23 Feb 2012

Sembang-sembang di pertengahan bulan........

Assalamualaikum..
Di suatu hari yang indah, siangnya bercahayakan redup-redup awan dan malamnya bersinar disinari cahaya bulan..Di waktu dan keadaan di pertengahan bulan yang mana rata-rata manusia kekurangan duit..Bertemulah 2 insan meluahkan apa yang terbuku di hati dek kerana 'pertengahan bulan'..Mereka pun berbual-bual..Aku andaikan Pemuda Resah a.k.a PR dan juga Pemuda Serban Hitam a.k.a PSH..Berikut adalah perbualan mereka..

PR : Assalamualaikum PSH..Weh! Ko buat apa?

PSH : Waalaikumsalam..Tak ada buat apa, dok tengok perangai orang kat FB ni..Yang munafik ada, jahil ada, jahil murokab ada, berlagak jadi Ustaz ada, pura-pura ada, niat terpesong ada..Boleh kata semua ada la..

PR : Owh, aku tak ganggu ko kan? Aku sebenarnya nak minta tolong ni..Ko boleh tolong aku tak?

PSH : tak ganggu pun der..Ha? minta tolong apa? In Sya Allah, kalau boleh tolong, aku tolong..Tapi sebelum tu, ko dah solat hajat minta tolong kat Allah ke belum?

PR : errr, haha..tak..ah ko ni, nak pancung je..hehe..boleh ke tak tolong?

PSH : Pancung ko cakap? Aku cakap perkara yang benar..Aku ingatkan ko perkara yang benar ko cakap aku pancung? Haih ko ni..Erm, In Sya Allah, cakaplah..Ko nak aku tolong apa?

PR : Hehe, gurau je..Erm, macam ni, sekarang ni kan tengah bulan..Aku nak pinjam duit kat ko dulu boleh tak? Aku satu hari ni tak makan lagi ni..Duit belanja untuk bulan ni dah habis, banyak pinjam duit je la sekarang ni..Boleh tak?

PSH : Alamak hai, kalau tolong yang tu..Minta maaf la, aku pun tak dapat nak tolong sangat..Aku duit pun memang tak ada..Yang ada kat cimb bank aku tu pun RM11.50..Yang ada kat aku sekarang ni duit syiling ni ha..Kat tabung haji aku ada la, tapi aku tak boleh nak keluarkan..Tu untuk aku guna bila aku nak keluar 4 bulan nanti..Lagi pun guna buku kalau nak keluarkan, memang lambat la lepas tu aku kelas setiap hari..So, memang aku kurang masa dan malas nak pergi keluarkan..

PR : La yeke?? Erm, macam tu tak apalah..Ko cakap ko pun tak ada duit tapi aku tengok ko rilek je apasal?

PSH : Haha, ko nak tahu ke? Tapi bila aku cakap, ko jangan cakap aku pancung ko lak..

PR : Yela..Yela..Cakaplah..

PSH : Macam ni der..Aku rilek sebab aku yakin yang bagi rezeki Allah..Bukan duit..Tu pasal aku rilek, nak buat apa aku resah kalau tak ada duit? Bukan ada kesan buruk pun kat aku..Tak macam ko, ko sendiri pun dah silap..Sepatutnya ko minta tolong kat Allah dulu, solat hajat minta Allah bantu ko..Ni baru tak ada duit sikit, baru tak makan sehari dah bising..Dah resah..Tu sebab ko yakin dengan duit tu yang bagi ko makan, bagi ko rezeki..Tu silapnya ko, tu yang ko resah macam ni..Tu tandanya iman yakin ko tak betul..Bukanlah maksud aku nak cakap iman aku ni sentiasa betul..Ko jangan fikir macam tu lak..

PR : Ye, aku faham..tapi PSH, kita kena usaha juga..Kalau tak usaha mana nak dapat tu semua..

PSH : Betul cakap ko, kita kena usaha..Ko tahu tak Nabi saw ajar kita selesaikan masalah dengan AMAL bukan dengan MAL..Saidina Ali r.anhu kat rumahnya tak ada gandum..Ko tahu tak usaha yang macam mana Saidina Ali r.anhu buat? Saidina Ali r.anhu pergi solat hajat sampai 6 rakaat minta tolong kat Allah..Balik rumah pengisar gandum berputar dengan sendiri..Ada lagi sahabat lain yang rumahnya tak ada garam, tu pun ulang alik ke masjid solat hajat minta tolong kat Allah..Kita hari ni kalau kat rumah tak ada garam, terus start motor pergi ke kedai beli garam..

