereka bertemu, masing-masing bertanya sebab mereka datang ke Makkah, dan setiap mereka menjawab bahawa mereka masing-masing sedang mencari Imam Mahdi. Orang-orang ini terus mencari Imam Mahdi ke sana ke mari di sekitar kota Makkah, dan apabila bertemu dengan seorang yang mereka syak bahawa orang itu adalah Imam Mahdi, mereka segera menanyakan namanya dan nama bapanya. Dikeranakan cara mereka menyoal itu agak kasar, Imam Mahdi menjadi serba salah.

Imam Mahdi yang keliru dengan keadaan ketika itu menafikan, lalu melarikan diri ke Madinah. Para pengikut ini memberitahu ketua mereka dan menceritakan sifat-sifat orang yang mereka temui. Dia diikuti oleh mereka sampai ke Madinah, tetapi sesampainya di sana mereka mendapati bahawa Imam Mahdi itu sudahpun kembali semula ke Makkah. Maka mereka pun segera berpatah balik ke Makkah. Di sini dapat disebutkan bahawa Imam Mahdi dan para pencarinya itu menaiki kenderaan yang pantas kerana Imam Mahdi dapat sampai ke Madinah dalam tempoh semalam sahaja, begitu juga pasukan pencarinya tadi. Kemudian, semasa balik semula ke Makkah, tempoh masa yang sama diperlukan untuk sampai semula ke Makkah oleh kedua-dua mereka – Imam Mahdi dan pasukan yang mencarinya tadi. Jelaslah bahawa hadis dan atsar itu menggambarkan penggunaan kenderaan yang dapat bergerak pantas, yang pada hari ini adalah kereta atau bas atau kapal terbang.

Di Makkah, mereka terus mencarinya lagi dan kali ini, apabila menemuinya, mereka menanyakan sama ada namanya Muhammad bin Abdullah, menanyakan nama ibunya dan juga sifat-sifatnya. Sekali lagi Imam Mahdi memberitahu mereka bahawa dia bukanlah orang yang mereka cari. Katanya mereka telah banyak memungkiri janji dan banyak pula menumpahkan darah umat Islam dan perlukan pemimpin.

Maka pada awal malam sepuluh Muharam yakni hari ‘Asyura, kumpulan ini berjaya menemui Imam Mahdi yang ketika itu sedang menangis, menyandarkan mukanya ke Kaabah, di antara Rukun Yamani dengan Maqam Ibrahim. Pada ketika itulah dia dipaksa menerima baiat daripada mereka, sedangkan dia sendiri merasa berat hati menerimanya dan dalam keadaan yang amat terpaksa. Sejurus sebelum itu, sekumpulan jemaah haji telah memaksanya keluar dari rumahnya di Safa lalu dibawa ke Maqam Ibrahim dan dia dibaiat oleh kumpulan jemaah haji itu di situ. Dia diugut jika tidak mahu menerima baiat mereka, dia akan dipancung lehernya oleh mereka.

Pengislahan hanya satu malam
Ketika itulah juga Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang tidak terhingga iaitu tertanam rasa cinta dan kasih yang amat mendalam kepada Imam Mahdi ke dalam hati setiap orang Islam,dan dengan sekelip mata mengubah dirinya yang ‘biasa’ itu kepada ‘Imam Mahdi’ lalu dia memimpin seluruh umat Islam di dunia ini.Sebahagian ulama juga menyatakan bahawa pada malam itulah Allah memasukkan semua ilmu-ilmu dan akhlak serta raut wajahnya yang biasa pula berubah menjadi seakan-akan wajah Rasulullah(sejurus selepas dibaiat). Semua umat Islam yang hidup pada waktu itu akan bersatu di bawah satu pimpinan, iaitu pimpinan Imam Mahdi. Tidak ada lagi pemimpin lain yang lebih hebat dan msyhur melainkan Imam Mahdi sahajalah satu-satunya yang mereka terima sebagai pemimpin sebenar mereka…

