14 Nov 2011

Ekspidisi Tentera Muhammad part 2 (2011) -Sambungan-


Assalamualaikum,
Dalam post ni aku ingin menceritakan perjalanan dakwahku selama 15 hari bermula Jumaat 25hb Mac 2011.
Lodium
Sebelum kami sampai ke Lodium,Pretoria,kami telah diarahkan untuk berhenti di sebuah bandar kecil yang dinamakan Brits,Masyaallah ada sebuah masjid besar disini yang mana seluruh penduduk Muslim Brits datang solat jumaat di masjid ini kerana cuma satu masjid yang wujud disini.
Memang wujud beberapa masjid lain tapi ia adalah ‘farm musjid’ ataupun masjid kecil di ladang dan di kampung-kampung pedalaman.Setibanya kami disana,kami bertemu dengan muazzin merangkap tok siak masjid tersebut orang Malawi bernama Uncle Idrees.Kami letak barang-barang kami setempat dan siapkan diri untuk solat asar.Selepas Asar kami ditegur oleh seorang Maulana yang belajar di Darul Uloom Azadvile,Madrasah kedua yang paling terkenal di South Africa selepas madrasah ku.
Maulana memperkenalkan diri dan sebagainya,dan dia bermesyuarat dengan rakan-rakan tablighnya yang lain dan membuat keputusan menghantar kami ke pedalaman Afrika untuk berdakwah 3 hari disana.
African Village
Kami menaiki kereta dan bertolak ke pedalaman tersebut yang mengambil masa setengah jam untuk sampai disana,kami sampai di sebuah kampung kecil dan masjidnya hanyalah sebuah rumah yang dibeli dan dijadikan masjid.
masjid kecil di sebuah perkampungan afrika.
masjid kecil di sebuah perkampungan afrika.
Aku kedengaran suara-suara rungutan daripada budak-budak Amerika yang berada dalam jemaahku tapi cepat-cepat dipintas oleh Amir sahb(ketua jemaah) kami dan dia berikan targhib(kata-kata semangat)kepada ‘Yankees-yankees’ tersebut.
Disana kami disambut oleh seorang lelaki negro kurus kering dan dia seorang yang gagap dan sedikit down syndrome,tercungap-cungap dia menyambut kami dengan penuh kegembiraan.
tempat mengambil wudu di masjid tersebut.
tempat mengambil wudu di masjid tersebut.
Kami solat maghrib kemudian kami makan makanan yang dibawa dari Masjid besar Brits tadi.Selesai makan kami selesaikan wazifah(amalan harian)dan ada yang berehat kerana kepenatan.Kami cuma melakukan taklim(bacaan hadis)dan muzakarah adab sunnah sebelum tidur pada malam itu kerana masing-masing kepenatan.
Pada malam itu,hujan turun dengan sangat lebat,petir sabung menyabung menggerunkan hati.Keesokan paginya salah seorang American berkata yang petir telah memanah atap zink masjid tersebut pada pukul 3 pagi dan dia terjaga kerana letupan kuat itu.Tapi kami semuanya tidur nyenyak kerana keletihan dan tidak tahu apa yang berlaku.Tapi ajaibnya kerana atap itu langsung tiada kesan terbakar.Semua orang kesejukan pada hari itu kerana hujan tidak henti-henti dari lepas Isya’ malam tersebut hingga maghrib esoknya.
jemaah yang kesejukan.
jemaah yang kesejukan.
Aku tidak merasa sejuk kerana malam itu sebelum tidur aku telah membaca hizib-hizib(amalan zikir khusus yang diijazatkan turun temurun dari nabi oleh syeikh tareqat sufi yang mursyid) dan menelannya untuk memanaskan badan,bahkan aku tidur tanpa selimut dan bangun pagi dalam keadaan berpeluh-peluh kerana kepanasan.Mungkin kerana terlampau banyak yang aku baca atau aku menelannya terlampau banyak.Tapi aku tidur dengan selesa alhamdulillah seolah-olah ada pemanas di sebelahku.
hobi aku membaca quran sambil berjalan,gambar yang sempat ditangkap oleh kawanku ketika dia baring.
hobi aku membaca quran sambil berjalan,gambar yang sempat ditangkap oleh kawanku ketika dia baring.