Sahabat-sahabat dulu tak ada nak terus niat pergi ke kedai beli garam..Tapi niat minta tolong kat Allah..terus buat solat hajat..Kita hari ni, macam ko lah..Tak ada duit sikit dah mengeluh..Tu sebabnya ko tak yakin dengan janji-janji Allah..Ko tak ada ihtisab dalam beramal..Sahabat-sahabat tu imannya dah tepu..kalau diletakkan syurga dan neraka dihadapan mereka, pasti tidak akan meningkat dan menurun iman mereka..Tu pun mereka minta pada Allah, kita ni iman yang setiap hari turun tak nak contohi sahabat-sahabat Nabi saw..Mereka yakin dengan janji-janji Allah..Kita ummat akhir zaman ni yang tak yakin dengan janji-janji Allah dan juga sunnah Nabi saw..Nabi saw ajar sahabat-sahabat dan ummatnya supaya usahakan dengan AMAL dulu..Selepas tu baru cari ASBAB..Tapi, ko silap..Ko cari ASBAB dulu, nanti dah dapat lupa Allah..Tak bersyukur, lupa nak bersyukur..Macam mana Allah nak tambahkan rezeki ko..

Allah dah cakap, kalau amalkan surah al waqiah..Kita takkan papa..Buat dhuha, Allah mudahkan rezeki kita..Amalkan yasin pagi hari, Allah mudahkan urusan kita..Macam-macam lagi janji Allah dalam Quran dan juga hadis Nabi saw..Tu hari ni kita kena usaha atas iman kita..Kita kena betulkan iman yakin kita..Supaya iman yakin kita terbentuk..Usaha atas iman bukan dengan solat je PR..Kalau ko nak cakap dengan solat, mengaji dan lain-lain tu..Dulu aku sebelum buat usaha agama ni jaga je semua tu, tapi sama ja..Aku tak rasa peningkatan..Aku rasa macam ada something wrong dengan ibadah aku..

So then, aku keluar ikut jemaah tabligh yang dulu kita sama-sama kutuk tu..Tapi bezanya aku dipilih buat usaha ni, tapi ko tak..Sebab ko tak ada tolab..Tak ada keinginan..Tu iman yakin ko macam sekarang ni..Kurang betul..Bila aku ajak keluar macam-macam alasan ko bagi..

Yang ko cakap tadi kita kena usaha tu kan..Sepatutnya ko kena cakap macam ni, "MEMANG AKU KERJA, AKU BELAJAR, TAPI YANG BAGI REZEKI ALLAH"..bukan cakap macam ni "MEMANGLAH ALLAH BAGI REZEKI TAPI KITA KENA USAHA JUGA"..Ko tau tak cakap macam tu sebenarnya dah terpesong..Sepatutnya kena cakap macam mana mula-mula yang aku cakap tu..

PR : Macam tu ke weh?? Habis tu kira salah la apa yang aku cakap tadi tu?

PSH : Salah la, mula-mula dah besarkan Allah lepas tu mengetepikan Allah pula..Mana betul macam tu..

PR : Owh, habis kira maksud ko ni..Aku tak yah la nak kerja apa semua tu..Tak yah belajar apa semua la..??

PSH : Tak, bukan macam tu..Kan aku cakap tadi..Kita kena selesaikan setiap masalah kita dengan perantara SOLAT atau pun AMAL kita..Bukan dengan perantara USAHA yang kita buat..Kalau kita yakin dengan USAHA kita tu, kita dapat makan dan minum..Maka kita telah menimbulkan syirik kecil dalam hati kita..Kita yakin selain dari Allah..

PR : Hemm, habis tu ko nak aku buat macam mana???

