5 Aug 2011

Aku digoda..

Hari Rabu tarikh 3/8/2011 bertempat di Masjid Pekan Bangi Lama..Selepas selesai semua urusan aku di bank, pejabat pos dan lain-lain..Lebih kurang dalam pukul 4.15 aku dalam perjalanan menuju ke Bandar Seri Putra untuk tolong emak aku di bazar ramadhan yang berhampiran dengan KUIS..

Dalam perjalanan, aku pun singgah di Masjid di Pekan Bangi utk solat asar terlebih dahulu..Bila sampai saja, ada seorang hamba Allah ni tegur aku, dia tanya aku "duduk mana sekarang?"..Aku pun terus pelik, sejak bila pula aku kenal dia ni?Tiba-tiba datang tanya aku duduk mana sekarang..Pada hal tak pernah jumpa pun..Kalau pernah jumpa tak apalah juga kan..Lepas tu, takkan la pertama kali boleh start conversation dengan pertanyaan macam tu?? Pelik aku jadinya..Tapi aku pun layan la..

Bila lepas solat asar secara berjemaah kat Masjid tu..Masa tu tengah hujan, jadi aku terkandas..Aku pun terus niat Allahumma Soyyiban Nafi'a..Lepas tu aku pun duduk satu penjuru fikir nak zikir..Tak sempat nak keluarkan tasbih kat dalam poket ni, hamba Allah yang tadi tu datang kat aku dan ajak berbual..Aku pun takkan la nak menolak..Aku pun ikram la hamba Allah tu..Tunaikan hak dia untuk berbual sebab aku fikir untuk eratkan silaturrahim..

Ayat pertama yang dia tanya aku, "pernah pergi markas ke? Yang dekat sri petaling tu?"..Aku pun balas la "In Sya Allah ada masa pergi"..Lepas tu dia terus cakap, "ohhh!! Patutlah macam pernah nampak..Mungkin abg nampak kau kat sana.."..Dalam hati aku pun, aih? takkan la dalam beribu-ribu orang yang ada kat markas tu aku ni dia boleh cam?? Orang lain dia tak cam ke?..Aku pun sangka baik jela..Mungkin dia ada perasan aku ke apa ke..Alang-alang dia dah cakap pasal markas, aku terus la tanya pernah keluar ke? Dia pun balas cakap pernah..Keluar 40hari setiap tahun..Masya Allah, menarik ni..Lepas tu aku pun tanya la lagi macam-macam..

Sebelum aku tanya macam-macam tu ada banyak lagi perbualan yang kita orang bualkan..Tapi rasanya tak perlu la semua nak ditaipkan..Sekadar mana yang perlu saja..Dan orang ni dia kata dia Ustaz dan belajar di Mesir sebelum ni..Dan mengajar tahfiz di KUIS..Akan berkahwin lepas raya..Dia kata dia tabligh..Tapi perwatakan dia tak macam tabligh..Dia cukur janggut..Tabligh tidak akan cukur janggut mereka kerana ianya sunnah..Dan masa hujan tu, perkataan yang keluar dari mulut dia banyak keluhan dari membaca doa turun hujan..Aku pun pelik, takkan la rakan seusaha aku macam ni?? Jadi, kita teruskan...~~~~~~

Antara yang aku tanya, mesyuarat kat masjid ni hari apa? Jour KUIS bila? Gash kedua hari apa?..Jeng..Jeng..Jeng..Bab jawab soalan aku ni betul-betul menarik..Nampak sangat dia tak dapat nak jawab semua soalan aku tu dengan betul, dia jawab semua soalan tu selepas aku sendiri yang jawab soalan aku tu..Dia ikut balik jawapan aku..Then dari situ aku tahu, dia ni bukan tabligh..Mungkin cuma nak mengacah aku je ni..Aku pun layan je la lagi hamba Allah ni..Ada satu soalan tu yang dia tanya kat aku, "ada pergi markas tak 2 bulan lepas?"..Aku pun jawab lah, "2 minggu lepas ada lah saya pergi"..Lepas tu dia boleh jawab apa, "ha! betul la 2 minggu lepas la abg nampak kamu"..Aih?? Mula-mula cakap 2 bulan lepas tu boleh ikut balik jawapan aku??? Aku terus rasa hamba Allah ni sedang menipu aku..Dan aku terus membuat mimik muka blur dan pelik..Kau orang semua mesti dapat agak macam mana reaksi aku masa tu kan..?..Lepas tu siap ajak datang rumah dia bermalam kat sana satu malam..Aku pun fikir, baru kenal takkan la nak ajak pergi rumah? Tak berapa logik tindakan yang dia cuba buat ni..