Ikhtilaf Ulama’
Muslim yang wujud disitu mencapai ratusan tapi yang datang solat di masjid cuma 2 orang,kadang-kadang 3.Lelaki gagap yang menyambut kami itu bernama Abdullah,Masyaallah dia sangat baik dan soleh,ibadatnya kuat dan akhlaknya bagus.Dia istiqamah datang ke masjid dan dia adalah ahli tabligh di kampung itu yang aktif,ada beberapa tabligh negro di situ yang sering ke masjid tapi kebanyakan waktu mereka tidak solat di masjid itu kerana mereka kerja dibandar.
Disebabkan tiada orang datang ke masjid termasuk imam dan muazzin,maka yang menjadi imam ialah kami.Yang paling layak menjadi imam dikalangan kami ialah seorang qari dari amerika yang hafiz Quran dan mengusai ilmu tajwid dengan baik dan juga punyai suara yang indah.
Maka terjadi ikhtilaf disitu berkenaan musafir bagi mazhab Hanafi yang mana mereka wajib qasar solat jika mereka musafir maka jika mereka menjadi imam,mereka akan solat 2 rakaat dan makmum perlu berdiri menyempurnakan rakaat yang baki.Dalam jemaah aku,6 orang bermazhab Syafie dan 6 Hanafi,dipendekkan cerita,semua Hanafi dan 4 Syafie solat 2 rakaat,dan 2 baki Syafie dan beberapa penduduk tempatan berdiri menyempurnakan solat kepada 4 rakaat.
Selesai solat dan doa pergaduhan pun bermula antara Syafie-Syafie-Hanafi,kerana ada syafie yang tak mahu Qasar dan ada syafie yang mahu Qasar dan Hanafi mempersoalkan kedua-duanya,kitab dibuka dan debat berlaku,masing-masing berhujah mengeluarkan dalil dan akhirnya aku bangun dan berkata,
“If u guys wanna fight,carry on but I won’t cook for all of u,go eat frogs outside”(dalam jemaah ni cuma aku dan seorang kawanku sahaja yang tahu memasak.)
tempat kami memasak di masjid tersebut.
tempat kami memasak di masjid tersebut.
Akhirnya mereka diam dan melakukan sulah dan masing-masing beralah,dan masalah diselesaikan dengan menyuruh salah seorang bermazhab Syafie ke depan sebagai imam apabila solat yang mempunyai 4 rakaat kerana kewajiban qasar bagi mazhab Hanafi akan gugur bila mengikuti solat imam yang tamam(solat penuh).4 syafie yang Qasar pada mula-mula tadi bersetuju bahawa mereka sepatutnya ikut 2 syafie tadi solat tamam selepas diteliti masalah di dalam kitab fiqh.
Dakwah
Dakwah diteruskan pada siang hari,Amir sahb telah membahagikan jemaah kepada beberapa kumpulan dan mengerahkan kami untuk bertebaran seluruh kampung untuk berdakwah yang mana akhirnya seorang kristian telah dimuslimkan dengan izin Allah.
Dia datang ke masjid dan bertemu Amir jemaah,Amir sahb mula berkenalan dengannya dan sebagainya dan mula mengajar tentang Islam,tentang solat,Quran dan sebagainya,segalanya diajar mula dari selepas Zohor hingga ke waktu Asar dan selesai semuanya Alhamdulillah.(Ini lah jemaah tabligh yang dicemuh,dituduh sesat,dihina,diludahi,dipermain,ditertawakan oleh golongan-golongan berotak tapi tak berakal diserata tempat khususnya MUSLIM di Malaysia tapi mereka tak pernah tahu jemaah ini telah muslimkan jutaan manusia,mereka mahu kemewahan dan mereka tak mahu berjuang dan mereka tak mahu orang lain berjuang dan mereka menghalang pejuang untuk berjuang dan mereka menuduh pejuang sebagai sesat?apakah jemaah yang menyebarkan islam dan cintakan sunnah nabi ini sesat?siapa yang sesat sebenarnya??sungguh Allah telah butakan mata mereka di dunia lagi,apatah lagi di akhirat kelak,moga Allah selamatkan kita semua.)
amir sahb kami sedang mengajar seorang muallaf cara mengambil wudu.
amir sahb kami sedang mengajar seorang muallaf cara mengambil wudu.
Betapa manusia mahukan agama tapi kita sibuk bergaduh sana sini,orang tabligh sibuk berdakwah mengajak dan membawa Mat Pit,Gengster,kongsi gelap,orang kafir dan lain-lain kepada agama,tapi masyarakat sibuk mencari dalil untuk berdebat dan untuk mengharamkan tabligh.Apa jenis manusiakah yang wujud di dunia ni?Mereka tak mahu menjadi baik dan menghalang orang menjadi baik dan menghalang orang mengajak kepada kebaikan.
kawasan perkampungan afrika yang sangat luas,dahagakan agama.
kawasan perkampungan afrika yang sangat luas,dahagakan agama.
