4 Nov 2012

Menuju syurga...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku selamat sampai di bumi Malaysia pada awal pagi pada 28/10/2012..Perjalanan aku sebagai musafir di bumi India dan Bangladesh banyak mengajar aku erti pengorbanan..Bibit-bibit kehidupan aku di sana sarat dengan pelbagai kisah yang menarik..Tapi malangnya, tak semua yang aku dapat ceritakan..In Sya  Allah aku akan ceritakan dalam bentuk lisan dengan menggunakan video pada entri yang akan datang..Apa yang aku nak ceritakan pada entri kali ni adalah berkenaan satu kisah yang diceritakan oleh seorang karkun lama tentang anak perempuan dia semasa anaknya masih lagi kecil..Ditakdirkan Allah, aku dengan Pakcik tersebut dalam jemaah yang sama semasa aku keluar di Bangladesh..Pertamanya aku ingin perkenalkan siapa Pakcik tersebut..

Nama Pakcik tersebut terpaksa aku rahsiakan kerana aku perlukan izin Pakcik tersebut untuk aku gunakan nama sebenar dia..Memandangkan aku sudah pun berada di rumah dan tidak dapat meminta izin dari Pakcik tersebut kerana masalah komunikasi..Jadi, aku akan gunakan Pakcik I sebagai ganti nama Pakcik tersebut..Cerita ni diceritakan pada aku ketika di akhir waktu tashkil jemaah sudah hampir habis..Pada ketika tu kami berbaki lagi 1 masjid yang perlu di ziarahi..Apa yang menarik tentang Pakcik I ni ialah, salah seorang dari anak perempuan dia belajar satu kolej dengan aku..Cuma anak dia mengambil A-Level sedangkan aku pula Diploma..Semasa Pakcik I bercerita tentang anaknya ni, anak dia yang satu kolej dengan aku tu telah pun melanjutkan pelajaran ke German, yang sekarang dalam tahun 2..Bila Pakcik I tanya aku, aku belajar di mana..Aku pun menjawab aku belajar di GMi..Selepas aku jawab tu, Pakcik I pun bagitahu yang anak dia pun belajar di GMi..Dan dari situ bermacam-macam soalan yang aku tanya pada Pakcik I sehinggalah aku dapat tahu satu perkara yang menarik perhatian aku..

Apa yang menarik perhatian aku ialah, rupa-rupanya aku kenal anak dia dan aku pernah menaruh perasaan pada anak Pakcik I..Dan macam mana aku kenal anak Pakcik I tersebut adalah satu perkara yang menarik..Tapi, sayangnya aku tak dapat nak ceritakan macam mana aku kenal anak dia..Dan sekiranya aku ceritakan, entri ni akan menjadi sangat panjang..Pasti ianya akan membosankan sekiranya terlalu panjang..


Jadi, aku akan terus pada cerita yang disampaikan oleh Pakcik I pada aku..Pakcik I cerita, budak-budak kecil kalau kita ceritakan pada dia orang perkhabaran tentang syurga hari-hari, kesannya dapat membentuk diri, percakapan dan juga pemikiran dia orang..Bila Pakcik I cakap macam tu, dia bagi contoh anak dia..Pakcik I cakap, macam anak saya..Masa anak saya kecil, saya selalu ceritakan tentang perkara-perkara syurga pada dia..Saya cerita macam-macam tentang syurga, saya cakap dekat dalam syurga ada sungai madu, sungai susu, buah-buahan yang pelbagai rasa, istana-istana yang besar, bidadari-bidadari yang cantik, pakaian yang cantik-cantik, kain sutera yang tidak ternilai harganya dan macam-macam lagi saya ceritakan pada anak saya..Sehinggakan satu hari tu, anak saya tadi tu tanya pada saya..Ayah, dekat syurga ada mainan tak? Saya pun cakaplah ada..Masa tu keluar satu ayat dari mulut dia yang saya tak sangka, jangka dan terfikir dia akan cakap dan tanya macam tu..Bila Pakcik I tu cakap macam tu, saya pun terus tanya, apa yang dia cakap Pakcik..Pakcik tu pun cakap yang anak dia cakap..Kalau macam tu, jom la kita pergi syurga sekarang yah..Adik nak main mainan yang ada kat dalam syurga tu..Jom lah ayah..Ayah tahu tak jalan nak pergi syurga? Pakcik I bagitahu yang masa tu umur anak dia dalam 4-5 tahun..

Bila aku dengar Pakcik I cakap macam tu..Aku terus tergamam dan terkejut..Tersentak pun ada sebabnya satu orang budak kecil boleh fikir sampai macam tu sekali..Pakcik tu pun sambung lagi, tapi sayang budak-budak kecil hari ni telah di didik dengan percakapan yang tak betul..Di suruh belajar sungguh-sungguh, kalau tak, hidup akan susah..Sejak kecil lagi, manusia telah ditakut-takutkan akan perkara dunia kalau kita tak usaha atas dunia..Jadi, macam-macam ugutan, percakapan, pemikiran perbuatan yang menyeleweng telah di ajar pada kanak-kanak sehinggalah menjadi dewasa..Sejak kecil lagi iman yakin kita telah dirosakkan..Sehingga kita yakin dunia yang bagi manfaat dan mudarat, susah dan senang, miskin dan kaya dan lain-lain lagi..

Setakat tu je yang kami dapat muzakarahkan kerana ketika tu ada takazar lain yang datang..Jadi, sekarang kita fikirkan tuan-tuan semua..Macam mana percakapan kita yang kita ajarkan pada anak-anak kita, adik-adik kita? Semuanya percakapan dunia..Apa yang kita ceritakan dan cakapkan..Itulah yang akan masuk dalam hati kita..Umpama span yang di celup ke dalam air soya cincau..Apabila di perah span tersebut yang mengalir keluar adalah air soya cincau juga..Mustahil apabila diperah yang mengalir keluar ialah air mountan dew..Macam tu lah hati manusia..Bila perkara dunia yang kita selalu zahirkan dan dengarkan, maka dunia yang akan masuk dalam hati kita..Dan apabila kita nak mati nanti, akhir kalam kita perkara dunia lah yang akan keluar..Sekiranya kita selalu zahirkan percakapan kebesaran Allah, perkara-perkara akhirat, perkara-perkara iman, perkhabaran syurga dan neraka, kisah-kisah Nabi saw dan juga Sahabat r.anhum..Sekiranya perkara-perkara tersebut yang kita banyak bicarakan, akan terserap dalam hati kita..Maka, In Sya Allah..Akhir kalam kita akan keluar perkataan iman..

Apabila akhir kalam kita adalah perkataan iman, maka wajib syurga baginya..Seperti mana yang telah dijamin oleh Nabi Muhammad saw, yang mafhumnya..Sesiapa yang mati dengan ucapan La Ilaha Illallah, wajib syurga baginya..

Wallahu a'lam..

3 comments: