8 Jan 2012

Penyelamat Umat Akhir Zaman..

Entri ni aku ambil dari blog sahabat aku, ni link dia Bakal Maulana Ibnu Batoota


Umat semakin hari semakin rosak dan tiada lagi ubatnya melainkan kita menjaga iman dan amal kita sendiri dengan baik agar tidak diperangkap hinggalah muncul penyelamat umat terakhir dari keturunan baginda saw dan Nabi Isa a.s….

Siapakah dia?
Imam Mahdi dikatakan lahir di Madinah.Di situlah beliau mula-mula dilihat dan dikesan oleh manusia tapi tiada manusia di bumi ini mengetahui dia itu al-mahdi termasuk dirinya sendiri.Nama beliau ialah Muhammad bin Abdullah dan ibunya bernama Aminah sama seperti junjungan kita.Raut wajahnya seakan-akan wajah mulia suci murni baginda teragung nabi Muhammad saw dan juga akhlaknya.Bahkan beliau sendiri adalah dari keturunan ahlul bait yakni keturunan rasulullah dari jalan ibu kita Saidatina Fatimah r.ha dan Saidina Ali r.a.Beliau mempunyai bentuk badan seperti rasulullah juga seolah-olah dia itu adalah ‘Muhammad kedua’ seperti yang digelar para yahudi khususnya ahli freemason dan zionist.

‘Al-Mahdi’ itu hanyalah gelaran yang diberi Nabi kita kepada beliau dari perkataan ‘hidayah’ yakni petunjuk dan imam mahdi adalah ‘imam yang memberi petunjuk kepada umat akhir zaman’,oleh kerana itu barangsiapa dikalangan kita yang mengaku sebagai imam Mahdi,maka itu adalah satu kebodohan dan tanda yang jelas bahawa dia bukanlah imam mahdi kerana imam Mahdi tidak pernah tahu bahawa dia itu Imam Mahdi dan juga setelah diangkat sebagai khalifah juga beliau menggunakan nama beliau sendiri iaitu Khalifah Muhammad,bukannya imam Mahdi.’Imam Mahdi’ hanyalah gelaran dan istilah yang diguna pakai oleh Nabi kita untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang misteri.

Tanda-tanda kedatangan Imam Agung
Sebelum tibanya zaman Imam Mahdi.Ketika itu Allah menurunkan beberapa tanda besar sebagai isyarat bahawa Imam Mahdi sudah berada bersama-sama mereka. Ada tanda itu memang sangat besar sehingga tidak pernah berlaku peristiwa tersebut sebelum ini, sejak diciptakan-Nya langit dan bumi.

Salah satu tanda itu ialah pada malam pertama Ramadan, berlaku gerhana bulan dan pada pertengahan Ramadan, berlaku pula gerhana matahari. Disebutkan pula bahawa sebelum Imam Mahdi muncul, akan berlaku dua kali gerhana bulan dalam bulan Ramadan.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan Imam Mahdi akan segera keluar ialah naik tanduk di langit yang kelihatan seperti beberapa batang gigi. Dikatakan pula bahawa tanduk ini adalah tanduk Iblis, yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia, agar mereka segera bertaubat. Akan muncul juga komet besar yang berekor dengan cahaya yang cerah, melintasi ruang angkasa bumi, yang dapat dilihat dengan jelas di sebelah Timur.

Selain itu, api besar akan dapat dilihat di sebelah timur. Mungkin kerana kebakaran hutan yang besar(seperti yang berlaku di Indonesia), yang berlaku di kawasan berkenaan. Mungkin juga kerana rusuhan besar-besaran(seperti di Thailand,Pakistan,Kazakhstan dan mungkin juga bakal berlaku di Malaysia kerana orang Malaysia memang gila rusuhan) yang menyebabkan kebakaran besar berlaku di mana-mana di salah satu kawasan di timur ini atau mungkin juga kerana serangan bom secara besar-besaran di kawasan timur ini(seperti di Pakistan,India,Afghanistan), yang menyebabkan berlakunya kemunculan api besar itu. Api ini akan dapat dilihat demikian selama tiga atau tujuh hari.

Selain itu, akan dapat pula dilihat langit yang menjadi gelap gelita, atau dikatakan kelam, kerana cahaya matahari dihalang oleh awan tebal yang meliputi seluruh dunia sehingga seluruh dunia bergelap kerananya.
Tanda lain adalah munculnya langit yang memancarkan warna merah, yang merahnya itu adalah merah yang berlainan sekali daripada cahaya merah yang biasa dilihat setiap hari. Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini, dan ucapannya itu dapat difahami oleh semua manusia. Tanda lain ialah sebuah kampung di Khuristan, sebuah wilayah di Syam(Syam pada zaman nabi merujuk kepada kawasan besar gabungan beberapa negara pada zaman ini iaitu Palestin,Lubnan,Syria,Jordan) akan tenggelam ke dalam bumi akibat gempa bumi dan rekahan yang luas.

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami oleh setiap orang menurut bahasa masing-masing, yag datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

Lelaki dari Timur dan Banu Tamim
Tanda yang paling besar daripada semua tanda kemunculan Imam Mahdi itu ialah munculnya Pemuda Bani Tamim di Timur, yang menjadi pemimpin di dunia sebelah Timur.Kebanyakan ulama Deobandi yang saya ketemu dan bertanyakan hal ini,mereka memberikan ramalan(ramalan sahaja dan tidak semestinya sahih) dan isyarat kepada ku bahawa pemuda tamim yang dikatakan itu ialah dari Khandahlawi yang memimpin dunia timur pada hari ini,iaitu merujuk kepada jemaah tabligh yang dimulakan oleh Syeikh Maulana Ilyas al-Khandahlawi di India(India itu sendiri kawasan timur)yang mana jemaah itu mengusai dunia utama timur iaitu India,Pakistan dan Bangladesh yang mahsyur digelar sebagai IPB.Hal ini kerana,Maulana Ilyas rah. adalah seorang lelaki yang mana nasab keturunannya sampai kepada Saidina Abu Bakar r.a dan Abu Bakar merupakan salah seorang dari banu Tamim.Bersama beliau ialah anak saudaranya Syaikhul Hadis Qutbul Aqtab Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya rah yang terkenal dengan kitabnya Fadhilat Amal yang menjadi bacaan ahli tabligh.Mereka ini sangat-sangat menjaga nasab keturunan mereka dan cuma menikahi saudara dekat mereka sahaja untuk mengekalkan keaslian keturunan ‘banu tamim’ tersebut.

Berkenaan Maulana Zakariyya,beliau mendapat gelaran Qutbul Aqtab(ketua para wali Qutub) dan itu akan dijelaskan pada post yang lain untuk mengelakkan post yang terlampau panjang hingga membosankan para pembaca.

Jemaah Tabligh dan Abu Bakar
Selepas kematian Maulana Ilyas,tempat beliau digantikan anak beliau iaitu Maulana Yusuf rah yang terkenal dengan kitab agungnya iaitu ‘Hayatus Sahabah’ yang mendapat pujian ulama sedunia.Selepas itu tempat beliau digantikan pula oleh Maulana In’amul Hassan rah yang bukan anak kepada Maulana Yusuf tapi dari keluarga tamim yang sama kerana tidak mahu dianggap jemaah tabligh mengamalkan sistem monarki(takhta keturunan seperti yang diamalkan Raja-raja kita) dalam pemilihan pemimpin jemaah tabligh sedunia.Selepas kematian beliau,tidak ada lagi yang layak untuk menduduki tempat ketua tersebut dan jemaah dipimpin bersama oleh beberapa ketua yang dipanggil ‘amir faisalah’ dan salah seorangnya ialah Maulana Saad Khandahlawi cicit kepada Maulana Ilyas rah.

