7 Aug 2011

Adab Makan Cara Nabi saw..Sunnah!!!!..

Kita hidup lebih kurang dalam 60-70 tahun, dan banyak masa kita digunakan untuk makan dan tidur..Jika makan dan tidur kita tidak ikut sunnah Nabi saw maka kita dalam kerugian yang amat besar, kerana dengan sunnah ada kejayaan..Dalam satu hadis beritahu,mafhumnya.."Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku di zaman fasha' dan munkar, 100 pahala mati syahid untuknya.."..Disertakan sekali adab makan cara Nabi saw..Jika ada yang terkurang dan tersilap dipersilakan untuk tambah dan tegur diruangan komen..

1)Basuh tangan, kumur-kumur dan sebaiknya bersugi dengan miswak..












2)Makan secara berjemaah..














3)Makan menggunakan talam..














4)Pastikan tempat makanan tu ada lapik..Guna sapra..
5)Tunggu makanan..
6)Pastikan kepala bertutup ketika makan..
7)Baca doa nampak makanan apabila makanan dihidangkan (Allahumma barik lana fima rozaktana wakina a'za bannar)..
8)Baca doa makan (Bismillahi wa'ala barokatillah)..
9)Makan dengan tangan kanan..
10)Duduk cara Nabi saw iaitu meletakkan lutut diperut..Kaki kiri seperti duduk tahiyyat dan kaki kanan diangkat ke atas, lutut menghala ke atas..
11)Jika ada orang alim iaitu Ustaz @ Ulama maka muliakan mereka dahulu..Jika ada orang yang lebih tua, maka hormati mereka dahulu..Jika ada kanak-kanak, maka kasihkan mereka duhulu..Maksudnya ialah berikan keutamaan mereka makan dahulu..Baru kita susuli..
12)Letakkan secubit garam ke lelangit dan baca doa (hanni a'mari a). Boleh mengelakkan 40 jenis penyakit..Ada yang mengatakan 70 penyakit..
13)Makan buah dahulu dan baca doa makan buah (Allahumma barik lana fi samarina). Memudahkan perut untuk menerima makanan yang berat..
14)Nabi saw makan dengan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk & jari hantu)..Tapi disebabkan budaya berlainan ulama beri pendapat, 3 suapan pertama makan dengan 3 jari..Selepas tu makan seperti biasa bagi mereka yang makan nasi..Bagi mereka yang makan roti In Sya Allah mudah untuk makan dengan 3 jari sehingga habis..
15)Suap isteri jika yang dah berkahwin..Jika belum suap ahli keluarga..Nabi saw ketika makan dengan sahabat ra, Nabi saw akan menyuap mereka terlebih dahulu..Baru Nabi saw akan suap ke mulutnya sendiri..
16)Jangan melangkaui makanan yang jauh dari kita..Maksudnya cross ke kawasan lain (Jika makan dalam talam)..
17)Meletakkan kesemua lauk ditengah-tengah supaya memudahkan orang lain untuk mengambilnya..
18)Jangan selangi makanan dengan air..
19)Jangan mengherdik makanan..Jika tidak sedap diamkan, jika sedap bersyukur nescaya Allah akan tambahkan lagi rezeki..
20)Jangan yakin makanan yang bagi kita kenyang..Yang bagi kenyang ialah Allah swt..Makanan hanya asbab..
21)Jika ada makanan yang terjatuh, jangan biarkan..Ambil dan bersihkan makanan tersebut dan makan..Syaitan lebih tahu makanan mana yang ada keberkatan..Boleh jadi yang jatuh itu adalah yang paling berkat..Tapi disebabkan kita telah set dalam minda kita yang dah jatuh itu kotor..Maka kita tak makan, sehingga kita lupa sebenarnya kita makan pun untuk dapatkan keberkatan yang ada pada makanan tersebut..
22)Ketika makan, banyakkan zikir dalam hati..Dan banyakkan bercakap tentang kebesaran Allah swt..
23)Sesudah makan, sisip jari jemari dan baca doa (Wa iza batastum batastum jabbari)..
24)Baca doa selepas makan (Alhamdulillahillazi at a'mana wasokana waj a'llana minal muslimin)..
25)Minum air selepas 40 langkah selepas makan..
26)Minum dalam keadaan duduk..
27)Tegukkan yang pertama dimulakan dengan Bismillah dan disudahkan dengan alhamdulillah..Buat sebanyak 3 kali..

