8 Jan 2012

Maulana Ilyas Khandahlawi rahmatullahia’laih yang berketurunan banu Tamim adalah ‘lelaki dari timur’? (episod 3)

Entri kali ni aku ambil dari blog sahabat aku, ni link dia Bakal Maulana Ibnu Batoota ..

Assalamua’laikum semua pembaca setia…
Ok,kita teruskan kajian kita berkenaan pemuda Tamim dan tenteranya yang mengusai bumi sebelum menyerahkan ia kepada Khalifah terakhir iaitu Imam Al-Mahdi sperti yang disebut oleh baginda Muhammad saw.
Pada episod pertama,telah aku nukilkan beberapa buah hadis berkenaan ‘pemuda Tamim’ itu dimana beliau disebut nabi sebagai pembantu utama Imam Mahdi yang berketurunan Tamim yakni keturunan Abu Bakar Siddiq r.a,dari hadis itu juga dapat kita tahu bahawa lelaki Tamim itu datang dari Timur,tambahan lagi,beliau dikatakan mempunyai pengikut yang ramai hingga memenuhi bumi kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab merekrut muslim seramai mungkin untuk membina empayar islam terakhir sebelum ia diserahkan kepada Imam Al-Mahdi.
Walaubagaimana pun,ini cuma RAMALAN dan KAJIAN SEMATA-MATA dengan bukti dan dalil yang jelas.Jadi HARAM dan SYIRIK jika seseorang yang membaca post ini lalu ‘MEWAJIBKAN DIRI DAN ORANG LAIN’ untuk mempercayainya.Sesungguhnya kebenaran sebenar cuma Allah yang tahu.Aku dan para ulama yang mengkaji tentang perkara ini bukanlah maksum dan bukanlah Nabi,cuma ianya dikaji kerana bukti yang wujud terlampau jelas.
Selama aku hidup,dari kecil aku sudah dengar tentang pemuda Tamim ini atau ‘man from the east’.Ketika itu sebuah jemaah sesat di Malaysia iaitu jemaah Arqam atau sekarang mereka namakan Rufaqa’ adalah yang mula-mula sekali kecohkan tentang hal ini dan ketua mereka mengakui diri sebagai pemuda Tamim tersebut.Selepas aku lakukan kajian,aku dapati bukan cuma Arqam yang mengakui diri sebagai lelaki banu Tamim,tapi masih banyak jemaah-jemaah sesat yang lain mengakui hal itu tanpa bukti bahkan yang mengakui sebagai Imam Mahdi juga ramai begitu juga mengaku nabi.
Ajaran-ajaran sesat itu mewajibkan pengikut mereka untuk beriman bahawa merekalah tentera Tamim itu dan pemimpin merekalah pemuda Tamim itu.Namun,dalam jemaah Tabligh,tidak ada seorang pun pemimpin atau orang lama atau Masyaikh yang bercakap tentang hal ini jauh sekali nak mengaku bahawa jemaah Tabligh adalah tentera Tamim dan Maulana Ilyas adalah pemuda itu.Mereka cuma bercakap tentang Allah dan fikir risau bagaimana umat dapat kembali mengamalkan islam seperti yang ditinggalkan nabi tanpa perubahan.
Jadi apa yang aku tulis di blog ini bukanlah pendirian Jemaah Tabligh sedunia tapi HANYA PENDAPAT DAN KAJIAN AKU SENDIRI SEMATA-MATA!,aku bukan apa,aku kenal perangai manusia tak berakal ni,nanti akan wujud beberapa manusia cetek akal yang mendakwa Jemaah Tabligh seperti Jemaah sesat Arqam yang mengaku pemimpin mereka adalah lelaki banu Tamim.Kami disini belajar hadis,dan hadis tentang akhir zaman sering menarik perhatian kami,macam-macam ramalan ulama telah kami baca dan bukan bermakna ulama-ulama itu sesat tapi cuma ramalan mereka berdasarkan bukti semata-mata.

