Assalamua’laikum semua pembaca setia…
Ok,kita teruskan kajian kita berkenaan pemuda Tamim dan tenteranya  yang mengusai bumi sebelum menyerahkan ia kepada Khalifah terakhir iaitu  Imam Al-Mahdi sperti yang disebut oleh baginda Muhammad saw.
Pada episod pertama,telah aku nukilkan beberapa buah hadis berkenaan  ‘pemuda Tamim’ itu dimana beliau disebut nabi sebagai pembantu utama  Imam Mahdi yang berketurunan Tamim yakni keturunan Abu Bakar Siddiq  r.a,dari hadis itu juga dapat kita tahu bahawa lelaki Tamim itu datang  dari Timur,tambahan lagi,beliau dikatakan mempunyai pengikut yang ramai  hingga memenuhi bumi kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab  merekrut muslim seramai mungkin untuk membina empayar islam terakhir  sebelum ia diserahkan kepada Imam Al-Mahdi.
Walaubagaimana pun,ini cuma RAMALAN dan KAJIAN SEMATA-MATA dengan  bukti dan dalil yang jelas.Jadi HARAM dan SYIRIK jika seseorang yang  membaca post ini lalu ‘MEWAJIBKAN DIRI DAN ORANG LAIN’ untuk  mempercayainya.Sesungguhnya kebenaran sebenar cuma Allah yang tahu.Aku  dan para ulama yang mengkaji tentang perkara ini bukanlah maksum dan  bukanlah Nabi,cuma ianya dikaji kerana bukti yang wujud terlampau jelas.
Selama aku hidup,dari kecil aku sudah dengar tentang pemuda Tamim ini  atau ‘man from the east’.Ketika itu sebuah jemaah sesat di Malaysia  iaitu jemaah Arqam atau sekarang mereka namakan Rufaqa’ adalah yang  mula-mula sekali kecohkan tentang hal ini dan ketua mereka mengakui diri  sebagai pemuda Tamim tersebut.Selepas aku lakukan kajian,aku dapati  bukan cuma Arqam yang mengakui diri sebagai lelaki banu Tamim,tapi masih  banyak jemaah-jemaah sesat yang lain mengakui hal itu tanpa bukti  bahkan yang mengakui sebagai Imam Mahdi juga ramai begitu juga mengaku  nabi.
Ajaran-ajaran sesat itu mewajibkan pengikut mereka untuk beriman  bahawa merekalah tentera Tamim itu dan pemimpin merekalah pemuda Tamim  itu.Namun,dalam jemaah Tabligh,tidak ada seorang pun pemimpin atau orang  lama atau Masyaikh yang bercakap tentang hal ini jauh sekali nak  mengaku bahawa jemaah Tabligh adalah tentera Tamim dan Maulana Ilyas  adalah pemuda itu.Mereka cuma bercakap tentang Allah dan fikir risau  bagaimana umat dapat kembali mengamalkan islam seperti yang ditinggalkan  nabi tanpa perubahan.
Jadi apa yang aku tulis di blog ini bukanlah pendirian Jemaah Tabligh sedunia tapi HANYA PENDAPAT DAN KAJIAN AKU SENDIRI SEMATA-MATA!,aku  bukan apa,aku kenal perangai manusia tak berakal ni,nanti akan wujud  beberapa manusia cetek akal yang mendakwa Jemaah Tabligh seperti Jemaah  sesat Arqam yang mengaku pemimpin mereka adalah lelaki banu Tamim.Kami  disini belajar hadis,dan hadis tentang akhir zaman sering menarik  perhatian kami,macam-macam ramalan ulama telah kami baca dan bukan  bermakna ulama-ulama itu sesat tapi cuma ramalan mereka berdasarkan  bukti semata-mata.
Yakjuj dan Makjuj dan orang Cina
Contohnya dalam tafsir Jalalain,termaktub ramalan bahawa golongan  Yakjuj Makjuj adalah dari bangsa Cina.Bukanlah wajib kita beriman  dengannya tapi ia ramalan ulama yang perlu kita hormati dan dijadikan  pengetahuan tambahan sahaja.Kerana yakjuj Makjuj dikatakan sangat ramai  dan bangsa paling ramai dalam dunia adalah bangsa Cina bukan?Bahkan  tentera Mongol dan Tartar yang bermata sepet adalah tentera yang pernah  merosakkan empayar Islam yang belum pernah dirosakkan oleh mana-mana  bangsa sebelum ini.Tapi Allah telah Islamkan pemimpin tentera ‘Yakjuj  Makjuj’ ketika itu dan selamatlah empayar Islam ketika itu daripada  dirosakkan sepenuhnya oleh mereka.
Dalam hadis disebutkan bahawa Yakjuj Makjuj adalah tentera yang tak  boleh dikalahkan sesiapa kecuali Allah.Jika kita lihat sejarah  dunia,Islam telah tawan hampir seluruh dunia dan agama tersebar ke  seluruh dunia termasuk benua Amerika(sebelum kedatangan orang putih yang  kononnya menemukan ‘new world’ sedangkan Islam telah pun tersebar  disitu hasil kerja para sahabat).Tapi! satu-satunya empayar yang tidak  dapat ditawan Islam ialah empayar China bahkan empayar Islam tidak  pernah kalah hangus sekaligus kepada mana-mana bangsa dalam dunia  kecuali golongan Cina ini(Mongol dan Tartar).Atas sebab itu ada ulama  meramalkan bahawa orang Cina adalah yakjuj Makjuj.
Seperti itu juga ramalan tentang banu Tamim ini.Ia dikaji berdasarkan  bukti dan dalil yang wujud tetapi tidaklah WAJIB untuk kita beriman  bahkan ia cuma perlu dijadikan info tambahan semata-mata.
Dalam post yang lepas,aku telah buktikan bahawa Banu Tamim itu adalah  kabilah kepada Saidina Abu Bakar Siddiq r.a dan tiada ragu lagi bahawa  beliau datang dari Banu Tamim.Aku juga telah nyatakan riwayat hidup  Maulana Ilyas dan mendakwa beliau berketurunan Abu Bakar r.a.Tapi aku  tiada membawakan bukti bahawa nasab keturunannya itu sampai kepada Abu  Bakar?
Jadi disini,aku ingin ukirkan blogku ini dengan nasab mulia keluarga  Khandahlawi yang bersambung hingga Abu Bakar r.a.Suka aku nyatakan  disini bahawa Maulana Ilyas rah. adalah ulama hebat yang memulakan  dakwah cara Rasulullah seperti yang dilakukan baginda ketika berdakwah  di Mekah semasa permulaan kenabiaan baginda.Berdakwah rumah ke  rumah,pintu ke pintu,kaum ke kaum,khemah ke khemah,kabilah ke kabilah  adalah amalan yang dilakukan Rasulullah dan para sahabat TANPA SYAK.
Anak Maulana Ilyas rah.
Jadi Maulana ilyas bukanlah membentuk jemaah baru tapi beliau adalah  PENYAMBUNG atau MENGHIDUPKAN semula kerja yang dilakukan baginda dan  Sahabat baginda.Maulana Ilyas adalah Khalifah/Amir/ketua jemaah Tabligh  yang pertama sebelum tempatnya diganti oleh anaknya yang sangat hebat  ilmunya,beliau khatam 6 kitab Hadis Sahih dari guru-guru yang berbeza  sebanyak 6 kali kalau tak silap aku.Nama beliau ialah Maulana Yusuf  Khandahlawi rah. yang terkenal dengan kitab beliau yang hebat iaitu  Hayatus Sahabah yang mana beliau tulis kitab itu berdasarkan ingatan  beliau dan ulama selepas itu yang mencari-cari sumber dari mana beliau  ambil dan dapati semuanya dari smber hadis dan atsar sahabat yang sahih!
Ketika wafatnya Maulana Ilyas,majoriti penduduk New Delhi belum pun  kenal dengan gerakan dakwah ini,selepas diganti Maulana Yusuf lah baru  kerja ini disebarkan ke seluruh India dan negara berdekatan.Pemimpin  tertinggi jemaah Tabligh ini digelar sebagai Hadraji(bahasa  urdu+arab)yang bermaksud,’yang mulia’/'yang terkehadapan’.
Maulana Yusuf berpindah dari India ke Pakistan(seperti Nabi berhijrah  dari Mekah ke Madinah)kerana orang ramai tidak mahu ikuti kerja ini  kerana mereka menyatakan kerja ini dari India yang mereka anggap negara  Hindu.Jadi Maulana berpindah ke Pakistan sebagai strategi dakwah(seperti  Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk strategi dakwah) untuk umat Islam  menerima kerja ini kerana Pakistan terkenal sebagai negara Islam.
Selepas kerja ini tersebar ke banyak negara dan jemaah semakin  kuat,Maulana kembali semula ke India,tempat asal kerja ini(seperti  Rasulullah yang kembali menawan Mekah selepas mengumpulkan kekuatan di  Madinah) dan hingga kini India tetap menjadi markaz utama dunia.
Jadi untuk aku buktikan bahawa Maulana Ilyas dan anaknya berketurunan  Abu Bakar sekaligus mengisytiharkan mereka dari Banu Tamim,maka aku  nyatakan disini salasilah Keturunan Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawy  Rah.
Biodata Maulana Yusuf rah. 
Syaikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi lahir pada 25 Jamadil awal, 1335  H, sesuai dengan 20 March 1917 di Kandhla di India.Keluarganya terkenal  dengan keilmuan dan kesetiaan total dalam perjuangan Islam.
Berikut adalah silsilah keturunan beliau dari Garis Ayah:
•Maulana Muhammad Yusuf anak dari 
•Maulana Muhammad Ilyas anak dari 
•Maulana Muhammad Ismail anak dari 
•Syaikh Ghulam Hussein anak dari 
•Hakim Karim Baksh anak dari 
•Hakim Ghulam Mohiuddin anak dari
•Maulana Muhammad Sajid anak dari 
•Maulana Muhammad Faiz anak dari 
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari 
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari 
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari 
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari 
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari
•Syaikh Qutb Syah.
Silsilah keturunan dari Garis Ibu:
•Ibunya anak dari 
•Maulvi Rauful Hasan anak dari 
•Maulana Zia-ul-Hasan anak dari 
•Maulana Nurul Hasan anak dari 
•Maulana Abul Hasan anak dari 
•Mufti Ilahi Baksh anak dari 
•Maulana Syaikhul Islam anak dari
•Hakim Qutbuddin anak dari 
•Hakim Abdul Qadir anak dari 
•Maulana Hakim Muhammad Syarif anak dari 
•Maulana Hakim Muhammad Asyraf anak dari 
•Syaikh Jamal Muhammad Syah anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Nur Muhammad anak dari
•Syaikh Bahauddin Syah anak dari
•Maulana Syaikh Muhammad anak dari 
•Syaikh Muhammad Fadhil anak dari 
•Syaikh Qutb Syah.
Garis silsilah keturunan ayah dan ibu dari keluarga Maulana Yusuf  bertemu di Hakim Muhammad Syarif. Lalu garis silsilah keluarga keturunan  mereka kembali ke Amirul Mukminin Hazrat Abu Bakar Siddiq RA. Kedua  keluarga ini tinggal di desa Kandhala dan Jinhjana. Mereka terkenal  dengan kesolehan, keilmuan dan ketakwaan.Seluruh keturunan mereka adalah  para ‘Ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah dan para Wali.
Maka jelas sudah bahawasanya Maulana Ilyas dan isterinya adalah dari  keturunan Abu Bakar r.a dan kini keturunan ini terus menerus menjadi  pemimpin jemaah terbesar dunia ini.Anak kepada Maulana Yusuf rah. ialah  Maulana Harun rah. dan anak kepada Maulana Harun ialah Maulana Sa’ad  Kandahlawi at-Tamimi yang masih hidup pada zaman ini dan kini menjadi  pemimpin jemaah Tabligh sedunia mendakwahkan agama ke seluruh pelusuk  dunia. 


salam, nak lihat salasilah keturunan Hadrat Syeikh kat kitab mana? boleh beritahu tak?