Masih terngiang di fikiran ku perdebatan yang berlaku di depan mataku oleh seorang ‘ustazah’,'ustaz’ dan beberapa makcik dan pakcik yang mempersoalkan tentang purdah,kerana wanita-wanita tabligh umumnya berpurdah.Mereka mencela wanita-wanita berpurdah dan memberi macam-macam dalil untuk membuktikan purdah tidak wajib(padahal kami tak kata wajib pun),wanita-wanita yang indah berpurdah tadi cuma diam seribu bahasa menunjukkan akhlak yang diajar nabi kepada ummah.
‘alah,purdah ni budaya arab je,mereka tak mahu habuk masuk hidung’kata seorang makcik(padahal kenapa lelaki arab dan unta-unta tak berpurdah?)
Ustazah pula berkata,‘dalam solat pun tutup aurat tapi tak tutup muka,kenapa kamu semua nak lebih-lebih dalam beramal dengan islam?’(Kesian ustazah ni belajar tinggi-tinggi tapi tak paham aurat dalam solat dan aurat di luar solat,aurat depan Allah dan aurat depan lelaki ajnabi,dia fikir Allah bernafsu seperti nafsu lelaki jadi dia samakan aurat depan Allah dengan aurat depan lelaki.)
Pakcik pula ingin berhujah,‘kita jangan ekstrim dalam islam,kita mesti sederhana,tengok macam kami ni ha,rilek je.’(kasihan pakcik ni sebab menganggap dirinya telah diredhai Allah,kononnya dia tahu Allah dah redha dengan ‘kesederhanaan’ dia dan menganggap diri sebagai ahli syurga dan orang yang beramal dengan sunnah sebagai ahli neraka.)
Makcik lain pula berkata,
‘ish aku rimas la tengok tutup-tutup muka ni,dah la pakai semua hitam,macam hantu!tak pasal-pasal anak aku menangis tengok korang ni!’(innalillah moga allah tak celakakan mulut makcik tu kerana menghina sunnah isteri-isteri baginda Sayyidul Mursalin yang suci murni).
Stop!kenapa aku cakap benda ni semua?kerana aku nak pembaca berfikir,dalam majlis yang sama,rumah yang sama,waktu yang sama,anak-anak saudara makcik-makcik celupar tu semuanya ‘freehair’.Apakah kecelakaan ini?Mereka redha perkara yang jelas HARAM berlaku depan mata tapi menghalang dan mencemuh wanita-wanita mulia yang beramal dengan sunnah?Inilah kebodohan umat islam dimana-mana,mereka suka mempersoalkan amalan-amalan baik muslim tapi membiarkan kemungkaran,mereka suka berdebat dalam perkara ikhtilaf untuk tunjukkan kepandaian behujah dan berdalil tapi mereka tak menegakkan perkara yang jelas-jelas tiada khilaf.Untuk apa mereka berdebat tentang purdah yang sememangnya khilaf,kenapa mereka tak berdebat dan mencemuh wanita-wanita tak bertudung sedangkan jelas bersuluh sehelai rambut wanita dilihat lelaki bukan mahram akan diseksa di neraka beribu tahun????
Apakah wanita berpurdah akan ke neraka???Ia wajib atau sunat adakah ia menjadi masalah???Contoh lagi macam orang-orang Wahabi(yang sekarang tak mahu lagi digelar Wahabi tapi mahu digelar Salafi.),mereka mengharamkan tahlil,talkin,zikir beramai-ramai,tawasul,tabaruk dan macam-macam lagi,mereka sibuk menghentam muslim yang sedang beramal soleh tapi mereka membiarkan maksiat berleluasa di jalanan.Apakah Allah akan masukkan ke neraka orang yang berzikir beramai-ramai selepas solat???macam mana pula dengan orang Wahabi yang tak mahu berzikir lepas solat tapi bersembang kosong dalam masjid???apakah yang berzikir lepas solat ke neraka dan yang bercakap tentang dunia lepas solat tu masuk syurga?
suasana dalam masjid.
suasana dalam masjid.
