7 Jul 2012

Pakcik Aku PAS & Aku Anak Buahnya Karkun

Assalamualaikum..
Entri ni di taip pada pukul 2:19am..Aku mengalami imsomnia sementara, tetiba tak boleh nak tidur..Ok, sekarang kita terus pada topik..Perkara ni jadi siang tadi semasa dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang dari solat jumaat..Aku tumpang Pakcik aku waktu tu..Sebelum aku naik ke kereta, aku ada tegur adik kawan baik aku..Dan aku zahirkan niat aku pada dia orang, secara tak langsung Pakcik aku pun dapat dengar apa yang aku cakapkan kat adik kawan baik aku tu..Apa yang aku cakapkan sekadar pemberitahuan bahawa aku akan keluar berdakwah dan islah iman dan diri selama 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh minggu hadapan..Sekiranya perancangan aku sama dengan ketentuan Allah, maka dapatlah aku keluar minggu depan..In Sya Allah..

Semasa dalam kereta, Pakcik aku ada tanya aku sama ada aku dah minta izin Emak dan Ayah ke belum? Lepas tu, Pakcik aku ada bercerita yang dia dulu pernah juga keluar dengan jemaah tabligh ni..Tapi sekejap sangat..Tu yang Pakcik aku cerita, lepas tu Pakcik aku pun menambah ceritanya lagi dengan mengkhabarkan kepada aku bahawa tabligh ni ada yang bila akhirat, dia kejar akhirat je..Ada yang biasa-biasa..Macam Professor, Dato', Doktor, Ahli Perniagaan dan lain-lain..Mereka semua tu bagus, dunia dan akhirat ada..Tapi bila sampai yang kat sesetengah orang yang dalam jemaah terlalu pentingkan akhirat sampai dunia pun tak ambil kisah..Kita kena la seimbang dunia dan akhirat..

Ok, semua tu apa yang Pakcik aku ceritakan..Ada pengurangan ayat dan pengubahsuaian kata dan juga perkataan sebab aku cerita secara keseluruhan terus apa yang Pakcik aku cakapkan kat aku..Tapi, penambahan cerita memang tak ada..Harap maklum..Aku sambung lagi, lepas dia dah habis cakap tu semua..Dia tanya aku betul ke tak? Dan aku pun sebenarnya malas dan tak nak bercakap pasal perkara tu pun sebabnya, kalau aku bercakap pun..Bukannya Pakcik aku nak dengar dan terima..Bila Pakcik aku tanya betul ke tak tu, aku pun cakap..Ada orang alim cakap, dunia ni umpama bayang-bayang burung..Dan jasad burung tu adalah akhirat..Dan hari ni umat manusia sibuk mengejar dan menangkap bayang-bayang burung..Bila burung tu lari ke tempat lain, maka dia kena kejar dan tangkap semula bayang-bayang burung tu sebab jasad burung tadi tu dah terbang ke tempat lain..

Sepatutnya manusia kena kejar dan tangkap jasad burung tu..Bila dah dapat tangkap bukan setakat jasad burung tu je dapat bahkan bayang-bayang burung tu pun dapat tangkap juga..Macam tu lah tamsilan yang diberi tentang perkara dunia ni..Manusia hari ni sibuk kejar dunia..Mereka fikir dengan banyaknya harta..Dengan banyaknya duit dapat bagi mereka peluang untuk ke syurga dengan alasan, duit dan harta yang banyak tu dapat di gunakan untuk agama..Tapi mereka silap..Semakin banyak mereka kejar dunia semakin tak cukup keperluan mereka..Tetapi, sekiranya mereka yakni umat manusia mementingkat akhirat iaitu syurga, maka dunia pun kita akan dapat seperti mana yang telah diberi pada sahabat-sahabat Nabi saw..Bila mana mereka pentingkan perkara-perkara akhirat sebagai keutamaan dalam hidup mereka, maka Allah telah letakkan dunia ni di bawah tapak kaki sahabat..

Itulah apa yang aku nak cakapkan pada Pakcik aku..Tapi, belum sempat aku sudahkan apa yang aku nak cakap tu, Pakcik aku telah memotong kata-kata aku dengan mengatakan..Betul apa yang orang alim tu cakap..Tak salah, betul sangat "TAPI"..Itulah satu-satunya perkataan yang aku dapat agak apa yang Pakcik aku nak cakap selepas Pakcik aku membenarkan apa yang aku nak cakap tapi tak sempat nak habiskan tu..