Dan ustazku pernah berkata bahawa Saidina Abu Bakar adalah seorang lelaki yang telah memberikan segalanya untuk agama(kisah yang mahsyur ketika beliau infakkan semuanya di jalan Allah dan bila ditanya apa yang ditinggalkan untuk anak isteri maka beliau menjawab ‘Allah dan Rasul’)dan sebahagian ulama menyatakan bahawa ‘berikan semua dan yang tinggal cuma Allah dan Rasul’ ialah beliau telah berikan segala-galanya untuk berkhidmat agama Allah,harta,diri,masa,anak-anak,isteri dan KETURUNANNYA atas asbab inilah Allah telah muliakan keturunan beliau hinggakan seluruh keluarganya masuk Islam,ibu bapanya dan keturunannya pula bangkit sebagai pemimpin dan pengasas kepada jemaah tabligh.Bayangkan betapa banyaknya pahala beliau dan buku amalannya yang tak pernah tertutup.

Dan sepertimana ketika zaman Rasulullah beliau adalah sahabat paling rapat dengan baginda,seperti itu jualah Allah jadikan keturunan itu bersama-sama dalam memartabatkan agama Allah.Lihat sendiri bagaimana Imam Mahdi itu dari keturunan Rasulullah dan pembantu utama Imam Mahdi adalah dari keturunan Abu Bakar.Apakah ini kebetulan?Anda fikirlah sendiri,aku cuma menyampaikan apa yang ku tahu sahaja.
Hingga kini,jemaah dakwah paling besar dalam dunia itu dipimpin oleh lelaki-lelaki dari keturunan Abu Bakar r.a yang merupakan dari Bani Tamim.Oleh sebab itu para ulama khususnya ulama Deobandi(Darul uloom Deoband) menisbatkan “lelaki dari timur” itu merujuk kepada pemimpin jemaah ini yang membawa tentera-tenteranya,perkara itu kita serahkan pada Allah dan ku cuma mampu menyatakan Wallahu’alam..ini cuma ramalan semata-mata berdasarkan hadis……

Berbalik kepada lelaki Banu tamim tadi. Beliau lalu mempersiapkan segala kelengkapan untuk pemerintahan Imam Mahdi, iaitu pusat pemerintahannya di Timur itu. Kemudian beliau meluaskan empayar kekuasaan Islamnya ke wilayah-wilayah yang berhampiran dan memakai gelaran Amir Min Umarak. Selepas itu beliau meluaskan lagi empayar Islam dengan menggabungkan seluruh wilayah Khurasan ke dalam pemerintahannya. Pada masa ini beliau menggabungkan kekuatan tenteranya dengan tentera daripada Al-Haris Harras dan ditambah lagi dengan kekuatan daripada Al-Hasyimi.

Bagaimana Khalifah terbentuk
Setelah itu beliau meluaskan seluruh wilayah Islamnya itu sehingga ke seluruh Tanah Arab dan Turki, dan selepas itu menyerahkan kekuasaannya yang amat luas itu kepada Imam Mahdi yang muncul di Makkah.Dan sepertimana yang diketahui,jemaah tabligh yang dipimpin ‘lelaki dari timur’ ini boleh dilihat dengan jelas sedang mengusai bumi,jemaah tabligh boleh dijumpai dimana-mana sahaja di seluruh dunia,bahkan di negara yang kita tidak pernah dengar namanya.Tapi perkara ini tidak pernah diketahui oleh orang-orang awam yang tidak terlibat dengan kerja tabligh kerana otak mereka tertutup dengan pemikiran sempit orang disekeliling mereka yang mencemuh jemaah dakwah terbesar dalam dunia ini tambahan lagi mereka tidak pernah keluar dari tempurung dan melihat dunia oleh kerana itu mereka berfikiran ‘orang-orang tabligh cuma minoriti dan wujud di sini sahaja’ sedangkan ahlinya sedang menutupi bumi.

Inilah dakwaan orang berfikiran sempit yang mencemuh tabligh kerana mereka beranggapan tabligh menolak siasah(politik)sedangkan yang ditolak para jemaah ialah politik cara Yahudi dan Nasrani(seperti sistem Demokrasi,Komunis dan lain-lain yang bukan dari Nabi)sedangkan mereka sedang menyediakan tempat untuk pemerintahan Khalifah terakhir oleh kerana itu mereka mengorbankan wang mereka,masa mereka dan tinggalkan anak bini mereka di rumah semata-mata kerana ‘misi global’ ini.

Sedangkan ahli-ahli politik berfikiran sempit,usia usaha mereka hampir sama dengan usia usaha tabligh tapi tiada yang mereka dapat melainkan perpecahan umat,negeri yang mereka dapat cuma kecil yang akhirnya di rampas semula para penyanjung taghut.Tapi mereka masih menganggap perjuangan merekalah paling benar dan merekalah yang bakal menaikkan khalifah???Penuh keraguan disitu…..persoalan itu ku tinggalkan bagi orang berakal untuk berfikir….

Oleh Imam Mahdi, wilayah kekuasaannya itu dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Timur, Semenanjung Tanah Arab, Afrika dan Eropah dengan setiap satunya diperintah oleh seorang wakilnya. Imam Mahdi sendiri, buat beberapa tahun, memerintah di sebelah Tanah Arab sana.

Bagaimana beliau dibai’at sebagai Khalifah
Sejurus sebelum peristiwa pembaiatannya, suatu pertempuran sengit akan berlaku di Ahjaruz Zait, antara pasukan tentera as-Sufyani dengan penduduk Madinah, yang menyebabkan penduduk Madinah menderita teruk dan kota Madinah hancur rata. Pasukan as-Sufyani ini meneruskan perjalanan ke Makkah untuk menyerang dan memusnahkan kota suci itu, tetapi mereka terbenam ke dalam tanah di al-Baidak. Ketika itulah Imam Mahdi dibaiat oleh para jemaah haji dan oleh sekumpulan orang-orang besar Allah yakni para Wali Allah yang kebanyakan adalah dari ahli Tareqat-tareqat yang dihukumi golongan Wahabi/Salafi sebagai sesat dan kafir sedangkan mereka lah orang utama yang bakal bai’at dengan Imam Mahdi…persoalan itu juga ku serahkan pada orang berakal untuk berfikir…….

Imam Mahdi dan Jema’ah Tareqat
Tanpa disengajakan, tujuh orang pemimpin utama manusia, setiap seorangnya diikuti oleh tiga ratus pengikut tiba di Makkah secara serentak. Aku pernah bertanya guru-guruku berkenaan 7 manusia itu,ada yang beri pelbagai ramalan,ada yang menyebut nama 7 orang itu kepadaku yang ku masih hafal hingga kini.Tapi yang menarik perhatianku ialah ramalan yang mendekati kebenaran ialah 7 orang itu ialah para pemimpin jemaah tareqat utama dalam dunia ini kerana selepas jemaah tabligh,jemaah tareqat lah yang paling mendekati kehidupan rasulullah dari segi makrifat,hakikat,amalan,pembersihan hati,keikhlasan,akhlak dan juga sanad tareqat mereka bersambung hingga rasulullah.

Tapi aku bercakap tentang jemaah tareqat yang TIDAK SESAT SAHAJA.Banyak jemaah tareqat yang putus sanadnya dan ramai juga yang dipimpin oleh gurunya yang tersesat disesatkan oleh syaitan seperti yang pernah berlaku di Malaysia yakni jemaah Arqam.Sesungguhnya jalan tareqat ini sangat susah dan sangat teliti kerjanya dan ramai syaitan dihantar untuk menyesatkan para sufi(pengamal tareqat) kerana ahli sufi sangat ditakuti syaitan.

Sepertimana kisah sufi besar yang sangat mahsyur dimana dia ditipu syaitan yang menjelma sebagai abid(ahli ibadat) yang beribadat 3 hari 3 malam berturut-turut tanpa makan dan minum.

Aku kira semua orang pun tahu kisah ni iaitu akhirnya sufi besar ini mati sebagai orang kafir selepas tunduk pada syaitan sebagai tanda sujud.