Yakjuj dan Makjuj dan orang Cina
Contohnya dalam tafsir Jalalain,termaktub ramalan bahawa golongan Yakjuj Makjuj adalah dari bangsa Cina.Bukanlah wajib kita beriman dengannya tapi ia ramalan ulama yang perlu kita hormati dan dijadikan pengetahuan tambahan sahaja.Kerana yakjuj Makjuj dikatakan sangat ramai dan bangsa paling ramai dalam dunia adalah bangsa Cina bukan?Bahkan tentera Mongol dan Tartar yang bermata sepet adalah tentera yang pernah merosakkan empayar Islam yang belum pernah dirosakkan oleh mana-mana bangsa sebelum ini.Tapi Allah telah Islamkan pemimpin tentera ‘Yakjuj Makjuj’ ketika itu dan selamatlah empayar Islam ketika itu daripada dirosakkan sepenuhnya oleh mereka.
Dalam hadis disebutkan bahawa Yakjuj Makjuj adalah tentera yang tak boleh dikalahkan sesiapa kecuali Allah.Jika kita lihat sejarah dunia,Islam telah tawan hampir seluruh dunia dan agama tersebar ke seluruh dunia termasuk benua Amerika(sebelum kedatangan orang putih yang kononnya menemukan ‘new world’ sedangkan Islam telah pun tersebar disitu hasil kerja para sahabat).Tapi! satu-satunya empayar yang tidak dapat ditawan Islam ialah empayar China bahkan empayar Islam tidak pernah kalah hangus sekaligus kepada mana-mana bangsa dalam dunia kecuali golongan Cina ini(Mongol dan Tartar).Atas sebab itu ada ulama meramalkan bahawa orang Cina adalah yakjuj Makjuj.
Seperti itu juga ramalan tentang banu Tamim ini.Ia dikaji berdasarkan bukti dan dalil yang wujud tetapi tidaklah WAJIB untuk kita beriman bahkan ia cuma perlu dijadikan info tambahan semata-mata.
Dalam post yang lepas,aku telah buktikan bahawa Banu Tamim itu adalah kabilah kepada Saidina Abu Bakar Siddiq r.a dan tiada ragu lagi bahawa beliau datang dari Banu Tamim.Aku juga telah nyatakan riwayat hidup Maulana Ilyas dan mendakwa beliau berketurunan Abu Bakar r.a.Tapi aku tiada membawakan bukti bahawa nasab keturunannya itu sampai kepada Abu Bakar?
Jadi disini,aku ingin ukirkan blogku ini dengan nasab mulia keluarga Khandahlawi yang bersambung hingga Abu Bakar r.a.Suka aku nyatakan disini bahawa Maulana Ilyas rah. adalah ulama hebat yang memulakan dakwah cara Rasulullah seperti yang dilakukan baginda ketika berdakwah di Mekah semasa permulaan kenabiaan baginda.Berdakwah rumah ke rumah,pintu ke pintu,kaum ke kaum,khemah ke khemah,kabilah ke kabilah adalah amalan yang dilakukan Rasulullah dan para sahabat TANPA SYAK.

Anak Maulana Ilyas rah.
Maulana Yusuf Khandahlawi At-Tamimi,ketua Tabligh sedunia yang kedua.
Maulana Yusuf Khandahlawi At-Tamimi,ketua Tabligh sedunia yang kedua.

Jadi Maulana ilyas bukanlah membentuk jemaah baru tapi beliau adalah PENYAMBUNG atau MENGHIDUPKAN semula kerja yang dilakukan baginda dan Sahabat baginda.Maulana Ilyas adalah Khalifah/Amir/ketua jemaah Tabligh yang pertama sebelum tempatnya diganti oleh anaknya yang sangat hebat ilmunya,beliau khatam 6 kitab Hadis Sahih dari guru-guru yang berbeza sebanyak 6 kali kalau tak silap aku.Nama beliau ialah Maulana Yusuf Khandahlawi rah. yang terkenal dengan kitab beliau yang hebat iaitu Hayatus Sahabah yang mana beliau tulis kitab itu berdasarkan ingatan beliau dan ulama selepas itu yang mencari-cari sumber dari mana beliau ambil dan dapati semuanya dari smber hadis dan atsar sahabat yang sahih!
Ketika wafatnya Maulana Ilyas,majoriti penduduk New Delhi belum pun kenal dengan gerakan dakwah ini,selepas diganti Maulana Yusuf lah baru kerja ini disebarkan ke seluruh India dan negara berdekatan.Pemimpin tertinggi jemaah Tabligh ini digelar sebagai Hadraji(bahasa urdu+arab)yang bermaksud,’yang mulia’/'yang terkehadapan’.
Maulana Yusuf berpindah dari India ke Pakistan(seperti Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah)kerana orang ramai tidak mahu ikuti kerja ini kerana mereka menyatakan kerja ini dari India yang mereka anggap negara Hindu.Jadi Maulana berpindah ke Pakistan sebagai strategi dakwah(seperti Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk strategi dakwah) untuk umat Islam menerima kerja ini kerana Pakistan terkenal sebagai negara Islam.
Selepas kerja ini tersebar ke banyak negara dan jemaah semakin kuat,Maulana kembali semula ke India,tempat asal kerja ini(seperti Rasulullah yang kembali menawan Mekah selepas mengumpulkan kekuatan di Madinah) dan hingga kini India tetap menjadi markaz utama dunia.
Jadi untuk aku buktikan bahawa Maulana Ilyas dan anaknya berketurunan Abu Bakar sekaligus mengisytiharkan mereka dari Banu Tamim,maka aku nyatakan disini salasilah Keturunan Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawy Rah.

Biodata Maulana Yusuf rah.
Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jamadil awal, 1335 H, sesuai dengan 20 March 1917 di Kandhla di India.Keluarganya terkenal dengan keilmuan dan kesetiaan total dalam perjuangan Islam.

Berikut adalah silsilah keturunan beliau dari Garis Ayah:
•Maulana Muhammad Yusuf anak dari
•Maulana Muhammad Ilyas anak dari
•Maulana Muhammad Ismail anak dari
•Syaikh Ghulam Hussein anak dari
•Hakim Karim Baksh anak dari
•Hakim Ghulam Mohiuddin anak dari
•Maulana Muhammad Sajid anak dari
•Maulana Muhammad Faiz anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.
Silsilah keturunan dari Garis Ibu:
•Ibunya anak dari
•Maulvi Rauful Hasan anak dari
•Maulana Zia-ul-Hasan anak dari
•Maulana Nurul Hasan anak dari
•Maulana Abul Hasan anak dari
•Mufti Ilahi Baksh anak dari
•Maulana Syaikhul Islam anak dari
•Hakim Qutbuddin anak dari
•Hakim Abdul Qadir anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.

Garis silsilah keturunan ayah dan ibu dari keluarga Maulana Yusuf bertemu di Hakim Muhammad Syarif. Lalu garis silsilah keluarga keturunan mereka kembali ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua keluarga ini tinggal di desa Kandhala dan Jinhjana. Mereka terkenal dengan kesolehan, keilmuan dan ketakwaan.Seluruh keturunan mereka adalah para ‘Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah dan para Wali.
Maka jelas sudah bahawasanya Maulana Ilyas dan isterinya adalah dari keturunan Abu Bakar r.a dan kini keturunan ini terus menerus menjadi pemimpin jemaah terbesar dunia ini.Anak kepada Maulana Yusuf rah. ialah Maulana Harun rah. dan anak kepada Maulana Harun ialah Maulana Sa’ad Kandahlawi at-Tamimi yang masih hidup pada zaman ini dan kini menjadi pemimpin jemaah Tabligh sedunia mendakwahkan agama ke seluruh pelusuk dunia. 

Maulana Saad Khandahlawi at-Tamimi,cucu kepada Maulana Yusuf Khandahlawi.
Maulana Saad Khandahlawi at-Tamimi,cucu kepada Maulana Yusuf Khandahlawi.

4 comments:

  1. salam, nak lihat salasilah keturunan Hadrat Syeikh kat kitab mana? boleh beritahu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt sy tye kwn sy..ni sy amik dr blog die..die bljr kt madrasah s. africa..

      Delete
  2. tak payah tanya kitab mana , pergi ke Masjid Banglawali anta akan jumpa nasab keturunan Hazrat Syaikh di dalam bilik beliau . Tapi dalam kitab Halaat Masyaikh Kandhala karangan pakcik beliau Hazrat Syeikh Ihtishamul Hassan al-Kandahlawi rah , mmg ada tertulis silsilah keturunan mereka :)

    ReplyDelete
  3. Abu Bakr r.a bukanlah dari bani tamin tapi beliau dr bani Taim, harap dapat betulkan kesilapan. Bani taim dan Tamim adalah dua puak yang berbeza.

    ReplyDelete