7 Jan 2013

Status demi status...


Assalamualaikum..

Berikut adalah status-status aku di Facebook atau gelaran yang aku bagi Fitnah Belaka..Yang pasti bukan semua status aku letak..Hanya seberapa..



7 January 2013
Aku dimaklumkan akan datang bala di Malaysia..Dan ramai di antara kawan-kawan yang mencaci maki AJL..Jadi, aku punya fikir..

"Kalau benarlah apa yang nak jadi ni..Kalau dah Allah tentukan jadi, kita nak mengelak macam mana pun takkan jadi apa..Ada AJL ke, ada IM ke, ada UP ke, apa saja lah rancangan mengarut-ngarut..Tu semua takkan dapat selesaikan apa-apa bala yang nak datang..Asbab yang boleh selamatkan kita dari bala ialah amal agama..Bukan IM, AJL, UP, Ombak Rindu, Adam & Hawa, KCB, AAC, dan lain-lain..Tapi dengan perantara amal yang sahih.."


6 January 2013
Kau orang layan AJL = Acara Jahanam Lebih..Aku layan FB = Fitnah Belaka..Macam tak ada beza..
Lembik gila iman..:'(..Aku dah tahu ni, tapi tak tutup pun FB ni..Ya Allah..


4 January 2013
Jangan buat gila la muslimah-muslimah celup nak laki atau suami kau orang jadi imam kau orang dekat rumah..Lelaki solatnya kat MASJID..Bukan dalam rumah, baik suruh suami kau orang tu pakai telekung kalau nak solat dekat rumah..Nak jadi makmun suami kau orang, pergi MASJID sekali..Tapi lagi baik kalau wanita solat dekat rumah..-_-


4 January 2013
Tidak ada satu pun dalam dirinya seperti yang dikhabarkan..Hanyalah kepalsuan dan kemunafikan yang terserlah..Moga yang bertanya difahamkan..


4 Januray 2013
Aku nak seorang teman hidup yang bila mana aku bercerita perihal Sahabat r.anhum pasti aku akan menangis dan 'dia' pun turut menangis..Sebagai peneman aku menangis..Dan bukanlah menangis kerana aku menangis, tapi menangis kerana kisah pengorbanan Sahabat r.anhum..


4 January 2013
Tinggi, handsome, sejuk hati tengok lelaki menghidupkan sunnah dan tahu ilmu yang dipelajari, kelakar, macam kanak-kanak riang, memegang amanah, bijak tapi merendah diri, lembut dengan wanita, patut dah kahwin, lapar tapi tak tunjuk.. :'(


4 January 2013
Allah..Sakit tu ujian..Sihat tu ujian..Perasaan pun ujian..Tahun depan 25..Target nak sunnah..


4 January 2013
Aku tak suka mengalirkan air mata untuk perkara dunia mahupun yang tiada kaitan dengan agama..


4 January 2013
Gelap dan kelamnya dahulu tiada cahaya..
Berenang dan menyelam dalam lautan dosa..
Kerana rindu kepada yang bergelar manusia..
Menghalang dari mengenal yang Maha Esa..

Telah datang cahaya memberi hidayah..
Telah datang kesantunan ibadah..
Telah di ajar akan susah payah..
Terhasillah iman yakin tiada salah..
Itulah hasil dari mujahadah..

Kerana jahilnya jasad seakan haiwan..
Berlagak pandai seakan darjat ilmuan..
Lalu keangkuhan datang menikam badan..
Datanglah peneman bernama syaitan..

Datangnya hidayah menghilangkan yang jahil..
Merasa bodoh dan hadirnya menyesal..
Kerana kejahilan menegakkan yang batil..

Hadirnya dalam kelam tiada perkenalan..
Hanya bualan dan percakapan..
Datangnya hidayah mendatangkan perasaan..
Mulalah bibit perasaan dan perkenalan..
Tiada pertemuan, hanya cerita yang disampaikan..
Tiada gambaran, hanya dengar dengan pengkhabaran..
Sungguh kerinduan yang mendalam menikam perasaan..


31 December 2012
Berbondong-bondong ummat menuju kepada keseronokan..
Hanya untuk memuaskan nafsu kebinatangan..
Katanya, hanya ingin melihat keajaiban.. 
Tapi sayang, keagungan dan keajaiban yang terhidang tidak dipandang..
Hanya keajaiban setahun sekali yang terbang-terbang yang dibanggakan..
Keagungan dan keajaiban sejak azali tidak kelihatan..
Bukan untuk menafikan, tapi itulah kebenaran..
Kerana iman yakin yang langsung tidak diusahakan.
Maka ummat menjadi teman syaitan yang menuju kepada kebinasaan.. 
Didunia, merekalah teman dan rakan..
Tapi disana, mereka buat-buat tak kenal dan tak pandang..
Paling teruk, dinafikan segala perbuatan..
Habislah ummat, meringkuk dalam neraka jahanam bersama syaitan..
Mari ummat, mari rakan, mari teman, mari seluruh ummat akhir zaman..
Selamatkan diri dari api yang bernyala-nyalaan..
Nyalaannya menyala selama beribu riban zaman..
Meringkuk dalamnya tidak akan tertahan..
Jangan kerana keseronokan yang dihidangkan..
Anda menjadi salah seorang banduan yang tidak akan dilepaskan..

4 Nov 2012

Menuju syurga...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku selamat sampai di bumi Malaysia pada awal pagi pada 28/10/2012..Perjalanan aku sebagai musafir di bumi India dan Bangladesh banyak mengajar aku erti pengorbanan..Bibit-bibit kehidupan aku di sana sarat dengan pelbagai kisah yang menarik..Tapi malangnya, tak semua yang aku dapat ceritakan..In Sya  Allah aku akan ceritakan dalam bentuk lisan dengan menggunakan video pada entri yang akan datang..Apa yang aku nak ceritakan pada entri kali ni adalah berkenaan satu kisah yang diceritakan oleh seorang karkun lama tentang anak perempuan dia semasa anaknya masih lagi kecil..Ditakdirkan Allah, aku dengan Pakcik tersebut dalam jemaah yang sama semasa aku keluar di Bangladesh..Pertamanya aku ingin perkenalkan siapa Pakcik tersebut..

Nama Pakcik tersebut terpaksa aku rahsiakan kerana aku perlukan izin Pakcik tersebut untuk aku gunakan nama sebenar dia..Memandangkan aku sudah pun berada di rumah dan tidak dapat meminta izin dari Pakcik tersebut kerana masalah komunikasi..Jadi, aku akan gunakan Pakcik I sebagai ganti nama Pakcik tersebut..Cerita ni diceritakan pada aku ketika di akhir waktu tashkil jemaah sudah hampir habis..Pada ketika tu kami berbaki lagi 1 masjid yang perlu di ziarahi..Apa yang menarik tentang Pakcik I ni ialah, salah seorang dari anak perempuan dia belajar satu kolej dengan aku..Cuma anak dia mengambil A-Level sedangkan aku pula Diploma..Semasa Pakcik I bercerita tentang anaknya ni, anak dia yang satu kolej dengan aku tu telah pun melanjutkan pelajaran ke German, yang sekarang dalam tahun 2..Bila Pakcik I tanya aku, aku belajar di mana..Aku pun menjawab aku belajar di GMi..Selepas aku jawab tu, Pakcik I pun bagitahu yang anak dia pun belajar di GMi..Dan dari situ bermacam-macam soalan yang aku tanya pada Pakcik I sehinggalah aku dapat tahu satu perkara yang menarik perhatian aku..

Apa yang menarik perhatian aku ialah, rupa-rupanya aku kenal anak dia dan aku pernah menaruh perasaan pada anak Pakcik I..Dan macam mana aku kenal anak Pakcik I tersebut adalah satu perkara yang menarik..Tapi, sayangnya aku tak dapat nak ceritakan macam mana aku kenal anak dia..Dan sekiranya aku ceritakan, entri ni akan menjadi sangat panjang..Pasti ianya akan membosankan sekiranya terlalu panjang..

7 Jul 2012

Pakcik Aku PAS & Aku Anak Buahnya Karkun

Assalamualaikum..
Entri ni di taip pada pukul 2:19am..Aku mengalami imsomnia sementara, tetiba tak boleh nak tidur..Ok, sekarang kita terus pada topik..Perkara ni jadi siang tadi semasa dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang dari solat jumaat..Aku tumpang Pakcik aku waktu tu..Sebelum aku naik ke kereta, aku ada tegur adik kawan baik aku..Dan aku zahirkan niat aku pada dia orang, secara tak langsung Pakcik aku pun dapat dengar apa yang aku cakapkan kat adik kawan baik aku tu..Apa yang aku cakapkan sekadar pemberitahuan bahawa aku akan keluar berdakwah dan islah iman dan diri selama 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh minggu hadapan..Sekiranya perancangan aku sama dengan ketentuan Allah, maka dapatlah aku keluar minggu depan..In Sya Allah..

Semasa dalam kereta, Pakcik aku ada tanya aku sama ada aku dah minta izin Emak dan Ayah ke belum? Lepas tu, Pakcik aku ada bercerita yang dia dulu pernah juga keluar dengan jemaah tabligh ni..Tapi sekejap sangat..Tu yang Pakcik aku cerita, lepas tu Pakcik aku pun menambah ceritanya lagi dengan mengkhabarkan kepada aku bahawa tabligh ni ada yang bila akhirat, dia kejar akhirat je..Ada yang biasa-biasa..Macam Professor, Dato', Doktor, Ahli Perniagaan dan lain-lain..Mereka semua tu bagus, dunia dan akhirat ada..Tapi bila sampai yang kat sesetengah orang yang dalam jemaah terlalu pentingkan akhirat sampai dunia pun tak ambil kisah..Kita kena la seimbang dunia dan akhirat..

25 Jun 2012

Soal dan jawab..

Assalamualaikum..

Ada orang tengah borak-borak..Lepas tu, dia orang dah tak tahu nak borak apa..Dia orang main soal dan jawab..Situasi ni antara dua orang..Seorang Pemuda Kacak (PK) dan seorang lagi Pemuda Serban Hitam (PSH)..Maka bermula lah sesi soal dan jawab..

PK : Weh PSH, aku tak boleh la tengok orang perempuan pakai seksi-seksi ni..Apa pendapat kau? Boleh ke perempuan pakai seksi-seksi?

PSH : Boleh! :D, kenapa pula tak boleh? Kalau tak, macam mana nak cuci mata nanti?..:p..

PK : Ehh!!! Kau biar betul der? Apa pulanya boleh..Mana hukum kata boleh? Kau suka-suka je cakap macam tu..

PSH : Betul la..Boleh..Aku belajar agama, aku tahulah boleh..

PK : Kau belajar agama apa macam ni? Semua ustaz dan ulama cakap orang perempuan tak boleh pakai seksi-seksi..Dalam Al Quran sendiri ada perintah supaya perempuan tutup aurat..Kau belajar agama apa macam ni tetiba kata boleh..

PSH : La? Memanglah dalam Al Quran ada cakap macam tu..Tapi, betul..Perempuan boleh pakai seksi-seksi..

PK : Weh, aku rasa kau ni dah tak betul..Kau belajar agama kat mana sampai boleh cakap macam tu?

PSH : Aku belajar dengan ustaz-ustaz la..Ustaz-ustaz yang aku tanya semua cakap boleh..Kenapa pula kau nak cakap tak boleh?

PK : Aku cakap macam tu sebab bukan aku yang suka-suka nak cakap..Aku ikut Al Quran dan Hadis..Terang lagi bersuluh kot cakap dalam Al Quran kata perempuan kena tutup aurat dengan sempurna..Lepas tu kena pakaian yang longgar-longgar dan labuh supaya tak nampak bentuk badan..Sekarang ni bila aku tanya kau, kau kata boleh..Lepas tu yakin pula tu kau cakap boleh..Silap-silap akidah kau boleh jadi tak betul nanti..

23 Jun 2012

23 tahun hidup penuh dosa...

