13 Jul 2011

Soalnya hati dan iman..>_<..

Teringat masa mula-mula nak menceburkan diri dalam usaha agama..Macam-macam persatuan aku cari..Tapi akhirnya usaha tabligh yang menjadi pilihan aku..Sebelum buat usaha agama..Aku sama je macam orang islam yang lain..Tahu halal haram, dosa pahala, dan sentiasa mencuba untuk mengelakkan diri dari buat dosa dan buat perkara yang haram..Tapi, manusia tu tak pernah lari dari kesilapan..Sebelum memulakan usaha agama, aku memang dah rasakan aku ada ilmu yang cukup..Aku dah rasa aku ni baik..Bukan la baik yang sebetul-betulnya baik..Baik tapi dalam masa yang sama, kesilapan tu sering je ada..Masjid tu pun bukan selalu aku pergi, solat kat rumah kebanyakkannya..Cakap tentang kebesaran Allah pun tak ada dalam sehari tu..Macam umat sekarang ni la senang cerita..Tapi soal iman, sentiasa tak baik..Sebab iman perlu diusahakan setiap masa tak kira masa dan keadaan..

Aku masih ingat lagi pesan 'seseorang'.."Carilah iman...", lebih kurang macam tu lah apa yang dikatakan kepada aku...Jadi aku pun mencari apa itu iman..Itu yang buatkan aku sibuk mencari persatuan untuk mendekatkan diri aku pada agama..Tapi tak ada satu pun persatuan yang datang pada aku..Tapi satu-satunya yang datang ialah orang-orang yang buat usaha tabligh ni..Aku pun malas nak 'judge' sangat orang tabligh masa tu sebab aku pun tak berapa suka dengan tabligh masa tu..Jadi, bila aku dah turut serta dalam usaha tabligh ni, aku dapat jawapan aku tentang iman yang 'seseorang' ni pernah pesan pada aku..Akhirnya aku figure out sendiri yang iman ni sebenarnya tak perlu dicari, tapi perlu diusahakan..Jadi, inilah yang aku usahakan sehingga sekarang..Aku pun dah tinggalkan 'kehidupan berumah tangga sebelum kahwin' a.k.a 'couple'..

Hari ni rata-ratanya aku perhatikan orang yang buat usaha agama pun ada 'bercouple'..Terfikir juga, dekat mana hikmahnya orang yang buat usaha agama ni turut serta dalam perkara yang tak mendatangkan faedah yakni 'bercouple' ni..Usaha agama yang aku maksudkan ni bukanlah tabligh..Tapi aku maksudkan semua usaha agama..Usaha agama tu tak salah, tapi yang salahnya orang yang buat usaha agama tu yang mana kurangnya FIKIR..Kadang tu sibuk bercakap tentang agama, sibuk bagi pendapat dan hukum2..Sedangkan apa yang dikatakan tak sama dengan apa yang dilakukan..Tak perlu pergi jauh, aku ambil contoh 'seseorang' yang pernah pesan pada aku sebelum ni..Suruh aku cari apa itu iman, apa itu cinta selepas kahwin, dan sebagainya..Tapi hari ni, tahu-tahu 'seseorang' tu sendiri telah kecundang dengan apa yang dia pesan..Ni terjadi bukan sebab apa, sebab kurang FIKIR, mereka tak fikir bahawa setiap apa yang mereka katakan tu, pastinya akan diuji oleh Allah..

Dan kerana kurangnya fikir, maka 'seseorang' tu telah tewas dengan kata-katanya sendiri..Bukanlah niat untuk memburuk-burukkan orang lain..Tapi sebagai contoh..Aku pun fikir hikmah disebalik pesanan 'seseorang' tu,,Yang mana akhirnya telah buatkan aku menjadi lebih dekat pada Allah..Kalau sebelum ni, nak pergi masjid@surau pun seminggu sekali je..Tapi sekarang, alhamdulillah..Walaupun ada juga tertinggal waktu untuk solat dimasjid@surau..Sekurang-kurangnya ada dalam sehari tu..Jangan tak ada langsung..Tapi lagi baik kalau setiap masa..Disebabkan terikat dengan dunia, maka 'setiap masa' tu tak dapat dilaksanakan..Melainkan waktu cuti..:)..Kalau dulu, nak cakap tentang kebesaran Allah pun tak ada..Tapi sekarang alhamdulillah..Kalau dulu nak amalkan sunnah pun tak ada..Tapi sekarang alhamdulillah..Betul-betul bersyukur..

Aku sentiasa fikir, rupa-rupanya ada aturan yang Allah dan aturkan untuk aku..Itu sebab semua perkara-perkara yang aku terlalu inginkan dulu tak menjadi dan tak diperolehi..Rupanya Allah dah aturkan sesuatu untuk aku..Selama ni aku tak pernah fikir seperti mana aku fikir sekarang..Aku tak pernah untuk fikir untuk bersangka baik dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup aku..Yang aku tahu cakap, mungkin ada hikmahnya..Hikmah tu memang ada, tapi apa yang akan terjadi tu sama ada baik atau buruk tak pernah difikirkan..Tapi sekarang, asbab daripada apa yang terjadi sebelum ni, aku diberi sedikit pemahaman..Aku boleh bersangka baik dengan setiap apa yang terjadi..

Apa yang diceritakan ni bukanlah untuk mengaibkan dan membanggakan diri sendiri..Tapi sebagai perkongsian hidup bersama..Supaya kita sama-sama dapat wujudkan FIKIR yang betul..Macam yang aku cakap tadi, manusia tak lari dari kesilapan..Macam tu juga dengan aku..Tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk membetulkan kesilapan yang dah pernah kita buat, sama ada dengan taubat dan berazam tak akan mengulanginya..

- Dan kepada 'seseorang' yang pernah pesan sesuatu pada aku sebelum ni..Aku ucapkan terima kasih, kerana asbab kamu..Aku diberi peluang oleh Allah untuk mengetahui aturan hidup aku yang sekarang..Terima kasih..Aku tidak akan mendoakan kebahagiaan kamu sekarang dengan 'rijal' tersebut kerana dia bukanlah 'rijal yang pasti'..Boleh jadi bukan yang Allah tentukan untuk bersama kamu..Jadi, aku doakan semoga kamu berbahagia dengan suami yang Allah dah tentukan untuk kamu suatu hari nanti.. -

(Post kali ni berbentuk peribadi sedikit, tapi jangan diambil sifat keperibadian tu untuk dinilai..Tapi ambil pengalaman yang telah dikongsi untuk dinilai bersama..Maaf jika ada terlanjur kata..)

2 comments:

  1. assalamualaikum wbt..

    alhamdulillah.. beruntungnya tuan menjadi salah seorang hamba yang terpilih untuk kerja usaha atas iman dan amal ni.. semoga tuan istiqamah dalam usaha ini.. semoga usaha tuan menjadi asbab hidayat tersebar seluruh alam.. ameen ya rabb..

    titipkan nama saya dalam doa-doa tuan jika tuan keluar jalan Allah ya.. (n_n).. jazakallah khair..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wbt..pilihan Allah semata-mata..sy lemah..

      Delete