Jadi syeikhku berkata,untuk mengetahui sesebuah tareqat itu sahih atau tidak,yang pertama perlu diperiksa sanadnya apakah sampai rasulullah atau tidak dan keduanya lihat pada kecintaan kepada rasulullah dalam diri pemimpin tareqat itu beserta pengikutnya.Jikalau solat berjemaah pun tidak ikut serta,maka jelas tareqat itu ditipu syaitan kerana nabi mulia kita tidak pernah tinggalkan solat berjemaah walaupun sakit teruk hingga terpaksa dipapah.

Maksud dan gol sesebuah tareqat itu ialah mencapai cinta Allah,menjadi kekasih Allah,jadi jalan apakah yang lebih baik untuk mencapai Allah selain jalan yang ditunjukkan rasulullah kepada kita?Jadi jika sesebuah tareqat itu tidak mengikuti sunnah,tidak solat berjemaah,berakhlak busuk,memandang rendah pada orang lain dan lain-lain kebusukan hati,tidak beramal dengan amalan sunnah seperti bacaan yasin lepas subuh,bacaan surah mulk dan sajadah selepas maghrib dan lain-lain,maka itulah tanda tareqat itu sanadnya putus dan sesat dari jalan rasulullah,tapi bukan KAFIR.

Sesat itu ada dua makna,yang pertama sesat kecil yakni sesat kerana ditipu syaitan dan dirasakan indah amalan-amalan yang kita buat sedangkan amalan itu tidak memberi apa-apa faedah,sama seperti orang yang mengutamakan dunia dari akhirat,melambat-lambatkan solat dan lain-lain,mereka ini sesat dari hidayah(petunjuk).Sedangkan sesat yang besar ialah berkenaan akidah(keyakinan seseorang) yang membawa kepada murtad dan kekafiran seperti sembah kubur,menghina para sahabat rasulullah,menghina sunnah nabi,sembah kepada selain Allah dan lain-lain.

Kembali kepada persoalan 7 orang tadi,guruku berkata 7 pemimpin tareqat yang sahih akan berkumpul bersama pengikut-pengikut mereka untuk membaiat Imam Mahdi yang mereka tunggu selama ini.Hampir semua tareqat yang saya ketemu ahli-ahli mereka sentiasa membicarakan tentang kedatangan Imam terakhir ini dan menambah pelbagai amalan-amalan untuk melayakkan diri menjadi pengikut Imam Mahdi.

Jadi antara tareqat yang mungkin wujud untuk baiat Imam Mahdi pada waktu itu ialah pemimpin 4 tareqat terbesar dunia iaitu yang pertama,Tareqat Chisty(sanadnya mahsyur melalui Saidina Ali r.a) yakni tareqat terbesar dalam dunia diikuti kedua terbesar dunia iaitu Tareqat Naqshabandi(sanadnya mahsyur sampai kepada Saidina Abu Bakar r.a),seterusnya Tareqat Qadiriah(sanadnya mahsyur sampai kepada Saidina Usman r.a) dan Tareqat Sahawardi (sanadnya mahsyur sampai kepada Saidina Umar r.a),selepas itu mungkin diikuti tareqat-tareqat lain dalam dunia seperti tareqat Syazeliah,Tijani dan lain-lain.Wallahu’alam….Allah sahaja yang maha mengetahui,ini cuma ramalan guruku semata-mata dan guruku bukannya Nabi untuk mewajibkan beriman kepada ramalan ini.

Mencari Imam Mahdi
7 orang pemimpin itu,pabila mereka bertemu, masing-masing bertanya sebab mereka datang ke Makkah, dan setiap mereka menjawab bahawa mereka masing-masing sedang mencari Imam Mahdi. Orang-orang ini terus mencari Imam Mahdi ke sana ke mari di sekitar kota Makkah, dan apabila bertemu dengan seorang yang mereka syak bahawa orang itu adalah Imam Mahdi, mereka segera menanyakan namanya dan nama bapanya. Dikeranakan cara mereka menyoal itu agak kasar, Imam Mahdi menjadi serba salah.