Assalamualaikum wbt..


Entah kenapa tetiba hari ni aku terasa nak update blog..Mungkin disebabkan terbaca satu blog ni berkenaan seorang ibu..Tapi, apa kaitan tajuk entri ni dengan blog yang pasal ibu tu..Sememangnya tak ada apa-apa kaitan pun..Entah kenapa, blog tu buat aku teringat akan segala dosa dan kesalahan yang pernah aku buat dulu..Jadi, apa yang aku nak ceritakan kali ni bukanlah keburukkan aku atau pun kesalahan aku yang sebelum ni..Tapi, entri aku kali ni adalah lebih kepada nak minta maaf...

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa tak pergi minta  maaf secara langsung je dengan orang yang kita buat salah tu..Sebenarnya, usaha ke arah tu pun telah aku buat..Dan sekarang usaha aku yang sebegini rupa pula..Sebabnya, seandainya Allah takdirkan aku mati semasa tempoh khuruj aku ke India, Pakistan, dan Bangladesh..Blog ni masih lagi akan ada, dan sesiapa yang kenal aku dan aku pernah buat salah pada sesiapa..Entri aku yang kali ni pengganti diri aku untuk aku minta maaf pada orang-orang yang aku pernah buat salah pada mereka yang aku tak sempat nak jumpa atau malu nak jumpa atau pun berhubung dengan mereka..

24 Apr 2012

Kenapa dah tak nampak sekarang??

Assalamualaikum...
Perbualan ni antara aku dengan kawan yang satu batch dengan aku kat tempat aku belajar ni..Aku selalu tashkil (ajak) dia untuk keluar 1 hari setengah dengan aku..Tapi disebabkan dia tak ada tolab, maka dia menolak dengan baik..Aku selalu tashkil dia semasa aku di semester 2,3,4..Masa tu dia ada buat usaha lain selain dari usaha yang aku buat ni..Jadi, kat bawah ni aku kongsikan dengan kau orang perbualan aku dengan dia..Satu perkara yang kau orang kena faham, perbualan ni dah lama..Jadi ada perubahan, pengurangan ayat dan juga kata-kata..

Aku assume kawan aku tu sebagai PU iaitu Pemuda U***h..Dan aku PSH iaitu Pemuda Serban Hitam..Macam biasalah, aku ni obses sangat dengan serban hitam..Kalau kau orang nampak ada orang pakai jubah putih dan serban hitam berlegar-legar di area bangi ni..Itu aku lah tu..Haha..Mesti kau orang tak dapat cari punya sebab ramai yang pakai serban hitam..Haha..:p..Ok, perbualan aku dengan dia singkat je, berikut adalah perbualan kami..

PSH : Assalamualaikum PU..

PU : Waalaikumsalam wbt..

PSH : Apa khabar? Iman apa khabar?

PU : Alhamdulillah sihat, iman In Sya Allah di usahakan..

PSH : Alhamdulillah, baguslah..Macam mana belajar?

PU : Setakat ni alhamdulillah ok..

PSH : Macam ni PU, aku straight to the point je lah eh..Minggu ni kita ada keluar 1 hari setengah..Student GMi lepas tu ada orang awam 2 ke 3 orang macam tu..Kita keluar kat area bangi ni juga..Macam mana? Kau sedia tak?

PU : Erm, maaflah aku tak sedialah sebab minggu ni aku balik sebab Emak aku sorang je kat rumah..Adik-adik aku balik kolej dia orang dah..

PSH : Owh, macam tu ke..Macam tu tak apalah, lain kali mungkin boleh..In Sya Allah?

PU : In Sya Allah..

PSH : [Terdiam sekejap cari idea nak jadikan modal borak]..

PSH : Eh, aku biasa tengok kau dengan budak A-Level tu..Bagus juga kau ada buat program-program agama..Apa je biasa kau orang buat? [Walaupun aku dah tahu apa yang dia orang buat, aku tanya lagi juga sebab nanti tak ada modal nak borak]..

PU : Oh, Ha*** tu ke? Kita orang ada muzakarah sikit..Buat halaqah perbincangan apa semua pasal isu-isu semasa dan baca tafsir quran..Lebih kurang macam tu lah..

PSH : Owh, menarik..Baguslah, dah lama ke kau aktif?

PU : Tak adalah lama, barulah juga..Aku ikut masa aku kat GMi ni lah..

PSH : Owh, bagus juga..Sambil belajar engineering, ada jaga amal..Boleh la aku belajar-belajar dengan kau..:)..

PU : Eh, apa pula..Aku ni pun banyak tak betul..

PSH : Hehe, aku pun lebih kurang macam tu..Boleh jadi lagi teruk dari tu..Doakan aku je lah..:)..

Ok, perbualan yang pertama ni semasa aku di awal-awal buat usaha dan semasa aku semester berapa aku pun tak ingat..Hehe..Orang yang bernama Ha*** tu adalah kawan dia, budak tu student A-Level, preparation untuk ke German..Alhamdulillah Ha*** tu terpilih untuk pergi ke German..Sekarang dia dah ada kat German lebih kurang setahun..Yang sedihnya, bila Ha*** tu dah pergi ke German, aku dah tak nampak lagi si PU tadi di masjid..Semasa si Ha*** tu ada lagi, si PU tu pun ada juga..Rajin turun solat berjemaah hatta subuh memang aku selalu nampak..Boleh kata setiap hari lah..Bila ada yang aku tak nampak tu biasanya aku sangka baik mungkin dia balik rumah dia solat jemaah kat penempatan dia..Itu je lah rutin aku..

Dan, bila si Ha*** tu dah fly..Memang jarang dah aku nampak dia walaupun pada hari-hari yang ada kelas..Aku selalu terserempak dengan dia kat Departmen IE..Senyum je yang mampu aku bagi bila terserempak dengan dia..Lebih kurang seminggu selepas Ha*** fly ke German sehinggalah sekarang terlalu jarang aku nampak kawan aku tu..Dah boleh jadi macam cerita Nujum Pak Belalang tu, yang P Ramlee dok cakap '4 Kadang-kadang'..Lebih kurang macam tu lah..Baru-baru ni dalam bulan 3 hari tu aku terserempak dengan dia kat koperasi..Jadi aku tegurlah dia, berikut adalah perbualan kami..

PSH : Assalamualaikum PU..Sihat?

PU : Waalaikumsalam wbt..Alhamdulillah sihat..

PSH : Amboi, lama dah tak nampak kau..Rindu kot..[lama tak nampak kat situ aku maksudkan lama tak nampak kat masjid]..

PU : Aku sibuk la sekarang ni dengan FYP..Tu kadang kita jarang jumpa..

PSH : Betul juga kan..Aku pun buat FYP juga, sibuk kita sama juga kan..:p..

PU : [Hanya mampu tersenyum]..

PSH : Eh, lama dah tak nampak kat masjid..Aku ada buat salah kat kau ke? Mana lah tahu aku ni penyebab kau tak dapat hadirkan diri kat masjid 5 waktu sekarang..Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf..

PU : Eh, tak lah..Tak ada kena mengena pun..Sekarang ni sibuk lepas tu ada problem sikit apa semua..

PSH : Owh, kau ada masalah apa? Cer cerita, mana tahu..Asbab kau cerita aku boleh tolong mana yang mampu..

PU : Tak pelah PSH..Terima kasih..Problem kecik je..:)..

PSH : Erm, kalau macam tu tak pelah..Cuma aku nak pesan sikit..[Sambil peluk bahu dia]..Janganlah bila orang tu ada baru kau nak ada kat masjid..Bila orang tu dah tak ada kat sini, susah aku nak nampak kau kat masjid..Bagus kalau kau dapat istiqomah macam dulu..Bukan setakat aku je suke, yang lagi penting..Allah suka..Fikir-fikirlah apa yang aku cakap ni eh..Maaf kalau aku salah cakap..

PU : [Sambil senyum] In Sya Allah..terima kasih eh PSH..

PSH : :)..Assalamualaikum [Aku pun beredar]..

Itulah perbualannya..Alhamdulillah, selepas dari tu aku dah mula nampak dia kat masjid walaupun tak selalu sekurang-kurangnya dia ada datang dari tak datang langsung..Sekarang ni, aku nak usahakan supaya dia dapat keluar 4 bulan dengan aku bulan 7 ni..Moga-moga Allah pilih dia dan aku untuk bersama-sama menginfakkan masa, harta, diri dan nyawa untuk agama walaupun hanya untuk 4 bulan..

Moralnya kat sini, mungkin nampak macam aku memburuk-burukkan dia..Tapi bukan itu yang aku maksudkan dalam entri aku kali ni..Tapi apa yang aku nak sampaikan sebenarnya, setiap amal yang kita buat kita kena pastikan niat kita sebetul-betulnya..Bukanlah kerana seseorang tu ada baru kita nak buat..Kalau tak ada orang tak buat..Bukan itu yang di ajar..Kelemahan kita hari ni tak dapat nak jaga solat berjemaah sebab kelemahan iman kita..Tak guna kalau selalu muzakarah, buat halaqah dan lain-lain tapi kalau tak ada mujahadah dalam usaha atas iman..Memang kita takkan rasa kemanisan dan mujahadah tu..Tu kita boleh bersikap acuh tak acuh je dalam segala bentuk amal ijtima'ie..

Satu orang yang belajar ilmu agama, tapi kalau dia tak ada kekuatan iman..Ilmu yang dia belajar pun takkan dapat dia amalkan..Sebab untuk amal ilmu yang kita ada pun kena ada kekuatan iman untuk amal ilmu tersebut..Ni sebagai contoh yang lagi mudah aku bagi..Solat iman meningkat, tapi sejauh mana? Sedangkan solat kita pun kita lalai..Aku berani cakap, tak ada manusia yang dapat solat dengan betul-betul khusyuk seperti mana sahabat yang bila mana solat je seolah-olah nampak Allah..Nampak syurga dan neraka..Kita tak ada tu semua..Maulana Hamid sendiri cakap, saya khusyuk memang tak dapat lagi..Tapi, saya dapat rasa kemanisan solat..Tu orang alim tu, sedangkan kita ni orang awam..Jangan cakap khusyuk, kemanisan solat pun tak dapat rasa..

Jadi, untuk kita dapatkan tu semua dengan mujahadah seperti mana yang sahabat-sahabat korbankan..Dengan mujahadah kita dapat rasa perit getir pahit manis pengorbanan untuk agama..Jadi, kita akan rasa rugi untuk sia-siakan pengorbanan yang kita usahakan..Seperti mana orang yang belajar diploma, degree, master dan phd..Lepas habis belajar tak nak kerja...Ada ke orang nak sia-siakan pengorbanan dia belajar selama bertahun-tahun lamanya tu? Macam tu juga dengan pengorbanan untuk agama..

Wallahu a'lam..Aku ni pun macam orang lain juga, ada kalanya tertinggal solat jemaah disebabkan kelemahan iman aku sendiri..Dan lepas tu penyesalannya memang tak dapat nak diceritakan bila aku tertinggal solat berjemaah ni..Apa yang aku cerita ni supaya kita sama-sama ada fikir untuk diri kita dan juga orang lain..Kalau agama ni hanya dengan senang lenang, sahabat-sahabat takkan buat dakwah dengan tinggalkan anak bini mereka..Tapi, agama ni sebenarnya mujahadah..Dengan mujahadah kita dapat rasa kemanisan iman..
Ihsan google imej

23 Apr 2012

Sedar tak kau orang semua?

Assalamualaikum...
Kau orang semua sedar tak, manusia hari ni cipta sesuatu perkara sebab nak tunjuk kelemahan  sendiri..Sebagai contoh :-

Manusia ciptakan selipar dan kasut sebab manusia ni tak boleh berjalan dengan kaki ayam..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan kereta sebab manusia ni tak boleh berjalan jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta rumah sebab manusia ni tak boleh hidup dalam pelbagai keadaan cuaca..LEMAHNYA..
Manusia cipta telefon sebab manusia ni tak mampu untuk cakap apabila jarak terlalu jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta pembesar suara sebab manusia tak mampu nak cakap kuat-kuat..LEMAHNYA..
Manusia cipta bom tapi tak boleh nak lindungi diri dari bom tersebut..LEMAHNYA..
Manusia ciptakan binocular sebab manusia ni tak mampu nak lihat jauh-jauh..LEMAHNYA..
Manusia cipta tangki oksigen sebab manusia ni tak boleh menyelam lama-lama..LEMAHNYA..
Manusia cipta kapal terbang sebab manusia ni tak boleh terbang..LEMAHNYA..

Berbeza dengan ALlah swt..Sebagai contoh :-

Allah ciptakan langit tanpa tiang sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan bulan dan bintang tanpa tali sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan siang dan malam sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan syurga dan neraka sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan sungai dan laut sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan matahari dan planet, hebatnya Allah pelihara kejadianNya..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan lelaki dan perempuan sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan manusia sebab nak tunjukkan kekuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..
Allah ciptakan malaikat sebab nak tunjukkan kekeuasaan Allah..ALLAHU AKBAR..

Percaya tak kau orang semua, bila mana kau orang cakap perkara-perkara di atas..Maka iman kau orang semua meningkat sebab kau orang telah berkata, perkataan yang benar..Walaupun ayat-ayat tu senang sehinggakan budak tadika pun boleh cakap, tapi Allah suka sangat dengan percakapan tersebut..Tapi disebabkan kita ni leka, lalai, alpa, lupa, tak sedar diri, berlagak, sombong, bongkak, kerek, poyo, tinggi diri, bangga, riya' dan ego..Maka kita langsung tak dapat nak luangkan masa 5 minit untuk cakap kebesaran Allah..Tapi, bila bercakap soal dunia..24 jam tanpa henti kita mampu untuk bercakap..Astagfirullahal azim..

Kita hari ni cakap nak seimbang dunia akhirat, tapi sedar tak kau orang..Orang yang cakap macam tu sebenarnya adalah munafik tegar sebab apa..Dalam sehari ada 24 jam..8 jam kita guna untuk kerja dan belajar..7 jam kita guna untuk tidur..4 jam kita guna untuk riadah..2 jam buang sia-sia macam tu saja atau guna untuk hobi..2 jam ibadah..Cuba kira, dalam sehari kita banyak buat perkara dunia ke perkara akhirat?

Itu ke yang kita cakap seimbang dunia akhirat?? Percaya tak kau orang kalau aku cakap, dalam kehidupan kita tak ada istilah seimbang dunia akhirat..Tetapi sebaliknya kehidupan kita kat dunia ni hanya untuk akhirat..Dan bila mana aku berkata begitu bukanlah bermaksud aku mengatakan kita tolak dunia..Kita ambil dunia, tapi sekadar keperluan..Rasa susah dan senang sama je..Ada duit tak ada duit sama je..Tak risau..Tapi bila mana tertinggal solat berjemaah, tinggal sunnah, tak baca Quran, kita mula rasa resah dan sangat-sangat bersalah..Itu baru betul..

Umpamakan satu orang bayi yang dalam perut ibu, dia mengatakan tangan dan kaki dia tu menyusahkan dia sebab susah nak bergolek-golek dalam perut ibunya..Sebab apa, sebab kegunaan kaki dan tangannya tu bukan dalam perut ibunya..Dan, apabila dia dah keluar..Baru dia tahu apa kegunaan tangan dan kakinya tu..Macam tu juga bila bayi yang dah lahir tadi tu, dia dah tahu kegunaan tangan dan kaki dia..Tapi dia gunakan untuk dunia saja..Maka, dia dalam kerugian sebab apa? Sebab kegunaannya tu semua bukanlah semata-mata untuk dunia, sebaliknya untuk akhirat yang kekal abadi..Yang orang dalam FB biasa dok cakap abadan abada tu..-_-'..Alhamdulillah aku tak ada FB..

Akhir sekali, kita hidup kat dunia bukan untuk dunia..Tapi untuk akhirat..Dunia ni Allah hanya anggap bangkai saja..Sekiranya dunia ni terlalu bernilai bagi Allah, percayalah..Nikmat sebesar kepak lalat sekali pun Allah takkan bagi kat orang kafir..Tapi hari ni, orang kafir dan orang islam 99% dapat nikmat yang sama..Yang membezakan cuma 1 nikmat je iaitu nikmat iman dan islam..Tapi, satu orang muslim belum tentu lagi seorang yang mukmin..Tapi, satu orang yang mukmin sudah pasti dia muslim..WALLAHU A'LAM..

17 Apr 2012

Ciri-ciri lagi???


Assalamualaikum..ramai sungguh yang tanya kat aku, ko nak masthurat(wanita) yang macam mana? Penat kot dengan soalan ni..Aku tak memilih der, tapi kalau aku dibagi pilihan untuk memilih..Aku akan pilih yang tersembunyi sebab maksud masthurat tu yang tersembunyi..Jadi, takkan la aku nak pilih masthurat yang dah tak tersembunyi..Asyik dok sibuk tayang diri kat FB dan lain-lain laman sesawang..Walaupun berpurdah..Tu je jawapan aku, andai aku dicalonkan dengan masthurat..Perkara-perkara yang aku tanya sebelum bersetuju adalah seperti berikut :-

1) Kamu ada FB?
2) Kamu boleh ditinggalkan 4 bulan setiap tahun, 40 hari setiap tahun, 10 hari setiap bulan, 1 hari setiap minggu, 2-8 jam sehari?
3) Kamu boleh hidup dalam keadaan serba kekurangan?
4) Kamu boleh hidup tanpa TV, Radio, Internet, Komputer, Telefon?
5) Kamu boleh nikah dengan saya ikut cara sunnah?
6) Kamu boleh ke tak keluar rumah melainkan dengan mahram, hatta nak keluar rumah sidai kain pun tak boleh?
7) Kamu boleh bangun setiap malam kejutkan saya tahajud?
8) Kamu boleh hidup dengan cara sunnah setiap masa?
9) Kamu boleh menjaga keaiban, maruah, kehormatan diri sendiri, suami, dan juga keluarga?
10) Kamu sanggup kalau semua anak kita yang lelaki belajar di madrasah dan yang perempuan belajar agama di rumah?

Ha, itu antara soalan-soalannya..Kalau nak ikutkan banyak lagi, tu malas nak senaraikan..Itu pun kalau aku ni diberi peluang untuk memilih sebegitu rupa..Tapi yang pasti, ada soalan-soalan wajib yang aku akan tanya..Masthurat ni senang tapi susah..:D..Kalau ada yang nak bengkeng aku, ikut suka kau orang..Kalau faham alhamdulillah..Kalau tak faham dan tak suka jangan suka-suka nak buat cerita dan andaian sendiri sebab aku akan dapat pahala kau orang secara free..:)..

Aku tujukan entri aku kali ni pada orang yang selalu sangat tanya kat aku macam tu..Hehe..Jangan marah my friends..:p..

15 Apr 2012

Preparation...

Assalamualaikum..lama dah tak upadate ni..Sekarang boleh kata sibuk juga la dengan Final Project dan juga persiapan untuk keluar 4 bulan, bulan 7 ni..Tafakut baru-baru ni masih kena cukupkan keperluan..Doa-doa untuk saya semoga Allah pilih..Kena banyakkan jaga amal je sekarang ni..Nabi saw ajar umat dia selesaikan masalah dengan AMAL..Jadi, sama-sama kita belajar..Aku nak update pasal ni je..:D..Nanti kalau aku senyap lama semacam je, tu tandanya aku tengah keluar 4 bulan la tu..Kalau aku tak upadate apa-apa langsung dalam masa setahun tu tandanya aku dah syahid la tu..Moga-moga aku dimatikan ketika aku berada di jalan Allah dan juga semasa aku solat..Paling kurang pun aku dapat ucap kalimah La Ilaha Illallah..:D..Amin..Doakan untuk aku pembaca-pembaca sekalian..Kalau ada yang nak infak harta untuk support aku keluar jalan Allah pun boleh..:D...Lagi aku alu-alukan, dan lagi baik kalau orang yang infakkan harta tu dapat kuar sekali 4 bulan..:D..Hehehe...

6 Mar 2012

Copy Paste lagi...:D

Aku ambil entri ni blog ni Hafiz Kilau ..

Hanya lelaki pondan yg cukur janggut

Sekadar hiasan

Dewasa ini, ramai yg mempertikaikan dalil-dalil tentang pembelaan janggut. Dgn jelas sekali janggut merupakan sunnah baginda dan sahabat, tidak ada satu org sahabat pun yg tidak berjanggut bahkan janggut mereka panjg2 belaka dan tidak pernah dipotong melainkan apabila sudah melebihi satu genggam. hari ini sunnah ini makin lama makin ditinggalkan termasuklah ustaz2 semua sekali memendekkan janggut. Alasannya tidak kemas. Adakah rasulullah itu tidak kemas orgnya? Bahkan dlm Al-Quran jelas mengatakan Muhammad itu nabi paling hensem, kehenseseman Yusuf hanya separa kehenseman Rasulullah. Pd zaman rasulullah adat mereka adalah saling berpelukan apabila bertemu, tetapi apabila jumpa org yg tiada janggut sahabat akan takut memeluk kerana takut terpeluk golongan pondan. berapa ramai di Malaysia ni yg pondan2 belaka? di mana janggut kalian wahai kaum lelaki? Hari ini kita suka ambil hadis2 dan fatwa yg cukup2 mkn. Mana2 ijmak yg ada membolehkan pemotongan janggut itulah yg kita pilih, itulah yg kita sokong. Walhal dgn jelas rasulullah menyuruh kita pendekkan misai sependek2nya serta panjangkan janggut. Hari ini kita korek kata2 ulamak berfatwa pendekkan janggut. sgt bertentangan dgn hadis nabi yg suruh simpan janggut. sbb apa ulamak keluar fatwa begitu sbb mereka juga cukur janggut. sgt2 celaka golongan ulamak begini. susah sgtkah mahu apply sunnah dlm kehidupan. Langsung tiada perkara yg mendesak mereka dlm kehidupan mereka sbg para alim dan para ulamak. Mereka yg berilmu ini seharusnya menjadi cth kpd org2 awam. lainlah kalau kita yg muda2 ini yg terpaksa trim janggut utk kerja sbg askar,polis dan pegawai bank. Tetapi apakah alasan para alim yg kerja mereka yang sememangnya menyebarkan Ilmu Allah. Pelik bin ajaib. Gengamlah sunnah dgn gigi geraham. Sabda baginda s.a.w. barang siapa yg memegang satu sunnahku di zaman fasha dan mungkar maka dia akan memperoleh pahala 100 kali mati syahid. sabda baginda lg "barangsiapa yg mencintai sunnahku, dia mencintaiku, dan barangsiapa yg mencintaiku dia akan bersama-samaku di dalam syurga nanti, MasyaAllah. ayuh kalian rebutlah sunnah ini, pahala 24 jam. Janggut x boleh tanggal. Kalau kopiah dan serban kita mesti tanggalkan semasa mandi tetapi janggut InsyaAllah x boleh tanggal.. 24 hours pahala jalan.. InsyaAllah..

Hadis #1 
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, 
"Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud) 

Hadis #2 
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, 
"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban) 

Hadis #3 
Didalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini 
Rasulullah saw bersabda. 
"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut" 

Hadis #4 
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka; 
"Binasalah! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, 
"Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami" 
Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai." 

1. Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim) 
Imam Qurtubi menyatakan, 
"Pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan" 

2. Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu.

3. Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya 
"Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami" 

4. Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, 
"Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan" 

5. Saidina Umar r.a. dan Ibn Abi Lailah r.a., yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Copy Paste.....

Aku ambil entri ni kat blog ni Hafiz Kilau..

Tabligh selekeh? tabligh tak buat nahi mungkar? Tabligh tinggal anak bini? tabligh tak cukup ilmu mau dakwah?