Ada fadilat-fadilat yang tidak dapat disertakan sekali dan juga ada amaran-amaran yang diberi tentang minum dan makan secara berdiri dan banyak lagi..Tapi kesemua fadilat itu dalam bentuk hadis dan juga firman..Disebabkan kekurangan ilmu hadis dan ayat-ayat al-quran saya tidak dapat sertakan sekali..Maaf saya dahulukan jika ada yang tidak berpuas hati..Tetapi, apa yang diperolehi sekarang ni semoga kita diberi taufik dan hidayah untuk kita amalkan dan sampaikan bersama In Sya Allah..:)..

Kajian berkenaan adab makan cara Nabi saw...

Hari ni rasa tertarik untuk post berkenaan kajian adab makan..Sebab musabab nak post kajian adab makan ni sebabnya terbaca satu ruangan di majalah Al Islam berkenaan Usah Bazir Wang! Diet Cara Nabi..Dalam artikel tu ada menyatakan kajian sains berkenaan adab-adab makan yang ditunjukkan oleh Nabi saw..Antara kajian berkenaan adab makan cara Nabi saw ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang..Dalam kajian tu, ia menyatakan bahawa kenapa Nabi saw makan bila lapar berhenti sebelum kenyang kerana "dapat membantu kita mengawal berat badan. Ertinya, kita digalakkan untuk berhenti makan apabila perut tidak lagi merasa lapar dan bukannya kenyang..Kenyang itu bermaksud, perut kita terasa sendat sehinggakan tidak boleh hendak masuk makanan lagi."


Antara kajian yang lain ialah berkenaan hadis "Nabi saw tentang 1/3 perut akan diisi dengan makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 dengan udara..Memang benar apa yang dijelaskan..Perut memang hanya mampu menerima 1/3 makanan sahaja dan perlu dikongsi dengan air dan udara..Jika berlebihan, ia boleh mengundang pelbagai penyakit misalnya kegemukan dan diabetes seperti ramai masyarakat kini yang mengidapnya.."..Amalan lain seperti "meletakkan lutut di perut, ia berkaitan dengan asas perut..Keadaannya yang elastik dan mudah dibentuk, akan mengehadkan pemakanan apabila lutut kanan didekatkan di tengah perut dan mencepatkan proses kekenyangan.."


"Begitu juga dengan minum berselang seli..Terdapat dua saluran utama dalam badan kita, iaitu pernafasan(trakea) dan pemakanan(esofagus)..Apabila kita minum, secara automatiknya, trakea akan tertutup dan air tidak akan masuk ke saluran pernafasan yang boleh menyebabkan tersedak, radang paru-paru, atau berair yang boleh membawa maut..Manakala amalan mengunyah makanan sebanyak 40 kali, ia membantu untuk makan sedikit..Dari jangkaan yang dibuat, 20 minit masa yang diperlukan badan untuk memberikan isyarat kenyang..Bila seseorang makan dengan laju atau cepat, isyarat tersebut tidak akan sampai kerana terlalu gelojoh..Harus diingat, bila makanan sudah menjadi kecil, ia akan lebih mudah bertindak dengan contact area pada badan dan seterusnya, memudahkan proses penghadaman.."


Berkenaan meniup makanan yang panas sebelum dimakan juga adalah dilarang oleh Nabi saw..Dan perkara tersebut masih dalam penyelidikan..Tetapi dalam artikel tersebut ada juga diterangkan kenapa tidak boleh..Penerangan tersebut ialah "tiupan yang dihasilkan badan mengeluarkan karbon dioksida dan ia tidak baik jika sering dilakukan..Bila kita meniup, karbon dioksida akan dikeluarkan dari badan..Lalu terhasillah cabonic acid atau H2CO3 apabila bercampur dengan wap air makanan tersebut. Bagaimanapun, kesan unsur H2CO3 ini masih dalam penyelidikan..Namun, kajian yang dilakukan di Indonesia pula mendapati secara teorinya, hembusan karbon dioksida(CO3) dari badan apabila bercampur dengan air(H2O), hasilnya akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka lalu menyebabkan ia berasid..Lalu, sedikit sebanyak badan akan bercampur dengan asid tadi dan menyebabkan penyakit serius yang berkait rapat dengan darah, misalnya penyakit gout.."