Imam Mahdi yang keliru dengan keadaan ketika itu menafikan, lalu melarikan diri ke Madinah. Para pengikut ini memberitahu ketua mereka dan menceritakan sifat-sifat orang yang mereka temui. Dia diikuti oleh mereka sampai ke Madinah, tetapi sesampainya di sana mereka mendapati bahawa Imam Mahdi itu sudahpun kembali semula ke Makkah. Maka mereka pun segera berpatah balik ke Makkah. Di sini dapat disebutkan bahawa Imam Mahdi dan para pencarinya itu menaiki kenderaan yang pantas kerana Imam Mahdi dapat sampai ke Madinah dalam tempoh semalam sahaja, begitu juga pasukan pencarinya tadi. Kemudian, semasa balik semula ke Makkah, tempoh masa yang sama diperlukan untuk sampai semula ke Makkah oleh kedua-dua mereka – Imam Mahdi dan pasukan yang mencarinya tadi. Jelaslah bahawa hadis dan atsar itu menggambarkan penggunaan kenderaan yang dapat bergerak pantas, yang pada hari ini adalah kereta atau bas atau kapal terbang.

Di Makkah, mereka terus mencarinya lagi dan kali ini, apabila menemuinya, mereka menanyakan sama ada namanya Muhammad bin Abdullah, menanyakan nama ibunya dan juga sifat-sifatnya. Sekali lagi Imam Mahdi memberitahu mereka bahawa dia bukanlah orang yang mereka cari. Katanya mereka telah banyak memungkiri janji dan banyak pula menumpahkan darah umat Islam dan perlukan pemimpin.

Maka pada awal malam sepuluh Muharam yakni hari ‘Asyura, kumpulan ini berjaya menemui Imam Mahdi yang ketika itu sedang menangis, menyandarkan mukanya ke Kaabah, di antara Rukun Yamani dengan Maqam Ibrahim. Pada ketika itulah dia dipaksa menerima baiat daripada mereka, sedangkan dia sendiri merasa berat hati menerimanya dan dalam keadaan yang amat terpaksa. Sejurus sebelum itu, sekumpulan jemaah haji telah memaksanya keluar dari rumahnya di Safa lalu dibawa ke Maqam Ibrahim dan dia dibaiat oleh kumpulan jemaah haji itu di situ. Dia diugut jika tidak mahu menerima baiat mereka, dia akan dipancung lehernya oleh mereka.

Pengislahan hanya satu malam
Ketika itulah juga Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang tidak terhingga iaitu tertanam rasa cinta dan kasih yang amat mendalam kepada Imam Mahdi ke dalam hati setiap orang Islam,dan dengan sekelip mata mengubah dirinya yang ‘biasa’ itu kepada ‘Imam Mahdi’ lalu dia memimpin seluruh umat Islam di dunia ini.Sebahagian ulama juga menyatakan bahawa pada malam itulah Allah memasukkan semua ilmu-ilmu dan akhlak serta raut wajahnya yang biasa pula berubah menjadi seakan-akan wajah Rasulullah(sejurus selepas dibaiat). Semua umat Islam yang hidup pada waktu itu akan bersatu di bawah satu pimpinan, iaitu pimpinan Imam Mahdi. Tidak ada lagi pemimpin lain yang lebih hebat dan msyhur melainkan Imam Mahdi sahajalah satu-satunya yang mereka terima sebagai pemimpin sebenar mereka…

Sampai disini dahulu tulisanku kerana kita cuma suka mencari info tapi tidak pernah menghisab diri apakah diri ini layak bersama imam teragung ini??Walaupun masih banyak yang belum ku tulis terutamanya tentang tentera serban hitam yang disebut dalam hadis bakal dikumpulkan di Khurasan,dan juga tentang peperangan di India dan lain-lain dan juga tentang Nabi Isa dan pengikutnya iaitu golongan Hawariyyun yang tidak dimatikan Allah sejak zaman nabi Isa hingga sekarang semata-mata untuk menjadi pembantu Nabi Isa,namun cukuplah apa yang ku tulis ini sebagai pengenalan ringkas berkenaan Imam Mahdi dan kaitannya dengan apa yang berlaku di dunia pada hari ini khususnya berkenaan jemaah tabligh dan jemaah tareqat yang sahih.
Moga kita dipilih Allah untuk bersama Imam terakhir ini..InsyaAllah

Moga Allah ampunkan ku atas kesilapanku didalam tulisan yang sungguh daif ini namun dalam benakku tertanam rasa agar para pembaca terbuka mata selepas membaca tulisan hina ini…

15 comments:

  1. Salam ukhwah akhi.
    Terima kasih atas perkongsian ini.
    Moga lebih ramai lagi yang dapat mengambil pengajaran dari penulisan yang dikongsikan. Amin.