  • Tabligh tinggal anak bini?
  • Tabligh selekeh?
  • Tabligh tak buat nahi mungkar?
  • Bidaah keluar 3 hari 40 hari 4 bulan?
  • Kenapa pilih india kenapa tak ke Makkah?
  • Tabligh tak cukup Ilmu mau dakwah org?
Sudah lali di telinga kami mendengar ungkapan begini, kalau yg mls nak jawab tu ckp InsyaAllah keluar 3 hari baru faham. Kalau yg tawadduk mcm Maulana Hamid dan Maulana Saad usah harap mau jawab. Berdebat jauh sekali. Siap berdoa lg pd Allah Ya Allah berikanlah si polan ini hidayah dgn tangisan yg betul2 pula tu walhal si polan baru je maki org tabligh. Punya tggi akhlak mereka. Kalau aku, mmg aku pancung terus. Al-Maklumlah Iman lemah. Bkn apa dulu samseng. Sekarang org panggil samseng tabligh. Dulu di Uitm, org Ikhwan dok ckp kat depan surau mcm2, tggu masa je aku nk bangun bg flying kick kat muka dia tp nasib baik rakan seusaha tenangkan aku. MasyaAllah Allah bg ujian SABAR pd aku. Punya Mujahadah mau tahan. Dulu rakan seusaha pakat takut pegi bilik pengerusi surau, tp aku mmg pegi jgk. Ketuk tetap ketuk. Silapnya niat aku yg tak baik, niat aku mau pancung. Mmg smpi skarag kwn tu x dapat hidayah asbab akhlak buruk aku. MasyaAllah menyesal pun ada.. skarg mari aku jawab satu persatu. Tak puas hati kita jumpa. tak payah nk komen2 buruk. Lg satu tak payah mintak aku dalil2. Pegi cari sendiri. Gila nk letak dgn sanad2 suma. InsyaAllah.

Tabligh Tinggal anak bini?

Kita putar balik kisah sahabat yg lampau, Asbab kerja dakwah ini, guru kpd Imam Malik sendiri tinggalkan anak Isteri selama 27 tahun. 27 tahun kemudian beliau pulang ke kampung halaman. Apabila beliau melewati suatu kawasan, beliau singgah di suatu tempat melihat satu org beri ceramah power. Rupanya ulamak besar yg bayan or ceramah. Ondaway nk blk rumah mereka bertembung sesama sendiri di rumah masing2. MasyaAllah rupanya anak beranak. Ibunya memperkenalkan kpd si ulamak ini bapanya. Ada Keluar di mulut para sahabat dan Tabiin ckp tinggal anak bini berdosa besar? Abu Bakar As Siddiq tinggalkan anak2 perempuannya lalu berhijrah ke Madinah bersama2 nabi. Abu Bakar bawa semua 5000 dirham. Anaknya perempuannya sehelai ditinggalkan sepinggang saja. Ada mufti-mufti nak bantah ckp berdosa tak sara anak? mereka semua ni yaken rezeki Allah sudah tetapkan. Kita bantu agama Allah maka Allah bantu kita blk. hari ni Yaken kita rosak. Rezeki sudah tetap, Ikhtiar Allah beri utk kita tentukan samada rezeki itu haram atau halal saja. Hari ini asbab iman lemah dimesyuaratkan tinggalkan isteri dan anak duit yg mencukupi, peti ais yg penuh. Kalau tidak syura tak bg keluar khuruj. Itu pun bnyk mulut nk compain tabligh seksa anak bini. Nak je aku sumbat mulut depa dgn tanah.

Tabligh selekeh?

Mari kita lihat, adakah Umar Al-Khatab selekeh?. Bajunya cuma sehelai saja. Itupun ada 13 tampalan yg dijahit. Ada org bising dok kata " hg ni Umar awat selekeh bebenor? Islam ni perlu kemas" Mu p ckp depan Umar mcm tu aku nk tgk. Aku rasa mmg tak ada kepala lepas tu pasal kena pancung. Dlm satu takaza perang, nabi berkata ada sapa2 mau korban?. Abu Bakar pegi ke rumah ambil segala hartanya termasuk paku yg melekat di dinding dan kayu api di rumahnya. Umar pula korban separuh hartanya saja selebihnya utk keluarga. Nabi tanya Abu Bakar apa kmu tinggalkan utk keluargamu? Cukuplah hanya Allah dan Rasul. MasyaAllah ada nabi dok bising kat dia ckp "hg ni Abu Bakar, kena sara bini dulu.. hg nk bg bini hg mkn pasir ke? mana ada tuan2. Smpikan baju Abu Bakar sendiri  diwakafkan. Beliau pakai guni berbutangkan duri. Smpi Allah taala suruh nabi kirim salam kpd Abu Bakar. MasyaAllah. Ni nk tanya hampa selekeh ke Abu Bakar pakai guni tu?

Tabligh tak buat nahi Mungkar?

Ni satu lg solan yg tak patut ditanya. Aku mau tanya hampa blk. Apa nahi Mungkar paling besar di Dunia? semua tau Syirik kan. Sekarang org Islam dah tak sembah berhala. Tp Tuhan mereka dlm poket iaitu duit. Buktinya mereka anggap duit tu lebih besar dr Allah taala. Duit beli segala2nya. Yaken dgn duit beri rezeki yaken dgn duit beri manfaat. Itu adalah syirik Khafi. Kami pegi rumah ke rumah ckp Shekh, Allah yg beri rezeki bkn duit, Allah yg beri manfaat bkn duit, Allah beri kenyang bkn makanan, Allah bg hilang dahaga bkn minuman. Perkataan ini bkn nahi Mungkar paling besar ke? apabila kita ckp lg dan lagi tentang kebesaran Allah maka Iman akan bertambah, yg mendengar pun dpt manfaat. Itu bkn nahi mungkar ke? Sekarang apa pula dosa ketiga atau keempat paling besar? tinggal solat kan? semua tahu. Kami pegi ketuk pintu semua org ajak mereka solat berjamaah di Masjid, itu bkn nahi mungkar ke? jgn anggap kita pergi cari aib org rakam video Anwar Ibrahim itu nahi mungkar, jgn anggap kita pegi rumah org cegah maksiat itu nahi mungkar bahkan itu cari aib org. Pernah Abdul Rahman bin Auf bersama Umar meronda sekitar Madinah, lalu ternmpk satu org sahabat melalui tingkap sedang teguk arak. Abdul Rahman Auf toleh kpd Umar, Umar berkata adakah ini melihat aib saudara sendiri seperti kata Rasulullah? lalu mereka pun berlu pergi. Hari ni kita suka2 terjah umah org mau cegah maksiat la konon. Selain cara nabi tak ada kejayaan.

Bidaah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Mana dalil?

Itu kata mereka. Dalil dimintaknya. Aku nak cerita. Majority sahabat yg tinggal di Madinah keluar berdakwah selama 6 hingga 7 bulan dlm setahun. Paling2 minimum mereka keluar 4 bulan setiap tahun. Dlm 4 hingga 5 bulan di Madinah itulah mereka cr keperluan hidup. Mereka keluar bergilir2 ke jln Allah. Mampu ke kita nk keluar 7 bulan tiap2 tahun? tak mampunye kita nk ikut sbb iman lemah. Sbb itulah ulamak bg kita satu tertib ringkas utk belajar2 buat dakwah. 3 hari setiap bulan, 40 setiap tahun. Sikit je masa kita di jalan Allah kalau nk dibandingkan dgn sahabat. Lgpun bnyk dlm Quran Allah ada sebut perkataan 3 hari, 40 hari, sebagai cth "Berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah selama 4 bulan". Drpd kita keluar khuruj tak ada tertib, maka ulamak pun ambil ayat2 Quran 3 hari, 40 hari sbg tertib paling mudah keluar di jalan Allah. Tak salahnya. Sekarang kalau hampa mau dalil lg, aku nk mintak hampa bg satu dalil dlm Quran tertib 13 rukun dlm solat? ada tak? mana ada. Tertib 13 rukun sah solat semua tertib yg disusun Imam Syafie. Sama la tertib keluar Khuruj pun.

Kenapa pilih India utk belajar agama bkn Makkah?

Makkah ketika zaman nabi dan zaman sekarang sgt lain. Dahulu Makkah dan Madinah ni pusat dakwah yg paling besar di dunia. Apabila setiap org Islam bergerak kerana agama, maka agama hidup. Peluk Islam sahaja kerja pertama mereka akan buat adalah dakwah maka Iman mantap. Hari ini Makkah jadi pusat Ibadat saja bkn pusat dakwah maka agama mati di Makkah. Apabila agama mati maka Makkah jd pusat shopping dan perlancongan semata2. Berlainan di Nizammuddin, India dan sekitar eropah. Dakwah rumah ke rumah hidup. Setiap org bergerak buat dakwah maka agama hidup. Berpusu-pusu org eropah masuk Islam. Di India merupakan pusat Utama kegiatan dakwah. Semua jamaah berkumpul situ utk belajar tertib sebenar dakwah melalui ulamak2 besar seperti Maulana Saad, Maulana Ibrahim, Maulana Syaukad dan Kwn Nik Aziz sendiri Maulana Mustaqim.Tuan guru Nik Aziz sendiri belajar di India berguru dgn Ulamak Tabligh hampa mau kata sesat lg? Jika di Makkah, kita setakat boleh buat Ibadah saja kerana jika ada org yg beri ceramah sekalipun Pak Arab akan tangkap. Sbb itulah kami melawat India yg mana semua ulamak besar2 kami ada di situ dan tunjuk ajar kami utk memperkemaskan lg tertib dakwah yg sedia ada. Sbb itulah INDIA bkn MAKKAH. Suatu nanti org Arab akan bangkit buat kerja DAKWAH cara Muhammad kembali. Ketika itu baru pusat Dakwah kembali ke Makkah dan Madinah. Ini pasti berlaku InsyaAllah


Tabligh tak cukup ilmu mau dakwah org?

Sahabat pernah berkata, kami belajar iman dahulu baru kami belajar Al-Quran. Belajar Iman dgn kerja dakwah. Abu bakar, hari pertama peluk Islam keesokan harinya sudah bawa 10 org lain utk peluk Islam termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Zubair Al Awwam dan lain2. Apakah tinggi sgt ilmu Abu Bakar dlm sehari peluk Islam? Nabi juga pernah berkata "smpikan dariku walaupun satu ayat"? Dakwah ni syarat dia ada kalimah saja. Susah sgt ke mau ckp kebesaran Allah pd manusia? sgt mudah. Dakwah sgt Mudah tak perlu ilmu tggi. Tabligh yes perlu ilmu dan berguru. Kalau kita mengaji kitab, guru ajar di hadapan tentang hukum hakam. Itu tabligh bkn dakwah. Tabligh mesti dilakukan oleh Ustaz, alim dan Ulamak. Tp Dakwah cara Muhammad kerja Seluruh Ummat. Wajib buat utk tingkatkan Iman. Bg yg masih beranggapan dakwah perlu kpd ilmu lg, Sekarang hampa tunjuk kat aku kitab hampa, hampa ckp tebal mana kitab yg hampa sudah pelajari yg membolehkan kita buat dakwah?

Ingatlah dakwah hanya sanya cara Muhammad s.a.w. rumah ke rumah, pintu ke pintu hati ke hati. InsyaAllah. FB dan blog cuma penerangan dan hiburan saja. Bkn dakwah saya InsyaAllah

26 Feb 2012

Bila dalam hati Allah letakkan kecintaan dalam agama..