Lepas habis semua tu, aku cuba untuk mengelakkan diri aku dari dia..Alhamdulillah buat seketika aku dapat mengelakkan diri dari dia..Dan selepas aku penat berdiri baca semua nota-nota yang ditampal kat masjid tu aku pun duduk kat ruang solat yg kat luar dengan keadaan kaki aku, aku bujurkan..Lepas tu hamba Allah yang tadi tu boleh datang balik kat aku (Sedangkan dia duduk kat tempat lain)..Lepas tu bersila kat sebelah aku dengan mereng ke kanan sedikit ke arah aku..Dan tangan kanannya di letakkan kat atas lutut kanan dia..Dapat agak tak?..Dalam keadaan dia duduk macam tu, tangan dia kena pada peha aku..Aku pun jadi pelik dan aku perhatikan apa yang dia cuba buat sebenarnya ni..

Lepas dah duduk macam tu dia pun bukalah tajuk perbualan yang bermacam-macam yang aku sendiri pun sebenarnya malas nak layan..Tapi aku layankan jugalah, takut dia terasa hati pula nanti..Tiba-tiba!!!!! Tangan dia telah melekap ke peha aku hampir pada k******n aku..Aku jadi terkejut lepas tu aku pandang dia, lepas tu dia alihkan tangan dia..Alhamdulillah, kalau tidak pastinya jadi perkara yang tidak diingini didalam masjid tersebut..Mulanya aku fikir dia takkan buat lagi, tapi semakin menjadi..Tangannya makin liar..Akhir sekali dengan rasa marah dan sabar, aku mengalah dengan bangun dan terus pergi ke bazar ramadhan dalam cuaca hujan tu..

Alhamdulillah aku selamat sampai dan aku tolong mak aku..Lebih kurang macam tu lah ceritanya..Apa yang aku ceritakan ni bukanlah untuk membuka aib sesiapa..Dan apa yang aku ceritakan ni bukanlah rekaan..Cuma kadang tu aku terfikir kenapa ada orang yang macam ni..Sedangkan dalam masjid perkara yang dia cuba buat tu..Dan orang yang cuba goda aku tu bukanlah PEREMPUAN, tetapi LELAKI..Sebenarnya banyak lagi perkara yang jadi..Tapi aku kena rahsiakan dan tidak elok untuk diceritakan perkara tersebut kat blog..Bukan juga niat aku untuk bersangka buruk pada dia..Tetapi setiap tindakan dia tu menuju ke arah yang tidak sepatutnya..Sedangkan dalam perbualan di awalnya pun banyak penipuan yang dia buat..

Akhirnya aku ambil cara penyelesaian dengan korbankan diri aku ditimpa hujan..Biarlah aku basah daripada aku diperlakukan macam tu..Sesiapa yang baca ni janganlah judge yang aku post semua ni untuk memburukkan orang..Sebenarnya ada mesej yang aku cuba sampaikan..Bila keadaan macam tu jadi pada kamu semua, apakah tindakan kamu semua? Pada mulanya aku memang nak marah sambil menaikkan tulang empat kerat aku kat dia..Tapi disebabkan aku kena sabar dan kena pandai kawal situasi macam tu..Jadi aku ambil langkah yang tidak memburukkan diri sesiapa dengan meninggalkan orang tu..Aku tinggalkan orang tu pun dengan aku dahulukan "Assalamualaikum" walaupun keadaan aku masa tu dalam keadaan marah..

Lepas apa yang jadi tu, malam tu aku fikir..Kenapa dia boleh jadi macam tu? Kenapa dia berani buat macam tu sedangkan dalam masjid..Kalau bukan dalam masjid pn kenapa dia boleh buat macam tu? Macam mana nak betulkan diri dia tu..Macam-macam yang aku fikir..Akhirnya jawapannya senang je, jawapan yang sememangnya aku dah tahu..Iaitu masalah kerosakan iman..Dia ada ilmu..Tapi ilmu yg dia ada pun tak dapat nak menghalang dia daripada buat perkara tak elok..Tapi jika iman dia kuat dan betul, maka tak kan jadi semua tu..

Itulah pentingnya usaha atas iman..Umat hari ni bukannya tak ada ilmu..Mereka ada, mereka tahu yang halal dan yang haram..Mereka tahu dosa pahala..Mereka tahu hukum hakam..Tapi adakah cukup hanya dengan tahu? Walaupun mereka tahu, tapi tu semua tak dapat nak menjaga diri mereka dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok..Tapi andai ilmu tu disertakan dengan iman..In Sya Allah perkara-perkara seperti ni semua tak kan jadi..Umat hari ni lupa untuk usaha atas iman..

Untuk usahakan atas iman ni..Kena mujahadah, kena susahkan diri dalam perkara-perkara agama..Seperti mana sahabat ra usahakan atas iman mereka..Macam tu juga dengan kita..Wallahu alam..

Saya minta maaf pada mereka yang tidak suka pada entri kali ni..Niat bukan untuk membuka aib sesiapa, buruk sangka dll..Tetapi sekadar perkongsian dan renungan bersama..Maaf saya dahulukan andai ada yang tidak suka dengan entri ni..

...-_-'...

2 comments: