12 Feb 2012

Serban hitam nusrah Serban putih..

Assalamualaikum..
Semalam iaitu sabtu bertarikh 11/02/2012 merangkap malam markas..Tepat pukul 6 pagi aku sampai ke Hentian Kajang pick up Bakal Maulana daripada South Africa dan juga dari Sudan..Dari South Africa seorang, dari Sudan 2 orang, salah seorang dari mereka tu adalah orang Sudan yang datang ziarah ke Malaysia..Kat sini aku bercakap tentang kawan-kawan aku yang belajar agama..Bukan saja belajar agama, tapi amalkan agama..Kata-kata seorang, orang yang belajar agama belum tentu ada agama..Yang dimaksudkan ni, mereka yang belajar agama tapi tidak amalkan agama yang mereka belajar..Wallahu a'lam..

Jadi semalam selepas solat Subuh, aku ikram Bakal-Bakal Maulana tu mandi kat hostel aku apa semua..Selepas tu kami bertolak ke Koleh Universiti Islam Selangor (KUIS) amik ijazat sanad Syamail Muhammadiyah imam Tirmizi rah..Majlis bermula pkul 8 lebih macam tu, pengerusinya Ustaz Don, mesti kau orang semua kenalkan..Tapi yang bagi ijazat tu bukan Ustaz Don, Ustaz Don masih tidak layak beri ijazat..Yang beri ijazat ialah Syeikh Maulana Hamid..Dari Masjid Jamek Sri Petaling..Majlis habis dalam pukul 12 lebih macam tu..Aku dapat salam Maulana Hamid..Sebelum ni tak pernah kot..:D..

Jadi, Bakal-Bakal Maulana yang saya bawa tu pun ambil ijazat sanad juga..Kebanyakkan mereka yang ambil ijazat sanad tu budak-budak Madrasah Sri Petaling juga..Dan aku berpeluang juga jumpa kawan-kawan Fb aku walaupun Fb aku dah di delete buat selama-lamanya..Semua josh kawan-kawan Fb aku..:D..Aku cerita sikit kenapa kena ambil ijazat sanad ni..Macam ni, tujuan untuk ambil ijazat sanad ni supaya setiap hadis yang aku sampaikan pada kau orang yang dari Imam Tirmizi punya kitab adalah dikira sohih..Sebab aku dengar hadis tu terus dari Maulana, dan Maulana dengar hadis tu sendiri dari Guru dia, dan Guru Maulana tadi tu dengar hadis tu dari Guru kepada Guru Maulana tadi tu..Dan macam tu lah seterusnya sehinggalah sanadnya sampai kepada Imam Tarmizi..Kita ambil ijazat sanad ni seumpama kita dengar hadis tu sendiri dari Nabi saw sebab hadis disampaikan melalui lisan kemudian baru dibukukan..Sebabnya lagi setiap sanad yang dengar hadis tersebut telah dengar sendiri dari Guru-Guru mereka dan akhirnya sampai ke Imam Tirmizi dan Iman Tirmizi telah dengar hadis tu dari Guru-Guru beliau yang telah dengar sendiri dari Sahabat-Sahabat dan Sahabat-Sahabat sendiri telah dengar dari Nabi saw..

Jadi, sesiapa yang tidak ada ijazat sanad, amik hadis dari kitab Tirmizi lepas tu dia sampaikan kat orang, kita boleh pertikaikan orang yang sampaikan hadis tu walaupun hadis tu sohih..Bukan pertikaikan hadis tu, tapi pertikaikan orang yang sampaikan hadis tu..Sebab dia ambil hadis dari kitab, kitab tu tak dengar hadis dari Sahabat-Sahabat..Masa aku ambil ijazat sanad tu pun banyak yang Maulana tegur, ada yang salah dari segi kekurangan ayat, salah baris dan lain-lain dalam kitab Syamail Tirmizi tu..Kesilapan bukan sengaja dilakukan, kadang tu berlaku kesilapan semasa pencetakan, tu sebab digalakkan dengar hadis dengan ada ijazat sanad..Selain tu, ambil terus hadis dari mana-mana kitab pun bahaya juga sebenarnya, sebab orang kafir boleh ubah hadis,walaupun sikit saja yang dia orang ubah..Lepas tu dia orang boleh je nak letakkan riwayatnya dari Bukhori, Muslim atau sesiapa saja yang dia orang nak..Jadi, kalau orang sampaikan hadis melalui buku atau mana-mana kitab yang dia ambil tanpa ada ijazat sanad, penyampai tu boleh dipertikaikan..Tapi kalau kita tak ada ilmu pasal tu jangan suka-suka je nak pertikaikan..Aku tak boleh nak cerita banyak, nak tahu kena belajar..Tak semua yang aku dengar dari Bakal Maulana tu boleh aku letak kat sini..Karang berkilo-kilometer panjang entri aku..Kau orang pun bosan nak baca nanti..