Assalamualaikum..
Perkara yang aku nak cerita ni baru saja jadi tadi semasa sedang bermesyuarat akan perkara agama..Amir pun bertanyakan karkuzari kepada ahli-ahli mesyuarat..Dan bila sampai pada giliran salah seorang sahabat aku yang akan pergi ke German untuk sambung belajar di sana..Dia telah beri sedikit kata-kata sehinggakan dia menitiskan air mata..Apa yang dia pesan supaya kita buat usaha agama betul-betul, sehingga maut datang kita masih lagi buat usaha..Umat sekarang sangat jauh dengan agama..Dan banyak lagi yang dia cakap sehinggakan tangisan dia jelas kedengaran dikalangan ahli mesyuarat..Suasana terus dalam keadaan sayu..Aku perhatikan setiap ahli mesyuarat yang mana hampir kesemuanya akan mengalirkan air mata..Dan apa yang dia cakap buat aku terus sebak serta merta..Tapi, disebabkan kelemahan dan ego yang ada pada aku, aku menahan air mata aku dari mengalir bersama-sama dengan dia..Sedangkan air mata yang keluar menangis kerana kerisauan agamanya mampu memadamkan api neraka..Dan pada saat aku menaip entri ni, barulah aku menitiskan air mata sepuas-puasnya..

Aku menangiskan kerana 2 perkara..Pertamanya, aku risau dengan usaha agama di tempat belajar aku sekarang yang bakal aku tinggalkan dalam beberapa bulan lagi sama ada akan terus hidup atau mati begitu sahaja kerana tiada lagi yang akan buat usaha di mana tempat aku telah diberi hidayah oleh Allah..Aku rela diri ini dicerai beraikan daripada agama yang mulia ni dicerai beraikan dari hati umat Nabi saw..Dan yang keduanya kerana perpisahan rakan-rakan usaha aku yang akan pergi ke German dalam masa terdekat..Kami tak pernah kenal sejak kecil, kami bukanlah kawan baik dari sekolah mengenah..Perkenalan kami terlalu singkat iaitu hanya dalam 2 tahun..Tapi jalinan yang terbentuk kerana usaha agama yang kami lakukan..Kami sangat-sangat rapat seperti kami ni kawan yang dah lama sangat kenal..

Kerisauan dan sebak serta risaunya hati aku dengan usaha di GMi ni makin bertambah bila rakan aku meluahkan kerisauan dia..Sungguh aku terasa sakitnya dada aku disebabkan kerisauan dan tangisan yang aku limpahkan ni..Dan aku tak rasa apa yang aku luahkan ni dapat di gambarkan dengan baik atau pun tidak..Kerana tak ada perkataan yang mampu menggambarkan kerisauan, tangisan, kesedihan yang aku dan rakan-rakan aku yang lain rasa..Bukan setakat di tempat belajar aku saja malahan di tempat lain pun sama..Tapi apa yang aku nak khususkan sekarang hanyalah di tempat belajar aku yang sekarang ni..

Aku sering berkata pada diri aku sendiri, aku lebih rela nyawa aku menjadi taruhan daripada aku disingkarkan dari usaha agama yang mulia ni..Ya Allah, jujur..Memang tak tahu aku nak gambarkan macam mana..Mungkin bagi mereka yang membaca entri kali seperti agak emosi..Tapi, fikirkan balik, bukan emosi yang aku nak kan kamu semua lihat..Tapi kerisauan, kesedihan, tangisan yang kami alami demi untuk selamatkan umat hari ni dan juga supaya kami dan seluruh umat diberi hidayah oleh Allah..Sekiranya aku dapat diberi satu doa yang makbul oleh Allah..Aku akan minta supaya Allah besarkan badan aku sebesar-besarnya sehingga menutupi keseluruhan pintu-pintu api neraka..Supaya dengan itu, tak kan ada orang yang akan masuk ke dalam neraka.. T_T ..

Walaupun aku tak pernah jumpa dan tak dapat nak jumpa semua orang..Tapi hati aku terlalu sayang dan risaukan akan saudara aku yang lain..Bila aku dipilih buat usaha agama ni, baru aku faham serba sedikit dan aku dapat rasa kesusahan dan kerisauan yang ada pada Nabi saw akan umatnya..Aku berharap air mata ni bukan setakat mengalir pada waktu ni saja..

Moga-moga Allah mengampuni kita akan dosa yang kita buat setiap saat..Moga-moga kita menyesal sangat-sangat kerana telah tinggalkan usaha dakwah cara Nabi Muhammad SAW..Aku rela melihat semua umat islam menangis melihat kaum keluarga mereka dibunuh, tapi aku tak sanggup lihat air mata Nabi saw mengalir kerana umatnya meninggalkan usaha dakwah cara Nabi saw..

T_T

23 Feb 2012

Sembang-sembang di pertengahan bulan........

Assalamualaikum..
Di suatu hari yang indah, siangnya bercahayakan redup-redup awan dan malamnya bersinar disinari cahaya bulan..Di waktu dan keadaan di pertengahan bulan yang mana rata-rata manusia kekurangan duit..Bertemulah 2 insan meluahkan apa yang terbuku di hati dek kerana 'pertengahan bulan'..Mereka pun berbual-bual..Aku andaikan Pemuda Resah a.k.a PR dan juga Pemuda Serban Hitam a.k.a PSH..Berikut adalah perbualan mereka..

PR : Assalamualaikum PSH..Weh! Ko buat apa?

PSH : Waalaikumsalam..Tak ada buat apa, dok tengok perangai orang kat FB ni..Yang munafik ada, jahil ada, jahil murokab ada, berlagak jadi Ustaz ada, pura-pura ada, niat terpesong ada..Boleh kata semua ada la..

PR : Owh, aku tak ganggu ko kan? Aku sebenarnya nak minta tolong ni..Ko boleh tolong aku tak?

PSH : tak ganggu pun der..Ha? minta tolong apa? In Sya Allah, kalau boleh tolong, aku tolong..Tapi sebelum tu, ko dah solat hajat minta tolong kat Allah ke belum?

PR : errr, haha..tak..ah ko ni, nak pancung je..hehe..boleh ke tak tolong?

PSH : Pancung ko cakap? Aku cakap perkara yang benar..Aku ingatkan ko perkara yang benar ko cakap aku pancung? Haih ko ni..Erm, In Sya Allah, cakaplah..Ko nak aku tolong apa?

PR : Hehe, gurau je..Erm, macam ni, sekarang ni kan tengah bulan..Aku nak pinjam duit kat ko dulu boleh tak? Aku satu hari ni tak makan lagi ni..Duit belanja untuk bulan ni dah habis, banyak pinjam duit je la sekarang ni..Boleh tak?

PSH : Alamak hai, kalau tolong yang tu..Minta maaf la, aku pun tak dapat nak tolong sangat..Aku duit pun memang tak ada..Yang ada kat cimb bank aku tu pun RM11.50..Yang ada kat aku sekarang ni duit syiling ni ha..Kat tabung haji aku ada la, tapi aku tak boleh nak keluarkan..Tu untuk aku guna bila aku nak keluar 4 bulan nanti..Lagi pun guna buku kalau nak keluarkan, memang lambat la lepas tu aku kelas setiap hari..So, memang aku kurang masa dan malas nak pergi keluarkan..

PR : La yeke?? Erm, macam tu tak apalah..Ko cakap ko pun tak ada duit tapi aku tengok ko rilek je apasal?

PSH : Haha, ko nak tahu ke? Tapi bila aku cakap, ko jangan cakap aku pancung ko lak..

PR : Yela..Yela..Cakaplah..

PSH : Macam ni der..Aku rilek sebab aku yakin yang bagi rezeki Allah..Bukan duit..Tu pasal aku rilek, nak buat apa aku resah kalau tak ada duit? Bukan ada kesan buruk pun kat aku..Tak macam ko, ko sendiri pun dah silap..Sepatutnya ko minta tolong kat Allah dulu, solat hajat minta Allah bantu ko..Ni baru tak ada duit sikit, baru tak makan sehari dah bising..Dah resah..Tu sebab ko yakin dengan duit tu yang bagi ko makan, bagi ko rezeki..Tu silapnya ko, tu yang ko resah macam ni..Tu tandanya iman yakin ko tak betul..Bukanlah maksud aku nak cakap iman aku ni sentiasa betul..Ko jangan fikir macam tu lak..

PR : Ye, aku faham..tapi PSH, kita kena usaha juga..Kalau tak usaha mana nak dapat tu semua..

PSH : Betul cakap ko, kita kena usaha..Ko tahu tak Nabi saw ajar kita selesaikan masalah dengan AMAL bukan dengan MAL..Saidina Ali r.anhu kat rumahnya tak ada gandum..Ko tahu tak usaha yang macam mana Saidina Ali r.anhu buat? Saidina Ali r.anhu pergi solat hajat sampai 6 rakaat minta tolong kat Allah..Balik rumah pengisar gandum berputar dengan sendiri..Ada lagi sahabat lain yang rumahnya tak ada garam, tu pun ulang alik ke masjid solat hajat minta tolong kat Allah..Kita hari ni kalau kat rumah tak ada garam, terus start motor pergi ke kedai beli garam..

Sahabat-sahabat dulu tak ada nak terus niat pergi ke kedai beli garam..Tapi niat minta tolong kat Allah..terus buat solat hajat..Kita hari ni, macam ko lah..Tak ada duit sikit dah mengeluh..Tu sebabnya ko tak yakin dengan janji-janji Allah..Ko tak ada ihtisab dalam beramal..Sahabat-sahabat tu imannya dah tepu..kalau diletakkan syurga dan neraka dihadapan mereka, pasti tidak akan meningkat dan menurun iman mereka..Tu pun mereka minta pada Allah, kita ni iman yang setiap hari turun tak nak contohi sahabat-sahabat Nabi saw..Mereka yakin dengan janji-janji Allah..Kita ummat akhir zaman ni yang tak yakin dengan janji-janji Allah dan juga sunnah Nabi saw..Nabi saw ajar sahabat-sahabat dan ummatnya supaya usahakan dengan AMAL dulu..Selepas tu baru cari ASBAB..Tapi, ko silap..Ko cari ASBAB dulu, nanti dah dapat lupa Allah..Tak bersyukur, lupa nak bersyukur..Macam mana Allah nak tambahkan rezeki ko..

Allah dah cakap, kalau amalkan surah al waqiah..Kita takkan papa..Buat dhuha, Allah mudahkan rezeki kita..Amalkan yasin pagi hari, Allah mudahkan urusan kita..Macam-macam lagi janji Allah dalam Quran dan juga hadis Nabi saw..Tu hari ni kita kena usaha atas iman kita..Kita kena betulkan iman yakin kita..Supaya iman yakin kita terbentuk..Usaha atas iman bukan dengan solat je PR..Kalau ko nak cakap dengan solat, mengaji dan lain-lain tu..Dulu aku sebelum buat usaha agama ni jaga je semua tu, tapi sama ja..Aku tak rasa peningkatan..Aku rasa macam ada something wrong dengan ibadah aku..

So then, aku keluar ikut jemaah tabligh yang dulu kita sama-sama kutuk tu..Tapi bezanya aku dipilih buat usaha ni, tapi ko tak..Sebab ko tak ada tolab..Tak ada keinginan..Tu iman yakin ko macam sekarang ni..Kurang betul..Bila aku ajak keluar macam-macam alasan ko bagi..

Yang ko cakap tadi kita kena usaha tu kan..Sepatutnya ko kena cakap macam ni, "MEMANG AKU KERJA, AKU BELAJAR, TAPI YANG BAGI REZEKI ALLAH"..bukan cakap macam ni "MEMANGLAH ALLAH BAGI REZEKI TAPI KITA KENA USAHA JUGA"..Ko tau tak cakap macam tu sebenarnya dah terpesong..Sepatutnya kena cakap macam mana mula-mula yang aku cakap tu..

PR : Macam tu ke weh?? Habis tu kira salah la apa yang aku cakap tadi tu?

PSH : Salah la, mula-mula dah besarkan Allah lepas tu mengetepikan Allah pula..Mana betul macam tu..

PR : Owh, habis kira maksud ko ni..Aku tak yah la nak kerja apa semua tu..Tak yah belajar apa semua la..??

PSH : Tak, bukan macam tu..Kan aku cakap tadi..Kita kena selesaikan setiap masalah kita dengan perantara SOLAT atau pun AMAL kita..Bukan dengan perantara USAHA yang kita buat..Kalau kita yakin dengan USAHA kita tu, kita dapat makan dan minum..Maka kita telah menimbulkan syirik kecil dalam hati kita..Kita yakin selain dari Allah..

PR : Hemm, habis tu ko nak aku buat macam mana???

PSH : Macam ni, aku bukanlah nak suruh ko berhenti belajar apa semua..Aku pun belajar juga macam ko..Allah suruh kita kerja, Allah suruh kita makan, minum, belajar dan lain-lain tu..Sebab tu semua perintah Allah..Tapi apa yang Allah tak suruh ialah kita yakin dengan minum kita hilang dahaga..Dengan belajar dan kerja kita dapat rezeki..Tu yang Allah tak nak ada dalam hati kita..Kita usahakan juga semua tu, tapi jangan yakin dengan USAHA yang kita buat tu kita dapat macam-macam..Sedangkan semuanya kan datang dari Allah, ko pun tahu tu semua..Apa yang aku nak ko buat, lepas ni kalau ada apa-apa masalah solat hajat..Minta tolong kat Allah dulu, walaupun ko nak betulkan tali kasut ko sendiri..Minta bantuan kat Allah..Paling kurang pun doa kalau tak boleh nak solat hajat..Pastu amalkan dhuha, surah-surah yang aku cakap tadi..Dan banyak lagi la..Kalau ko nak tahu lagi semua tu, aku tak boleh nak cerita dalam masa terhad macam ni..Lagi pun dah malam..Minggu ni kita keluar sehari setengah..Ha, masa macam tu aku boleh je nak cerita macam-macam kat ko..Bukan dari aku je, dari orang lain pun boleh..Macam mana? Sedia tak??

PR : Hem, boleh kot..Asyik bagi alasan je macam ko cakap tadi kan..Aku cuba la..Tapi aku tak ada duit, macam mana nak keluar??

PSH : Adeh!! Ko ni..Baru je aku cakap tadi..Minta la bantuan Allah..Lagi 1, pasal duit ko jangan fikirlah..Yang keluarkan kita bukan sebab kita ada duit..Ada duit ke tak ada duit ke, kena keluar juga..Sebab untuk faham agama ni kena ada mujahadah..Setakat belajar ilmu agama je belum tentu lagi faham agama..Sahabat-sahabat Nabi saw pun bermujahadah untuk faham agama..Macam mana kisah Abu Bakar r.anhu yang aku cerita kat ko sebelum ni..

Tapi ko jangan fikir ilmu agama ni tak perlu belajar..Kena belajar juga..Tapi mujahadah kena ada juga..Sebab sahabat-sahabat Nabi saw bermujahadah atas iman..Baru mereka ada kekuatan iman, dan perintah-perintah Allah yang turun semua sahabat-sahabat boleh ikut tanpa perlu mempertikaikannya..Sebab iman meraka mantap..Kita hari ni belajar ilmu agama berlambak-lambak..Tapi sayang, hanya sedikit je yang kita amalkan..Terus terang aku cakap, memang rugi..Dan kita ni jauh beza macam sahabat..Sahabat dulu dengar je stiap perintah Allah yang baru turun..Mereka terus amal dan sampaikan..Kita hari ni, fikir dulu lepas tu sampaikan lepas tu baru nak amal..Nampak tak terbalik??So, sedia eh minggu ni?Hehe, macam tu la kawan aku..Soal duit ko tak yah fikir..Buat rilek je..

PR : Erm, ok der..Boleh-boleh..Tapi ko kena ada sekali la..Kalau tak aku seganlah nanti..

PSH : Hehe, yela der..Aku ada sekali la..Kang macam musang masuk kampung ko ni..Hahaha..:p..Ko mana boleh kalau tak berkepit dengan aku..Hahahaha..

PR : Siot ko..Hahaha..

PSH : Ko tak makan lagi kan? Nah ambil la duit syiling aku ni..Aku ada dalam RM6-7..Pergi beli makan sana..Nanti masuk angin perut ko..:D..

PR : Eh!! Habis ko nak survive apa nanti sampai hujung bulan ni?

PSH : Tak yah risau lah..Allah ada, dah pergi la beli dulu..Leh makan sama-sama..Esok kita puasa..Boleh save duit baki makan tu untuk beli roti untuk buka esok..

PR :.........................................................

(..Tang yang akhir tu aku tak dapat nak cerita sebab kawan aku sempat keluarkan air mata dan terus berlalu pergi beli makanan..Aku tak tahu kenapa dia menangis..Hehe..Kuasa Allah nak lembutkan hati sesiapa yang dia nak..)

Dalam perbualan ni ada sedikit pengurangan dan pengubahsuaian kata dan yang seangkatan dengannya disebabkan ada yang terlupa apa yang dibualkan..Semoga kita sama-sama dapat iktibar dan juga taufik serta hidayah dari Allah untuk kita amal dan sampaikan bersama..


Serban Hitam, ihsan google imej..

12 Feb 2012

Serban hitam nusrah Serban putih..

Assalamualaikum..
Semalam iaitu sabtu bertarikh 11/02/2012 merangkap malam markas..Tepat pukul 6 pagi aku sampai ke Hentian Kajang pick up Bakal Maulana daripada South Africa dan juga dari Sudan..Dari South Africa seorang, dari Sudan 2 orang, salah seorang dari mereka tu adalah orang Sudan yang datang ziarah ke Malaysia..Kat sini aku bercakap tentang kawan-kawan aku yang belajar agama..Bukan saja belajar agama, tapi amalkan agama..Kata-kata seorang, orang yang belajar agama belum tentu ada agama..Yang dimaksudkan ni, mereka yang belajar agama tapi tidak amalkan agama yang mereka belajar..Wallahu a'lam..

Jadi semalam selepas solat Subuh, aku ikram Bakal-Bakal Maulana tu mandi kat hostel aku apa semua..Selepas tu kami bertolak ke Koleh Universiti Islam Selangor (KUIS) amik ijazat sanad Syamail Muhammadiyah imam Tirmizi rah..Majlis bermula pkul 8 lebih macam tu, pengerusinya Ustaz Don, mesti kau orang semua kenalkan..Tapi yang bagi ijazat tu bukan Ustaz Don, Ustaz Don masih tidak layak beri ijazat..Yang beri ijazat ialah Syeikh Maulana Hamid..Dari Masjid Jamek Sri Petaling..Majlis habis dalam pukul 12 lebih macam tu..Aku dapat salam Maulana Hamid..Sebelum ni tak pernah kot..:D..

Jadi, Bakal-Bakal Maulana yang saya bawa tu pun ambil ijazat sanad juga..Kebanyakkan mereka yang ambil ijazat sanad tu budak-budak Madrasah Sri Petaling juga..Dan aku berpeluang juga jumpa kawan-kawan Fb aku walaupun Fb aku dah di delete buat selama-lamanya..Semua josh kawan-kawan Fb aku..:D..Aku cerita sikit kenapa kena ambil ijazat sanad ni..Macam ni, tujuan untuk ambil ijazat sanad ni supaya setiap hadis yang aku sampaikan pada kau orang yang dari Imam Tirmizi punya kitab adalah dikira sohih..Sebab aku dengar hadis tu terus dari Maulana, dan Maulana dengar hadis tu sendiri dari Guru dia, dan Guru Maulana tadi tu dengar hadis tu dari Guru kepada Guru Maulana tadi tu..Dan macam tu lah seterusnya sehinggalah sanadnya sampai kepada Imam Tarmizi..Kita ambil ijazat sanad ni seumpama kita dengar hadis tu sendiri dari Nabi saw sebab hadis disampaikan melalui lisan kemudian baru dibukukan..Sebabnya lagi setiap sanad yang dengar hadis tersebut telah dengar sendiri dari Guru-Guru mereka dan akhirnya sampai ke Imam Tirmizi dan Iman Tirmizi telah dengar hadis tu dari Guru-Guru beliau yang telah dengar sendiri dari Sahabat-Sahabat dan Sahabat-Sahabat sendiri telah dengar dari Nabi saw..

Jadi, sesiapa yang tidak ada ijazat sanad, amik hadis dari kitab Tirmizi lepas tu dia sampaikan kat orang, kita boleh pertikaikan orang yang sampaikan hadis tu walaupun hadis tu sohih..Bukan pertikaikan hadis tu, tapi pertikaikan orang yang sampaikan hadis tu..Sebab dia ambil hadis dari kitab, kitab tu tak dengar hadis dari Sahabat-Sahabat..Masa aku ambil ijazat sanad tu pun banyak yang Maulana tegur, ada yang salah dari segi kekurangan ayat, salah baris dan lain-lain dalam kitab Syamail Tirmizi tu..Kesilapan bukan sengaja dilakukan, kadang tu berlaku kesilapan semasa pencetakan, tu sebab digalakkan dengar hadis dengan ada ijazat sanad..Selain tu, ambil terus hadis dari mana-mana kitab pun bahaya juga sebenarnya, sebab orang kafir boleh ubah hadis,walaupun sikit saja yang dia orang ubah..Lepas tu dia orang boleh je nak letakkan riwayatnya dari Bukhori, Muslim atau sesiapa saja yang dia orang nak..Jadi, kalau orang sampaikan hadis melalui buku atau mana-mana kitab yang dia ambil tanpa ada ijazat sanad, penyampai tu boleh dipertikaikan..Tapi kalau kita tak ada ilmu pasal tu jangan suka-suka je nak pertikaikan..Aku tak boleh nak cerita banyak, nak tahu kena belajar..Tak semua yang aku dengar dari Bakal Maulana tu boleh aku letak kat sini..Karang berkilo-kilometer panjang entri aku..Kau orang pun bosan nak baca nanti..

Jadi, selepas kita orang ambil ijazat sanad..Aku terus drive ke Sri Petaling hantar Bakal Maulana yang belajar kat Sudan tu ke Sri Petaling dulu..Lepas tu, aku dengan Bakal Maulana South Africa berjemaah safar balik ke Bangi untuk uruskan hal-hal yang tergendala dan untuk uruskan hal-hal aku yang aku ketepikan demi nak ikram orang alim..Aku cakap bukan nak tunjuk yang aku ni bagus, aku cakap macam ni nak kau orang pun kena utamakan orang alim..Muliakan mereka, bantu mereka bila mereka bersafar ke tempat kita sebab bila mana orang Ansar dan Muhajirin ni bersatu saling bantu membantu maka hidayah akan tersebar seperti mana kaum Ansar di Madinah menyambut dan membantu kaum Muhajirin yang bersafar ke Madinah semasa peristiwa hijrah..

Selepas selesai semua perkara kami patah balik ke Masjid Jamek Sri Petaling untuk jumpa rakan-rakan Fb yang lain yang mana mereka janji untuk jumpa Bakal Maulana yang belajar kat South Africa tu..Tapi selepas Isya' kami tunggu..Hanya seorang je yang dapat jumpa tu pun saya dah lupa apa nama orang tu sebab dapat jumpa kejap je..Lepas tu kami bergegas ke Bangi semula atas urusan lain..So, dalam tempoh tu, aku banyak disuap dengan pelbagai ilmu-ilmu..Sehingga dah kenyang pun jadi lapar balik..Tapi sayangnya aku tak dapat nak kongsi apa ilmu yang aku dapat sebabnya aku tak tahu nak cerita dalam bentuk penulisan ni macam mana..Kalau jumpa minta aku cakap, In Sya Allah boleh..

Dan tadi, sebelum aku nak balik ke Bangi..Bakal Maulana cerita kat kau pasal 1 ayat Quran lepas tu dia bagi dalil dalam bentuk hadis kenapa kita kena buat dakwah dan dalam dakwah tu apa yang kena buat..Aku tak tahu la apa yang aku cakap ni kena ke tak ayatnya..Tapi, apa yang aku faham tak dapat nak di ekspreskan dalam bentuk penulisan, sebab ni kelemahan aku..Kalau perkara-perkara besar macam ilmu agama ni, aku tak pandai nak taip-taip..Tapi kalau cerita pengalaman aku, In Sya Allah boleh macam yang aku tengah buat sekarang ni..Senang cerita memang banyaklah ilmu yang aku dapat, paling best pagi tadi la..Dia olah sifat 20..Dia olah rukun Islam dan rukun Iman..Dia olah sifat 20 tu pun dah ambil masa yang sangat lama, tu pun dia cerita tak habis sebab aku nak cepat nak pulangkan kereta..Aku pun azam nak pergi Kedah bulan 3 ni untuk keluar sekali dengan Bakal Maulana tu, jadi boleh aku belajar lagi apa yang patut..

Sepanjang aku dengan dia orang, kami memang pakai full sunnah je..Pergi shopping complex selamba badak je pakai full sunnah..Masa kat shopping complex tu la Bakal Maulana dari South Africa tu bagi tahu apa yang dimaksudkan dengan hadis Nabi saw berkenaan 100 pahala mati syahid bagi mereka yang amal sunnah di zaman fasad ni..Hehe, dan aku seorang je yang berserban hitam..Bakal Maulana dari South Africa tu pakai serban Putih..Macam tu juga dengan Bakal Maulana dari Sudan tu..

Kesimpulannya, sepanjang aku bersama dengan orang-orang alim ni..Aku rasa selamat dan rasa manusia paling jahil yang membuatkan aku lagi nak tahu semua ilmu yang dia tahu..Tapi sayang, Allah tak izinkan kami berkasih sayang dengan lebih lama..In Sya Allah bulan 3, moga-moga Allah pilih aku untuk bersama-sama dengan mereka selama 3 hari..Masa tu aku akan cuba habiskan masa aku dengan belajar dari dia orang..Aku harap yang membaca entri aku kali ni, sesama la kita nusrah orang-orang alim dan muliakan mereka..In Sya Allah kita akan dapat sesuatu dari mereka..Tapi janganlah niat kita nak nusrah mereka semua nak kan balasan..Apa yang aku maksudkan tu kita dapat ilmu..Kita tanya kat dia tentang perkara-perkara yang kita musykil..Macam aku, aku tanya sikit je..Tapi Bakal Maulana olah setelitinya sehingga Allah beri kefahaman serba sedikit kat aku..Bukan Bakal Maulana bagi faham, tapi Allah yang bagi kefahaman melalui Bakal Maulana tu..Wallahu a'lam..

Ha, sebelum terlupa aku selisih dengan bekas penyanyi dangdut lelaki yang dulu terkenal berduet dengan Amelina di Masjid Jamek Sri Petaling..Alhamdulillah, rupanya-rupanya dia buat usaha dakwah yang orang dok gelar Tabligh ni..Yang bagusnya, dia tak macam artis-artis lain yang dah belajar agama lepas tu kembali pada dunia artis tu tapi dgn bawa imej islam..Tapi berbeza dengan bekas penyanyi ni..Dia tawajuh dan tawaduk betul-betul tak nak kembali jadi popular walaupun disebabkan agama..Aku akan cerita serba sedikit pasal ni kat post aku yang akan datang..

Segala yang baik dari Allah, yang tidak baik pun datang dari Allah tapi disebabkan kelemahan diri saya sendiri..Wallahu a'lam..:D..

Ni sijil ijazat sanad yang aku terima..:D..

10 Feb 2012

Dulu tak rasa macam tu, sekarang rasa macam tu pula..

Assalamualaikum..
Dulu sebelum aku buat usaha agama, satu sunnah pun aku tak amal..Kalau ada pun yang aku amal, aku tak tahu yang aku amal tu sunnah..Tapi boleh dikatakan hampir 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, boleh dikira berapa kali aku amalkan sunnah..Bila aku dah buat usaha agama ni, nak tinggal sunnah pun aku dah fikir banyak kali..Kalau aku tinggal juga, pasti dan pasti lepas tu aku akan sedih..Memang setiap hari akan ada sedih sebab tinggalkan sunnah pun..Pergi kelas je dah pakai baju orang kafir..

Dulu aku selalu juga pergi ceramah,Ustaz-ustaz pun ada ceramah pentingnya sunnah..Lagi-lagi masa hari kelahiran Nabi Muhammad saw..Bukan ke main pulun lagi ceramah sana sini dibuat menceritakan bahawa pentingnya sunnah..Tapi sayang, yang bagi ceramah pasal sunnah pun tak amalkan sunnah..Pakai juga baju melayu..Apatah lagi yang mendengar, hanya masuk dan bersemangat semasa mendengar ceramah tu je la..Tapi, selepas dari ceramah tu, seluruh manusia yang datang pada majlis tu pasti akan melupakan apa yang di dengarnya..Sebab apa, yang bagi ceramah pun tak ada bagi tindakan susulan supaya orang lain dapat amal sunnah..Hanya tahu bercakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, dan cakap serta cakap..Amal langsung tarak..Tapi apa yang aku cuba nak bagitahu ni bukanlah nak mengkondem sesiapa..Cuma nak cakap apa aku rasa kalau tak dapat amal sunnah sehari dalam hidup aku..

Dulu, sikit pun tak ada rasa sedih dan teringin nak amalkan sunnah..Kalau ada pun hangat-hangat tahi ayam..Tapi, alhamdulillah bila aku dipilih untuk buat usaha agama ni..Apa yang aku tak rasa dulu aku dah mula rasa..Aku berharap sangat supaya Allah tak tarik balik semangat dan perasaan yang aku rasa bila berkaitan pasal sunnah..

Dulu, masa mula-mula nak dekat dengan agama..Macam-macam persatuan la aku cari, aku rasa aku dah cerita pasal ni semua kat entri aku masa awal-awal aku buka blog ni..Tapi aku nak cerita juga..Bila aku dah jumpa macam-macam persatuan, contohnya ABIM, ISMA, USRAH, YADIM, KARISMA..Bila aku dah hubungi orang-orang dalam persatuan tu semua, ada setengahnya kena isi borang..Dan lepas aku isi borang, langsung tak ada tindakan susulan dari persatuan tersebut..Hanya bagi email kat aku cakap tahniah, anda telah menjadi ahli dalam organisasi kami..Tu je yang dia cakap..-_-'..Tapi, ada 1 usaha agama ni..Yang aku langsung tak ada isi borang dan langsung tak terfikir untuk bersama-sama dengan mereka ialah Jemaah Tabligh..

Dulu, Jemaah Tabligh ni kalau aku nampak, pasti aku dah cabut lari dulu..Tapi, atas kehebatan Allah swt..Aku telah dihantar masuk ke GMi rupa-rupanya Allah swt nak beri aku usaha agama..Dan dengan usaha agama yang orang dok panggil tabligh ni la aku mula kenal sunnah, mula amal sunnah, mula rasa cinta pada sunnah..Berkenaan persatuan-persatuan yang aku cakapkan di awal tadi tu..Kadang-kadang je aku akan dapat lihat ahli-ahli mereka berpakaian sunnah..Tu pun segelintir, alhamdulillah ada yang amal..Tapi, macam mana dengan yang lain?? Dan dengan jemaah tabligh ni la aku belajar macam-macam perkara..Dulu aku rasa aku dah cukup baik dalam hal agama..Sebab masa sekolah menengah dulu, kawan-kawan selalu bertanya kat aku kalau ulangkaji subjek agama..Dalam hal solat pula, aku memang tak tinggal tapi aku solat berseorangan..Tapi, bila aku dah buat usaha ni, baru aku tahu..Rupa-rupanya aku la yang paling teruk sekali walaupun sekarang aku dapat jaga solat berjemaah, tu pun masih rasa aku yang paling teruk..Sebab dengan usaha agama ni la aku belajar macam-macam sifat dari orang-orang terdahulu dari aku..

Dulu tak rasa pentingnya sunnah, sekarang aku letak sunnah tu paling atas dari segala perkara..Walaupun emak aku larang aku pakai celak, aku tetap juga pakai sebab aku lebih sayangkan Nabi saw lebih dari ibu bapa, keluarga dan juga diri aku..Walaupun aku sentiasa dalam keadaan berdosa dan dalam keadaan tak setiap masa amal sunnah..Tapi aku akan cuba untuk sebaik-baik mungkin amal sunnah setakat mana yang aku mampu amalkan..Dan, apa yang aku nak ceritakan kat kau orang semua betapa pentingnya sunnah ni..Sebab, kita ni orang islam..Kita ada identiti kita sendiri, dan hanya dengan cara Nabi saw sahaja akan bawa kejayaan..Cara Majusi, Nasrani, Yahudi tak akan ada kejayaan..Kita hari ni sibuk nak makan pakai sudu dan garpu sedangkan makan guna tangan tu lebih baik dari sudu dan garpu..Tapi ramai hari ni ditipu, tertipu dan rela ditipu..Aku bercakap macam ni nak kau orang semua wujud satu fikir..Supaya dengan fikir tu kita dapat usahakan apa yang patut diusahakan..Dan hidupkan sunnah bukanlah dengan hanya kita seorang sahaja yang hidupkan sebabnya bila kita mati nanti pasti sunnah tu akan mati juga sebab hanya kita seorang sahaja yang hidupkan..Jadi, untuk pastikan sunnah tu sentiasa hidup dan sebati dalam diri umat islam sekarang ni, kita kena dakwahkan pentingnya amalkan sunnah pada diri kita dan juga orang lain..

Dulu aku tak tahu hadis ni, tapi sekarang aku dah tahu..Nabi saw bersabda mafhumny, barangsiapa yang menghidupkan sunnahku dizaman fasha' dan munkar 100 pahala mati syahid untuknya..Zaman sahabat dulu, dia orang nak dapat 1 pahala mati syahid, dia orang kena berperang..Tapi kita hari ni umat akhir zaman hanya perlu hidupkan sunnah dah dapat 100 pahala mati syahid..Jadi, penting tuan-tuan semua..Kita kena hidup dan amalkan sunnah sebab dengan sunnah ada kejayaan..Dengan sunnah sahabat-sahabat telah menang peperangan..Jadi, untuk kita usahakan atas perkara sunnah ni tuan-tuan..Tak ada cara lain dengan bermujahadah..Kalau setakat duduk kat rumah tunggu kuliah-kuliah agama baru nak amalkan sunnah..Kita dalam kerugian tuan-tuan..Sekurang-kurangnya kita dapat luangkan masa 3 hari di jalan Allah, pasti dan pasti selama 3 hari berturut-turut tu, kehidupan kita pasti akan diseliputi dengan sunnah..Kalau kita tak cuba untuk keluar di jalan Allah, kita hanya akan amalkan sunnah pada waktu-waktu tertentu saja..Kita keluar belajar-belajar untuk hidup dan amalkan sunnah adalah untuk kita latih diri kita dapat amal dan hidupkan sunnah tu sewaktu kita tak keluar di jalan Allah..Supaya dapat kita usahakan setiap masa kita ada sunnah..Bila dah keluar bukanlah bermakna lepas tu tak perlu keluar lagi..Kena juga keluar lagi untuk kita usahakan atas orang lain juga..Supaya sunnah tu tidak MATI, dan kita juga takkan rugi sebab kalau kita suruh orang lain amal sunnah dan orang tu amal, maka pahala yang sama kita akan dapat seperti mana orang tu amal tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang tu..Jadi, tak ada kerugian tuan-tuan semua..Kita kat dalam rahim ibu bukan untuk hidup kekal dalam rahim ibu, tapi untuk kita hidup kat dunia..Kita hidup kat dunia bukan untuk dunia..Tapi untuk akhirat..
Wallahu a'lam... :D..

Ada tak kesedihan dalam hati kau orang bila tak amalkan sunnah?

6 Feb 2012

Oh KTM, aku sebak..

Assalamualaikum wbt..
Lena dibuai dengan kata-kata bertulis dari lembaran Al-Iman..Di tengah kelenaan, benak fikiranku ditumbuhi buah fikir kerisauan..Di hadapanku berdiri sekujur tubuh berkulit hitam, kemuliaan dahinya diwarnai dengan keindahan warna-warna pelangi..Begitu juga ditepi dan belakangku..

Buah fikir kerisauanku semakin ranum..Hatiku melihat dengan keadaan yang mendidih kerisauan sehingga menzahirkan air berlimpahan tanpa henti..Dimanakah kembalinya si tubuh berkulit hitam dan yang lainnya..Bakal mewarnai segenap isi belanga yang kepanasan..Sempatkan si tubuh berkulit hitam dan yang lainnya merasai nikmat kekal untuk tubuh ini dan si tubuh berkulit hitam dan yang lainnya bergurau senda di belanga dingin..

Limpahan air yang mendidih ku empangkan pada seketul daging agar tidak kelihatan..Adakalanya ianya melimpahkan jua setitis, setitis, setitis..Secebis kain buruk di hamparkan maka hilanglah ia sementara..Ku terkedu dan terkedu..


Seandainya Allah mengizinkan, ingin ku besarkan tubuhku sebesar-besarnya sehingga menutup keseluruhan pintu-pintu neraka agar tiada seorang pun yang akan ke neraka..Walaupun mereka kafir, tapi ku sayangkan mereka..Walaupun mereka ku benci, tapi ku sayangkan mereka..Ku inginkan mereka bersama-sama umat Nabi Muhammad saw yang tulen..

Umat Nabi Muhammad saw yang tiada kalimah..:(..

:(, Speechless..

30 Jan 2012

Pemandu Berserban Hitam...

Assalamualaikum...

Aku taip entri ni waktu pagi jadi aku ucapkan selamat pagi..Aku nak kongsi serba sedikit pengalaman aku semasa aku dalam perjalanan ke Pahang atas maksud agama selama 15 hari..Kami di bentuk dalam 1 jemaah tapi telah diputuskan 1 kereta 1 jemaah..Kira 1 jemaah tu pecah kepada 2 jemaah semasa nak ke Pahang tu..1 jemaah kereta Kancil Merah dan 1 jemaah lagi kereta Saga FL Kelabu..Kami bersafar secara berjemaah, kereta Kancil Merah jadi rahaba (penunjuk jalan) sebab pemandu tu merangkap amir sab untuk kereta Kancil Merah adalah orang Pahang..Dan aku pula amir sab bagi kerata Saga FL Kelabu dan juga merangkap Pemandu Berserban Hitam..Kami bertolak selepas asar dalam pukul 6 petang macam tu, sepatutnya pukul 5 petang tu dah bertolak..Ketentuan Allah, maka Allah tentukan kami semua bertolak pukul 6 petang..
Ini bukan Kancil mahupun Saga FL..:p..
Apa yang aku nak ceritakan ialah semasa perjalanan kami nak ke Pahang tu..Ditakdirkan Allah kami telah solat jamaq qasar maghrib dan isya' di hentian Genting Sempah..Bila dah sampai kami pun terus bergerak ke surau di hentian tersebut untuk jamaq qasar..Macam biasa, kami berjalan pun berpasangan seperti ghast (ziarah)..Dan masa tu lah satu babak yang paling menarik yang mana 'mata-mata' yang tidak biasa dengan perkara-perkara sunnah tertumpu pada kami..Mereka nampak pelik orang pakai jubah, serban, kopiah, selendang, kurta, celak, seluar senteng, kain pelikat diluar waktu solat..Mereka tidak akan nampak pelik kalau orang berpakaian macam tu ketika waktu solat sebab pada mereka, mereka telah setkan mind mereka bahawasanya hanya dalam perkara ibadah saja perlakuan sunnah boleh diterapkan..Selain dari ibadah mereka akan pandang dan nampak pelik..Sedangkan mereka sendiri orang islam dan sepatutnya berpakaian macam mana Nabi saw pakai..Tapi bukan semua yang berfikiran macam tu, yang segelintir daripada mereka pada tempat tu dan memandang kami dengan keadaan yang sangat-sangat pelik..-_-'..
Mata ke mata, hati ke hati..:p..
Selepas solat jamaq qasar tu semua, kita orang pun pergi makan..Sekali lagi babak yang sama juga jadi macam yang aku ceritakan kat atas tadi..So, masa tengah makan tadi..Ada seorang dari jemaah cerita kat kita orang, lebih kurang macam ni..Masa kita orang lepas solat jamaq qasar tu, ada 2 orang ni yang duduk kat bangku luar sebelah tempat ambil wudhu kat bahagian lelaki tu berborak dengan kawan dia..Ditakdirkan Allah, kawan aku tu duduk bersebelahan mereka..Yang bagusnya, kawan aku masa tu berpakaian biasa macam mana orang Melayu selalu pakai, baju melayu, kopiah dan juga kain pelikat je..Jadi orang yang dok berborak tu tak tahu yang kawan aku ni tabligh..Kawan aku cerita, budak 2 orang yang duduk sebelah dia tu tadi terdengar apa yang 2 orang tu bualkan, dia pun ceritalah yang lelaki A tu tanya kat lelaki B, apasal orang-orang tu semua? (dia merujuk kepada jemaah kami)..So, yang lelaki B tu tadi pun cakaplah..Ni geng-geng tabligh la ni..Pastu lelaki A ni tadi dok geleng kepala..Lebih kurang macam tu la..So aku punya fikir, apa maksud lelaki A tu gelengkan kepala dia??? Sampai sekarang menjadi persoalan..Apa yang aku nak cakapkan, tabligh ni bukannya 1 persatuan/geng atau pun tertumpu pada orang-orang tertentu saja..Kami yang buat usaha ni pun tak tahu siapa yang dok gelar usaha yang kami buat ni nama tabligh sedangkan masa usaha ni mula-mula dibangunkan memang tak ada nama sebab usaha dakwah ni usaha Nabi saw dan juga para sahabat..Kita ni ummat Nabi saw, jadi kerja ummat Nabi saw tak lain tak bukan buat dakwah..Bukan hanya pada orang-orang tertentu saja yang boleh buat dakwah seperti mana orang Melayu kita dok salah faham hari ni.. -_-'

Ok, so habis dah cerita pasal kat hentian genting sempah tu..Sekarang nak cerita sewaktu dalam perjalanan tu..Ditakdirkan Allah, perjalanan kami waktu tu dalam keadaan hujan..Jadi pergerakan kami agak perlahan disebabkan dengan keadaan jalan yang licin, gelap, kenderaan besar banyak dan lain-lain..Bukanlah kami yakin dengan bawa kereta dengan hati-hati tu petanda kami akan selamat sebaliknya tu pun perintah Allah juga supaya kita ni sentiasa berhati-hati dalam apa keadaan sekali pun..Jadi, dalam kereta tu hidup amalan dakwah juga..Amir sab kereta Saga FL Kelabu josh sangat..Haha..:p..Bila dah dalam keadaan hujan tu, aku pun dok suruh semua jemaah dalam kereta aku baca doa turun hujan iaitu "Allahumma Soyyiban Nafi'a" ..Sesiapa yang baca doa turun hujan maka setiap titisan hujan tu akan diberi pahala pada mereka yang membaca doa turun hujan..Jadi rugi sesiapa yang tak baca doa turun hujan..So, aku pun suruh semua baca..Jadi setiap jemaah yang baca doa turun hujan tu aku pun dapat sekali pahala mereka tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka sebab aku mengajak mereka buat perkara amar makruf..Hehe..:p..Ini lah yang dikatakan perniagaan yang menguntungkan..Yang dalam Quran ada dinyatakan, tapi disebabkan kelemahan iman aku, aku tak ingat ayat Quran tu macam mana..

Ha, dipendekkan cerita..Aku bawak kereta macam biasalah..Ditakdirkan Allah, aku mengantuk setelah lama drive dari Selangor sampailah ke Pahang..Masa tu belum sampai ke route yang diputuskan lagi..Kat highway lagi masa tu..Ada kejadian yang mana, aku dah tak boleh tahan sangat mata tu..Aku pun dok baca surah yang aku hafal..Dengan izin Allah, aku mengantuk juga..Aku buka ayat al Quran kat telefon aku, pun mengantuk juga..Aku tengok jemaah yang kat tempat duduk belakang dah tidur, tinggal aku dengan 2nd driver..Ditakdirkan Allah, aku tertidur juga masa bawak kereta..Sebelum aku tertidur tu, aku ada dekat lorong yang paling kiri dan aku sempat tengok side mirror..Tengok side mirror, kereta banyak kat belakang aku..Selepas beberapa minit aku tengok side mirror tu, aku ditakdirkan Allah tertidur..Masa aku tertidur tu, 2nd driver aku tak sedar yang aku tertidur masa bawak kereta tu..Dan bila aku terjaga, aku dah ada kat lorong paling kanan iaitu lorong yang guna untuk pecut atau memotong tu..Bila aku tengok side mirror, semua kereta yang kat belakang aku tu dah tak ada..Berbeza dengan sebelum aku tertidur..Bila aku sedar tu semua, aku telefon kereta Kancil Merah untuk berhenti untuk aku tukar pemandu..Bila dah tukar pemandu tu, aku pun berfikir..Tetiba rasa sebak, Allah masih lagi pelihara aku yang banyak buat dosa dengan jemaah yang ada dalam kereta aku tu yang tak buat dosa..Aku toleh belakang dan tengok driver, aku terfikir, Allah pelihara kami sebab dalam jemaah kami mungkin ada yang betul-betul jaga amal..Maka Allah nak selamatkan orang tu, jadi kami yang ada sekali bersama dengan orang yang macam tu kami pun Allah pelihara..Aku yakin nusrah Allah bersama orang-orang yang membantu agama Allah, tapi aku tak yakin dengan amalan aku, dengan dosa aku, dengan akhlak aku yang macam ni dengan keadaan sentiasa dalam keadaan berdosa, jahil dan juga munafik tegar aku akan dapat nusrah Allah..Bukanlah aku nak bersangka buruk dengan Allah, sesiapa yang Allah bagi faham dalam usaha agama ni pasti akan faham apa yang aku maksudkan..Aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana apa yang aku rasa dan apa yang aku faham ni pada orang yang baca entri aku ni..Moga Allah beri kau orang semua kefahaman sama macam mana yang aku faham..Dan perkara ni aku ceritakan pada 2nd driver keesokkan harinya, dan 2nd driver aku ni pun cerita yang dia pun sama juga macam aku..Dia tertidur, lepas tu tersedar dah ada kat lorong paling kanan..Masa jadi macam ni kt 2nd driver, aku ditakdirkan Allah dah tertidur..Situasi dan keadaannya sama, cuma dia lain sikitlah..Lepas dia dah tersedar macam tu, dia tak kejutkan aku untuk tukar giliran..Tapi dia teruskan bawak, dia cakap dia baca 3 kul lepas tu dia sapu kat mata dia..Alhamdulillah lepas tu dia tak mengantuk..Wallahu a'lam..

Erm, macam tu lah ceritanya..Tujuan aku cerita bukan aku nak menunjukkan aku hebat..Jauh sekali dan tak pernah terlintas macam tu pun..In Sya Allah..Aku ni manusia biasa yang sentiasa dalam kejahilan dan juga sentiasa buat dosa..Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah aku nak kita sama-sama fikir akan diri kita dan juga orang lain..Dan juga kekuasaan serta bantuan Allah..1 dalam usaha agama yang aku buat ni, kita hari ni buat usaha agama jangan niat nak dapatkan nusrah Allah..Tapi kita kena niat macam mana supaya setiap manusia ni dapat masuk syurga Allah..Kalau kita asyik fikir nak dapatkan nusrah Allah tapi manusia terbiar dan jauh dari agama, maka sia-sia juga kita punya usaha..Jadi, In Sya Allah hari ni kita kena betulkan niat kita..Wallahu a'lam..Yang baik tu datang dari Allah, yang buruk tu pun datang dari Allah juga tapi disebabkan kelemahan diri saya..
Iman penting tapi lagi penting untuk kita usaha atas iman..