Sampai disini dahulu tulisanku kerana kita cuma suka mencari info tapi tidak pernah menghisab diri apakah diri ini layak bersama imam teragung ini??Walaupun masih banyak yang belum ku tulis terutamanya tentang tentera serban hitam yang disebut dalam hadis bakal dikumpulkan di Khurasan,dan juga tentang peperangan di India dan lain-lain dan juga tentang Nabi Isa dan pengikutnya iaitu golongan Hawariyyun yang tidak dimatikan Allah sejak zaman nabi Isa hingga sekarang semata-mata untuk menjadi pembantu Nabi Isa,namun cukuplah apa yang ku tulis ini sebagai pengenalan ringkas berkenaan Imam Mahdi dan kaitannya dengan apa yang berlaku di dunia pada hari ini khususnya berkenaan jemaah tabligh dan jemaah tareqat yang sahih.
Moga kita dipilih Allah untuk bersama Imam terakhir ini..InsyaAllah

Moga Allah ampunkan ku atas kesilapanku didalam tulisan yang sungguh daif ini namun dalam benakku tertanam rasa agar para pembaca terbuka mata selepas membaca tulisan hina ini…

Maulana Ilyas Khandahlawi rahmatullahia’laih yang berketurunan banu Tamim adalah ‘lelaki dari timur’? (episod 1)

Entri kali ni aku ambil dari blog sahabat aku, ni link dia Bakal Maulana Ibnu Batoota ..


Assalamualaikum,ramai yang bertanya padaku juga berkenaan pemuda Tamim yang disebut dalam hadis sebagai pembantu utama Imam Mahdi,dan apa benar Maulana Ilyas rah merangkap pemula gerakan dakwah terbesar dunia iaitu jemaah Tabligh adalah lelaki yang dimaksudkan itu dan apa benar dia berketurunan dari nasab Saidina Abu Bakar As-Siddiq?Insyallah dengan izin Allah dan ilmu serta kajian yang Allah BERIKAN akan ku cuba untuk jelaskan disini hal ini.
Bismillah…

Bintang terlihat indah terang,
Saat dirimu datang,
Kau datang dengan harapan berjuang,
Namun kau ditolak dan dianggap dagang,
Disaat umat dalam kerosakan bukan kepalang,
Kau menangis rintih namun tetap tidak tenang,
Bagimu tiada rehat tiada masa lapang,
Dalam benakmu tertanam harapan menjulang,
Iaitu Islam yang dibawa rasulullah kembali pulang,
Walaupun ramai yang pincang,
Namun dia tetap teguh berjuang,
Inilah dia akhir zaman masa untuk turun padang,
Tentera Mahdi yang dibantu tentera Tamim bakal menang gemilang!

Apakah itu banu Tamim?
Hmm…ramai yang komplen post-post aku dalam blog ni sangat MENARIK tapi juga sangat PANJANG… =_=”
Errk….sahabat sekalian,aku telah sedaya upaya ringkaskan tulisanku namun terlampau banyak input yang tersumbat dalam otak ku sampai melimpah ruah dan tiada cara lain lagi melainkan aku muntahkan ke blog ini.Aku harap kawan-kawan dapat bersabar ye dengan tulisan-tulisan yang panjang ni.. ^_^
Maafkan aku kerana post ini juga mungkin akan menjadi sangat panjang…
Mula-mula sekali aku ingin nukilkan beberapa hadis berkenaan pemuda banu tamim :-

1)Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku bani Tamim yang datang dari Timur.”

2)Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan pengikutnya benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

3) Sabda Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahnya.” (Ibnu Majah)

4)Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
“Akan keluar dari sulbi ini pemuda(Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari Bani Tamim(dari keturunan Abu Bakar), dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

Siapa itu Abu Bakar dan apakah benar dia dari Bani Tamim?
Abu Bakar (bahasa Arab: أبو بكر الصديق, Abu Bakr ash-Shiddiq) (lahir: 572M – wafat: 23 Ogos 634M/21 Jumadil Akhir 13 H) termasuk di antara mereka yang paling awal memeluk Islam. Setelah Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar menjadi khalifah Islam yang pertama pada tahun 632 M hingga tahun 634 M. Lahir dengan nama Abdullah bin Abi Quhafah(nama sebenar beliau), ia adalah satu diantara empat khalifah yang diberi gelar Khulafaur Rasyidin atau khalifah yang diberi petunjuk.

Nasab keturunan Abu Bakar r.a
Abu Bakar Ash-Shidiq atau Nama lengkapnya adalah ‘Abd Allah ibn ‘Utsman(Abu Quhafah) bin Amir bi Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr al-Quraishi at-Tamimi‘. Bertemu nasabnya dengan nabi SAW pada moyangnya Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai.
Dan ibu dari abu Bakar adalah Ummu al-Khair salma binti Shakhr bin Amir bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim yang berarti ayah dan ibunya sama-sama dari kabilah bani Taim yakni mahsyur digelar Tamim.