PSH : Macam ni, aku bukanlah nak suruh ko berhenti belajar apa semua..Aku pun belajar juga macam ko..Allah suruh kita kerja, Allah suruh kita makan, minum, belajar dan lain-lain tu..Sebab tu semua perintah Allah..Tapi apa yang Allah tak suruh ialah kita yakin dengan minum kita hilang dahaga..Dengan belajar dan kerja kita dapat rezeki..Tu yang Allah tak nak ada dalam hati kita..Kita usahakan juga semua tu, tapi jangan yakin dengan USAHA yang kita buat tu kita dapat macam-macam..Sedangkan semuanya kan datang dari Allah, ko pun tahu tu semua..Apa yang aku nak ko buat, lepas ni kalau ada apa-apa masalah solat hajat..Minta tolong kat Allah dulu, walaupun ko nak betulkan tali kasut ko sendiri..Minta bantuan kat Allah..Paling kurang pun doa kalau tak boleh nak solat hajat..Pastu amalkan dhuha, surah-surah yang aku cakap tadi..Dan banyak lagi la..Kalau ko nak tahu lagi semua tu, aku tak boleh nak cerita dalam masa terhad macam ni..Lagi pun dah malam..Minggu ni kita keluar sehari setengah..Ha, masa macam tu aku boleh je nak cerita macam-macam kat ko..Bukan dari aku je, dari orang lain pun boleh..Macam mana? Sedia tak??

PR : Hem, boleh kot..Asyik bagi alasan je macam ko cakap tadi kan..Aku cuba la..Tapi aku tak ada duit, macam mana nak keluar??

PSH : Adeh!! Ko ni..Baru je aku cakap tadi..Minta la bantuan Allah..Lagi 1, pasal duit ko jangan fikirlah..Yang keluarkan kita bukan sebab kita ada duit..Ada duit ke tak ada duit ke, kena keluar juga..Sebab untuk faham agama ni kena ada mujahadah..Setakat belajar ilmu agama je belum tentu lagi faham agama..Sahabat-sahabat Nabi saw pun bermujahadah untuk faham agama..Macam mana kisah Abu Bakar r.anhu yang aku cerita kat ko sebelum ni..

Tapi ko jangan fikir ilmu agama ni tak perlu belajar..Kena belajar juga..Tapi mujahadah kena ada juga..Sebab sahabat-sahabat Nabi saw bermujahadah atas iman..Baru mereka ada kekuatan iman, dan perintah-perintah Allah yang turun semua sahabat-sahabat boleh ikut tanpa perlu mempertikaikannya..Sebab iman meraka mantap..Kita hari ni belajar ilmu agama berlambak-lambak..Tapi sayang, hanya sedikit je yang kita amalkan..Terus terang aku cakap, memang rugi..Dan kita ni jauh beza macam sahabat..Sahabat dulu dengar je stiap perintah Allah yang baru turun..Mereka terus amal dan sampaikan..Kita hari ni, fikir dulu lepas tu sampaikan lepas tu baru nak amal..Nampak tak terbalik??So, sedia eh minggu ni?Hehe, macam tu la kawan aku..Soal duit ko tak yah fikir..Buat rilek je..

PR : Erm, ok der..Boleh-boleh..Tapi ko kena ada sekali la..Kalau tak aku seganlah nanti..

PSH : Hehe, yela der..Aku ada sekali la..Kang macam musang masuk kampung ko ni..Hahaha..:p..Ko mana boleh kalau tak berkepit dengan aku..Hahahaha..

PR : Siot ko..Hahaha..

PSH : Ko tak makan lagi kan? Nah ambil la duit syiling aku ni..Aku ada dalam RM6-7..Pergi beli makan sana..Nanti masuk angin perut ko..:D..

PR : Eh!! Habis ko nak survive apa nanti sampai hujung bulan ni?

PSH : Tak yah risau lah..Allah ada, dah pergi la beli dulu..Leh makan sama-sama..Esok kita puasa..Boleh save duit baki makan tu untuk beli roti untuk buka esok..

PR :.........................................................

(..Tang yang akhir tu aku tak dapat nak cerita sebab kawan aku sempat keluarkan air mata dan terus berlalu pergi beli makanan..Aku tak tahu kenapa dia menangis..Hehe..Kuasa Allah nak lembutkan hati sesiapa yang dia nak..)

Dalam perbualan ni ada sedikit pengurangan dan pengubahsuaian kata dan yang seangkatan dengannya disebabkan ada yang terlupa apa yang dibualkan..Semoga kita sama-sama dapat iktibar dan juga taufik serta hidayah dari Allah untuk kita amal dan sampaikan bersama..


Serban Hitam, ihsan google imej..

3 comments:

  1. mohon copy ke blog saya ye. nanti saya letak link blog tuan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saje tuan..tak ada masalah..tak ada satu pun kat dunia ni milik sy..jd boleh je nak amik..xletak link pn xpe..:D..

      Delete
  2. Anonymous27/4/14 15:34

    kenapa dah lama tak update blog tuan?

    ReplyDelete