Bangun!!!Bukalah mata wahai umat!!!ini masa berjuang bukan masa berkhilaf,sebab aku bagitahu ni semua kerana aku mahu kita semua PAHAM apa perkara yang lebih PENTING daripada perkara yang PENTING!!!kenapa kita sibuk dengan fardhu kifayah dan tinggalkan fardhu ain,beribu-ribu orang berebut-rebut nak jadi doktor yang hukumnya fardhu kifayah(itu bagi yang ikhlas menjadi doktor kerana Allah dan agama bukan kerana gaji besar dan mahu hidup mewah.)Tapi mereka meninggalkan pelajaran agama yang fardhu ain,berapa ramai doktor,pensyarah,peguam dan jawatan-jawatan besar lain yang solatnya tidak betul?tak boleh baca Quran?apakah sijil PhD mereka akan selamatkan mereka dalam kubur???apa guna ada PhD tapi tak reti solat dan tak mahu belajar solat???mereka bekerja dan berusaha untuk mendapat jawatan tinggi seperti mereka akan tinggal di dunia selamanya.
Tadika 2 tahun,sekolah rendah 6 tahun,sekolah menengah 5 tahun,matrix 1-2 tahun,universiti 4-6 tahun,master,PhD dan lain-lain lagi.Secara standard purata umum,seorang manusia berusaha selama 20 tahun,usaha ini dibuat untuk mendapat SEHELAI KERTAS yang mana dengannya akan mendapatkan mereka KERJA dan dengan kerja itu mereka mendapat DUIT dan dengan duit itu mereka dapat HIDUP DI DUNIA.Jadi jika berfikir dengan waras,kita telah menghabiskan sekurang-kurangnya 20 tahun untuk ‘hidup’ di dunia.Dan mungkin kita akan hidup selama 60/70 tahun(atau mungkin mati awal sebab penyakit atau kemalangan),selepas 20 tahun itu kita mempunyai 35 tahun lagi untuk hidup(sekiranya kita mati umur 60 an seperti nabi kita saw).
Bayangkan,kita habiskan 20 tahun bekerja untuk ‘hidup’ selama 35 tahun di dunia ini.Jadi berapa lama kita perlu bekerja untuk hidup di akhirat yang SELAMA-LAMANYA???
apa kita pernah fikir?atau kita tak mahu fikir?atau kita takut nak fikir?
FIKIR-FIKIRKANLAH kerana dengan berfikir Allah swt akan memberi kita kefahaman dan petunjuk insyallah.
Hari terakhir kami di kampung tersebut pada hari ketiga,jemaah-jemaah tabligh dari masjid besar Brits telah datang bersama beberapa kereta,mereka datang pada waktu maghrib dan solat maghrib bersama,selepas itu mereka minta Amir sahb agar pecahkan jemaah kepada beberapa kumpulan untuk gerakan dakwah terakhir di kampung tersebut sebelum pulang ke masjid besar Brits.
Beberapa jemaah telah dibentuk dan dihantar ke serata kampung,sehingga waktu isya.Kemudian kami solat isya bersama dan selepas solat sunat,salah seorang rakanku dari indonesia bernama In’amul Hassan yang kami gelar Hadraji telah memberi bayan(ceramah)yang sangat hebat,bermacam hadis dan ayat quran dikeluarkan dan menaikkan semangat kami dengan ucapan berapi-api sehingga beberapa orang dalam majlis tersebut menangis teresak-esak.
Di akhir bayan,tasykil telah dilakukan dan aku telah bangun untuk mengambil nama orang-orang yang sedia untuk keluar di jalan Allah,ramai yang bangun beri nama untuk keluar 4 bulan,pelajar-pelajar juga bangun untuk beri nama,mereka bersedia untuk keluar di jalan Allah selama setahun selepas selesai belajar.
Tiba-tiba lelaki negro yang gagap dan sedikit down syndrome tu bangun selepas puas dia menangis teresak-esak,tercungap-cungap dan tergagap-gagap dia berkata,
put..put..ptt..ma..ma..my.. name…I..I..I want..want to give..give..give..ma..ma..my whole…life for Allah!!!!
Bergemalah takbir memecahkan sunyi,menitiskan air mata bagi manusia berhati,bagaimana orang yang dihina seperti ini bersedia memberikan seluruh hidupnya untuk agama Allah,suasana itu sangant mengharukan kerana mengingatkan kami kepada zaman kegemilangan islam,zaman nabi dan sahabat.
Insyaallah,perjalanan pertama selesai dilaporkan,moga Allah terima kita semua.

1 comment: