7 Aug 2011

Kajian berkenaan adab makan cara Nabi saw...

Hari ni rasa tertarik untuk post berkenaan kajian adab makan..Sebab musabab nak post kajian adab makan ni sebabnya terbaca satu ruangan di majalah Al Islam berkenaan Usah Bazir Wang! Diet Cara Nabi..Dalam artikel tu ada menyatakan kajian sains berkenaan adab-adab makan yang ditunjukkan oleh Nabi saw..Antara kajian berkenaan adab makan cara Nabi saw ialah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang..Dalam kajian tu, ia menyatakan bahawa kenapa Nabi saw makan bila lapar berhenti sebelum kenyang kerana "dapat membantu kita mengawal berat badan. Ertinya, kita digalakkan untuk berhenti makan apabila perut tidak lagi merasa lapar dan bukannya kenyang..Kenyang itu bermaksud, perut kita terasa sendat sehinggakan tidak boleh hendak masuk makanan lagi."


Antara kajian yang lain ialah berkenaan hadis "Nabi saw tentang 1/3 perut akan diisi dengan makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 dengan udara..Memang benar apa yang dijelaskan..Perut memang hanya mampu menerima 1/3 makanan sahaja dan perlu dikongsi dengan air dan udara..Jika berlebihan, ia boleh mengundang pelbagai penyakit misalnya kegemukan dan diabetes seperti ramai masyarakat kini yang mengidapnya.."..Amalan lain seperti "meletakkan lutut di perut, ia berkaitan dengan asas perut..Keadaannya yang elastik dan mudah dibentuk, akan mengehadkan pemakanan apabila lutut kanan didekatkan di tengah perut dan mencepatkan proses kekenyangan.."


"Begitu juga dengan minum berselang seli..Terdapat dua saluran utama dalam badan kita, iaitu pernafasan(trakea) dan pemakanan(esofagus)..Apabila kita minum, secara automatiknya, trakea akan tertutup dan air tidak akan masuk ke saluran pernafasan yang boleh menyebabkan tersedak, radang paru-paru, atau berair yang boleh membawa maut..Manakala amalan mengunyah makanan sebanyak 40 kali, ia membantu untuk makan sedikit..Dari jangkaan yang dibuat, 20 minit masa yang diperlukan badan untuk memberikan isyarat kenyang..Bila seseorang makan dengan laju atau cepat, isyarat tersebut tidak akan sampai kerana terlalu gelojoh..Harus diingat, bila makanan sudah menjadi kecil, ia akan lebih mudah bertindak dengan contact area pada badan dan seterusnya, memudahkan proses penghadaman.."


Berkenaan meniup makanan yang panas sebelum dimakan juga adalah dilarang oleh Nabi saw..Dan perkara tersebut masih dalam penyelidikan..Tetapi dalam artikel tersebut ada juga diterangkan kenapa tidak boleh..Penerangan tersebut ialah "tiupan yang dihasilkan badan mengeluarkan karbon dioksida dan ia tidak baik jika sering dilakukan..Bila kita meniup, karbon dioksida akan dikeluarkan dari badan..Lalu terhasillah cabonic acid atau H2CO3 apabila bercampur dengan wap air makanan tersebut. Bagaimanapun, kesan unsur H2CO3 ini masih dalam penyelidikan..Namun, kajian yang dilakukan di Indonesia pula mendapati secara teorinya, hembusan karbon dioksida(CO3) dari badan apabila bercampur dengan air(H2O), hasilnya akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka lalu menyebabkan ia berasid..Lalu, sedikit sebanyak badan akan bercampur dengan asid tadi dan menyebabkan penyakit serius yang berkait rapat dengan darah, misalnya penyakit gout.."


Dan kajian yang lain yang ada dinyatakan dalam artikel tersebut adalah berkenaan menjilat jari jemari selepas habis makanan..Yang ini amat menarik kerana ada satu hadis Nabi saw mafhumnya yang bermaksud "Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga ditempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandungi berkat." (Kitab Silsilah Hadits-Hadits Sahih no. 1404)..Dalam hadis yang lain pula, mafhumnya, "Ka'ab bin Malik meriyawatkan: Maksudnya " Rasulullah SAW makan dengan menggunakan ketiga jari beliau, selesai makan, beliau menjilati ketiganya" Dari Tirmizi, Muslim,Abu Dawud dan Ahmad)"

Dan hasil kajian berkenaan perkara tersebut ialah "selain mempunyai enzim, kulit manusia sebenarnya mempunyai mikroorganisma..Bukan sahaja ada yang jahat, malah ada yang baik..Dikulit kita, ada kuman baik yang dipanggil normaflore..Fungsi normaflore ini melindungi kulit dari serangan mikroorganisma jahat yang selalu ada di kulit, walaupun dibasuh dengan sabun berkali-kali..Sebenarnya mikroorganisma ini perlu ada..Jika dilihat di negara bersih(hygienic country) seperti di negara-negara Eropah, ramai masyarakat di sana terdedah dengan penyakit asma kerana mereka terlalu bersih, sehinggakan tidak boleh menerima mikroorganisma ini..Berbalik pada amalan Nabi, apabila dijilat, normaflore ini akan masuk ke dalam perut sekali gus, diperkenalkan dan diterima oleh badan..Konsep ini sama dengan vaksin, yang dihasilkan dari kuman yang lemah untuk meningkatkan imuniti badan..Jika tidak kenal, keracunan makanan mudah terjadi..Satu lagi kajian luar menunjukkan, kedua-dua tangan manusia mempunyai 3 jenis enzim yang sama banyak..Namun begitu, enzim tangan kanan didapati banyak membantu lebih-lebih dalam memudahkan proses penghadaman berbanding tangan kiri.."


Berkenaan kajian memakan buah dan garam terlebih dahulu pun ada disebutkan..Antara hasil kajian yang dilakukan ialah "Buah mempunyai vitamin dan mineral yang cukup tinggi untuk badan..Sebelum makan, perut kita mesti kosong..Jadi apabila memakan buah sebelum makan, vitamin dan mineral tadi akan cepat terserap secara optimum di tepi dan liang perut..Sekali gus, ia dapat memberikan volume kepada perut yang terisi supaya makan makanan yang lain dengan sedikit sahaja..Justeru, kandungan buah juga mengandungi fiber, iaitu berfungsi sebagai penapis gula berlebihan untuk masuk ke dalam badan dan tidak berbahaya, terutamanya bagi penghidap diabetes dan kencing manis..Tentang amalan mengambil secubit garam, mengadungi mineral yang cukup tinggi, sebahagian besarnya adalah natrium klorida, yang mampu memulihkan kehilangan air dan mineral dalam badan jika terkena cirit birit.."


Itulah antaranya kajian yang dilakukan untuk membuktikan cara pemakanan yang ditunjukkan oleh Nabi saw..Nabi saw makan bukanlah untuk mengenyangkan dirinya tetapi untuk menjaga kesihatan badan..Itu yang lebih diutamakan oleh Nabi saw..Tetapi umat hari ni telah jauh pada sunnah Nabi saw..Mereka lari dari sunnah, mereka berpendapat bahawa menjilat jari itu adalah kotor dan sebagainya..Hari ni pun kita dapat perhatikan kalau kita pergi ke kedai makan..Berapa ramai yang makan dengan tangan mereka sendiri dan berapa ramai yang menjilat jari mereka selepas makan..Pastinya amat jarang..

Hari ni kita kena yakin, dalam sunnah Nabi saw pastinya akan ada kejayaan..PASTI dan PASTI!!!!..Cara lain hanya menjerumus pada kegagalan..In Sya Allah entri yang akan datang berkenaan cara dan adab makan Nabi saw..Semoga dengan taufik dan hidayah dari Allah swt kita semua dapat amal dan sampaikan bersama..In Sya Allah..

..>_<..

No comments:

Post a Comment