Kali ni nak post satu karkuzari (laporan) jemaah 40 hari.
Ada seorang lelaki ni kehidupannya penuh dengan maksiat, siangnya sibuk dengan kerja dan malamnya akan dimanfaatkan dengan mabuk, mabuk, mabuk dan mabuk sehinggalah mabuk. Begitulah keadaan tu berlarutan setiap hari. Dan dengan takdir Allah, bukan kebetulan ya. Dalam dunia ni tak ada kebetulan, semuanya Allah dah tentukan. Ok, sambung balik. Ditakdirkan Allah, satu jemaah 40 hari telah keluar ke penempatan si Lelaki tadi tu. Jemaah ada disana selama 3 hari, selepas 3 hari jemaah akan pindah ke penempatan lain pula. Nak dipendekkan cerita. Jemaah telah keluar buat Gash (ziarah) dan ketika waktu dah nak masuk waktu maghrib, amir jemaah putus nak tangguh ziarah. Dan ditakdirkan Allah, lelaki yang mabuk tadi tu baru balik dari kerja dan nak masuk ke rumah. Jadi amir jemaah putus, untuk jumpa lelaki tu dan selepas tu baru tangguh. Jadi, mutakkalim (jurubicara) pun berbicara dengan lelaki tu, tukar fikir dunia pada fikir akhirat. Dan bila di tashkil (ajak) untuk turut serta dengan jemaah untuk solat maghrib jemaah sama-sama dan duduk dalam majlis fikir atas iman dan amal, lelaki tadi tu terus sedia untuk ikut jemaah. Bila lelaki tu dah zahirkan niat dia yang dia sedia, maka jemaah pun tunggu dia di luar untuk pergi sama-sama dengan jemaah.
Masa majlis bayan, lelaki tadi dengar dengan tawajuh. Dan bila Pembayan tashkil untuk ambil nama sesiapa yang sedia untuk keluar di jalan Allah, maka lelaki yang Pemabuk tadi tu telah beri nama dan sedia untuk bersama-sama dengan jemaah selama 3 hari. Jadi, lelaki tu pun balik selepas isya' dan telah bagitahu pada isteri dan anak-anak dia yang dia akan keluar ikut jemaah tabligh esok pagi lepas subuh selama 3 hari. Diceritakan isterinya dalam keadaan terkejut bila si lelaki tu cakap macam tu. Terkejut sebab tak percaya yang suaminya ni tak berkelakuan macam biasa dan lepas tu baru balik dari Surau. Dan, atas dasar taat. Si isteri tadi pun tolong kemas kemudahan untuk suaminya.
Apabila tengah malam, dalam pukul 3-4 pagi macam tu, si lelaki yang pemabuk tadi telah kejutkan isteri dan anak-anak dia untuk solat tahajud. Jadi, dengan penuh kehairanan dan pelik, si isteri pun terkejut dengan perubahan suaminya tadi. Tak pernah-pernah tunaikan solat sunat, apatah lagi yang wajib. Atas dasar taat, si isteri dan anak-anak pun ikut apa yang si suami/lelaki tadi tu suruh. Dan diceritakan, selepas habis solat tahajud tu, lelaki tu telah pesan kepada isterinya supaya kejut sebelum subuh sebab waktu nak tunggu subuh masa tu lambat lagi, jadi si lelaki ni tadi pun tidur dulu sementara menunggu waktu subuh.
Bila, waktu subuh dah semakin hampir. Si isteri pun kejutkanlah suaminya tadi, ditakdirkan Allah swt. Lelaki tu tak bangun-bangun. Lelaki tadi telah pun meninggal. Dan dalam keadaan yang macam tu pembaca semua pun fahamkan macam mana keadaan keluarga tu. Jadi, untuk bahagian yang tu saya skip kan.
Dipendekkan cerita, amir jemaah yang ikram (iktilad) lelaki tadi tu pun pelik. Kenapa lelaki yang semalam tu tak datang sebab jemaah nak gerak lepas sarapan pagi. Jadi, jemaah pun telah dihantar ke rumah lelaki tadi tu untuk menjemputnya ke Surau. Bila mana jemaah sampai, kediaman tersebut ramai dengan kehadiran orang. Pembaca pun fahamkan keadaan masa tu macam mana. Jadi, saya skip bahagian yang tu.
Bila jemaah dapat tahu yang lelaki tadi telah meninggal. Maka amir jemaah telah datang ke rumahnya untuk ziarah. Bila mana sampai saja, amir jemaah terus pergi ke mayat lelaki tadi tu, dan dengan hidayah dari Allah, maka terpancullah "SUBHANALLAH" dari mulut amir jemaah tadi kerana mayat lelaki tadi dalam keadaan yang berseri-seri dan tersenyum. Amir jemaah menangis.
Kemudian amir jemaah telah tanya pada isteri lelaki yang mati tu. Apakah amalan dan macam mana kehidupan suami kamu semasa hidupnya? Diceritakan, si isteri pun menceritakan tentang perlakuan suaminya tu seperti mana yang saya ceritakan di awal tadi. Dan juga telah diceritakan perlakuan suaminya tu pada malam sebelum kematiannya tu. -tamat-
Note: Hari ni ramai orang biarkan orang yang jauh dari agama. Kalau ada pun orang yang buat usaha agama, ada sesetengah daripada usaha agama tersebut tidak akan mendekati golongan2 yang teruk macam tu. Rata-ratanya akan biarkan. Hanya tumpu pada mereka yang masih nampak ada lagi amalkan agama. Tetapi orang-orang yang macam saya ceritakan tu pastinya dibiarkan.
Bayangkanlah, andai jemaah tadi tak pergi jumpa orang tu. Adakah si Lelaki tadi tu akan tersenyum dan berseri-seri mukanya selepas matinya Lelaki tu tadi? Pastinya tidak, kerana amalannya yang sentiasa pada maksiat. Maka, berkat jemaah tersebut telah datang pada dia, maka Allah telah "jentik" hati dia untuk berusaha atas iman dia. Walaupun dengan waktu yang amat singkat sekali pun dia dapat beriman, dia dapat merasai kemanisan iman tu walaupun sebelum ni dosa menyelubungi Lelaki tersebut. Dan berkat taubat dan kemanisan iman yang diperoleh, maka dia mati dalam keadaan yang mana semua umat islam impikan.
Tapi kita hari ni, terutamanya saya yang menaip post ni. Rata-rata kita akan cakap "baguslah dia tu mati, kalau hidup pun menyusahkan orang". Kita tak sedar, bahawasanya bila saat di akhirat nanti kalau kita tak ajak orang lain pada kebaikkan dekat dunia ni, kita akan didakwa oleh orang-orang yang jauh dari agama sehinggakan amalan orang yang sebesar gunung uhud sekali pun mampu menjadi tanah rata kerana didakwa oleh orang-orang yang jauh dari agama. Meraka akan mendakwa kita, "ya Allah, jiran aku ni selalu pergi solat kat surau tapi dia tak pernah pun ajak aku ke surau". Dan macam-macam pembelaan yang kita cakap nanti untuk membela diri kita sehinggakan si pendakwa akan berkata,"sekiranya kau pukul aku dan heret aku ke surau untuk solat pastinya aku akan datang". Sehinggakan macam tu sekali kita akan didakwa.
Hari ni kita leka, kita membiarkan sahaja orang-orang yang jauh dari agama dengan alasan orang tu tak boleh dibentuk lagi. Saidina Umar r.a yang masa zaman jahilnya mengorek lubang yang dalam bersama-sama dengan anak perempuannya dan kemudian menanamnya hidup-hidup pun Allah boleh bagi hidayah sehinggakan Nabi saw bersabda: Kalau ada Nabi selepas aku, pastinya Umar r.a lah orangnya.(Auko makol)
Dan Allah muliakan lagi Saidina Umar dgn menjadi Khalifah. Itu orang yang lahirnya bukan Islam pun Allah boleh bagi hidayah. Apakan lagi orang yang lahirnya Islam, pastinya ada hidayah untuk mereka. Cuma mereka perlu digoncang sedikit untuk berganjak.
Sepatutnya kita hari ni kena risau, dan kena usaha juga atas orang lain. Kita buat usaha agama, usaha atas iman, dakwah semua tu bukanlah untuk orang lain. Yang pertamanya ialah untuk diri sendiri dan kemudian barulah untuk orang lain. Jangan kita biarkan orang-orang yang jauh dari agama semakin jauh dari agama. Sebaliknya kita kena jumpa meraka, ajak mereka. Kita tunaikan tanggungjawab kita, dan selebihnya serah pada Allah. Sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arah tu. Tak cukup sekadar bagi ceramah di masjid dan hanya beri pada orang yang datang pada masjid dan yang ambil tahu akan aktiviti penceramah tersebut. Macam mana pula dengan orang yang tak hadir pada majlis tu? Yang ada kelapangan tapi tak nak datang pada majlis ilmu, tak nak dekat pada agama. Sebaliknya kita kena ajak juga orang-orang lain, tak kira siapa dan macam mana sekali pun orang tu. Buruk ke, baik ke, jahat ke, zalim ke, bakhil ke dan sbgnya kita kena jumpa mereka dan ajak mereka pada Allah.
Sepatutnya kita buat perkara ni dari dulu lagi. Tapi disebabkan kelemahan diri saya tak buat dakwah betul-betul, tak usaha atas iman saya dan orang lain betul-betul. Maka, natijahnya macam-macam perkara jadi..:'(..
Lepas ni, sama-sama kita ajak orang yang jauh dari agama dekat pada agama dan kita keluarkan mereka untuk berada di jalan Allah untuk berpesan-pesan juga pada orang lain yang jauh pada agama. In Sya Allah.
[Ceritanya yang saya dengar secara lisan, jadi bila saya taip dalam bentuk penulisan macam ni, pastinya ada pengurangan dari segi penyampaian. Dan cerita ni sohih walaupun mungkin ada perubahan pada cara penyampaian]
-Maaf saya pinta kalau ada pengurangan dan tersilap dalam penyampaian cerita ni dalam bentuk penulisan-