Dan kajian yang lain yang ada dinyatakan dalam artikel tersebut adalah berkenaan menjilat jari jemari selepas habis makanan..Yang ini amat menarik kerana ada satu hadis Nabi saw mafhumnya yang bermaksud "Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga ditempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandungi berkat." (Kitab Silsilah Hadits-Hadits Sahih no. 1404)..Dalam hadis yang lain pula, mafhumnya, "Ka'ab bin Malik meriyawatkan: Maksudnya " Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga jari beliau, selesai makan, beliau menjilati ketiganya" Dari Tirmizi, Muslim,Abu Dawud dan Ahmad)"

Dan hasil kajian berkenaan perkara tersebut ialah "selain mempunyai enzim, kulit manusia sebenarnya mempunyai mikroorganisma..Bukan sahaja ada yang jahat, malah ada yang baik..Dikulit kita, ada kuman baik yang dipanggil normaflore..Fungsi normaflore ini melindungi kulit dari serangan mikroorganisma jahat yang selalu ada di kulit, walaupun dibasuh dengan sabun berkali-kali..Sebenarnya mikroorganisma ini perlu ada..Jika dilihat di negara bersih(hygienic country) seperti di negara-negara Eropah, ramai masyarakat di sana terdedah dengan penyakit asma kerana mereka terlalu bersih, sehinggakan tidak boleh menerima mikroorganisma ini..Berbalik pada amalan Nabi, apabila dijilat, normaflore ini akan masuk ke dalam perut sekali gus, diperkenalkan dan diterima oleh badan..Konsep ini sama dengan vaksin, yang dihasilkan dari kuman yang lemah untuk meningkatkan imuniti badan..Jika tidak kenal, keracunan makanan mudah terjadi..Satu lagi kajian luar menunjukkan, kedua-dua tangan manusia mempunyai 3 jenis enzim yang sama banyak..Namun begitu, enzim tangan kanan didapati banyak membantu lebih-lebih dalam memudahkan proses penghadaman berbanding tangan kiri.."


Berkenaan kajian memakan buah dan garam terlebih dahulu pun ada disebutkan..Antara hasil kajian yang dilakukan ialah "Buah mempunyai vitamin dan mineral yang cukup tinggi untuk badan..Sebelum makan, perut kita mesti kosong..Jadi apabila memakan buah sebelum makan, vitamin dan mineral tadi akan cepat terserap secara optimum di tepi dan liang perut..Sekali gus, ia dapat memberikan volume kepada perut yang terisi supaya makan makanan yang lain dengan sedikit sahaja..Justeru, kandungan buah juga mengandungi fiber, iaitu berfungsi sebagai penapis gula berlebihan untuk masuk ke dalam badan dan tidak berbahaya, terutamanya bagi penghidap diabetes dan kencing manis..Tentang amalan mengambil secubit garam, mengadungi mineral yang cukup tinggi, sebahagian besarnya adalah natrium klorida, yang mampu memulihkan kehilangan air dan mineral dalam badan jika terkena cirit birit.."


Itulah antaranya kajian yang dilakukan untuk membuktikan cara pemakanan yang ditunjukkan oleh Nabi saw..Nabi saw makan bukanlah untuk mengenyangkan dirinya tetapi untuk menjaga kesihatan badan..Itu yang lebih diutamakan oleh Nabi saw..Tetapi umat hari ni telah jauh pada sunnah Nabi saw..Mereka lari dari sunnah, mereka berpendapat bahawa menjilat jari itu adalah kotor dan sebagainya..Hari ni pun kita dapat perhatikan kalau kita pergi ke kedai makan..Berapa ramai yang makan dengan tangan mereka sendiri dan berapa ramai yang menjilat jari mereka selepas makan..Pastinya amat jarang..

Hari ni kita kena yakin, dalam sunnah Nabi saw pastinya akan ada kejayaan..PASTI dan PASTI!!!!..Cara lain hanya menjerumus pada kegagalan..In Sya Allah entri yang akan datang berkenaan cara dan adab makan Nabi saw..Semoga dengan taufik dan hidayah dari Allah swt kita semua dapat amal dan sampaikan bersama..In Sya Allah..

..>_<..

5 Aug 2011

Aku digoda..

Hari Rabu tarikh 3/8/2011 bertempat di Masjid Pekan Bangi Lama..Selepas selesai semua urusan aku di bank, pejabat pos dan lain-lain..Lebih kurang dalam pukul 4.15 aku dalam perjalanan menuju ke Bandar Seri Putra untuk tolong emak aku di bazar ramadhan yang berhampiran dengan KUIS..

Dalam perjalanan, aku pun singgah di Masjid di Pekan Bangi utk solat asar terlebih dahulu..Bila sampai saja, ada seorang hamba Allah ni tegur aku, dia tanya aku "duduk mana sekarang?"..Aku pun terus pelik, sejak bila pula aku kenal dia ni?Tiba-tiba datang tanya aku duduk mana sekarang..Pada hal tak pernah jumpa pun..Kalau pernah jumpa tak apalah juga kan..Lepas tu, takkan la pertama kali boleh start conversation dengan pertanyaan macam tu?? Pelik aku jadinya..Tapi aku pun layan la..