Bukti lain menunjukkan Abu Bakar dari Banu Tamim
Aku teringat sebuah kisah yang setiap kali aku teringat,aku akan menangis,kisah ini diceritakan dalam kitab Fadhilat Amal dan juga terdapat dalam kitab-kitab lain iaitu dari riwayat Ali r.a.Dan kisahnya begini,
Ali bin Abi Thalib pernah bertanya kepada para sahabat ketika beliau memgang kuasa khalifah,“Siapakah orang yg paling berani?”
jawab mereka,“Engkau wahai Amirul Mukminin”
kemudian Ali berkata lagi,” TIDAK! Orang yang paling berani adalah Abu Bakar As – Siddiq.
Demi Allah, aku pernah melihat Nabi Muhammad dikelilingi sekumpulan kaum kafir Quraisy yg sedang menarik dan mencemuh baginda ketika berdakwah di hadapan Kaabah, Sementara itu kami mengintip dari jauh.
Kemudian datanglah Abu Bakar menerpa orang-orang kafir tadi dan menghalang mereka menyakiti Rasulullah,beliau sangat kuat dan menolak semua orang disitu lalu berkata,
” Apakah engkau hendak membunuh org yg mengatakan Rabbku adalah Allah!?”
mendengarkan hal itu, mereka meninggalkan Rasulullah dan menerpa Abu Bakar.
Kemudian Uqbah bin Abu Mu’ith datang, Abu Bakar di hentak ke tanah dan dibelasah teruk.Uqbah lantas membaling sandal dan memukul wajah Abu Bakar dgn sandal terus menerus sehinggakan wajah Abu Bakar jadi bengkak sampai tak boleh nak ketahui lagi bentuk hidungnya.Mengalir darah dr wajah Abu Bakar lalu pengsan!
Sejurus itu datanglah kabilah dari Bani Tamim.Mereka menjerit bahawa jika Abu Bakar mati,mereka akan isytiharkan perang!Dan Uqbah orang pertama akan dibunuh kerana dia yang paling banyak memukul beliau.(Bani Tamim punyai ramai pahlawan handal dan ditakuti kabilah Arab).
Mereka membawanya ke rumah dan menyangka Abu Bakar tidak akan mampu di selamatkan lagi.
⁠⁠

Mereka berkata kepada ibunya, “Jika dia terjaga dan masih hidup, maka berilah dia makan dan minum”
Setelah beberapa lama beliau koma,lalu beliau tersedar,dan kalimat pertama yg keluar dari lisan Abu Bakar adalah,
“Bagaimana keadaan Rasulullah?”

T_T cukup lah..aku tak mampu cerita lagi..sampai sini pun aku sudah menangis.
Jadi jelas bahawa banu Tamim adalah banu kepada Abu bakar r.a.
Aku juga teringat satu lagi kisah riwayat Abu Bakar sendiri yang pernah menceritakan pengislamannya kepada Ibnu Mas’ud,dan ini untuk tambahan dan penguat bahawa dia memang dari Bani Tamim.
Katanya, “Aku pernah ke Yaman dan berjumpa dengan seorang tua.Dia rajin membaca kitab dan telah mengajar banyak murid.Lalu dia berkata kepada ku:
Orang Tua : Saya rasa tuan datang dari Tanah Haram(Makkah)
Abu Bakar : Benar
Orang Tua : Apakah tuan berbangsa Quraisy?
Abu Bakar : Benar
Orang Tua : Apa yang saya lihat,Tuan ini dari keluarga Bani Tamim?
Abu Bakar : Benar
Orang Tua : Ada satu perkara yang ingin saya tanyakan kepada tuan iaitu jika tuan tidak keberatan,benarkan saya melihat perut tuan.
Abu Bakar : Saya tidak benarkan selagi tuan tidak perjelaskan niat sebenar tuan kepada ku.
Orang Tua : Sesungguhnya,menurut ilmu yang ada padaku,seorang Nabi Allah akan diutuskan di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh 2 orang sahabatnya yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separuh umur.Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam kesusahan.Sementara yang separuh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus,ada tahi lalat di perutnya dan ada sesuatu tanda di paha kirinya.Apakah sudi tuan memperlihatkannya kepadaku.
Lalu Abu Bakar membuka bajunya dan memperlihatkan tahi lalat di perutnya.
Orang Tua : Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,tuanlah orangnya!”

Jadi jelas sekali tanpa ragu bahawa beliau adalah pemuda Tamim dan pembantu Rasulullah ketika hidupnya dan anak cucunya pembantu anak cucu Rasulullah iaitu Imam Mahdi.

Kenapa Banu Tamim datang dari Timur bukan dari negara Arab?
Tanah arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga Rasulullah,keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak zaman Rasulullah hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera Wahabi/Salafi yang membunuh dan mengusir keluarga Rasulullah dan bani Tamim dari Hijjaz.
Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud al-Wahhabi yang kini memerintah di Arab Saudi seperti yang telah ku ulang beberapa kali di post sebelum ini. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka,yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi.
Pengusiran keluarga Nabi dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal(Wahabi) ini telah dirakamkan dalam hadis Rasulullah saw yang berbunyi,
Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”(Ibnu Majah)

Jadi jelas sekali ia telah berlaku dan Imam Mahdi serta pengikutnya serta pemuda Banu Tamim akan menguasai semula Mekah dan menghalau puak-puak Wahabi/Salafi dan Bani Sa’ud yang memegang pemerintahan Mekah pada masa ini.

Bahkan jika dilihat secara logik,ahli keluarga Rasulullah seperti Habib Umar di Yaman dan keluarga bani Tamim dari Khandahlawi,India adalah pemegang kuat fahaman Tasawwuf dan Tareqat yang diharamkan Wahabi dan ada yang menghukum kafir kepada pengamal ilmu Tasawuf seperti Maulana Zakariyya Khandahlawi At-Tamimi merupakan syeikh besar dalam Tareqat Chisty yang juga merangkap Tareqat yang aku amalkan di bawah sanad murid beliau.

Keluarga Nabi dan Tamim ini diusir dan mereka bertebaran di seluruh dunia.Ada yang lari ke India,Yaman,dan banyak pula yang menetap di Nusantara.Tambahan lagi,para Habib,ulama Yaman(keluarga Rasulullah) dan ulama Deobandi,India(keluarga Tamim) adalah ulama yang terkenal dengan pengamalan tradisi mereka yang mengekalkan sistem pengajaran secara Madrasah(cara yang paling mendekati Rasulullah),bukan Universiti yang mendekati cara Yahudi.

Mereka juga ulama yang paling kuat berpegang kepada Sunnah Rasulullah berbanding ulama tempat lain yang tidak mahu beramal dengan Sunnah Nabi atas alasan ‘Strategi Dakwah’,mereka tidak mahu bercelak,berserban,berjubah dan lebih selesa memakai kot hitam seperti Rabbi Yahudi,lihat saja ulama-ulama muda zaman ini yang sangat cintakan budaya Yahudi sambil melaungkan,‘Iman bukan pada pakaian’
Sedangkan jelas sekali bahawa Imam Mahdi dan pengikutnya itu bukan pemakai kot dan bersongkok seperti Imam Muda Astro Oasis atau pemakai baju ‘Muslimin United’ atau ‘Islam inside’ seperti ikhwah-ikhwah usrah,bukan juga berbaju Melayu seperti orang Melayu tapi mereka berjubah,berserban dan berselendang seperti Nabi mereka.

Aku tinggalkan persoalan itu untuk kalian yang mempunyai AKAL untuk berfikir……
Selain daripada Hadis,dikatakan juga pemuda Tamim nanti memakai serban biru.Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru,hitam atau hijau.

Pernyataan ini bukan datang dari hadis Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang dari ramalan Nostradamus, seorang peramal bangsa Perancis yang terkenal itu. Oleh itu, ramalan beliau ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan saja, bukan untuk dipercayai, apalagi untuk diyakini, walaupun MUNGKIN benar kerana tidak bercanggahan dengan apa yang nabi ceritakan.

Siapa pula Maulana Ilyas Khandahlawi?


Perlu diketahui bahawa pemula gerakan Islam terbesar dalam dunia ini dimulakan oleh seorang lelaki dari TIMUR bumi dan berketurunan BANI TAMIM iaitu Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.
Beliau lahir pada tahun 1303 Hijrah (1886 M) di perkampungan Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Uttar Pradesh, India.Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat warak,semua ahli keluarganya dari keturunannya adalah Ulama dan para Huffaz Al-Quran.

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy juga adalah daripada keturunan Hazrat Abu Bakar as-Siddiq r.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Maulana Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada abangnya Syaikh Muhammad Yahya, beliau adalah seorang guru agama di madrasah di kota kelahirannya. Abangnya adalah seorang pengikut mazhab Hanafi dan sahabat daripada seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi yang merupakan seorang pengarah kepada lembaga Dar Al-‘Ulum di Lucknow, India.



Pada suatu ketika saudara keduanya, iaitu Maulana Muhammad Yahya pergi belajar kepada seorang alim besar dan pembaharu yang ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saharanpur,Uttar Pradesh,India(Alhamdulillah aku telah sampai ke situ pada tahun 2009 dan Insyaallah aku akan ceritakan pengalamanku disana).

Maulana Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu tasawuf dengan bimbingan Syaikh Rasyid Ganggohi. Hal ini pula yang membuat Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid sebagaimana abangnya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk belajar agama menyertai abangnya di Gangoh.

Setelah menyelesaikan pelajaran Hadis Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka waktu empat bulan beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah(6 kitab Hadis yang Sahih iaitu Bukhari,Muslim,Tirmizi,Abu Daud,Ibn Majah,Nasa’I) .

Tubuhnya yang kurus dan sering terserang sakit semakin membuat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu, begitu pula kerisauannya yang bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh daripada syariat Islam.



Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat,India tidak mendapatkan perhatian. Bahkan mereka enggan menuntut ilmu dan suka hidup dalam kejahilan, mereka senang hidup dalam keadaan yang sudah mereka jalani selama bertahun-tahun turun temurun.

Beliau melihat bahawa kejahilan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana yang sepatutnya, sehingga gelombang kejahilan semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang meluru deras sehingga ratusan mil membawa mereka hanyut.

Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat. Kunjungan-kunjungan dilakukannya bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat Mewat.

Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji ke tanah suci Mekah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui tokoh-tokoh India yang ada di Arab untuk memperkenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab.

Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab untuk mengenalkan usaha dakwah seperti Rasulullah mulia yang dibawanya. Selama di tanah Mekah, jamaah bergerak setiap hari dari pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.

Setelah pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai jamaah dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin meningkat. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jamaah-jamaah yang dikirimkan ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah seperti yang dilakukan jemaah Tabligh sedunia) untuk menyampaikan pentingnya agama. Beliau sepenuhnya yakin bahawa kejahilan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan.

Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke Delhi, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar pelabuhan banyak jamaah yang tinggal dan terus bergerak menuju tempat-tempat yang ditujukan sepeti halnya daerah Asia Barat.

Terbentuknya jamaah ini adalah dengan izin Allah melalui asbab kerisauan Maulana Muhammad Ilyas, tersebarlah jamaah-jamaah yang membawa misi berganda, iaitu islah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia.

Perkembangan jemaah ini semakin hari semakin ketara. Banyak jamaah yang dihantar dari tempat-tempat yang dikunjungi jamaah, kemudian membentuk rombongan jamaah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim yang lain dapat terwujud. Gerakan jamaah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke pelbagai negara di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali dan aku Alhamdulillah telah dipilih Allah sebagai salah satu pejuangnya dan aku mengajak kalian agar bergabung denganku mendakwahkan agama ini.

Buah fikiran beliau dicurahkan dalam lembar-lembar kertas surat yang dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur Un Ki Deeni Dawat yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil usaha dakwah ini.

Karya beliau yang paling nyata adalah beliau telah meninggalkan kerisauan dan fikir atas umat Islam hari ini serta metod kerja dakwahnya yang atas izin Allah s.w.t telah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang yang mengetahui keadaan umat, insya-Allah akan mengambil jalan dakwah ini sebagai penawar dan ubat hatinya, dan akan menjadi sebab hadirnya hidayah bagi dirinya dan orang lain.

Akhirnya Maulana menghembuskan nafas terakhirnya; beliau pulang ke rahmatullah sebelum azan Subuh. Beliau merupakan seorang pengembara yang mungkin tidak pernah tidur dengan tenang, kini sampai ke tempat tujuannya. Beliau meninggalkan karya-karya tulisan tentang kerisauannya akan keadaan ummah.

Alhamdulillah dengan izin Allah tamat sudah episod 1 dari tulisan daif dan hina dariku ini..semoga Allah ampunkan kesalahan ku selama daku menulis blog ini…….
To be continue InsyaAllah….