    ReplyDelete
  2. salam tuan...belajar digmi ke?sya pun budak gmi gak..dapat usaha pun kat gmi gak...sape name erk kot2 kenal huhu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..In Sya Allah sy bljr kt gmi..tuan masih bljr di gmi ke skg ni?muke tuan xpernh nmpk la kt sini..maaf..:D..org pggl sy aai..klu tuan dh xbljr kt gmi lg..sile la dtg 20/2/2012 ni..ade jord..

      Delete
  3. Ahlul Bayt..24/10/13 08:49

    Jemaah Tabligh ... sila bertanya pd wali-wali Allah yg kasyaf... sbb anda hanya melihat luaran semata2, sedangkan hakikatnya ini adalah sebuah jemaah yg di tipu oleh ketua2 mereka. Sila kaji dr dlm.. kalau tak nmpk jugak, bertanyalah pd org2 yg di luar.. Ini sgt penting sbb sekiranya anda mati dlm Jemaah yg bathil, maka penyesalan tiada gunanya...

    ReplyDelete
  4. Sedap2 je sesatkan org...lagilah batil jika menyesatkan sesama penyembah Allah..apa hang ingat tablig ja ka ade dlm donia ni...bkak minda skit..ambik sumber dari ibnu batotah yg baru nk ngaji apa punya dangkalnya ilmu!

    Kalu betul mamt ibnu batotah tu ngaji belah sudan sana suh pi cari jamaah tijani pasti dia bgtau mamt ibnu batotah tu PBT sebenar.!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kena perbetulkan ni..jangan taksub sangat..taksub menjauhkan kita dari kebenaran..tetapi ilmu akan mendekatkan kita dengan kebenaran..insyaAllah...mana ada Abu bakar r.a keturunan bani tamim..Abu bakar r.aadalah dari keturunan bani taim, bani taim@ tayim adalah salah satu dari pecahan puak2 Quraisy. Bani tamim takde kena mengena dengan quraisy dari segi darah dan keturunan..dibawah saya listkan 11 bani utama yg terbentuk dibawah keturunan quraisy..termasuk sub ketrunan menjadikannya 14..termasuk didalamnya adalah urutan ke 10 Abu bakar r.a dari keturunan bani taym..


    1. Banu Abd-al-dar
    2. Banu Abd Manaf
    3. Banu Nawfal
    4. Banu Muttalib
    5. Banu Hashim — kelompok Rasulullah
    6. Banu Abd Shams — keturunan dr Banu Abd Manaf, bersaudara dgn Banu Umayyah.
    7. Banu Umayyah — keturunan Banu Abd Shams, kelompok Abu Sufyan and Uthman ibn Affan
    8. Banu Makhzum — keturunan Quraysh, Khalid ibn al-Walid
    9. Banu Zuhrah — keturunan Quraysh, Sa'ad ibn Abi Waqqas
    10. Banu Taym — keturunan Quraysh, Abu Bakr
    11. Banu Adi — keturunan Quraysh, Umar ibn al-Khattab
    12. Banu Asad (Quraysh) — keturunan Quraysh, Abd-Allah ibn al-Zubayr dan Khadijah
    13. Banu Jumah — keturunanf Quraysh
    14. Banu Sahm — keturunanf Quraysh, Amr ibn al-As