Bila lepas solat asar secara berjemaah kat Masjid tu..Masa tu tengah hujan, jadi aku terkandas..Aku pun terus niat Allahumma Soyyiban Nafi'a..Lepas tu aku pun duduk satu penjuru fikir nak zikir..Tak sempat nak keluarkan tasbih kat dalam poket ni, hamba Allah yang tadi tu datang kat aku dan ajak berbual..Aku pun takkan la nak menolak..Aku pun ikram la hamba Allah tu..Tunaikan hak dia untuk berbual sebab aku fikir untuk eratkan silaturrahim..

Ayat pertama yang dia tanya aku, "pernah pergi markas ke? Yang dekat sri petaling tu?"..Aku pun balas la "In Sya Allah ada masa pergi"..Lepas tu dia terus cakap, "ohhh!! Patutlah macam pernah nampak..Mungkin abg nampak kau kat sana.."..Dalam hati aku pun, aih? takkan la dalam beribu-ribu orang yang ada kat markas tu aku ni dia boleh cam?? Orang lain dia tak cam ke?..Aku pun sangka baik jela..Mungkin dia ada perasan aku ke apa ke..Alang-alang dia dah cakap pasal markas, aku terus la tanya pernah keluar ke? Dia pun balas cakap pernah..Keluar 40hari setiap tahun..Masya Allah, menarik ni..Lepas tu aku pun tanya la lagi macam-macam..

Sebelum aku tanya macam-macam tu ada banyak lagi perbualan yang kita orang bualkan..Tapi rasanya tak perlu la semua nak ditaipkan..Sekadar mana yang perlu saja..Dan orang ni dia kata dia Ustaz dan belajar di Mesir sebelum ni..Dan mengajar tahfiz di KUIS..Akan berkahwin lepas raya..Dia kata dia tabligh..Tapi perwatakan dia tak macam tabligh..Dia cukur janggut..Tabligh tidak akan cukur janggut mereka kerana ianya sunnah..Dan masa hujan tu, perkataan yang keluar dari mulut dia banyak keluhan dari membaca doa turun hujan..Aku pun pelik, takkan la rakan seusaha aku macam ni?? Jadi, kita teruskan...~~~~~~

Antara yang aku tanya, mesyuarat kat masjid ni hari apa? Jour KUIS bila? Gash kedua hari apa?..Jeng..Jeng..Jeng..Bab jawab soalan aku ni betul-betul menarik..Nampak sangat dia tak dapat nak jawab semua soalan aku tu dengan betul, dia jawab semua soalan tu selepas aku sendiri yang jawab soalan aku tu..Dia ikut balik jawapan aku..Then dari situ aku tahu, dia ni bukan tabligh..Mungkin cuma nak mengacah aku je ni..Aku pun layan je la lagi hamba Allah ni..Ada satu soalan tu yang dia tanya kat aku, "ada pergi markas tak 2 bulan lepas?"..Aku pun jawab lah, "2 minggu lepas ada lah saya pergi"..Lepas tu dia boleh jawab apa, "ha! betul la 2 minggu lepas la abg nampak kamu"..Aih?? Mula-mula cakap 2 bulan lepas tu boleh ikut balik jawapan aku??? Aku terus rasa hamba Allah ni sedang menipu aku..Dan aku terus membuat mimik muka blur dan pelik..Kau orang semua mesti dapat agak macam mana reaksi aku masa tu kan..?..Lepas tu siap ajak datang rumah dia bermalam kat sana satu malam..Aku pun fikir, baru kenal takkan la nak ajak pergi rumah? Tak berapa logik tindakan yang dia cuba buat ni..

Lepas habis semua tu, aku cuba untuk mengelakkan diri aku dari dia..Alhamdulillah buat seketika aku dapat mengelakkan diri dari dia..Dan selepas aku penat berdiri baca semua nota-nota yang ditampal kat masjid tu aku pun duduk kat ruang solat yg kat luar dengan keadaan kaki aku, aku bujurkan..Lepas tu hamba Allah yang tadi tu boleh datang balik kat aku (Sedangkan dia duduk kat tempat lain)..Lepas tu bersila kat sebelah aku dengan mereng ke kanan sedikit ke arah aku..Dan tangan kanannya di letakkan kat atas lutut kanan dia..Dapat agak tak?..Dalam keadaan dia duduk macam tu, tangan dia kena pada peha aku..Aku pun jadi pelik dan aku perhatikan apa yang dia cuba buat sebenarnya ni..

Lepas dah duduk macam tu dia pun bukalah tajuk perbualan yang bermacam-macam yang aku sendiri pun sebenarnya malas nak layan..Tapi aku layankan jugalah, takut dia terasa hati pula nanti..Tiba-tiba!!!!! Tangan dia telah melekap ke peha aku hampir pada k******n aku..Aku jadi terkejut lepas tu aku pandang dia, lepas tu dia alihkan tangan dia..Alhamdulillah, kalau tidak pastinya jadi perkara yang tidak diingini didalam masjid tersebut..Mulanya aku fikir dia takkan buat lagi, tapi semakin menjadi..Tangannya makin liar..Akhir sekali dengan rasa marah dan sabar, aku mengalah dengan bangun dan terus pergi ke bazar ramadhan dalam cuaca hujan tu..

Alhamdulillah aku selamat sampai dan aku tolong mak aku..Lebih kurang macam tu lah ceritanya..Apa yang aku ceritakan ni bukanlah untuk membuka aib sesiapa..Dan apa yang aku ceritakan ni bukanlah rekaan..Cuma kadang tu aku terfikir kenapa ada orang yang macam ni..Sedangkan dalam masjid perkara yang dia cuba buat tu..Dan orang yang cuba goda aku tu bukanlah PEREMPUAN, tetapi LELAKI..Sebenarnya banyak lagi perkara yang jadi..Tapi aku kena rahsiakan dan tidak elok untuk diceritakan perkara tersebut kat blog..Bukan juga niat aku untuk bersangka buruk pada dia..Tetapi setiap tindakan dia tu menuju ke arah yang tidak sepatutnya..Sedangkan dalam perbualan di awalnya pun banyak penipuan yang dia buat..

Akhirnya aku ambil cara penyelesaian dengan korbankan diri aku ditimpa hujan..Biarlah aku basah daripada aku diperlakukan macam tu..Sesiapa yang baca ni janganlah judge yang aku post semua ni untuk memburukkan orang..Sebenarnya ada mesej yang aku cuba sampaikan..Bila keadaan macam tu jadi pada kamu semua, apakah tindakan kamu semua? Pada mulanya aku memang nak marah sambil menaikkan tulang empat kerat aku kat dia..Tapi disebabkan aku kena sabar dan kena pandai kawal situasi macam tu..Jadi aku ambil langkah yang tidak memburukkan diri sesiapa dengan meninggalkan orang tu..Aku tinggalkan orang tu pun dengan aku dahulukan "Assalamualaikum" walaupun keadaan aku masa tu dalam keadaan marah..

Lepas apa yang jadi tu, malam tu aku fikir..Kenapa dia boleh jadi macam tu? Kenapa dia berani buat macam tu sedangkan dalam masjid..Kalau bukan dalam masjid pn kenapa dia boleh buat macam tu? Macam mana nak betulkan diri dia tu..Macam-macam yang aku fikir..Akhirnya jawapannya senang je, jawapan yang sememangnya aku dah tahu..Iaitu masalah kerosakan iman..Dia ada ilmu..Tapi ilmu yg dia ada pun tak dapat nak menghalang dia daripada buat perkara tak elok..Tapi jika iman dia kuat dan betul, maka tak kan jadi semua tu..

Itulah pentingnya usaha atas iman..Umat hari ni bukannya tak ada ilmu..Mereka ada, mereka tahu yang halal dan yang haram..Mereka tahu dosa pahala..Mereka tahu hukum hakam..Tapi adakah cukup hanya dengan tahu? Walaupun mereka tahu, tapi tu semua tak dapat nak menjaga diri mereka dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok..Tapi andai ilmu tu disertakan dengan iman..In Sya Allah perkara-perkara seperti ni semua tak kan jadi..Umat hari ni lupa untuk usaha atas iman..

Untuk usahakan atas iman ni..Kena mujahadah, kena susahkan diri dalam perkara-perkara agama..Seperti mana sahabat ra usahakan atas iman mereka..Macam tu juga dengan kita..Wallahu alam..

Saya minta maaf pada mereka yang tidak suka pada entri kali ni..Niat bukan untuk membuka aib sesiapa, buruk sangka dll..Tetapi sekadar perkongsian dan renungan bersama..Maaf saya dahulukan andai ada yang tidak suka dengan entri ni..

...-_-'...