ReplyDeletennt sy tye kwn sy..ni sy amik dr blog die..die bljr kt madrasah s. africa..
Deletetak payah tanya kitab mana , pergi ke Masjid Banglawali anta akan jumpa nasab keturunan Hazrat Syaikh di dalam bilik beliau . Tapi dalam kitab Halaat Masyaikh Kandhala karangan pakcik beliau Hazrat Syeikh Ihtishamul Hassan al-Kandahlawi rah , mmg ada tertulis silsilah keturunan mereka :)
ReplyDeleteAbu Bakr r.a bukanlah dari bani tamin tapi beliau dr bani Taim, harap dapat betulkan kesilapan. Bani taim dan Tamim adalah dua puak yang berbeza.
ReplyDeleteKena perbetulkan ni..jangan taksub sangat..taksub menjauhkan kita dari kebenaran..tetapi ilmu akan mendekatkan kita dengan kebenaran..insyaAllah...mana ada Abu bakar r.a keturunan bani tamim..Abu bakar r.aadalah dari keturunan bani taim, bani taim@ tayim adalah salah satu dari pecahan puak2 Quraisy. Bani tamim takde kena mengena dengan quraisy dari segi darah dan keturunan..dibawah saya listkan 11 bani utama yg terbentuk dibawah keturunan quraisy..termasuk sub ketrunan menjadikannya 14..termasuk didalamnya adalah urutan ke 10 Abu bakar r.a dari keturunan bani taym..
ReplyDelete1. Banu Abd-al-dar
2. Banu Abd Manaf
3. Banu Nawfal
4. Banu Muttalib
5. Banu Hashim — kelompok Rasulullah
6. Banu Abd Shams — keturunan dr Banu Abd Manaf, bersaudara dgn Banu Umayyah.
7. Banu Umayyah — keturunan Banu Abd Shams, kelompok Abu Sufyan and Uthman ibn Affan
8. Banu Makhzum — keturunan Quraysh, Khalid ibn al-Walid
9. Banu Zuhrah — keturunan Quraysh, Sa'ad ibn Abi Waqqas
10. Banu Taym — keturunan Quraysh, Abu Bakr
11. Banu Adi — keturunan Quraysh, Umar ibn al-Khattab
12. Banu Asad (Quraysh) — keturunan Quraysh, Abd-Allah ibn al-Zubayr dan Khadijah
13. Banu Jumah — keturunanf Quraysh
14. Banu Sahm — keturunanf Quraysh, Amr ibn al-As
sementara .bani tamim adalah puak yang bermula dari Tamim bin Mowr bin Ed bin Amr bin Elia bin mudar bin Nizar bin Adnan bin Ismail a.s bin Ibrahim a.s. Khabab al alarat r.a adalah salah seorang sahabat nabi saw dari bani Tamim. Tokoh2 dari keturunan Bani Tamim :
1. Talhah Sahabat Nabi Muhammad s.a.w
2. Khabbab ibn al-Aratt - Sahabat Nabi Muhammad s.a.w
3. Ahnaf bin Qais sahabat Umar ibn al-Khattab
4. Jarir seorang penyair Arab klasik.
5. Al-Farazdaq - penyair Arab klasik
6. Hurr bin Yazid Tamimi - sahabat Imam Hussain.
7. Muhammad ibn Abd al-Wahhab (1703-1792 ) (gerakan membasmi syirik dan bidaah)
8. Abd-Allah ibn Ibadh - pengasas mazhab Ibadi
9. Talib al-Suhail (d. 1994 TM) - pemimpin puak Iraq
10. Ibn 'Uthaymīn (d. 2001 TM) - ulama Islam Arab
11. Al Thani - dinasti pemerintah Qatar
12. Bahrain Al Khater - keluarga diraja timur tengah terutamanya di Qatar , Arab Saudi , dan Bahrain
13. Al Said - dinasti pemerintah Kesultanan Oman
14. Aal Al-Sheikh - dinasti yang memerintah Arab Saudi
15 Mufti Shaikh Awadh Alhami pemimpin keluarga الهامي, tokoh sejarah di Jordan
kalau salah tolong betulkan..