Aku sambung balik apa yang Pakcik aku cakap, TAPI kita kena seimbang dunia dan akhirat..Bila Pakcik aku cakap macam tu, dalam hati dan kepala otak aku terus ligat menyusun ayat..Aku nak sangat cakap, betul ke umat manusia sekarang seimbang dunia dan akhirat? Sedangkan dalam sehari ada 24 jam..Tapi, manusia tak gunakannya dengan seimbang seperti yang Pakcik aku tu cakapkan sebabnya..Terang-terang manusia menggunakan 8 jam untuk kerja dunia, 7 jam untuk tidur, 4 jam untuk riadah dan keperluan, dan 50 minit untuk agama iaitu solat 5 waktu..Untuk perkara dunia sahaja kita dah habiskan masa sebanyak 19 jam..Dan untuk agama sebanyak 50 minit yang mana tak sampai pun 1 jam..Selebihnya digunakan untuk perkara-perkara hobi mahupun kerja lebih masa (OT)..Adakah itu seimbang dunia dan akhirat sedangkan kita ada 24 jam sehari..Tapi kita banyak gunakan masa, tenaga, akal, harta dan fizikal untuk perkara dunia..Kalau kita kata kena seimbang dunia dan akhirat..Sepatutnya, 12 jam untuk akhirat dan 12 jam lagi untuk perkara dunia..Tapi, realiti yang terjadi tidak sama dengan apa yang kita cakapkan..Jadi, adakah adil kita mengatakan kena seimbang dunia akhirat sedangkan kita telah mendustakan apa yang kita cakapkan iaitu seimbang dunia akhirat..Itu baru pengiraan dari segi MASA, belum lagi perkara-perkara yang lain..

Itulah apa yang aku nak cakapkan kat Pakcik aku, tapi disebabkan Allah telah beri kefahaman pada aku bahawa Pakcik aku takkan mendengar dengan baik apa yang aku nak cakapkan, maka aku telah diam sepanjang perjalanan..Dan aku telah relakan telinga aku dibanjiri dengan kata-kata yang tidak benar dari orang yang tidak tahu dan tidak kenal erti dan maksud hidup yang sebenar..

Banyak lagi yang dicakapkan pada aku, tapi cukuplah apa yang aku ceritakan kat atas ni..Pembaca-pembaca yang mulia..Allah umpamakan dunia ni umpama BANGKAI..Apa yang kita harapkan dengan BANGKAI?? Tak ada apa kan..Macam tu lah, tak ada apa-apa pengharapan dunia yang kita duduk sekarang ni..Dan pembaca yang mulia..Sekiranya, dunia ni bernilai walaupun sebesar kepak lalat sekalipun..Pasti dan pasti Allah takkan bagi segala macam nikmat pada orang kafir..Tapi hari ni, orang kafir dan orang islam dapat nikmat yang hampir sama..Cuma yang membezakan ialah nikmat iman dan islam..

Apakah perlu kita letakkan dunia ni sebagai keutamaan? Kita ni umat akhir zaman..Sangat-sangatlah jahil..Sahabat-sahabat Nabi saw yang dah dijamin syurga, dunia ni mereka langsung tak pandang..Umar r.anhu baju bertampal-tampal tapi beliau berjaya..Abu Bakar r.anhu korbankan SELURUH HARTANYA untuk agama tapi beliau tetap berjaya..Abdur Rahman auf sanggup nak korbankan seluruh harta perniagaannya semata-mata tertinggal takbiratul ula bersama Nabi saw..Tapi kita hari ni, tak apa tertinggal solat tapi jangan sampai tak dapat makan..Nauzubillah min zalik..Lemahnya iman kita..Lemahnya iman kita..

Manusia telah menjadikan dunia ini sebagai tuhan mereka..Dan percayalah, pasti mereka yang tidak faham apa yang aku katakan ni..Pasti mereka akan marah dan sibuk meminta dalil sekian dan sekian..

Ampunkan aku dan seluruh umat..Sekiranya aku diberi 1 doa yang makbul..Aku akan minta supaya Allah besarkan badan aku sebesar-besarnya sehingga seluruh tubuh badan aku dapat menutup kesemua pintu neraka supaya tidak ada seorang pun yang dapat masuk ke neraka..:(..

Ihsan google image

22 comments:

  1. Anonymous15/9/12 13:45

    Babi betul.. Spoiler tul ko ni.. Kimak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah..bahse anda hebat..tp lg hebat ancaman Allah..:D..

      Delete
  2. Anonymous22/9/12 16:26

    kenapa bagi komen dengan maki hamun,apa yang tak kena dengan entri ni,saya rasa ok je.bukan nak membela,tapi benda betul yang dia cakap.setiap orang ada pandangan masing2:)

    ReplyDelete
  3. Anonymous23/9/12 20:03

    Dia sesat nak cari 'gangnam style' salah masuk tu bengang $&@-/;;((

    ReplyDelete
  4. Anonymous23/9/12 20:19

    Cu try sekali lg, mamat ni bngng salah masuk, nak cari gangnam style jumpa karkon. Semiga Allag bg dia hidayat. :))

    ReplyDelete
  5. Anonymous1/10/12 02:05

    Jazak Allahu Khairan..entry ringkas n padat!...berdoalah semoga pakcik saudara diberi hidayah... :)

    ReplyDelete
  6. Bukankah kerja dunia juga dianggap ibadat, contohnya berkerja di ladang untuk mencari rezeki dan menyara keluarga, kenapa perlu disempitkan pengertian ibadat itu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu bekerja diladang xikut cara sunnah ianya bkn ibadat..mcm tidur jg..dulu kt skolah..cikgu sllu ckp..mkn,tidur,kerje sume tu ibdt..tp tergantung..cikgu2 mahu pn ustazah xde pn ckp smpi hbs mcm mane yg dktekan ibadat tu..bile dh besar pnjg mcm ni..muzakarah dgn ulama2 sume..br dorg jelaskan..jd ibadat bile buat care sunnah..xbuat care sunnah bkn ibadat..

      bkn soal sempitkan pengertian ibadat tu..persoalannye, tahu ke ape pengertian ibadat tu?..XD..

      Delete
  7. Anonymous2/1/13 17:17

    Allah umpamakan dunia ni umpama BANGKAI ?

    Salam saudara, apakah benar ayat diatas?

    "bkn soal sempitkan pengertian ibadat tu..persoalannye, tahu ke ape pengertian ibadat tu?..XD.."

    Karkun menjawab sebegini? ... ish..ish..

    "Sedangkan dalam sehari ada 24 jam..Tapi, manusia tak gunakannya dengan seimbang seperti yang Pakcik aku tu cakapkan sebabnya..Terang-terang manusia menggunakan 8 jam untuk kerja dunia, 7 jam untuk tidur, 4 jam untuk riadah dan keperluan, dan 50 minit untuk agama iaitu solat 5 waktu..Untuk perkara dunia sahaja kita dah habiskan masa sebanyak 19 jam..Dan untuk agama sebanyak 50 minit yang mana tak sampai pun 1 jam"

    Bukankah konsep 24 jam dan tarikh itu adalah konsep ciptaan kafir, kenapa perlu berlandaskan hujahan dengan konsep contoh dari ciptaan manusia kafir. Hari dalam takwim Islam bermula pada waktu maghrib.

    Waktu adalah relatif, walaupun dalam ibadah. Adakah 50 rakaat itu lebih baik daripada 5 rakaat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya tidak benar, tidak diungkapkan..saya guna konsep 24 jam tu sebagai satu kaedah kepada mereka2 yang menggunakan waktu-waktu orang kafir sepertimana tuan sendiri menggunakannya..dan saya berani jamin, tuan sendiri banyak menggunakan cara orang kafir berbanding cara islam..contoh mudah, internet..:)..

      someone said to me, use your brain useful, no full it until become unused..

      Delete
    2. ada ke 5 rakaat? -_-

      Delete
  8. Anonymous21/2/13 12:08

    doakan ana tuan.. teruskn dengan usaha agama.. moga Allah beri taufiq dan hidayah pada kita dan seluruh umat.. amin...

    ReplyDelete
  9. teruskann usaha murni tuan..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Anonymous11/4/13 16:37

    Allah maha kuasa Makhluk sume tiada kuasa.

    Selagi kita berusaha belajar membuat pengorbanan untuk membela kalimah Lailahaillah muhammadurasullah . Allah akan pelihara kita.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. perkara ni lebih kurang macam yang berlaku pada ana....org yg tak buat usaha takkan faham macam org yg buat usaha

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. orang yg x penah keluar x kan faham ape maksud kita dihantar kat bumi ni...
    doakan hidayah utk mereka, insyaallah boleh jadi asbab hidayah,,
    kita ikram je mereka... :)

    ReplyDelete
  16. kita hnya meyampaikan,Yg bri kefahamn ALLAH,walaupun kita menang berhujah,mungkin ia kan membuat orang pecah hati...law buat salah dgn ALLAH blh taubat ALLAH MAHA pengampun,tp law pecah kan hati saudara kite,murka ALLAH yg kita dpt...yg bri manfaat dan mudarat hnya ALLAH s.w.t..doakan sya tuan

    ReplyDelete
  17. Anonymous14/6/15 07:43

    jazakallahulkhair kathiran...doakan aku dpat keluar 4 bulan :D

    ReplyDelete
  18. Anonymous9/10/15 04:40

    KOMEN YANG POSITIF.. TAHNIAH UNTUK ANDA KERANA ANDA DIPILIH ALLAH UNTUK MEROBAH DUNIA INI DARI GELAP KEPADA CAHAYA HIDAYAH
    KOMEN YANG NEGATIF..BERTAUBAT LAH TUAN2 SEBELUM ALLAH BUAT KEPUTUSAN ,

    ReplyDelete