14 Nov 2011

Ekspidisi Tentera Muhammad part 1 (2011)


(Post ni aku ambil dari wordpress rakan seusaha ...)
Assalamualaikum semua,aku dah selesai exam alhamdulillah,sebelum tu,kalian jangan risau tentang kisah taubat seorang hamba episod 3 akan menyusul nanti,sekarang kita rehatkan minda dahulu dan dengar ini cerita.
Sekarang bermulalah cuti pertengahan tahun,bermula jumaat selama 16 hari.Ada pelajar yang pulang ke rumah,ada yang melancong ke Durban,Cape town dan lain-lain tempat,dan ada pula yang memilih untuk berjihad menyebarkan agama Allah,bertebaran seluruh negara Afrika Selatan untuk berdakwah.Kebanyakan pelajar disini memilih untuk keluar di jalan Allah berdakwah,ada yang sanggup korbankan masa 3 hari,5 hari,7 hari,10 hari dan juga 15 hari.
Ratusan jemaah tabligh dari madrasahku menaiki bas ke markaz siap dihantar untuk berdakwah.
Ratusan jemaah tabligh dari madrasahku menaiki bas ke markaz siap dihantar untuk berdakwah.
Alhamdulillah jemaah yang aku pilih ialah 15 hari,dan kami bertolak ke markaz selepas solat jumaat untuk menghadiri perhimpunan mingguan di markaz dan juga untuk membentuk jemaah dan menguruskan banyak jemaah yang datang dari dalam dan luar negeri.Perjalanan dari madrasahku yang terletak di Lenasia,johannesburg ke markaz tabligh di Mayfair,johannesburg mengambil masa hampir sejam,dan selama sejam itu aku terpaksa berdiri kerana bas yang terlampau penuh dengan tentera-tentera Allah.
Kami sampai di markaz pada jam 5 petang(aku naik bas trip kedua) dan pada waktu itu hujan rintik-rintik telah turun membasahi beg-beg kami.Kami solat berjemaah kemudian minum petang dan aku sempat ke cafe markaz untuk membeli sebiji burger sebab aku tak makan dari pagi walaupun sarapan(pagi jumaat tu aku sibuk dengan exam,kemudian kena bersihkan bilik dan kemas pakaian untuk dibawa selama 15 hari,semuanya dilakukan sebelum azan jumaat,jadi aku tak sempat makan.)
Setelah dimesyuaratkan route,kami telah diputuskan untuk ke sebuah tempat di tengah bandar ibu negara south africa iaitu Lodium.
jemaah aku seramai 12 orang dihantar berdakwah.
jemaah aku seramai 12 orang dihantar berdakwah.
Sekarang aku berada dalam sebuah van,perjalanan untuk ke sebuah tempat bernama Lodium,Petroria di South Afriqa atas maksud usaha dakwah dan tabligh selama 15 hari(cuti pertengahan tahun aku 16 hari je,jadi aku gunakan cuti tu semaksimum mungkin untuk usaha agama insyaallah),insyaallah di tempat yang aku tuju sekarang ni ialah sebuah tempat di tengah-tengah capital city of south africa yakni Pretroria.Disitu kami akan melabuhkan sayap kami untuk sebarkan agama allah yang tercinta ini,tentera-tentera allah bergerak dimana-mana.
Disini lah tempat akan berlakunya ijtima’ tabligh south africa 2011 pada 22-25 April ini insyaallah.
pemandangan luar van ketika dalam perjalanan ke destinasi.
pemandangan luar van ketika dalam perjalanan ke destinasi.
Perjalanan ke Lodium mengambil masa sejam lebih dan masa yang panjang dalam van itu aku manfaatkan dengan menulis post yang ada di depan kalian ini.
masjid pertama kami sampai di pekan Brits.
masjid pertama kami sampai di pekan Brits.
Bila aku tengok ratusan jemaah tabligh dalam markaz tadi,menitis air mata aku melihat umat nabi saw kembali bangun perjuangkan agama seperti awwalin yang diredhai allah,bayan(ceramah)yang diberi pada malam tadi oleh seorang ulama dari Australia cukup meremukkan hati dan menaikkan semangat jihad kami.Setelah diberi bayan,tasykil(seruan)telah dibuat dan beberapa orang telah bangun bersama buku log panjang sedia mengambil nama tentera-tentera allah yang siap sedia untuk berdakwah.
Tasykil dimulakan dengan keluar setahun(berdakwah selama setahun untuk ulama sahaja),4 bulan negara jauh(berdakwah selama 4 bulan di negara jauh seperti USA,italy,germany dan lain-lain),beberapa orang bangun memberi nama,kemudian dituruti pula tasykil 4 bulan pedal(berdakwah selama 4 bulan dalam negara sendiri dan berpindah dari kawasan ke kawasan dengan jalan kaki tanpa bantuan kenderaan),kemudian 4 bulan dalam negara,2 bulan,40 hari,2 minggu dan lain-lain.Ramai yang bangun memberi nama,seorang dari australia bangun memberi nama,kemudian dari trinidad tobago,kemudian dari somalia,kemudian dari malaysia,indonesia,german,amerika dan lain-lain,bergema suara ‘masyaallah’apabila pemberi nama menyebut dari mana mereka datang,kami menangis melihat keadaan ini,sungguh indah!ratusan berkumpul dalam sebuah markaz dari pelbagai negara mendakwahkan perkara yang sama!suasana apa yang lebih indah dari itu?ini lah umat yang dibentuk oleh nabi saw dan hasil berkat usaha tabligh yang tersebar seluruh alam,tidak ada satu negara pun tertinggal dalam dunia ini pasti ada wakilnya dalam jemaah tabligh termasuklah dari israel(ada 7 orang muslim dari israel belajar di madrasahku dan semuanya orang tabligh).
Yang paling menyayat hati apabila seorang lelaki berkulit putih dari Russia bangun dan memberi nama dan berkata,
‘insyaallah,I make intention for going in the path of Allah for 1 year after I finish my study’
Subhanallah,bergema laungan takbir dalam masjid dan maulana yang memberi bayan tadi sangat-sangat gembira dan berkata,
‘look my respected brothers!because of barakah of our elders making sacrifice,giving their life for islam then u all see now who stand in front of us???our da’wah had already reach russia and already took their people as da’ie(pendakwah),don’t u feel something about it?don’t u think how much sawaab(pahala)did those people who firstly came to russia and bring tablighi jamaat got?come my respected brothers!stand up!make allah happy!go to america,europe,russia and revert them all to islam!!!!’
Berhamburan air mata yang mendengarnya,oh allah,terima kasih kerana memberi peluang aku bersama jemaah yang kau redhai ini.
gambar lelaki tabligh dari russia yang sempat aku snap dalam tandas.
gambar lelaki tabligh dari russia yang sempat aku snap dalam tandas.
Teringat aku sebuah lagu yang selalu buat aku menangis saat aku mendengarnya..
Adakah kau lupa,
Kita pernah berjaya,
Adakah kau lupa,
Kita pernah berkuasa,
Memayungi,2\3 dunia,
Merentas benua,
Melayari samudera,
Keimanan,juga ketakwaan,
Rahsia mereka,capai kejayaan…
Bahkan aku menangis saat aku menulis lirik lagu ini,subhanallah..
Demi Allah pemegang jiwa Muhammad dan jiwaku,aku bersumpah dengan zat yang menciptakan ribuan alam bahawa AGAMA INI TERSEBAR DENGAN DARAH DAN AIR MATA,bergelen-gelen darah dan air mata Nabi tercinta,para sahabat manusia terpilih,tabiin dan tabi’ tabiin kekasih allah ditumpahkan untuk agama ini.Semuanya untuk agama ini,jika ia tidak dilakukan mereka,aku berani bersumpah bahawa agama aku dan kalian yang membaca coretan ini adalah Hindu,Buddha,Kristian dan kita semua akan dicampak ke jahanam dengan hina dina.
Semua pengorbanan yang mereka lakukan itu untuk aku dan kalian,supaya aku dan kalian selamat dari jahanam,mereka fikirkan keadaan umat akan datang,mereka sangat risau apa agama umat akan datang,mereka menangis berhamburan kerana risaukan umat nabi yang meluncur laju ke neraka,mereka tinggalkan anak isteri mereka tanpa kata jelas apakah mereka akan pulang atau tidak.
Teringat aku sebuah kisah tentang Jaafar r.a(moga allah terangkan kuburnya dengan nur tanpa had)sepupu nabi yang telah keluar dari rumah sejurus selepas kedengaran semboyan jihad bergema indah di madinah,Sayyidina Jaafar r.a meninggalkan anak-anak kecil yang ramai dan isterinya di rumah.
Anak-anaknya menangis rindukan bapa tercinta,tapi Jaafar r.a dengan iman seteguh gunung meluncur laju menghayunkan pedang memenggal para kafir laknatullah ‘alaihim di medan perang umpama singa kelaparan,berdiri teguh segak berani sepupu nabi yang juga awwalin islam memancung dan bertakbir menggegarkan arasy allah dan hati para kufar.
Setelah sekian lama,isterinya kedengaran jemaah jihad sudah pulang dengan kejayaan,bergema takbir di bumi madinah,menarilah para rimbunan pokok dan menyanyi para burung meraikan kejayaan muslim menghancurkan tentera kafir.Bukan main gembira isteri hadrat sayyidina Jaafar r.a mendengar khabar itu lalu dia siap-siapkan anak-anak kecilnya,berhias diri dan memasak masakan kegemaran suaminya dan semuanya menunggu di ruang makan rumahnya dengan penuh ghairah,anak-anak ketawa gembira bermain suka mendengarkan khabar bapa tercinta akan pulang,si isteri penuh dendam rindu yang sentiasa risau kian terubat dengan kegembiraan kepulangan suami tercinta.Berdebar-debar jantung menunggu saat bahagia.
‘tok,tok!’ketukan pintu berbunyi yang menyebabkan suasana menjadi sepi.
Sang isteri bingkas bangun bergegas mendapatkan pintu.Lalu pintu dibuka dengan penuh gembira dan berdirilah sekujur tubuh berdiri segak dihadapan pintu rumahnya.
Tapi sekujur tubuh itu bukan milik Jaafar r.a,sekujur tubuh itu ialah milik Sayyidul Mustofa rahmatul lil a’lamin Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam(selawat salam penuh cinta atas kekasih hidup matiku yang ku rela mati seribu kali untuknya tapi tak mungkin aku redha sekecil duri melukai kakinya.) wajah putih berseri penuh nur itu tunduk hiba di hadapan isteri sepupunya.
Sang isteri merasakan perasaan aneh dan dapat mengagak dari raut wajah nabi yang penuh hiba dan sedih.Yang tak perlu ditafsirkan lagi dengan kata-kata,telah faham akan ia nabi saw datang untuk membawa berita kesyahidan Jaa’far r.a.
Betapa remuknya hati seorang isteri laksana dihentam ratusan gunung pabila berita umpama itu datang menusuk jantung,mengalir lembut air mata sang isteri,begitu juga para malaikat,para burung,gunung,pokok,langit turut menangis hiba dan langit menjadi suram berkabung atas kesedihan yang amat.
Sang isteri lalu cepat-cepat mengesat air mata kerana terpandang anak-anak kecilnya dan dia risau mereka tidak mampu menerima berita ini,sang isteri tabah meremukkan hatinya dan tahan akan tangisan yang ingin mengalir umpama sungai nil.Lalu sang isteri cepat-cepat bawa anak-anaknya masuk ke bilik tapi dihalang rasululullah yang menyuruh kesemua anak-anak sepupunya datang kepadanya.Nabi saw lalu mengusap kepala setiap seorang anak-anak sepupunya dan menatap hiba wajah anak-anak kecil tak berdosa lalu berderailah air mata nabi yang mulia dihadapan anak-anak kecil itu diikuti sang isteri yang tak dapat lagi menahan air matanya,menangislah semuanya,suramlah seluruh alam tanda hormat atas kesedihan baginda nabi saw.
Bayangkan kesedihan mereka kerana agama,keremukan hati mereka kerana agama,rindu dendam isteri yang dibalas berita hiba,anak-anak yang meraung mahukan bapa,ya allah!betapa sedihnya hati ini bila mendengar kisah-kisah indah para sahabat perjuangkan agama,air mata mereka tidak pernah dijatuhkan untuk perkara bodoh seperti kita sering lakukan.
Hati mereka hancur,mereka berpisah dengan isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka,mereka juga insan seperti aku dan kalian,mereka juga cintakan isteri,anak,ibu,bapa dan keluarga seperti kalian,tapi kesedihan demi kesedihan menimpa mereka,berita kematian,perpisahan dan sebagainya adalah rutin mereka,kini bandingkan lah kesedihan kalian yang tak seberapa bahkan kerana dunia itu dengan kesedihan para sahabat ini???apa kalian tidak malu??Kesedihan yang amat itu tidak pernah membuatkan mereka menjadi gila atau ingin membunuh diri seperti kebodohan kita yang sedih kerana dunia hina kemudian ingin membunuh diri,oh allah betapa rapuhnya iman kami,betapa hinanya diri ini,ampunkan kami ya allah..
Pembaca budiman,jika air mata itu tidak jatuh ke bumi untuk agama,agama itu pasti mati,kisah umpama ini ada ratusan bahkan ribuan di banyak kitab terutamanya di dalam kitab Hayatus Sahabah karangan maulana Yusuf khandahlawi rah.(Khalifah jemaah tabligh ke-2 moga allah menerangi kuburnya dan terima pengorbanan beliau).
Sekarang berfikir sejenak dan tanya diri kita.
APA YANG AKU DAH SUMBANGKAN UNTUK AGAMA YANG MANA NABI DAN SAHABAT BERMATIAN MEMPERJUANGKANNYA??
Tanya diri kita apakah kita fikir apa akan jadi pada umat akan datang?apa akan jadi pada agama anak isteri dan keturunan kita?Jangan katakan fikir umat,fikir atas diri sendiri pun tak wujud dalam benak hati kita!Hari-hari kita menuju neraka Allah!hari-hari kita buat nabi kita kecewa!!!Apa nabi akan rasa bila melihat keadaan kita seandainya baginda masih hidup?Kita merasa kita cukup pandai agama,kuat beramal,cukup ibadat,tak payah berdakwah,bahkan yang lebih celaka dan terlaknat ialah kita MENGHALANG ORANG LAIN BERJUANG!
Atas fikir risau umat inilah jemaah tabligh dibentuk mengajak kembali para muslimin muslimat kepada islam yang syumul,mengamalkan agama seperti dizaman rasulullah,bermula dari seorang ulama bernama Maulana ilyas khandahlawi rah.(Moga allah terangi kuburnya dan masukkan beliau ke surga bersama nabi) tapi kini ahli tabligh mencecah jutaan orang dan perhimpunan tahunan tabligh di Bangladesh adalah perhimpunan manusia ke-2 terbesar di dunia selepas Haji.
ijtima tahunan di bangladesh merupakan perhimpunan manusia ke-2 paling ramai di dunia.
ijtima tahunan di bangladesh merupakan perhimpunan manusia ke-2 paling ramai di dunia.
Yang lebih mengkagumkan ialah perhimpunan-perhimpunan tabligh tak pernah dihebahkan di radio,tv,banner,poster atau surat khabar tapi dapat menyatukan jutaan hati umat nabi yang penuh remuk akan kerisauan umat yang meninggalkan anak isteri mereka bertebaran seluruh alam untuk sampaikan agama Allah menunjukkan alamat bahawa usaha ini maqbul disisi Allah swt kerana kerja ini tersebar tanpa pertolongan makhluk dan kemajuan(seperti internet,tv,blog,handphone,surat khabar dan lain-lain),kerja ini dibantu oleh Allah sendiri!kalian boleh baca sendiri blog-blog tabligh di internet ataupun laman web tentang tabligh yang dibina oleh ramai orang,dan boleh juga kalian taip di google ijtima tongi untuk melihat lebih banyak gambar ijtimak tahunan di bangladesh,tak lupa juga di malaysia telah berlaku ijtima’ tabligh yang mengumpulkan manusia lebih dari setengah juta(jumlah yang sangat sedikit dan perlu dirisaukan sebab di malaysia ada 24 juta orang,sepatutnya sekurang-kurangnya 15juta yang datang menghadiri ijtima’,yang kafir kita islamkan dan sediakan mereka juga sebagai pendakwah agama allah) di nilai,negeri sembilan pada tahun 2009.
Atas sebab usaha berkat inilah aku juga tercampak ke ceruk Afrika yang mana aku tak pernah terfikir dan terlintas untuk sampai ke sini kerana agama,di sini aku tercampak untuk sama-sama jutaan manusia lain mendakwahkan agama allah tercinta dan meneruskan perjuangan nabi saw,ibu di rumah menangis rindukan ku tapi bagiku agama lebih penting dan tidak akan berjaya agama melainkan dengan titisan air mata!
Oh ibu,
Cintaku padamu tidak ku ragui,
Namun cinta pada Allah dan rasul tetap mendahului,
Aku berpisah denganmu kerana agama ini,
Kerana hatiku remuk akan kerisauan umat Nabi,
Oh ibu,
Redhalah pemergianku kerana hasil usaha ini hanyalah syurga,
Aku rela berpisah kerana agama,
Kerana aku yakin allah akan temukan kita disana,
Hidup bahagia selamanya,
Darah dan diriku telah ku wakafkan untukNya,
Agar selamat diriku dan dirimu dari seksa,
Ku lakukan semua ini kerana cinta,
Cinta pada allah,rasul,dirimu dan agama,
Izinkah aku berjihad melaungkan takbir menggegarkan jiwa!
Ya allah,terimalah pengorbananku,ibuku,sahabat seperjuanganku,tentera-tentera tabligh di seluruh dunia,dan semua yang perjuangkan agama tak kira dengan apa cara sekalipun.

No comments:

Post a Comment