Jadi, selepas kita orang ambil ijazat sanad..Aku terus drive ke Sri Petaling hantar Bakal Maulana yang belajar kat Sudan tu ke Sri Petaling dulu..Lepas tu, aku dengan Bakal Maulana South Africa berjemaah safar balik ke Bangi untuk uruskan hal-hal yang tergendala dan untuk uruskan hal-hal aku yang aku ketepikan demi nak ikram orang alim..Aku cakap bukan nak tunjuk yang aku ni bagus, aku cakap macam ni nak kau orang pun kena utamakan orang alim..Muliakan mereka, bantu mereka bila mereka bersafar ke tempat kita sebab bila mana orang Ansar dan Muhajirin ni bersatu saling bantu membantu maka hidayah akan tersebar seperti mana kaum Ansar di Madinah menyambut dan membantu kaum Muhajirin yang bersafar ke Madinah semasa peristiwa hijrah..

Selepas selesai semua perkara kami patah balik ke Masjid Jamek Sri Petaling untuk jumpa rakan-rakan Fb yang lain yang mana mereka janji untuk jumpa Bakal Maulana yang belajar kat South Africa tu..Tapi selepas Isya' kami tunggu..Hanya seorang je yang dapat jumpa tu pun saya dah lupa apa nama orang tu sebab dapat jumpa kejap je..Lepas tu kami bergegas ke Bangi semula atas urusan lain..So, dalam tempoh tu, aku banyak disuap dengan pelbagai ilmu-ilmu..Sehingga dah kenyang pun jadi lapar balik..Tapi sayangnya aku tak dapat nak kongsi apa ilmu yang aku dapat sebabnya aku tak tahu nak cerita dalam bentuk penulisan ni macam mana..Kalau jumpa minta aku cakap, In Sya Allah boleh..

Dan tadi, sebelum aku nak balik ke Bangi..Bakal Maulana cerita kat kau pasal 1 ayat Quran lepas tu dia bagi dalil dalam bentuk hadis kenapa kita kena buat dakwah dan dalam dakwah tu apa yang kena buat..Aku tak tahu la apa yang aku cakap ni kena ke tak ayatnya..Tapi, apa yang aku faham tak dapat nak di ekspreskan dalam bentuk penulisan, sebab ni kelemahan aku..Kalau perkara-perkara besar macam ilmu agama ni, aku tak pandai nak taip-taip..Tapi kalau cerita pengalaman aku, In Sya Allah boleh macam yang aku tengah buat sekarang ni..Senang cerita memang banyaklah ilmu yang aku dapat, paling best pagi tadi la..Dia olah sifat 20..Dia olah rukun Islam dan rukun Iman..Dia olah sifat 20 tu pun dah ambil masa yang sangat lama, tu pun dia cerita tak habis sebab aku nak cepat nak pulangkan kereta..Aku pun azam nak pergi Kedah bulan 3 ni untuk keluar sekali dengan Bakal Maulana tu, jadi boleh aku belajar lagi apa yang patut..

Sepanjang aku dengan dia orang, kami memang pakai full sunnah je..Pergi shopping complex selamba badak je pakai full sunnah..Masa kat shopping complex tu la Bakal Maulana dari South Africa tu bagi tahu apa yang dimaksudkan dengan hadis Nabi saw berkenaan 100 pahala mati syahid bagi mereka yang amal sunnah di zaman fasad ni..Hehe, dan aku seorang je yang berserban hitam..Bakal Maulana dari South Africa tu pakai serban Putih..Macam tu juga dengan Bakal Maulana dari Sudan tu..

Kesimpulannya, sepanjang aku bersama dengan orang-orang alim ni..Aku rasa selamat dan rasa manusia paling jahil yang membuatkan aku lagi nak tahu semua ilmu yang dia tahu..Tapi sayang, Allah tak izinkan kami berkasih sayang dengan lebih lama..In Sya Allah bulan 3, moga-moga Allah pilih aku untuk bersama-sama dengan mereka selama 3 hari..Masa tu aku akan cuba habiskan masa aku dengan belajar dari dia orang..Aku harap yang membaca entri aku kali ni, sesama la kita nusrah orang-orang alim dan muliakan mereka..In Sya Allah kita akan dapat sesuatu dari mereka..Tapi janganlah niat kita nak nusrah mereka semua nak kan balasan..Apa yang aku maksudkan tu kita dapat ilmu..Kita tanya kat dia tentang perkara-perkara yang kita musykil..Macam aku, aku tanya sikit je..Tapi Bakal Maulana olah setelitinya sehingga Allah beri kefahaman serba sedikit kat aku..Bukan Bakal Maulana bagi faham, tapi Allah yang bagi kefahaman melalui Bakal Maulana tu..Wallahu a'lam..

Ha, sebelum terlupa aku selisih dengan bekas penyanyi dangdut lelaki yang dulu terkenal berduet dengan Amelina di Masjid Jamek Sri Petaling..Alhamdulillah, rupanya-rupanya dia buat usaha dakwah yang orang dok gelar Tabligh ni..Yang bagusnya, dia tak macam artis-artis lain yang dah belajar agama lepas tu kembali pada dunia artis tu tapi dgn bawa imej islam..Tapi berbeza dengan bekas penyanyi ni..Dia tawajuh dan tawaduk betul-betul tak nak kembali jadi popular walaupun disebabkan agama..Aku akan cerita serba sedikit pasal ni kat post aku yang akan datang..

Segala yang baik dari Allah, yang tidak baik pun datang dari Allah tapi disebabkan kelemahan diri saya sendiri..Wallahu a'lam..:D..

Ni sijil ijazat sanad yang aku terima..:D..

9 comments:

  1. salam saudara, saya ada dengar bayan katanya allah tilik 70 kali dulu sbelum pilih seseorang buat usaha dakwah. ada hadis ke ?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..sy xpernh dgr ade ke x hadis tu..jd sy xbrni nk ckp..lg pn tuan salah tye org ni..sy bkn muhadissin..ape kate tuan cube tye dgn maulana..

    ReplyDelete
  3. Salam. Kenapa pakai serban hitam? Bukan sunnah serban putih?

    ReplyDelete
  4. Serban hitam pun sunnah juga tuan..sila belajar ilmu2 sunnah dgn mane2 ustaz yg amalkan sunnah..boleh tgk kt kitab syamail muhammadiyah tu jg..ade jg di nyatakan Nabi saw pakai serban warna hitam..:D..

    ReplyDelete
  5. Owh.. Saya ingatkn kamu pakai sebab tentera Imam Mahadi tu.. Sebab saya Ada dengar dari org karkun tu juga, dia ckp pakai serban hitam mcm tnda mau berjihad sudah... But, anyway.. Thanks for the info.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu salah satunya..ketika perang Nabi saw pakai serban warna hitam..sbb utama pakai sy sentiasa berjihad dgn nafsu sndri..:D..tu pn jihad..jihad paling besar..dan tentera mahdi pun salah satunya juga..tp yg mainnya sebab ianya sunnah..:)..same2..

      sy pn xtau ape2 tuan..jahil..

      Delete
  6. Owh.. Smoga Allah berikan kamu kekuatan untuk amalkan sunnah ni.. Sebab x ramai pemuda Islam skarang ni terutamanya d malaysia yang kuat dan berani amalkan sunnah ni.. N truskn update blog ya.. Blog ni sgt interesting dan dpt bnyk ilmu tntang karkun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah beri sy, tuan dan slruh umat islam taufik dan hidayah serta kkuatan utk amalkan sunnah Nabi saw..genggam smpai jd arang..

      In Sya Allah tuan..xbrni jamin akn dpt update sllu..doa2..:)..tuan pun karkun..bkn sy je karkun..sume org karkun..:)..

      Delete
  7. Assalamualaikum. Saya nak tanya, kalau saya yang baru nak pakai serban kerana ikut sunnah, kena ambik sanad serban dulu ke? Atau boleh pakai serban macam tu je? Terima kasih.

    ReplyDelete