    sementara .bani tamim adalah puak yang bermula dari Tamim bin Mowr bin Ed bin Amr bin Elia bin mudar bin Nizar bin Adnan bin Ismail a.s bin Ibrahim a.s. Khabab al alarat r.a adalah salah seorang sahabat nabi saw dari bani Tamim. Tokoh2 dari keturunan Bani Tamim :
    1. Talhah Sahabat Nabi Muhammad s.a.w
    2. Khabbab ibn al-Aratt - Sahabat Nabi Muhammad s.a.w
    3. Ahnaf bin Qais sahabat Umar ibn al-Khattab
    4. Jarir seorang penyair Arab klasik.
    5. Al-Farazdaq - penyair Arab klasik
    6. Hurr bin Yazid Tamimi - sahabat Imam Hussain.
    7. Muhammad ibn Abd al-Wahhab (1703-1792 ) (gerakan membasmi syirik dan bidaah)
    8. Abd-Allah ibn Ibadh - pengasas mazhab Ibadi
    9. Talib al-Suhail (d. 1994 TM) - pemimpin puak Iraq
    10. Ibn 'Uthaymīn (d. 2001 TM) - ulama Islam Arab
    11. Al Thani - dinasti pemerintah Qatar
    12. Bahrain Al Khater - keluarga diraja timur tengah terutamanya di Qatar , Arab Saudi , dan Bahrain
    13. Al Said - dinasti pemerintah Kesultanan Oman
    14. Aal Al-Sheikh - dinasti yang memerintah Arab Saudi
    15 Mufti Shaikh Awadh Alhami pemimpin keluarga الهامي, tokoh sejarah di Jordan

    kalau salah tolong betulkan..

    ReplyDelete
  7. Anonymous16/4/14 08:44

    TANGGAL PERTAMA GERHANA BULAN........ SAAAT DI LANGIT GAAAAK TERLIHAT BULAN HEBBBBBAT ATAO NGAWUR ATAU KHILAF DENGAR ATAU KHILAF NULIS BLOG?
    PERTENGAHAN BULAN SUN ECLIPS MNT AHLI FALAK KOK TERBALIK
    UMMMMNYA GERHANA MATAHARI PAS BULAN MATI///TGL PENGHABISAN DAN MOON ECLIPS SAAAT PURNAMA.

    MOHON INFO????

    ReplyDelete
  8. info dari pedang75 tu lagi mengarut.. tokoh wahabi plak nak diangkatnya.. sah2 jahil..

    memang betul pemmuda bani tamim itu adalah dari keturunan saidina abu bakar as-siddiq..
    al hashimi pula akan muncul dari timur yang jauh, kemungkinan besar dari indonesia/malaysia.. al-hashimi adalah dari keturunan ahlulbait yang berasal dari yaman.. kita lihat sekarang begitu ramai ulama ahlulbait dan habaib dari yaman yg berhijrah dan berdakwah di nusantara..
    al haris bin haras pula mungkin pemimpin chehnya..

    bila as-sufyani muncul di syria setelah perang tiga puak yg meletus sekarang.. pemuda bani tamim dan al-hashimi akan muncul dengan tentera2 mereka.. pemuda bani tamim dan al hashimi akan bergabung dan mengalahkan as-sufyani.. dan menyerahkan kekuasaan kepada al-mahdi di mekah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous9/5/16 12:38

      di indonesia lagi ramai orang berbual kemunculan imam mahdi di jawa.
      kyai Uzairon sebelum wafat tlah sampaikan mimpi bliau meliaht RasuuluLLAH SAW tlsh nsmpsk di kota solo, provinsi jawa tengah

      Delete
  9. 28 ushul dakwah sungguh hikmah dan halus...masyaallah...

    ReplyDelete
  10. 28 ushul dakwah sungguh hikmah dan halus...masyaallah...

    ReplyDelete
  11. Selammat teka meneka....

    ReplyDelete
  12. Semua gerakan agama (spt tabligh) dan tarekat terbatal dgn sendirinya apabila lahirnya tareqat/sirat khatamul auliya. Lebih 150 juta org mukmin di seluruh dunia kini berada di bawah tareqat ini.Hanya yg ada dibwh tareqat ini shj yg akan selamat. Carilah ia jika kamu ada tergolong dlm org2 yg bahagia.

    ReplyDelete